29 August, 2007

Parti Buruh Kebangsaan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:03 am by Ketua Perusuh

Pertama sekali kita semua sedia maklum bahawa disana-sini ada sahaja menteri dan ahli parlimen yang membangkitkan bantahan dan bangkangan mereka terhadap tindakan yang diambil oleh MTUC dan badan-badan kesatuan sekerja tempatan.

Malah telah ada kedengaran cakap-cakap yang melabelkan gerakan kesatuan sekerja sama seperti gerakan parti pembangkang, malah ada yang sanggup untuk menuduh bahawa kesatuan sekerja di Malaysia telah dikuasai oleh pembangkang.

Inilah cakap-cakap yang kedengaran dari mulut-mulut manusia yang “lupa dunia” dan “berhidung tinggi”. Mentang-mentanglah mereka kini diulit kemewahan dan kesenangan, dengan kekuasaan yang ada pada mereka hasil dari usaha bodek, ampu dan rasuah. Malah menteri-menteri dan ahli parlimen ini seakan lupa bahawa golongan pekerjalah yang telah menaikkan dan memajukan ekonomi dan kuasa pelbagai industri di Malaysia.

Malah kekayaan dan keuntungan yang menteri-menteri dan ahli parlimen ini memang datangnya dari hasil titik peluh dan keringan para pekerja bawahan. Andai mereka (menteri dan ahli parlimen) ini tidak berada ditampuk kuasa, tentunya mereka juga berada sebaris dengan golongan pekerja. Dan mungkin ada mereka-mereka ini yang merempat dan kebulur tiada makanan dan tempat tinggal seandainya diizinkan Allah kehidupan mereka diubah.

Tapi mereka-mereka ini sememangnya tidak mahu sedar akan kegelisahan dan kepayahan hidup golongan pekerja bawahan termasuklah kakitangan awam dan swasta. Malah ada kakitangan swasta yang mendapat gaji RM260 sebulan sedangkan golongan ini tinggal dibandar-bandar besar.

Ayah saya pernah memegang peranan besar dalam Kesatuan Sekerja pada satu masa dahulu, malah boleh dikatakan mengerakkan beberapa kesatuan sekerja di tanah air tercinta ini. Tujuan penubuhan dan pergerakan kesatuan sekerja adalah untuk memberikan satu perlindungan dan keselamatan kepada ahli-ahli mereka dalam bentuk kestabilan pekerjaan dan tangga gaji.

Pernah ayah saya menegaskan kepada saya bahawa beliau amat bersetuju sekiranya semua warga pekerja di Malaysia menubuhkan satu pergerakan politik (partai) yang menjurus kepada memberi dan mengekalkan kepentingan pada ahli-ahli kesatuan sekerja. Malah beliau mencadangkan penubuhan kembali Parti Buruh untuk tujuan ini.

Malaysia pernah menyaksikan ujudnya Parti Buruh pada awal sebelum pembentukan Malaysia. Malah jika tidak diganggu gugat oleh Penjajah British dan Parti Perikatan, tentunya Parti Buruh menjadi satu parti yang berjaya dan kuat.

Kini setelah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, saya merasakan bahawa adalah perlu satu gerakan untuk menubuhkan Parti Buruh dibuat dengan segara demi untuk menjamin kepentingan dan hak-hak pekerja. Dengan ujudnya Parti Buruh, tentu ianya akan dapat bergerak seganding dengan mana-mana parti yang lain untuk menjuarai agenda para pekerja.

Parti Buruh sewajarnya akan menjadi satu parti “multi-racial” yang dapat merapatkan jurang politik pemisahan kaum seperti yang diamalkan dalam Barisan Nasional. Dengan ujudnya Parti Buruh Kebangsaan, tentunya menteri-menteri dan ahli parlimen yang bangang ini akan dapat tersedar dari lamunan mereka. Mereka-mereka ini mengelamun disiang hari adalah kerana terpengaruh dengan aksi yang ditonjolkan oleh Abdullah Ahmad Badawi yang diserang penyakit tidur (African Trypanosomiasis) yang dibawa oleh lalat “tsetse” sepertimana yang banyak terdapat di benua Afrika.

Kepada menteri-menteri dan ahli parlimen yang bangang ini ingin saya tegaskan bahawasanya setiap ucapan dan kata-kata yang anda lemparkan semakin lama semakin menunjukkan tahap keilmuan dan kecerdikan anda yang rendah. Malah setiap kali anda membuka mulut memberi pandangan dan bantahan anda di Parlimen, ianya seumpama seekor lembu sedang membuka mulut. (Bukankah binatang lembu terkenal dengan sikap bangangnya).

Sudah tiba masanya untuk semua warga Malaysia (terutamanya golongan pekerja) yang merasakan bahawa tahap keilmuan mereka lebih tinggi dari menteri-menteri dan ahli parlimen ini untuk mengambil tindakan menubuhkan Parti Buruh dan seterusnya menyelamatkan Malaysia dari jatuh ke lembah kehinaan dan kehancuran atas sebab ditadbir oleh Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) yang lembab dan boleh diklasifikasikan sebagai bangang (beserta dengan menteri-menteri dan ahli parlimen yang sama bangangnya).

Akhir kata, semoga sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 50 Malaysia menjadi titik tolak untuk menyelamatkan Malaysia dari kekuasaan kumpulan bangang dan lanun ini.

“Bebas Merdeka Tanah Airku, Bebas Merdeka Pemikiranku”

5 Comments »

  1. afrar yunus said,

    salam sdra
    gerakkan pekerja sudah bermula beratus tahun yang lalu. tanpa pekerja ekonomi negara tidak dapat dijanakan. malah, ahli politik juga adalah pekerja. pekerja dalam pentadbiran negara untuk membantu rakyat. tetapi di malaysia, politikus mengangkat diri mereka sebagai “tuan” kerana pendapatan mereka berpuluh ribu sebulan dan kerjanya bukan bekerja untuk rakyat. rakyat bekerja untuk dia. jadi, bagi mereka – “pekerja? selesailah sendiri masalah awak. awak bagaikan hamba, kami tuan”

  2. Taj AbuJawad said,

    Salam sdra. Saya sokong dan sahkan majoriti ahli kabinet BN ni semuanya BANGANG dan LANUN. Majoriti mereka adalah wakil towkey bukan wakil rakyat. Saya setuju 100% penubuhan parti buruh yg benar berpegang pada prinsip perjuangan buruh tetapi kalau dinafikan hak berpolitik dalam sistem demokrasi ini pemimpin dan ahli2 MTUC harus dan terus bergerak dlm semua keadaan untuk mendapatkan hak mereka yg telah dinapikan sejak 50 tahun umno merdeka.

  3. TukangSokong said,

    Salam Semua

    sy amat bersetuju jika parti buruh ini ditubuhkan….kerana pasti mendapat mandat yg besar dari rakyat, sememangnyer rakyat yakni kakitangan awam dan swasta amat tertekan dengan sikap para menteri yang suka buat tindakkan yg kurang akal fikiran….

    setiap kali hampir PRU, ramai menteri meminta kakitangan bawahan bekerja untuk mereka…bukan bekerja negara, byk arahan dikeluarkan semata-mata nak menjadikan mereka glemor, padahal yang bekerja adalah kakitangan bawahan ini…

    diharapkan PRU akan datang majoriti BN akan hilang, dgn jumlah kerusi akan same dgn pembangkang

    Nota
    sy amat sudi utk turut serta dalam parti buruh(Parti Rakyat)
    pssT: email sy xbetul tu wahai ketuaPerusuh!

  4. hamed said,

    kalu semua pekerja gomen ngan swasta buek piket kan baguih mesti tergolek mesia nie kot!

    hehehe…fikirkan lah!

  5. selumbarkayu said,

    berkaitan kenyataan penubuhan Parti Buruh ini suka saya meyebut sekarang telah di gerakkan oleh Parti sosialis Malaysia… pendekatan mereka ini adalah hampir sama dengan gerakan parti buruh seluruh dunia….. tetapi ada beberapa pendekatan parti buruh yang agak bahaya untuk umat islam.. aliran pemikiran Karl Marx dan komunisme masih tebal dalam pemikiran sosialisme…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: