25 October, 2007

Cakap Berdegar-degar, Ekor Bergelumang Tahi?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:31 am by Ketua Perusuh

Kepada semua pengunjung setia blog ini, saya ingin memohon maaf kerana telah lama saya tidak membuat kemaskini pada blog ini. Kekangan masa (urusan perniagaan dan peribadi) telah menyebabkan ianya berlaku. Maaf sekali lagi.

Dimasa kecil dahulu, saya selalu mendengar kedua ibubapa saya menggunakan peribahasa yang menjadi tajuk bicara kali ini. Peribahasa berbunyi “Cakap berdegar-degar, Ekor bergelumang Tahi” selalunya dikaitkan kepada mana-mana pihak yang selalunya bercakap besar (berlakon baik) sedangkan dimasa yang sama dialah yang paling buruk sikap dan perangainya. Malah selalunya pihak yang bercakap besar (tunjuk pandai) inilah yang sebenarnya menjadi dalang perkara yang dibangkitkan olehnya.

Dulu kita dikejutkan dengan sikap “Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi” yang dilakukan oleh Mohd Said ADUN yang menganjurkan agar Kastam bertegas dalam tindakan penguatkuasaan sedangkan pada masa yang sama dia (Mohd Said) sendiri terlibat dengan isu penyeludupan balak di Melaka.

Kini semalam saya dikejutkan dengan satu lakonan lelucon didalam dewan parlimen yang mulia oleh dua orang ahli parlimen (Bera dan Larut). Lelucon mereka seperti biasa menampakkan kebodohan mereka secara jelas. Mungkin mereka beranggapan bahawa tindakan mereka kononnya dapat menunjukkan kepada umum bahawa mereka amat perihatin atas apa yang pastinya akan berlaku pada mana-mana koridor ekonomi.

Ahli Parlimen Bera dan Larut menegaskan bahawa beliau berasa gusar bilamana TV3 (setelah sekian lama para bloggers mendedahkan perkara ini) mendedahkan didalam Buletin Utama bahawa berlakunya penjualan tanah-tanah milik bumiputera secara meluas dan tidak terkawal di dalam kawasan WPI.

Nampaknya Ahli Parlimen Bera dan Larut hanya akan tersedar apabila TV3 menyiarkan laporan tersebut sedangkan para bloggers (termasuk saya) telah lama menyedari akan timbulnya perkara ini. Adakah mereka ini hanya mendapat maklumat dari TV sahaja atas sebab mereka ini sebenarnya malas membaca (buta IT). Sedangkan pada masa yang sama merekalah (Ahli Parlimen BN) yang kuat mencanangkan kebaikan dan keperluan WPI untuk pembangunan negara. Mungkinkah tindakan mereka ini disebabkan pemilik tanah tidak mahu menjualkan kepada mereka pada nilai yang rendah atau mereka berasa cemburu bilamana mereka tidak dapat satu saham pun dalam WPI (atau mana-mana koridor).

Yang pastinya merekalah sebenarnya yang telah bersama-sama bersekongkol dengan Abdullah Ahmad Badawi & Co untuk menjual negara ini dalam senyap. Sepatutnya mereka sedar sejak dari mula isu WPI dibangkitkan dan bukannya sekarang bilamana nasi sudah menjadi bubur. Lambat laun, pihak asing terutamanya Singapura akan dapat menguasai Malaysia sepertimana yang disuarakan oleh Lee Kuan Yew yang kononnya Singapura perlu bergabung dibawah Malaysia sedangkan sebenarnya Malaysialah yang akan digabungkan dengan Singapura. Satu masa nanti mungkin tidak akan ujud lagi negara Malaysia (yang ada cuma Singapura sahaja) kerana Malaysia telah dijual kepada Singapura oleh para pemimpin BN dan Abdullah Ahmad Badawi & Co.

WPI seperti yang telah saya jelaskan beberapa kali adalah satu tindakan untuk memudahkan pihak asing (terutamanya Singapura) untuk menguasai dan memiliki tanah yang amat diperlukan oleh mereka. Ini secara langsung akan menyebabkan kemungkinan pihak Singapura akan pada satu masa nanti memohon kepada Mahkamah Antarabangsa agar mengesahkan perluasan negara Singapura yang secara otomatisnya akan melibatkan WPI.

Kini perkara yang sama juga telah, sedang dan akan berlaku di NCER, ECER dan RECODA. Kita tungu dan lihat penjualan tanah milik bumiputera secara besar-besaran terutamanya tanah rizab melayu yang akan dilakukan oleh makhluk-makhluk durjana yang disokong (malah di”endorse”kan) oleh ramai ADUN dan Ahli Parlimen BN.

Kepada para pemimpin BN, tolong kaji dan fikir puas-puas sebelum anda membuka mulut anda kerana setiap kali anda melontarkan pandangan, ianya secara tidak langsung akan menunjukkan tahap pemikiran (intelektual) anda yang rendah (boleh diklasifikasikan sebagai bangang, tolol atau bodoh).

Kepada semua pembaca, anda boleh lihat tahap pimikiran yang rendah pada ramai pemimpin BN (termasuklah Khairy Jamaluddin) terutamanya kepada badut Parlimen seperti Nazri Aziz. Mereka ini suka sangat “cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi”.

13 Comments »

  1. hamed said,

    kan dah cakap dulu…menteri dia, MP, adun dia semuanya empty brain…jadi bile masa plak mereka nak menelaah semua tuh…baik aku sama join paksa orang jual tanah…aku jual balik dengan harga tinggi macam ketua audit negara dedahkan dulu…ini tradisi membelasah rakyat.

    Dalam parlimen macam bagus…sebenarnya bagus dalam membelasah rakyat..hahaha…!

  2. dasuki_tmc said,

    ada yang baik dalam mp-mp dan adun tu. tapi LAGI ramai yang haprak dan no brain. tunggul kayu lah katakan, mana ada akal dan perasaan!!
    maka sia-sia lah belajar tinggi dalam dan/atau luar negeri tapi masih bodoh dan banggang!
    dekat-dekat sifat munafiq. cakap bohong dan tipu.
    atau JAHIL murakap.

  3. Lau Weng San said,

    semasa dalam parlimen, mp umno ini lah yang kata naik harga minyak itu tindakan bijak kerajaan.

    hipokrit betul mereka ini.

    mereka bidas rakyat jangan gantung sangat pada subsidi, tapi mereka tak malu mereka kena gantung projek kerajaan, subsizi kerajan habuan kerajaan untuk hidup!

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Sememangnya ramai dikalangan wakil rakyat dari Barisan Nasional yang kosong pengisian mindanya malah selalu memberikan pandangan yang sia-sia serta mudah dipengaruhi oleh kuasa wang. Sebab itulah amat mudah sekali wabak penyakit rasuah (tumbuk rusuk) berlaku dikalangan wakil rakyat dan pemimpin Barisan Nasional.

  5. syafiq said,

    slm,ana lihat blog anda memang hebat,ana org bru dlm dunia blog ni,sy brhajat utk meminta tunjuk ajar/komen atau ape2 sebarang rangsangan dlm mnjayakan risalah jemaah ini dlm dunia blog, lawati-http://syafiqthink.blogspot.com. tunjuk ajar anda amatlah di harapkan..time kaseh

  6. Rahman said,

    …PAS geng DAP…DAP tu kan suku sakat Singapore tu…nak menaikkan negara Islamic tapi kerjasama dengan DAP yang sekular…nak jadikan negara macam Singapore ke ?…semata-mata nak tumbangkan BN je sanggup geng dengan DAP yang tak tentu hala…apa la..nampak sangat ! ingat Lim Kit Siang dan Karpal setuju ke negara Islam ala PAS nanti…mengundang masalah betul..diri sendiri tak betul…

  7. jangan banyak tunjuk kepada orang, berbalik kepada diri sendiri. Komen dan mengata orang memang sedap. Rakyat terengganu dah beri peluang 4 tahun kepada pembangkang. Apa jadi? Minta rakyat jangan kritik kerajaan, beri sokongan! Baru tau! Bila BN perintah semula, dia pula kritik orang. Kadang-kadang melampau tanpa bukti. Ikut sedap cakap je!Di Kelantan berapa tahun dah perintah, cuba lihat apa program Islam yang kerajaan kelantan buat. Tengok generasi muda yang dilahirkan, kes-kes jenayah program menangani kes sosial….. mana? Jawab senang je. Tinggalan BN. Pengaruh negeri pemerintahan BN. BN-Barang Naik. PAS- Parti Acah Aje!!

  8. jas said,

    Kalau mereka tu cerdik tak akan menggalakkan anak masuk AF,ada yang satu tu masuk Mentor,tetapi masa perhimpunan Umno bukan main berapi-api bercakap pasal modal insanlah,keluarga sendiri tak dapat dibangunkan menjadi modal insan yang boleh dicontohi, ini nak membangunkan rakyat jelata,cakap tak serupa bikin.

  9. Fikiran tak sempit said,

    Apalah Rahman Said, pasal Pas – Dap yang dikecohkannya, banyak lagi pekara lebih penting dalam negara ni yang perlu perhatian kita. Pas/Dap nak bekerjasama, kan baik tu, bukannya nak gaduh, lebih lebih lagi kerjasama untuk jatuhkan BN. Lepas tu ko bising pulak pasal singapore, bukan ke Umno dulu yang lepaskan Singapore, lepas ni nak kasi tanah Johor pulak kat diaorang WPI konon. Dap memanglah tolak negara islam sebab mereka bukan Islam, kau Islam kan. Tak betul ! siapa yang tak betul ni ? Ya la ya la , kita orang tak betol,,, ko aje yang betul, semua ko betol, ko aje yang bijak, yang boleh berfikir secara waras, orang lain semua tak tahu berfikir. Ikut sedap mulut je cakap orang tak betul.

  10. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Tuan Jamal Mohamed,

    Sila baca kembali “posting” yang saya tuliskan diatas dan fahamkan isi kandungannya. Baca dengan hati yang terbuka tanpa prejudis.

  11. globalmalau said,

    tak perlu kritis…

  12. Malaymind said,

    Fikiran tak sempit,

    Hal berkenaan kerjasama PAS – DAP hal kecil? Kau biar betul ni?

    DAP mmg CONFIRM TAK NAK ISLAM kau tahu? Kau tahu ke tak ni? Ke tak sedar?

  13. AFG said,

    Kepada TUAN YANG BIJAKSANA DASUKI…saya keliru lah..adakah istilah jahil murakap??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: