29 October, 2007

Hentam Keromo?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:14 am by Ketua Perusuh

Bahasa Melayu memang mempunyai banyak kosa kata dan peribahasa yang sesuai dengan pelbagai keadaan dalam kehidupan kita sehari-harian. Pada dasarnya Bahasa Melayu adalah satu “lingua franca” yang digunakan hampir diseluruh nusantara dan Asia Pasifik. Malah perkataan “IKAN” yang merujuk kepada ikan itu sendiri juga digunakan oleh banyak bangsa di sekitar nusantara dan Asia Pasifik.

Kali ini saya ingin menggunakan satu perkataan iaitu “Hentam Keromo”. Hentam Keromo adalah satu tindakan (perbuatan) yang biasanya dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa membuat kajian menyeluruh ataupun tanpa kajiselidik. Biasanya “Hentam Keromo” berlaku apabila sesuatu tindakan tersebut boleh mendatangkan keuntungan segera (tanpa memikirkan kesan sampingan) kepada pihak yang melakukannya.

Kementerian Pelajaran (diubah dari nama lama iaitu Kementerian Pendidikan) yang diketuai oleh Hishamuddin Tun Hussein adalah satu daripada beberapa Kementerian didalam Kerajaan Malaysia yang terkenal dengan sikap (perlakuan) “Hentam Keromo”. Ini kerana beberapa tindakan yang dijanakan (dilakukan) oleh mereka biasanya tidak didahului dengan kajian menyeluruh melainkan mengikut idea (nafsu) para pegawai atasan termasuklah Menteri Pelajaran (dahulunya Menteri Pendidikan).

Kita boleh ambil satu contoh yang paling ketara (yang pincang) berlaku dalam Kementerian Pelajaran iaitu keperluan untuk menjadikan Bahasa Inggeris (English) sebagai bahasa perantaraan (bahasa pengajaran) dalam subjek Sains dan Matematik. Tujuan kononnya Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik adalah untuk memudahkan serta memahirkan para pelajar dalam penguasaan subjek tersebut. Kononnya juga ini membolehkan para pelajar mudah menguasai Bahasa Inggeris dan membolehkan mereka berkomunikasi dengan bangsa lain.

Pada dasarnya ramai tenaga pengajar (guru dan pendidik) tidak bersetuju sama sekali kedua-dua subjek tersebut diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana tindakan tersebut secara “otomatis”nya akan menyebabkan para pelajar yang berada diluar bandar keciciran kerana kurangnya penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Sedangkan kadar nisbah pelajar luar bandar berbanding pelajar di bandar adalah pada sekitar 8:2.

Rakan kepada isteri saya kini sedang mengajar Matematik disebuah sekolah luar bandar di Pantai Timur Malaysia. Selalunya rakan isteri saya ini merungut bilamana para pelajar (yang rata-rata anak nelayan) tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana kurangnya pengetahuan mereka dalam Bahasa Inggeris. Malah para pelajar ini juga mendapat markah yang amat rendah dalam Subjek Bahasa Inggeris. Bagaimana pula mereka ini akan dapat menguasai subjek Sains dan Matematik yang diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris sedangkan pada masa yang sama mereka masih lagi merangkak-rangkak dalam Bahasa Inggeris.

Rata-rata pelajar sekolah rendah di luar bandar (terutamanya Melayu) amat kurang penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Bukan sahaja Bahasa Inggeris, namun mereka juga amat kurang penguasaan dalam Bahasa Melayu (terutamanya pelajar di Kelantan dan Terengganu yang kuat menggunakan bahasa loghat dalam pertuturan seharian). Ini secara tidak langsung akan mengganggu gugat pembelajaran para pelajar ini yang secara umumnya akan membantutkan usaha percambahan ilmu kepada mereka.

Tindakan “Hentam Keromo” yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran biasanya dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan dan kajian yang menyeluruh. Terlalu banyak kes (contoh) yang boleh dikaji pada tindakan “Hentam Keromo” yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran.

Kini Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa penggunaan sepenuhnya bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya dilaksanakan tahun depan, ditangguhkan (yang kononnya atas arahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi).

Saya lihat tindakan penangguhan ini lebih bersifat politik kerana Abdullah Ahmad Badawi amat gusar sekiranya isu ini dimainkan (dicanangkan) oleh semua parti pembangkang. Ini bermakna tindakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik pada awalnya tidak tepat (lebih bersifat “hentam keromo”).

Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa sikap Kementerian Pelajaran yang sewenang-wenangnya berbuat “hentam keromo” atas dasar pendidikan negara sememangnya secara langsung akan membantutkan usaha pendidikan diperingkat rendah dan menengah yang melibatkan majoriti penduduk luar bandar. Oleh itu jangan jadikan “akal pendek” para Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai atasan Kementerian Pelajaran menjadi pemangkin yang akhirnya akan meranapkan institusi pendidikan negara.

Tolong…. sekali lagi saya ulangi Tolong jangan jadikan sikap bodoh anda penyebab para pelajar di Malaysia ini menjadi sebodoh anda. Jika anda bodoh atau bangang, jangan sabitkan (libatkan) para pelajar di seluruh Malaysia. Biarlah anda bodoh atau bangang sendirian.

9 Comments »

  1. eicanatin said,

    kerajaan malaysia memang suka membuat keputusan tanpa pencangan yang betul apabila mereka telah sedar yang rancangan mereka tidak mendapat keputusan yang mereka harapkan,lalu mereka akan patah balik kepada yang asal…saya juga rasa marah apabila mereka ingin menukarkan bahasa p`antraan pada subjek sains dan matematik…aparah punya menteri pelajaran…..harap misai saja lawa….

  2. Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hanya ideologi individu insan bernama Dr. Mahathir yang sentiasa ingin “betul”. ketika dia berkuasa, semua orang disuruhnya bersetuju dengannya.

    Akan tetapi, setelah dia turun tahta, penggantinya dan orang bawahannya, seolah-olah tak ambil tahu tentang ianya patut masih setuju dengan Dr.M atau tidak.

    Tak nampak pula PakLah mempromosi “kebaikan” sains dan matematik dalam B.Inggeris seperti suatu ketika dulu, Mereka mempromosi “kebaikan” Sains dan Matematik dalam B.Inggeris tanpa menyedari mereka membunuh istilah matematik dan sains dalma BM.

  3. AbuAmir said,

    kot2 dulu kira PROJEK RaksakSA la ni yer ( projek cubaan ) …ada udang di sebalik mee ker…naper tk tengok jauh…sbb yg nmpak fulusss aaa…kira ada untung kot….bukan nak dengar pun pndangan org ramai…kira aku nak…nakkkkk…kau penduli aper kan .. AKU NI KAN ABANG..( Iklan kena buli kat TV )..peratusan buruk jauh lebih trkebawah dari baik…so…apa lagi…tunggu laaa…anak kita dah mula meracau….last2 dicadangkan oleh HAMBA la …kita tukar ke sain n matematik kot bahasa daerah masing2…baru budak lebih mahir..apa susah..kan..kan…hehehe

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Banyak bangsa di dunia ini yang menjadi maju walaupun mereka masih mengekalkan penggunaan bahasa mereka dalam kedua-dua subjek Sains dan Matematik. Anda boleh lihat pencapaian akademik dalam kedua-dua subjek ini pada negara-negara seperti dibawah ini;

    1. Jepun
    2. Korea Selatan
    3. China
    4. Taiwan
    5. Peranchis
    6. Russia
    7. Israel
    8. Jerman
    9. Itali
    10. Sweden
    ….. dan banyak lagi.

  5. heartbeat said,

    negara lain tak peduli pun bahasa inggeris.

    kefahaman itu yang penting.

  6. lalat said,

    kesian kat bebudak

  7. Rahman said,

    …aku tak dapat bayangkan negara akan diperintah golongan yang suka membodoh dan membangangkan orang…sedangkah diri sendiri pun tak tentu mulia lagi di sisi Allah…entah2 orang yang dibangangkan itu dapat pahala daripada perkataan bodoh dan bangang yang kau keluarkan dari mulut kau…mengaku alim memperjuangkan Islam…tapi akhlak Islam tak ikut…banyak buat dosa mulut…jangan riak saudara..

  8. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Kepada En. Rahman,

    Cuba anda baca artikel diatas berkali-kali sehingga faham. Jika anda tidak memahaminya, sila minta mana-mana pelajar sekolah agar menunjuk-ajarkan kepada saudara. Sekian. Terima kasih.

  9. alif said,

    Apo kono ejang ..tidor telanjang


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: