18 December, 2007

Swastakan Sahaja Mahkamah Malaysia?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi tagged , , , , at 3:46 am by Ketua Perusuh

Ada satu peribahasa Melayu yang berbunyi “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi”. Saya tahu ramai yang mengerti makna disebalik peribahasa tersebut. Bagi mana-mana pihak yang tidak mengetahui makna peribahasa tersebut, sila rujuk di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Semakin hari semakin banyak kes berkaitan dengan undang-undang dapat dilihat berlaku di Malaysia. Selain dari Kanun Keseksaan yang selalu kita dengar di media elektronik, kita juga berkesempatan mendengar mengenai Seksyen 73 dan Sekysen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selama ini, kalau kita ingin tahu bagaimana undang-undang dilaksanakan, kita boleh menonton beberapa siri televisyen seperti LA LAW, Law & Orders dan beberapa siri komedi murahan yang membicarakan mengenai undang-undang. Kita juga boleh menonton filem Hindustan atau Tamil yang selalunya akan membicarakan permasalan undang-undang.

Kini kita juga boleh menonton beberapa siri undang-undang yang boleh diklasifikasikan lebih rendah mutunya daripada filem Hindustan atau Tamil hanya dengan melihat perjalanan kes berkaitan yang dijalankan di Mahkamah Malaysia. Bukan tujuan tulisan saya ini untuk menghina atau merendahkan martabat hakim-hakim dan pegawai undang-undang dengan penulisan ini.

Namun pada pandangan saya, kemelut perundangan di Malaysia kini lebih teruk daripada apa yang dipaparkan dalam filem Hindustan atau Tamil. Kemelut perundangan di Malaysia kini teruk dilacurkan, disalah gunakan dan diugut oleh pelbagai pihak sama ada oleh individu perseorangan, peniaga mahupun ahli politik.

Malah terdapat salah guna yang terang lagi bersuluh yang telah dilakukan oleh pimpinan negara seperti yang ditunjukkan oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co terhadap kes perbicaraan 31 orang (Hindraf) yang dituduh cubaan membunuh. Dengan pengaruh (ugutan atau arahan) yang diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co kepada Peguam Negara, maka pertuduhan tersebut ditarik balik dan semua tertuduh dibebaskan.

Jika inilah contoh yang dibuat oleh pimpinan negara, maka tidak mustahil bahawa banyak lagi kes berkaitan undang-undang yang saya rasa sama ada di diamkan ataupun di hilangkan sama sekali. Sebagai contoh. anda boleh lihat kenyataan Abdullah Ahmad Badawi bahawa tidak ada seorang pun ahli politik yang boleh didakwa atas Seksyen 32 Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 sedangkan pada masa yang sama sebenarnya terlalu ramai ahli politik dan kakitangan awam yang boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah ini.

Anda tentu tidak pernah lupa akan kes Zakaria Mad Derus di Kelang, yang membina Istana dimana tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kelang. Tentunya anda ingat akan kes ini. Bayangkan jika orang seperti Zakaria Mad Derus boleh didapati bebas dari mana-mana tuduhan rasuah atau salah guna kuasa, tentunya ramai lagi yang boleh terlepas bebas.

Begitu mudahnya undang-undang di Malaysia boleh dilacurkan dan disalahgunakan mengikut kehendak dan keperluan pemerintah Malaysia (Abdullah Ahmad Badawi & Co). Jangan terkejut bila pada satu masa nanti, tiada siapa yang ingin menggunakan Mahkamah di Malaysia kerana Mahkamah boleh dibeli dan dicaturkan mengikut nilai matawang.

Oleh itu apa kata jika saya cadangkan bahawa institusi Mahkamah, Polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dijual dipasaran terbuka atau diswastakan. Tentu ramai pihak yang sanggup membida dan seterusnya menguasai institusi tersebut. Tentu nilainya boleh mencecah ratusan jutaan ringgit dan seterusnya boleh membawa keuntungan kepada pemiliknya.

Oleh yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa saya ingin membeli syer (saham) dalam institusi ini jika ianya diswastakan. Adalah wajar sekiranya pihak Kerajaan Malaysia menswastakan institusi Mahkamah, Polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan seberapa segera.

Berapa nilai seunit saham institusi Mahkamah, Polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang anda rasakan sesuai? Sila letakkan bidaan anda sekarang.

10 Comments »

  1. m1ng1e3 said,

    1 sen satu syer

  2. eks said,

    saya setuju dgn penulis keempat-empat jabatan tu diswastakan.Biar padan muka nagara ni

  3. kiff06 said,

    what a cathcy title bro.

  4. ujang said,

    idea yang bagus juga!
    rm0.03 seunit

  5. Radenjowo said,

    Setuju jugak….tapi tak boleh jugak la bro…..nanti dapat ke Khairy atau Patrick Badawi pulak….tak ke naya?

  6. panglima sdk said,

    bro..takpayah nak buang masa ckp mcm…
    baik fikir pasal masa depan..
    tak de faedah ckp mcm tu…buang masa je

  7. hamed said,

    cakap cam tuh aje yang bleh dah…bagi semua olang yang ada akai berfikir. Yang tarak akai tu..ko letak aje pocong..terus dia ngundi dah!
    dah tua pun masih berkarat dengan lembu dan kobau meno dia dah…
    Ckp ini bukan buang masa tapi berusaha supaya olang-olang bangkit dan sedar dah!

  8. panglima sdk said,

    jgn risau…skrg ni..rakyat dah sedar..BN dah semakin lemah….tapi..klu ikut teori RAHMAN…bersempena dgn nama PM yg pertama Abdul Rahman…kita masih ada lagi satu pemimpin umno(melayu) yg bakal jadi PM..
    R = RAHMAN
    A = RAZAK
    H = HUSIEN ONN
    M = MAHATHIR
    A = AHMAD BADWI
    N = NAJIB

    selepas tu..Malaysia tidak lagi ditadbir oleh umno…itu teori je..hehehe

  9. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Satu teori yang bagus untuk dikaji oleh pemikir dan penganalisa politik tempatan.

  10. […] READ MORE HERE This entry was posted in ARCHIVES 2007 by admin. Bookmark the permalink. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: