4 December, 2007

Sekatan Peringkat Pertama

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:19 pm by Ketua Perusuh

Kepada semua pengunjung setia laman blog ini, saya ingin meminta maaf atas kelambatan kemaskini laman ini. Ianya disebabkan oleh urusan perniagaan yang amat memerlukan keperihatinan saya.

TMNET adalah penyedia laluan internet tersohor di Malaysia kini telah memulakan langkah pertama mereka untuk menyekat dan memeriksa semua penghantaran e-mel yang dilakukan di Malaysia. Ini telah dimulakan dengan tersiarnya memo “MITIGATING SPAM IN TM NETWORK” di laman web TMNET.

Apa yang dirisaukan oleh sebahagian besar pengguna Internet kini telah menjadi nyata. TMNET dengan kuasa dan teknologi yang mereka miliki kini bersiap sedia menggunakan semuanya sama ada untuk menyekat atau menyaring semua penghantaran e-mel. Mengikut “BILL OF GUARANTEE” semasa penubuhan Multimedia Super Corridor (MSC), kerajaan bertanggung jawab untuk memastikan tiada sekatan dilakukan atas semua kemudahan komunikasi Internet di Malaysia.

Namun apa yang dikesalkan, pihak TMNET dikenalpasti telah diarahkan oleh peringkat tertinggi dalam Kerajaan Malaysia telah memulakan sekatan peringkat pertama keatas akses Internet di Malaysia. Ini sekaligus telah bercanggah dengan kehendak “BILL OF GUARANTEE” yang termaktub dalam Akta MSC.

Kemungkinan semua saringan dan tapisan keatas kandungan e-mel ini akan dilakukan dengan lebih terancang dan lengkap hingga membolehkan pihak Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan semua Akta yang ada demi untuk meneruskan kelangsungan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Oleh itu saya ingin menyarankan kepada semua rakan Internet agar berhati-hati menggunakan khidmat pelayan proxy bagi penghantaran e-mel seperti yang disarankan oleh pihak TMNET. TMNET tidak berhak sama sekali menyekat semua penggunaan pelayan e-mel lain walau atas apa alasan sekalipun.

Saya juga ingin menyarankan kepada semua syarikat atau firma asing yang berada di Malaysia agar menghantar nota bantahan kepada pihak MCMC dan TMNET agar membatalkan segera sekatan ini.

5 Comments »

  1. yang tu untuk SMTP.

    saya rasa, dah lama dah tak bleh hantar emel guna smtp ‘localhost’ sendiri.

    kalau tak, dulu selalu ‘mailq’ untuk tengok emel dah tiba penerima atau tidak.

  2. RANJIT SINGH said,

    Saya ada lah salah saorang yang suka menulis artikel dalam ruangan FORUM GERAK REFORMASI (FGR) akhir akhir ini apabila saya menulis agak panjang antara dua muka surat A 4..semua tulisan tulisan saya tidak keluar…beberapa orang kawan saya juga mengalami nasib yang sama…FGR ada lah blog mengkritik umNO/BN…Ia ujud hampir 9 Tahun..ia itu tahun 1998..ketika Reformasi memuncak. Salam.

  3. hamed said,

    ahahaks…gitu lah caranya untuk menpertahankan kekuasaan..bile dicabut nyawanya barulah ia tersedar dari lamunan!

    semua nak pantau ke..dia tak tahu ke yang aktiviti dia juga dipantau ALLAH S.W.T!

  4. E-BONE said,

    pening dgn situasi skrg ni…cam2 hal berlaku…camne la pelancong asing nk dtg malaysia klu keadaan camni…huru-hara tul la…

  5. aNakMeRdEkA.... said,

    SmekOm! Ni chek nak tanya skit kat Tuan KP…hangpa ni kuat sgt membangkang…semua benda tak kena…hangpa ni ahli pembangkang PAS ke KEADILAN??? or tak pun ROKET?? saja tanya…bukan apa…ada jugak artikel Tuan Kp ni chek ada sokong…tapi sesetgh tu chek tak sokong jugak…cuma nak tau ja….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: