19 August, 2007

Penggabungan Mega Ala Synergy Drive?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:15 am by Ketua Perusuh

Synergy Drive kini semakin hampir menjadi satu gergasi perladangan negara. Synergy Drive adalah satu gabungan tiga syarikat perladangan utama negara iaitu Guthrie Berhad, Sime Darby Berhad dan Golden Hope Berhad. Satu usaha besar yang dijangkakan akan memberikan pulangan maksima kepada pemegang saham dan semua yang terlibat.

Persoalannya disini ialah jika Sime Darby Berhad tergabung dalam Synergy Drive, ini memungkinkan semua aset dan projek-projek yang sedang dan akan diusahakannya tergabung bersama dalam Synergy Drive. Secara otomatisnya, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) juga akan terletak dibawah kuasa Synergy Drive.

Synergy Drive pastinya akan mempunyai beberapa aset serta projek bertaraf mega yang sekaligus boleh membahayakan seluruh operasinya jika Synergy Drive gagal dalam urusan pentadbiran. Hasil penggabungan ini akan memberikan juga satu kuasa penuh kepada Synergy Drive untuk mentadbir dan menguruskan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Apa yang ditakuti akan berlaku terhadap ekonomi Malaysia mungkin akan terjadi jika Synergy Drive berhasil juga untuk mengawalselia beberapa koridor ekonomi dibeberapa kawasan yang akan diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Jika ini berlaku, ianya akan menyebabkan Synergy Drive akan menguasai sekurang-kurangnya 40% tanah dalam Malaysia.

Penggabungan ini juga secara otomatisnya akan memudahkan pemindahan pegangan saham yang dimiliki oleh Synergy Drive kepada beberapa pihak ketiga (yang menjadi proksi kepada Temasek Group). Ianya akan membuatkan Singapura (melalui Temasik Group) memiliki tanah tersebut mengikut nilai saham yang dimiliki olehnya dan seterusnya membesarkan wilayah negara tersebut.

Beberapa pergerakan dalam dunia korporat dan ekonomi telah, sedang dan akan dijanakan secara senyap oleh beberapa proksi yang dilantik oleh Temasek Group dalam usaha mereka memiliki pegangan saham dalam Synergy Drive.

Apa yang pasti usaha mereka ini (proksi Temasek Group) mendapat keizinan dan perlepasan khas dari Menteri Kewangan Malaysia dan semestinya akan mendapat lampu hijau dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Persoalannya disini, adakah kita ingin membiarkan harta negara terlepas kepada tangan orang lain dengan sewenang-wenangnya. Adakah kita tidak mahu sedar bahawa beberapa aset sedia ada telah dimiliki oleh Temasek Group melalui proksi mereka seperti dalam kes Pelabuhan Utara (Westport), Maxis dan sebagainya.

Kepada pemegang saham utama (majoriti) dan kecil (minoriti) dalam Golden Hope Berhad dan Sime Darby Berhad, tindakan anda membenarkan penggabungan ini tidak akan dimaafkan oleh semua warga Malaysia sekiranya pada akhirnya Synergy Drive terjual kepada entiti asing. Jangan biarkan wang ringgit mengelabui pandangan rasional anda.

10 Comments »

  1. kiff06 said,

    hi,
    pada pandangan saya yang tidak berapa penting ini, dengar khabar, kepentingan Synergy Drive akan dipegang oleh PNB tidak kurang 45 % manakala KWSP pula akan memegang sebanyak 10 %. manakala selebihnya (lebih kurang 45%) akan ditawarkan kepada orang awam dan pelabur asing. Bahagian yang 45% kedua inilah yang menjadi tumpuan ramai dan sebanyak mana ianya akan dipegang oleh pelabur asing.
    Pegangan pelaburan asing ke atas mana-mana syarikat tempatan adalah suatu situasi yang sihat, ini menunjukkan syarikat-syarikat tempatan mempunyai nilai di mata pelabur-pelabur asing. Cuma kita agak terkilan jika pelabur-pelabur asing ini mempunyai apa-apa niat yang selain dari mengaut keuntungan bersifat moneteri.
    Harapan saya juga untuk melihat Synergy Drive dapat ditadbir oleh pengurusan tertinggi yang betul-betul mantap dan professional demi untuk terus kompetitif bagi bersaing di platform global.

  2. drputera said,

    since when Temasek had a shares in Maxis, I thought it is Saudi Telecom!
    do u imply Saudi telecom is Temasek proxy? I doubt it is so.

    re-Synergy Drive well, dead sure the other 45 % for public and other investors interested, Temasek must be one , perhaps with at least 10% equity holding…

  3. ilmto said,

    ha.. kawan , dah lama aku cari orang macam ko. bagus2

  4. Dear drputera;

    Read the article right from the beginning text by text without missing any lines.

    Saudi Telecom is just a temporary holder for this shares which in turn will be exchange to another third party holder before being transfer back to Temasek Group at last.

  5. pijoy said,

    sesuatu yang baik jika disebarkan kerana kebanyakan org kita tidak sedar akan kesan negatif disebalik setiap keuntungan yang kita terima.
    bagi pendapat saya, keuntungan dan kesan positif yang diperkatakan kerajaan hasil penggabungan ini adalah bakal menjadi kenyataan jika strategi perniagaannya diperhalusi dan pentadbirannya diuruskan oleh golongan2 elite yang berkualiti. selain daripada itu,diharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian yang lebih serius terhadap penjualan saham2 syarikat ini supaya ia tidak disalahgunakan untuk pengambil alihan ekonomi negara oleh pihak luar
    tahniah kepada ketua perusuh atas usaha demi negara tercinta ini

  6. synergydrive said,

    visit http://synergydrive.forumup.com to discuss your opinion on the merger. Its an unofficial forum created to have an independent unbias forum to air the opinion of those involved in the merger of Sime Darby, Golden Hope and Guthrie.

  7. oppghope said,

    sime darby,golden hope n guthrie..telah menjadi synergy drive.Tetapi….lihatlah pekerja2 ghope di austaral edible oil…..kebajikan mereka tak terurus….bilik rehat pun ditempatkan bersebelahan tandas..tak guna kalau syarikat besar…jikalau kebajikan pekerja tak diambil berat…sedangkan pekerja2 ini lah yg.mendatangkan keuntungan yg.berlipat ganda kepada golden hope….

  8. oppghope said,

    nama je syarikat besar tetapi……pekerja-pekerja di austral edible oil (bintulu) pkcp…..dilayan macan pekerja kilang taik.tak guna nak lah eksyen………pekerja malang golden hope.

  9. HONEY said,

    I AM ONE OF THE EMPLOYEE UNDER SYNERGY DRIVE. SEDIKIT SEBANYAK TERASA PERUBAHAN. TETAPI ADA SESETENGAH PERUBAHAN YANG PADA SAYA KURANG TEPAT, TETAPI SAYA HORMATI KERANA MEREKA PASTI ADA AGENDA TERSENDIRI YANG MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN KEPADA SEMUA PIHAK TERUTAMA NEGARA

  10. […] Penggabungan Mega Ala Synergy Drive? Posted in Bloggers-United, Reformasi, Malaysia at 11:15 am by Ketua Perusuh Synergy Drive kini semakin hampir menjadi satu gergasi perladangan negara. Synergy Drive adalah […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: