7 November, 2007

Maskot DIGI?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:58 am by Ketua Perusuh

10 November 2007 akan pastinya dikenang dalam sejarah negara apabila berhimpunnya warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dalam satu perhimpunan mega di Dataran Merdeka. Perhimpunan yang dijangkakan akan disertai seramai 100 ribu orang akan pastinya mengubah senario di Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka yang pastinya akan mendapat liputan luas dari media antarabangsa.

Khabarnya banyak media antarabangsa (cetak dan elektronik) telah menghantar “correspondent” mereka untuk membuat liputan ini secara langsung dan ramai juga para pemerhati luar dijangkakan hadir. Perhimpunan yang pertama kalinya diadakan bertujuan untuk menyerahkan memorandum rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin yang menggariskan keperluan untuk membuat perubahan kepada perjalanan sistem pilihanraya di Malaysia.

Sebagai ketua negara Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Sultan Mizan Zainal Abidin berhak untuk menerima perhimpunan dan kunjungan rakyatnya dan tidak ada pihak lain yang perlu untuk menggagalkan perhimpunan dan kunjungan tersebut. Malah sewajarnya pihak Polis tidak akan menyekat Seri Paduka Baginda dari bertemu dengan rakyatnya.

Perhimpunan yang akan dilakukan nanti tentunya akan memberikan seri kekuningan (dimana semua peserta dikehendaki untuk memakai pakaian berwarna kuning) yang melambangkan kedaulatan dan hormat rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja Melayu.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sememangnya diletakkan dibawah kuasa Perdana Menteri Malaysia manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula diletakkan dibawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Sehubungan dengan itu, amatlah diharapkan agar khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sepatutnya setia dan berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung agar dapat memberikan khidmat keselamatan pada semua rakyat yang berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda.

Sehingga kehari ini, rakyat amat menyanjungi dan menghormati perkhidmatan ketenteraan lebih dari perkhidmatan kepolisan kerana sikap Tentera yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik melainkan hanyalah berkhidmat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Pihak Polis pula sememangnya dikenalpasti telah dilacurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi.

Oleh yang demikian, saya amat mengharapkan agar pihak Angkatan Tentera Malaysia (jika mereka masih setia kepada Agung dan Raja-Raja Melayu) agar bertindak untuk memberikan perlindungan kepada semua rakyat yang berhimpun pada 10 November 2007 ini di Dataran Merdeka dari tindakan serta provokasi yang pastinya dilakukan oleh pihak Polis (PDRM) dibawah telunjuk Kerajaan Barisan Nasional.

Kepada semua yang berhimpun (anda semua akan nampak seperti maskot DIGI), ingatlah bahawasanya DIGI bersama anda dengan motto mereka “Masa Untuk Berubah”. Kita jumpa disana.

15 Comments »

  1. akarkayureput said,

    BODOH LU… apa kena mengena ngan maskot DIGI ??? wei buta sejarah la ko.. apa? ko ingat digi (baru jer ujud) tu yg ujudkan kaler kuning ker??? apa la ko ni.. cheh !!

    ko ingat hanya digi yg berhak keatas kaler kuning? weiii.. bodoh betul ko nie….

  2. carlffler said,

    apa yg nak ngamuk nya kayu reput??
    Tuan Perusuh cakap MACAM maskot digi je..

    bertenang la..

  3. naga said,

    kayu reput kau la bodoh x paham maksud, tuan perusuh cakap umpama mcm maskod digi, kau tak paham maksud dia x yah la nak cakap org BODOH elok kau duduk hutan ngn kayu reput kau tu.
    pada pandangan aku elok kau kluar je dari pemikiran kolot kau yg x pandai mentafsir maksud tersurat tu

  4. Perhimpunan pada 10 nov dibatalkan kerana agong tiada di Kuala lumpur. Ayuh kita gulingkan kerajaan pada 10 nov ini. Kita akan bermandi darah pada hari itu. ALLAHHUAKHBAR…ayuh! ramai2x kita hancurkan si laknat ini.

  5. WiraAngkasa1 said,

    Perhimpunan pada 10 Nov dibatalkan kerana Agong tiada di Kuala Lumpur.
    Ayuh kita gulingkan kerajaan pada 10 Nov ini, Kita akan bermandi darah pada hari itu.

  6. amir said,

    Digi, always a smarter choice. KP kita jumpa disana!

  7. akarkayureput said,

    so korang akan anggap dan “associate” bahawasanya digi lah yang betulkan semua kepincangan pada 10nov ini???…

    itu lah masaalah dengan melayu, tak percaya pada kebolehan sendiri.. memang benar saya pernah terbaca grafitti dlm toilet kat kompleks kota raya suatu masa dulu “MALAY-PROUD BUT DISABLE”..

    10Nov tak ada kena mengena langsung ngan digi. ITU HAKIKATNYA. jangan anggap atau mengumpamakan nya dengan digi.. ada otak, pakai la.. kalu tak pakai, sama je dengan dato’ nazri bodoh tu. ok?

  8. apa yang ketua perusuh nak heret askar sekali nie?

  9. amir said,

    rakaman video sket-sket kat perhimpunan boleh dlihat di http://www.fuyoolicio.us

  10. malaysian said,

    Video klip muzik BERSIH 2007 – http://www.lelong.biz/bersih2007/

  11. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Tahniah kepada BERSIH atas kejayaan penganjuran demonstrasi rakyat yang bergerak secara aman pada 10 November 2007. Kepada semua yang berdemo dengan berdisplin, tahniah kepada anda juga.

    Terlalu banyak pandangan mengenai demonstrasi kali ini. Ada yang pro dan kontra. Namun rasionalnya perhimpunan BERSIH kali ini menjurus kepada persepakatan rakyat dibawah panji-panji Kedaulatan Malaysia yang dinaungi oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin.

    Semoga Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin akan memastikan bahawa kuasa eksekutif dan legislatif didalam Malaysia mengikut perlembagaan dan tidak sama sekali menafikan semua hak rakyat dan seterusnya menjalankan pemerintahan yang adil, telus dan saksama.

    Kepada penulis yang kontra dengan laman blog ini, sila buka minda anda dengan hati yang terbuka dan jangan dikelabui dengan perasaan anda.

  12. dasuki-tmc said,

    mereka yang kontra tu faham ke?
    buka mata dan minda, tetapkan iman baru leh fikir mana yang betul dan mana yang salah.

  13. Rmons say2 said,

    Macam digi…tul juga. Tapi kalau perlukan pendorong, pergilah Caltex. : caltex kan… ‘pendorong anda!’

  14. gyver said,

    Kepada “ketua perusuh” harap jangan cuba perlagakan polis dan tentera. Nampaknya anda lah perosak bangsa dan negara…. Kalau cintakan negara,bangsa dan ugama anda tolong jangan ulangi perbuatan ini. Kalau siapa pun yg jadi pemimpin sama saja..selagi mereka punyai hasrat tamak haloba…tengok je ler!!

  15. syed said,

    Langsung tak tau read between the line & tak tau apa itu sarcasm.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: