18 November, 2007

Siapa Sebenarnya Yang Murka?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:19 am by Ketua Perusuh

Rata-rata rakyat Malaysia yang menonton rancangan Buletin Utama di TV3 dan Berita Perdana di RTM1 beberapa hari lalu telah menyaksikan bahawa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin telah murka atas tindakan rakyat berhimpun pada 10 November di perkarangan Istana Negara untuk mempersembahkan memorandum BERSIH.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan telah mengeluarkan kenyataan akhbar (pada satu sidang akhbar) menyatakan bahawa Tuanku telah murka atas tindakan para rakyat berhimpun pada 10 November 2007 dan “konon”nya mendakwa Baginda menyokong Perhimpunan Haram tersebut.

Persoalannya disini ialah kenapa Dato Pengelola Bijaya Diraja pula yang mengeluarkan kenyataan akhbar siap dengan sidang akhbar sedangkan beliau tidak diberikan kuasa untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan akhbar bagi pihak Istana Negara? Adakah ada pihak-pihak tertentu yang telah mengarahkannya untuk mengeluarkan kenyataan akhbar tersebut.

Untuk pengetahuan umum, pegawai Istana yang sewajarnya mengeluarkan kenyataan akhbar mewakili Istana Negara tentunya adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu (Royal Seal Keeper). Selama ini hanya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sahaja yang terus menerus mengeluarkan kenyataan akhbar mengikut aturan protokol Istana yang telah ditetapkan.

Jika kenyataan akhbar yang dibuat oleh Dato Pengelola Bijaya Diraja tidak datangnya daripada Baginda Tuanku, maka tentunya ada pihak lain yang sebenarnya “murka” akan perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH tersebut. Buat masa ini cuma ada satu pihak sahaja yang dikenalpasti “murka” atas perhimpunan rakyat 10 November yang dianjurkan oleh Bersih tersebut.

Pihak yang “murka” tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah Abdullah Ahmad Badawi & Co. Abdullah Ahmad Badawi & Co teramat “murka” akan perhimpunan ini sehinggakan beliau telah mengeluarkan kata-kata ugutan iaitu “Saya Pantang Di Cabar” pada perhimpunan agung UMNO yang berakhir pada 9 November 2007.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia telah dapat mengenalpasti pihak mana yang sebenarnya “murka” akan perhimpunan aman BERSIH pada 10 November 2007 yang telah lalu. Malah Abdullah Ahmad Badawi & Co sanggup mempergunakan Istana Negara dengan mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk menunjukkan bahawa sebenarnya yang “murka” bukannya Baginda Tuanku Sultan Mizan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Kini kita sebagai rakyat Malaysia telah dapat mengenalpasti siapakah sebenarnya yang “Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati”. Nampak gayanya tidak lama lagi kita akan mendapat seorang “SULTAN” baharu yang bukan berdarah raja (kerabat) melainkan hanya diberikan pingat Darjah Kerabat semata-mana.

“Sultan” baharu ini akan pastinya dikenali sebagai “Sultan Abdullah Al-Ahmad Badawi Al-Mengarutbillah Shah”.

Ingat, bahawa “murka” Sultan baharu ini amatlah bahaya yang boleh menyebabkan hamba rakyat dihumban didalam penjara (dungeon) tanpa bicara atas sebab-sebab yang mungkin tidak munasabah (dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri – ISA)

9 Comments »

  1. Din Merican said,

    Saya setuju dengan pandangan saudara. Dalam riwayat saya yang hampir 7 dekad, saya tidak penah melihat peminpin yang begini–malas, tak rajin baca, dan penipu.

    Waja dah tu..kita panggil dia “Al-Mengarubillah Shah al-Kepalabatuso”. Presiden Iraq yang digantung oleh Besih di gelar Saddam Hussein al-Takriti. Jadi kita tambah al-Kepalabatuso.

    Salam.

  2. Ja'far Ali Bukit Bintang said,

    Dalam sejarah Alam Semesta ini golongan yg seperti Abdullah Ahmad Badawi & Co. telah wujud lama tetapi dengan berbagai nama. Di alam dunia ini namanya Abdullah Ahmad Badawi & Co. Golongan ini tidak menggunakan akal tetapi sebaliknya menggunakan hawa nafsu. Golongan yg menggunakan hawa nafsu ini dalam sains biologi di kenali dengan mamalia berkaki empat. Sama2lah kita membawa perubahan dalam politik Tanah Air dengan pemulaannya memakai baju berwarna kuning setiap hari Sabtu. Oh Malaya, Tanah Air Ku !

  3. dr butiq said,

    Mengelegak darah saya membacanya kalaulah saya ini seorang pontianak sudah lama saya hiasap darahnya kalau boleh saya hantar pelesit sudah lama saya hantar kepada alsultan almengarutbillah altiduri alsuka makan angin alsuka membazir almengabihan boreh alkepalabatas shah yang sorang ni. Hampeh……..

  4. hamed said,

    betui tu, memang dia al sultan abdullah hj ahmad albodowi, altidori, almegarutbillah allencungi, alpigangmicheleyohi, almabuklautataskapallayarjeantodti alpenipui, alpembohongi, altemberangi..itulah gelaran dia !

    Selamat bertakhta untuk sekain kali, almengarut al tidori!!!

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Saya amat berterima kasih atas semua komentar yang bernas yang anda telah berikan.

  6. al_batuso said,

    memang pelik yang murka pegawai istana je…..Tuanku tak murka pung..pastu sape le yang dok sibuk-sibuk kate tuanku murke…..

  7. BIASA LA TU….SAPA PUN DAPAT PANGKAT MACAM TU LA JADINYA..NAMA PUN ORANG MELAYU…TAPI KALU DAPAT KAT ORANG PAS LAGI LA JAHANAM JADINYA…PUNAH RANAH TANAH MELAYU….TAKSUB TAK TENTU HALA…MENGATA ORANG SANA MENGATA ORANG SINI….LEPAIH TU PERBURUK BANGSA MELAYU SENDIRI……. APA SUSAH..HANGPA CARI LA MANA2 KETURUNAN MAMAK KA KELING KA UNTUK GANTI TMPT PM… SAYA MEMANG TAK SOKONG PAK LAH… TAPI UNTUK SOKONG PARTI KEADILAN DAN PAS…LAGI JAUH SAMA SEKALI…SUKA BUAT CERITA DAN TABUR FITNAH…SAMA JA DGN PAK LAH TU….APA PUN POKOK PANGKAL PEMIMPIN ITU SENDIRI BUKAN ATAS NAMA PARTI…HAT DOK ADA LA SEMUANYA KARUT… HA, KETUA PERUSUH NI SOKONG PAS SGT2 KA?

  8. AntiKorupsi said,

    nampak sangat sape yang sebenarnye murke….oleh itu marilah kite sesame hukum diorang dalam PRU yang akan datang….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: