8 August, 2007

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 5:57 am by Ketua Perusuh

Malaysia mengamalkan sistem Raja Beperlembagaan. Ini menyebabkan kekuasaan Raja (Sultan) dikekang dan dikawal oleh sistem yang dibangunkan oleh penjajah dahulukala. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kuasa mutlak diberikan kembali kepada DYTM Raja-Raja Melayu malah mungkin ramai yang akan menentang kuasa Raja-Raja Melayu.

Orang yang paling takut jika DYTM Raja-Raja diberikan kuasa adalah orang-orang yang dekat dengan koridor kekuasaan seperti Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Boleh dikatakan ianya melibatkan ramai orang terutamanya dari pihak Barisan Nasional yang diketuai oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (Presiden UMNO).

Malah kalau boleh mereka ini akan menyekat kuasa DYTM Raja-Raja dalam mentadbir urusan yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat-Adat Melayu. Mereka (Perdana Menteri Malaysia) dan yang seangkatan dengannya seringkali dilihat menyalahgunakan kuasa mereka dalam perkara ini sedangkan mengikut perlembagaan hanya DYTM Raja-Raja Melayu sahaja yang berkuasa dalam menentukan hala tuju dan urusan berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu.

Cuba kita lihat akan kes perundangan Lina Joy yang menggunakan laluan perundangan sivil sedangkan kes asalnya sepatutnya dibawah kuasa dan urusan DYTM Raja-Raja Melayu. Memang pada satu masa dahulu ramai dikalangan DYTM Raja-Raja Melayu mudah dikuasai oleh pihak-pihak yang berkepentingan demi untuk memastikan status quo yang masih mereka miliki. Namun jika DYTM Raja-Raja Melayu masih lagi kekal membatukan diri malah tidak mahu bersuara dalam melindungi kepentingan rakyat jelata, mungkin satu masa nanti DYTM Raja-Raja Melayu hanya tinggal sebagai lambang dalam buku sejarah sahaja.

DYTM Tuanku Raja-Raja Melayu perlu menggunakan kuasa mereka untuk menyekat salahguna kuasa, rasuah dan penyakit-penyakit hiliran para Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Malah tindakan yang dilakukan oleh DYTM Sultan Selangor Darul Ehsan (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dalam membatalkan dan menggantung darjah kebesaran kepada beberapa orang yang terlibat dengan jenayah dan salahguna kuasa perlu dilihat sebagai satu contoh mulia yang pastinya boleh diikut oleh mana-mana Sultan dan Raja-Raja negeri lain.

Kini terdapat gesaan diperingkat rakyat jelata (marhaen) agar Sultan dan Raja-Raja Melayu membuat satu pergerakan membenteras gejala sosial yang terdapat dalam kebanyakan kes yang melibatkan orang-orang yang berada dikoridor kuasa. Malah tindakan mereka-mereka ini (penjenayah) perlu dibenteras seberapa cepat yang boleh sebelum ianya merebak dan membusuk.

Hamba rakyat amat berharap agar DYTM Tuanku-Tuanku dapat memberikan satu contoh teladan yang baik demi masa depan negara yang bersih, telus dan amanah. Kuasa yang masih ada ditangan DYTM Tuanku-Tuanku perlulah digunakan dengan sebaik mungkin. Hamba rakyat amat berharap DYTM Tuanku-Tuanku dapat mengambil tindakan segera dengan melucutkan malah membuang daerah (negeri) mana-mana pihak yang menggunakan status (Dato’) mereka untuk melakukan salahguna kuasa, rasuah dan jenayah.

Hamba rakyat amat berbesar hati sekiranya DYTM Tuanku-Tuanku Raja-Raja Melayu dapat bersidang dan menetapkan satu ketetapan dalam menangani permasalahan ini dengan segera. Hamba rakyat melihat bahawa kuasa dan sikap Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya (termasuk ramai Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) kini semakin menjolok mata dan besar kepala.

Kepada DYTM Raja Nazrin Shah, hamba rakyat berharap agar Tuanku dapat menunjukkan satu model pemimpin yang berjiwa rakyat, bersih, telus dan amanah yang sepatutnya mana-mana pemimpin di Negeri Perak Darul Ridzuan perlu ikut dan contohi. Hamba sebagai rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan merafakkan sembah agar DYTM Sultan Azlan Muhibbudin Shah dapat melakukan sesuatu kepada beberapa pimpinan utama di Negeri Perak yang dikenalpasti melakukan salahguna kuasa, rasuah dan jenayah.

Kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, hamba rakyat amat berbesar hati sekiranya DYMM Tuanku dapat memanggil mengadap Abdullah Ahmad Badawi untuk diperingatkan akan tugas yang sepatutnya beliau lakukan. Jika Abdullah Ahmad Badawi masih besar kepala, maka DYMM Tuanku berhak untuk berbuat sesuatu. DYMM Tuanku juga hamba rakyat harapkan agar dapat memanggil mengadap mana-mana penjawat awam yang dikenalpasti melakukan salah laku dan sebagainya untuk diberi peringatan ataupun diambil tindakan.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,

4 Comments »

  1. Sheik said,

    Saudara Ketua Perusuh,

    Kuasa apa pun kalau diberi kepada manusia akan digunakan kemaksimum, baik untuk kebaikan umum atau personal. Kalau tidak dapat dari Sultan Sultan kita, mereka akan “createkan” sendiri. Kalau Sultan Selangor tidak memberi tauliah Dato atau apa apa anugerah, dibuka peluang Kepada Menteri Wilayah Persekutuan membuat kerja itu. Bukan susah benor, kata orang Perak.

  2. Sheik said,

    First Deviance sign against the rulers.

    May be or may not be the sign. But it signals a message ” You don’t give, we create one”.

    Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

    Pak Abas BG menyokong penuh.

  3. Terima kasih atas komentar saudara,

    Persoalannya disini, adakah wajar diterima pakai penganugerahan jika ianya dilakukan oleh menteri? Dan adakah ianya selari dengan perlembangaan negara?

    Jika ianya dilakukan juga, apakah tindakan ini menyalahi undang-undang negara dan undang-undang tubuh Wilayah Persekutuan?

  4. pijoy said,

    diharap segala perbincangan2 terkini dapat saudara maklumkan kepada saya
    tahniah atas perjuangan suci saudara demi raja-raja kita yang tersayang
    daulat tuanku
    moga Allah selamatkan malaysia,org melayu dan raja2nya yang adil lg berdaulat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: