10 September, 2007

Peluru Hidup?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:10 am by Ketua Perusuh

Nampak gayanya negara kita Malaysia mungkin akan menjadi juara tidak lama lagi. Ini kerana anggota keselamatan telah, sedang dan akan bersedia untuk menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan mana-mana demonstrasi umum. Ini telah dibuktikan dengan kejadian yang berlaku di Batu Burok Terengganu dimana dua orang peserta demonstrasi telah ditembak dengan peluru hidup sehingga dimasukkan ke wad kecemasan.

Istilah peluru hidup adalah bersangkutan dengan mana-mana peluru (.22, .38, .357, .44, .45, 9MM, 5.56MM atau 7.62MM) iaitu mana-mana peluru yang biasa digunakan oleh anggota keselamatan sama (unit pejalan kaki) sama ada dari material plumbum atau timah bersalut tembaga. Jenis-jenis peluru hidup ini sememangnya ada dalam simpanan serta kegunaan anggota keselamatan. Ianya berlainan sekali dengan istilah peluru getah yang biasanya diperbuat daripada komposit khas yang boleh beroperasi dalam suhu -50 darjah Celsius sehingga 100 darjah Celsius. Peluru getah biasanya bersaiz 7.62MM, .50 Kaliber atau 12 Gauge (peluru penabur).

Oleh kerana anggota keselamatan kita jarang mendapat peluang untuk melepaskan tembakan (semasa beroperasi) sehinggakan ada anggota polis yang sepanjang hidupnya tidak pernah melepaskan tembakan selain dari masa latihan atau pertandingan. Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi telah memberikan peluang untuk anggota Polis mengadaptasi penggunaannya. Untuk pengetahuan semua, biasanya anggota keselamatan anti rusuhan dibekalkan dengan cota (besi atau kayu) siap dengan perisai komposit serta pad keselamatan pada lutut, siku dan bahu serta ada yang memakai baju kalis peluru.

Untuk itu adalah digalakkan kepada anggota Polis agar pada setiap masa menyuraikan peserta demonstrasi menggunakan peluru hidup dan menembak kepada mana-mana peserta yang mereka rasakan perlu untuk ditembak.

Jika pada setiap kali demonstrasi diadakan ada yang akan menjadi mangsa tembakan peluru hidup, saya rasa pada akhirnya tiada siapa yang akan berdemonstrasi kerana takut menjadi mangsa peluru hidup. Secara otomatisnya tidak pihak yang akan menganjurkan demonstrasi dimasa akan datang.

Kepada anggota keselamatan, saya ingin nasihatkan anda untuk menembak pada bahagian badan yang kritikal (dada atau anggota sulit) setiap kali anda melepaskan tembakan. Dengan cara ini, akan kuranglah peserta demonstrasi yang ingin menjadi juara pada setiap masa. Namun semua ini hanyalah boleh digunakan pada siri-siri demonstrasi yang dianjurkan mana-mana parti pembangkang, penduduk setinggan atau para pekerja yang berpiket.

Anda sama sekali tidak wajar menggunakan perkara yang sama (menembak dengan peluru hidup) pada mana-mana siri demonstrasi yang dilakukan oleh para penternak babi dan sebagainya. Ini kerana penternak babi akan menggunakan babi sebagai perisai mereka dan ini akan mencederakan atau membunuh babi sekiranya anda menggunakan peluru hidup. Untuk kes ini, anda digalakkan menggunakan senjata “Paintball” untuk mengurangkan risiko babi cedera atau mati.

Oleh itu kesimpulannya ialah;

1. Peluru hidup perlu digunakan untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan parti pembangkang, para pelajar, penduduk setinggan, piket kesatuan sekerja atau mana-mana perhimpunan yang anda (Pihak Keselamatan serta Kerajaan) klasifikasikan sebagai merbahaya waima ianya dibuat oleh kanak-kanak sekolah. Mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.

2. Peluru getah atau peluru cat (paintball) perlu digunakan (dengan mendapat kelulusan khas) untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan oleh para penternak babi dimana-mana lokasi di Malaysia. Jika boleh adalah perlu untuk diadakan rundingan secara baik dengan para penternak babi dan tidak sama sekali boleh digunakan penyelesaian secara kekerasan. Malah pampasan perlu disediakan jika terdapat mana-mana babi yang tercedera atau mati atas sebab demonstrasi ini.

15 Comments »

  1. Ruffnazir said,

    Suck Malaysian police!!

  2. In fact, Babi tak reti baling batu, tak reti nak rosakkan trafic light, tak reti nak baling molotov cocktail.. So mmg tak berbahaya.. Otak ada?

  3. Haih dlm ramai2 yg merusuh ari tu takkan x ada sorang pon yg merakam guna henset atau kamera digital??
    Difahamkan, kamera2 milik wartawan pada hari kejadian semuanya di rampas dan media hanya dibenarkan menggunakan gambar dari kamera polis utk siaran akhbar mereka. Memandangkan berita ini disampaikan oleh salah seorang yg sgt sy hormati (kini penganut PKR), saya cuba mencari kebenarannya dengan mencari gambar2 atau rakaman video dari penganut2 ajaran pembangkang yg lain, malangnya masih blom sy ketemui. Mungkin masih disimpan atau tiada sesiapa yg bawa kamera atau mungkin BERITA INI HANYA REKAAN SEMATA2.. diharap KETUA PERUSUH mewujudkan satu entry yg mengandungi gambar atau video yg menunjukkan kekejaman pihak polis dan FRU semasa rusuhan di Kuala Terengganu tempohari. Terima kasih.

  4. napi said,

    rasanya yg dimaksudkan ialah cina, bukan babi.
    polis tembak2 mati org rusuhan ni mcam polis thailand lak…indon pun rasanya pernah jadi. tu nasib baik tak mati 2 org terengganu tu..

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Tuan Ketua Penyamun;

    Adakah anda faham membaca dalam Bahasa Melayu ataupun anda memang tidak faham isi kandungan artikel yang diatas. Jika anda tidak faham, sila dapatkan mana-mana rakan yang boleh menterjemahkan artikel tersebut kepada anda.

    Persoalan tentang gambar foto atau video, mungkin ada yang simpan dan mungkin juga semua sekali telah dirampas. Saya tidak berada di lokasi kejadian, namun apa yang saya kesalkan adalah teknik dan cara penyelesaian yang dilakukan oleh PDRM.

    Adakah wajar PDRM menggunakan peluru hidup (live ammo)?

  6. afrar yunus said,

    salam sdra
    sahabat dan keluarga serta semuanya, saya mengucapkan selamat menyambut Ramdhan Shariff. Semoga Allah swt memberikan kekuatan, kesihatan,memberkati dan mengampuni kita, InsyaAllah.

    ” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa.”
    Surah Al Baqarah, ayat 183

  7. Polis yang mengunakan senjata api diBatu Burok hujung minggu lepas mungkin sedang mempertahankan diri, apabila diserbu oleh sekian ramai perusuh/demonstrator. Apabila keadaan terdesak dan sekian ramai meluru kearahnya, dia mengeluarkan senjata api dan membedil mereka yang meluru (dengan emosi itu).

    Tidak kah kita akan berbuat demikian juga, bila keselamatan kita sendiri terancam?

    Situasi “mempertahankan diri” ini bukanlah kali pertama berlaku. Ini adalah reaksi manusia biasa, apabila keselamatan diri terancam.

    Polis dibekalkan senjata api untuk bertugas, kerana apabila berhadapan dengan penjenayah atau penjenayah menyerang anggota polis, anggota tersebut akan mengunakan senjata api yang dibekalkan itu. Ini perkara biasa.

  8. dr butiq said,

    mari kita tembak BN dengan memangkah pembangkang pada pilihan raya yg akan datang.Kalau majoriti BN dapat dikurangkan maka kita dapat mengurangkan keangkohan dan kesombongan pemimpin pemimpin BN.

  9. syed said,

    Selamat menunaikan ibadah puasa.

  10. Best artikel ni.

  11. amir said,

    ada x sapa2 jumpa video kejadian kat internet. cuba cari kat youtube x pun.

  12. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Memang keperluan untuk mempertahankan diri perlu ada pada diri setiap insan, namun berbalik kepada tajuk asal perbincangan kita iaitu penggunaan peluru hidup didalam situasi begini seumpama menempah maut.

    Bayangkanlah jika yang kena tembak tersebut adalah adik, abang, kakak atau ibu bapa kita. Tentunya kita akan mempersoalkan isu tersebut.

    Persoalannya disini: Adakah polis tersebut menembak kerana mempertahankan diri (tembakan keudara seperti lazimnya) atau menembak kerana suka-suka (trigger happy)?

  13. Ketua Penyamun…rasa-rasa saya ,anda mcm pro BN yg menjadi musang berbulu ayam aje,agaknya ketua penyamun lg tiada akalnya.Malah lagi baik,atau dgn kata lain babi lagi berakal,dari ketua penyamun…maafkan saya kalau tersingung,cuma tak salah kalau membuat andaian.-Ketua Samseng

  14. hamed said,

    biarlee..dia orang tu terjun ngan labi-labi nye..bukan labunye..pasai meno ngan be end spesis labi-labi sama ngan babi yang si cina buek sup!
    biaseleer..mempertahankan diri dengan peluru idup sama spt kengkawan die kek Israel tu.. Porahhhh…ptuii…

    ko ngan babi…ditolak babi nape tak guna peluru idup, ko punya teloq dan dingap oleh babi ke? jawab leer..ketua..pelis mesia..?

  15. E-BONE said,

    tu pn nk kecoh ka….lantak diorg la


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: