1 August, 2007

Abdullah Ahmad Badawi

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:40 am by Ketua Perusuh

Kali ini izinkan saya menulis seringkas-ringkasnya mengikut turutan. Saya tidak mahu mencoretkan nukilan yang panjang berjela cuma sekadar ingin mengemukakan pandangan secara soal jawab dan “listing” (dengan izin).

Soalan: Sifat sebenar Abdullah Ahmad Badawi?
Jawapan: Lemah jati diri, lalai, leka, lembab dalam tindak tanduk, gagal memahami senario semasa, tidak faham konsep ekonomi, mudah dibeli, mudah dikuasai oleh orang yang terdekat dengannya, tidak Islamik, kurang daya kepimpinan, mudah beremosi, pengecut dan banyak lagi.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi sesuai sebagai Perdana Menteri Malaysia?
Jawapan: Tidak sesuai sama sekali atas sebab tidak berkemampuan untuk memimpin melainkan dipimpin. Setakat ini didalam senarai Majlis Tertinggi UMNO belum terdapat individu yang layak memimpin negara?

Soalan: Adakah Ketua Perusuh boleh menggantikan tempat Abdullah Ahmad Badawi?
Jawapan: Tidak, saya tidak berminat dengan politik.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi sesuai sebagai Menteri Kewangan?
Jawapan: Tidak sesuai sama sekali atas sebab kurang memahami konsep dan pengurusan kewangan serta ekonomi. Malah amat lemah dengan angka dan tidak berminat mempelajari ilmu berkaitan kewangan. Ini menyebabkan Kementerian Kewangan lebih banyak dikawalselia oleh orang-orang di Tingkat 4 yang kebanyakannya masih mentah dalam bidang kewangan dan ekonomi.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi boleh menjadi Perdana Menteri lebih dari dua penggal?
Jawapan: Selagi mana masih ada ramai rakyat Malaysia yang boleh digula-gulakan serta ditipu dalam setiap pilihanraya, maka selagi itu Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi Perdana Menteri.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi sedar akan permasalahan rakyat dan perkara-perkara yang berlaku didalam negara?
Jawapan: Setakat ini belum lagi kelihatan Abdullah Ahmad Badawi sedar atau disedarkan. Malah banyak perkara yang penting didalam negara diabaikannya tanpa sebab munasabah.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi seorang yang berpandangan jauh?
Jawapan: Tidak tepat sama sekali. Malah banyak tindakannya lebih kepada emosi dan tidak berpandangan jauh. Seperti contoh projek WPI dan NCER yang pastinya akan menyebabkan orang melayu terpinggir dan dipinggirkan secara senyap dan terancang.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi cuba membenteras rasuah dan salah guna kuasa?
Jawapan: Dewasa ini dalam pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, rasuah dan salah guna kuasa amat meluas terjadi malah banyak kes yang sedang dan telah ditutup begitu sahaja.

Soalan: Apakah hukuman yang sesuai buat Abdullah Ahmad Badawi sekiranya NCER dan WPI dijual kepada entiti asing?
Jawapan: Hukuman kepada pembelot hanyalah dengan ditembak mati oleh skuad penembak. Itupun ianya mesti mendapat keizinan daripada DYMM YDP Agong.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi seorang pemimpin yang lebih Islamik?
Jawapan: Islamik? Setakat ini belum dapat dikenalpasti. Iman tidak boleh diwarisi dari ibubapa, begitulah juga yang terjadi pada Abdullah Ahmad Badawi. Anak, menantu dan dua isterinya juga tidak menutup aurat. Jika yang dipimpinnya masih tidak terpimpin bagaimana Abdullah Ahmad Badawi boleh menjadi pemimpin yang lebih Islamik? Tidak keterlaluan sekirannya saya melabelkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang sekular yang bertopengkan Islam.

Soalan: Berjayakah Malaysia menganjurkan program Cuti-Cuti Malaysia dan Visit Malaysia Year 2007?
Jawapan: Tidak mungkin berjaya kerana Abdullah Ahmad Badawi sendiri pun sibuk bercuti keluar negara seperti ke Australia setiap kali dan ini secara otomatisnya seumpama menganjurkan program Cuti-Cuti Australia.

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi sedang memimpin negara?
Jawapan: Tidak sama sekali. Ini adalah kerana Abdullah Ahmad Badawi cuma boneka kepada menantunya (Khairy Jamaludin).

Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi akan insaf dan sedar?
Jawapan: Hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh membukakan hatinya. Atau mungkin Abdullah Ahmad Badawi sengaja tidak mahu insaf dan sedar.

Soalan: Perlukah Abdullah Ahmad Badawi dinilai dibawah “Key Performance Index (KPI)”?
Jawapan: Ya, memang perlu. Malah semua anggota kabinet yang dilantik olehnya termasuklah menteri-menteri besar dan exco yang dilantik dibawah Kerajaan Barisan Nasional perlu dinilai secara telus oleh badan bebas dari luar negara. Kita boleh juga menjemput Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Agensi Kelayakan Malaysia (AKM) membuat penilaian.

Soalan: Siapakah Abdullah Ahmad Badawi?
Jawapan: Bapa Pengkhianat Negara.

Salam Kemerdekaan Kelima Puluh Tahun (50) Malaysia

20 Comments »

  1. napy8gen said,

    soalan second last aku suka.. KPI untuk PM

  2. Muhammad Sheikh Ibrahim said,

    kite dipinpim oleh org lemah mcm pak lah. reality hurts eh

  3. Tujuhmerah said,

    Terkilan sgt Malaysia di pimpin oleh org macm Pak Lah. Seorang yang lemah dan tiada visi. Dia terpilih oleh Dr M pun sbb, “He the best among the worst”. Perdana Menteri Kelima “BAPA KEHANCURAN”

  4. jamilisa said,

    Hampas terung punya org

  5. kepercayaan said,

    mana kebenaran fakta yg ditulis ni…kalau la fakta mengenai kebenaran ini dapat dibuktikan, pasti dapat menyelamatkan negara dari pimpinan PM yg sedia ada..

  6. syafiqsunny said,

    Soalan: Siapakah Abdullah Ahmad Badawi?
    Jawapan: Bapa Pengkhianat Negara.

    Jawapan kedua: Bapa mentua Khairy

  7. Terima kasih atas komentar saudara/i sekalian,

    Sebagai warganegara yang merdeka dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan, kita berhak untuk memberikan pandangan masing-masing walaupun pandangan tersebut tidak dipersetujui oleh orang lain.

    Tapi jika Malaysia adalah sebuah negara Komunis, tentunya kita tidak boleh menyuarakan pandangan dan pendapat kita.

  8. Dean said,

    Bapak Pengkhianat Bangsa???

    Bapak Mertuaku kot…hehehehe…bak kat KJ.

  9. aku pasti sepasti2nya comment aku ini AKAN di delete.

    Soalan: Siapa Ketua Perusuh?
    Jawapan: Seorang rakyat Malaysia yang Bangang, Bahlol, Bodoh dan Bangsat. Atau boleh juga disebut sbg 4B.

    Soalan: Apakah hukuman yang sesuai buat Ketua Perusuh?
    Jawapan: Biarkan jer beliau dengan tipu helahnyer.. Kalau tembak mati pon buat aper.. Tak sempat nak bertaubat pulak kang.. Dah puas dier mengutuk2 org, mengumpat, fitnah, dan lain2 lagi nnt dier sedar sendiri lah.. Kalau tak sedar diri jugak.. Pandai2 la bawak diri yer..

  10. Exxo Garcia said,

    Soalan : Siapa Ketua Penyamun?
    jawapan : Tukang jilat ketiak Badwi Had hari-hari Haprak.

  11. TeNsIoN said,

    sape bleh bantu aku sign up kat malaysia today. aku buat tak dapat2..please…

  12. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Khas buat Ketua Penyamun,

    Terima kasih banyak-banyak atas komentar anda. InsyaAllah saya tidak akan “delete” sama sekali komentar anda. Sesiapa pun berhak menyuarakan pandangan mereka.

  13. Tepuk dada, tanya……?

  14. jebon said,

    Tepuk dada…tanya buah dada..keh..keh..

  15. juan said,

    Saya kurang bersetuju dengan apa yang dibicarakan ttg pemimpin kita…
    kamu asyik nak membuat tuduhan tak berasas..kamu ader bukti ke..? betul ker ader proksi temasik Group dlm Synergy Drive? Betul ker dengan adernyer WPI, NCER & ECER org melayu dipinggirkan? Kenapa org Melayu tak boleh dipinggirkan kalau diaorg sendiri yang tak berusaha? Sedap mulut korang kata dipinggirkan. Cube la tanya diri korang sendiri …dari mana korang mendapat pendidikan, perkerjaan & hidup dlm suasana harmoni… Knape perlu wujud NCER?? Kerana ramai org2 muda mcm korang ni suke berhijrah ke bandar2 besar..nak cari kerja yg dalam ofis..so kalau sume nak kerja kat ofis…siapa nak kerja & usahakan sawah di Kedah, Penang, Perlis & utara perak. Bagi yg datang dari golongan petani sedar lah sikit….siapa yg beri korang makan, pendidikan sume..so kalau korg dh berhijrah ke bandar tak sedih ke tgk org tua korang mengerjakan sawah di kampung…so kalau later sume dh berhijrah & org tua dh takder siapa yg nk kerjakan sawah…yg korang tahu tak sabar nak dapat syer tanah masing2 habis tu jual kat org asing then dapt duit… itulah yg korang tahu…so kalau sesapa yg kata projek NCER itu meminggirkan org melayu, fikirkan lah sendiri…korg dh besar n tahu fikirkan…so amanat saya kpd Ketua Perusuh…cuba lar cerminkan diri lu dulu sebelum nak buat ape2 statement..Lu tu yg berjiwa Singapura….dan org mcm lu la yg tak tahu bersyukur and suka buat keharmonian negara tergugat..bagi sesapa yg menyokong Ketua Perusuh tu pun org yang bodoh sombong….

  16. Transformer said,

    Juan
    Sejarah telah membuktikan di mana ada pembangunan di situlah melayu terpinggir. Ini termasuk melayu Kampung Baru walaupun mereka berani mempertahankan tanah mereka dari tergadai, meski ditawar berjuta-juta ringgit. Namum mereka masih terpinggir. Biarpun mereka terpinggir, tetapi tanah warisan masih milik mereka. Lihatlah mana-mana bandar, mana ada orang melayu yang memiliki hartanah di bandar tersebut?. Baik bandar tu berada di ulu Pahang, Perak ke atau Serawak. Jadi jangan salahkan melayu yang berhijrah. Saudara Juan marah orang muda berhijrah tetapi adakah saudara bangga melihat tanah-tanah sawah ini dipindah milik kepada pengusaha Cina?

    ECER, WPI dan entah apa-apa koribor yang diwar-warkan hanyalah satu usaha untuk menukar-milik rezab tanah melayu kepada kerajaan Persekutuan yang kini dipengaruhi oleh golongan-golongan pengampu Dolah Badwi yang mempunyai kepentingan peribadi. Ya, memang melayu di kampung-kampung yang tanah mereka telah berpindah milik itu akan di beri ganti rugi dan akan turut serta dalam arus pembangunan, tetapi percayalah- mereka akan diberi satu unit rumah flet dua bilik sebagai ganti tanah dan rumah kampung mereka yang diambil, beberapa ratus ribu wang tunai yang akan habis selepas 6 bulan dan diberi peluang untuk turut menjadi usahawan- iaitu berniaga goreng pisang dan berniaga di pasar malam! Inilah pampasan yang akan diberi dan janji Dolah bahawa melayu akan turut serta dalam arus pembangunan koridor jenama beliau. itulah maruah orang Melayu di mata Dolah!~

    Adakah saudara Juan lebih suka melihat pak cik tua dan makcik tua berniaga goreng pisang di pasar malam sambil berehat-rehat di flet mereka? Saudara Juan, banyakkan membaca, tingkatkan ilmu, jangan mengulas secara cetek dan dangkal!

  17. Ya sedara Juan…kita ni kalu nak menyokong pun biarlah berfikir dan celik minda…46 tahun yang lalu semua orang bangga jadi anak Malaysia… tapi selepas Pak Lah memerintah…ramai rakyat tertindas dan merana. zahirnya cuma tak nampaksemua orang minta sedekah ditepi jalan…Dr M dah tersalah memilih pengganti…….pengganti yang menghancurkan bangsa sendiri..di war-warkan Islam Hadhari…anak bini pun tak tutup aurat..yang dulu tak abis-abis dengan kebaya nyonya, promot sgt la hat bukan adat bangsa melayu..bangga sangat…dah jadi duda..pilih la calon isteri yang yang ada ciri-ciri wanita islam..pun sama gak tak pakai tudung…dah tu bukan orang mlayu jugak..saya pun heran tgk pemimpin2 wanita umno or bini2 pemimpin semua susah sgt nak tutup aurat..bukannya muda2 lagi…dah tua semua..pemimpin yang takda bini plak sibuk mencari calon isteri dikalangan selebriti cthnya tgk aja Tiara tu…pakaian masyaAllah..mlayu skarang cari bini pun dah bukan mlayu dah tu dedah aurat menjadi2..pastu bila dgr parti pembangkang kutuk UMNO, hati saya cukup sakit…saya amat mengagumi perjuangan UMNO dalam membela bangsa dan agama serta tanahair. Tapi spt mna dgn iman,bgtu jugalah dgn nawaitu dan semangat tetap tidak boleh diwarisi….UMNO skrg semakin teruk apalagi dibawah kepimpinan PakLah…awat dulu time Dr M menantu dia KJ tak melonjak naikpun? La ni over sgt,jenis gila pangkat dan tumpang glamour bapa mntua. Ank PakLah yg jantan tu pun tak menonjolkan diri sgt. Betul la masa mula nak jadi PM dlu ada wwncara dgn arwah mak dia..mak dia pun kata PakLah tak boleh memimpin…rakyat smakin susah…minyak naik,semua barang naik,tol naik,makanan naik,semua lah naik…sampai pi upah baju pun dah naik harga sekarang,tukang kata barang smua naik…gaji staf krajaan aja naik…tu pun bukan byk sangat…tapi gaji swasta,pkerja kilang,petani,penoreh dll lagu mana? Sapa nak amik tau? rakyat tertekan..pi la tanya kot kmpg2 dan mrata tempat, apa komen rakyat tntg PakLah? semua rakyat mengeluh, cakap yuran tak kena bayar untuk 2008 tapi tgk list yang sekolah bagi sama juga..tak nampak kurang apa pun..ingatkan buku tulih aja yg perlu di beli…lega la sikit sebab boleh beli baju sekolah kat anak2 lebih sikit…yg ank 2 org ja pun dah dekat 300…yuran MSSM la,dana surau la..ntah apa2…tu tak kira baju,kasut,beg,alatulis pa lagi…dah la tu la ni kjaan nak smua ibu bpapa mula myimpan SSPN untuk ank..nak simpan apa? Nak makan pun tak cukup.. pi la mintak keja kat syarikat swasta…Bos besar semua Cina, HR pun cina, amik la pekerja hat bawah2 ni orng kita dan untuk post engineer ka manager ka,,semua orang depa aja yang bolot..ini kenyataan…Lagi satu yang saya alami sendiri…pi la cari keja kat mana2 kilang pun…susah nak dapat keja sebagai pekerja tetap mcm dulu…semua vacancy di subkontrakkan kpd agensi pkerjaan swasta. minta la pa pun, semua keja kontrak ja…depa basic RM 600 + 300 jadi la 900. kja 8jam shari X 6hari seminggu…nak tambah pndapatan terpaksa la Ot 4jam tiap hari dan ditambh plak OT hari cuti kna wat 12jam juga..bayangkanlah, sebulan terpaksa keja penuh 30hari sbln X12jam…tu pun baru dapat 1200-1300 je,,,masa rehat takda, masa dengan anak2 pun takda…itulah yang antaranya menyumbang kpd masalah,gejala sosial dan perpecahan keluarga,ank2 kurang perhatian ibubapa yang terpaksa bekerja nak tampung khidupan zaman skrg..itu takpa lah kalu laki bini, lagu mana kalu ibu tunggal…selagi ada kudrat kna kja nak bela anak2 sbb tak mau harapkan belas ehsan kbjikan yang mana mmg susah nak dapat pun,takkan semua nak harap masuk TV3 bersamamu aja? Kja subkontrak lagu ni, mana ada kenaikan gaji,keja pi la sampai 7,8tahun pun…basic mcm tu juga,takda bonus,perubatan cuma RM20 ja sbln..kalu lebih bayar sendiri..sakit masuk hospital pun bayar sendiri…myk naik…tapi elaun myk tak naik2 juga,dah la lalu kat jmbatn kna bayar tol lagi..ni pun dgr samyvellu nak penaik lagi..mampus la rakyat mcm ni…bygkanlah rakyat mcm kami ni…brapa sgt pndptn? nak byr sewa rumah,keta,bil2,ank sekolah,brg umah,mkn mnum hari2..myk kreta lagi..ehsan pada mak bpak…lagu mna nak survived mcm ni kalu semua trus naik tanpa di kawal..Pak Lah tak pikirkan rakyat…ini saya yang ank 2 dan bleh bkerja cecah sribu ni…lagu mana dgn org2 kmpg yang ada anak ramai? Tu sbb byk budak tak pi sek pun masih ada…mak pak tak mampu..ingt kbjikan senang ka nak minta bantuan? apalagi zakat..minta thun ni thun dpn baru dpt..tu pun nasib…ingt ckgu2 ni baguih sgt ka nak prihatin kat mur i2 miskin,asyik minta duit tu duit ni. bla ckp tkda lagi..ckgu ckp lbih krg buat ank kita malu nk pi sek.. keja bagai nak rak..bla p check EPF SOCSO, sekupang pun tak masuk,wat report kat buruh pun pakai melapuk kt situ la tak jalan..byk kedarah rasuah…lepas tu BOS dpt tau inci kita cukup dan cari silap kita..nama pun kontrak ja,,,silap sikit out la….nak cari keja tmpt lain pun sama gak..gaji dah la tak naik…kontrak tiap2 6 bulan ja..abis smbg lagi..takda peningkatan dlm hdup msyarakat..pndptan cuma mati takat tu aja..camna orang terus hidup?? Ini la antara perkara yang membuatkan rakyat memberontak..gaji sikit,tak naik lak tu, taraf kontrak dan tak tetap…bila org takmau keja si majikan ni pi angkut la imigrasi2 luar dari indon,nepal,bangla,vietnam dan sgalanya melambak kat negara kita…katanya byk pluang pkerjaan yang tak di isi oleh rakyat malaysia yang terlalu memilih pkerjaan..padahal gaji tak berbaloi dengan waktu keja yang panjang,menindas rakyat lak tu… ada lak sesetengah kilang..nak ambil operator pun nak syarat SPM kredit English & Maths…byk lak budak mlayu tak dapat keja..nama pun operator tapi nak hebat2 baik orang pi smbung blajar..rakyat malaysia nak kelayakan bagus2…tapi lastly pi angkut indok gak mai isi kekosongan tu…ada ka ptut?? Sedih juga tgk keadaan skrg..krajaan langsung tak prihatin..lantik cina jadi menteri sumber manusia, lantik cina juga jdi mnteri prumahan…abislah…tak lama lagi kita semua jadi la mcm mlayu kat Singapura…skrg sy bkerja di sebuah kilang yang famous gak la kalu sebut brand dia, tapi tak rasa plak yang kita ni bekerja di tmpt sendri pun…sbaliknya seolah2 berada di jakarta pulak…Indon melebihi rakyat malaysia,ditambh dengan nepal,vietnam,bangladesh dan philipines……kalu la berlaku peperangan rakyat kita la abis mati dulu……tapi itu semua krajaan tak nampak lagi, bila dah kritikal baru nak amik tindakan…menteri yg dok ada byk la ni pun semua tak leh pakai..semua gila pangkat…toksah kata sapa la..UMNO ka PAS ka..sama saja…sapa dpt pangkat akan pikir lagu mana nak wat harta depa sendiri..rasa2 padan muka kerajaan la bila parti pembangkang anjur demonstrasi jalanan..dan bila HINDRAF wat usul ke krajaan British..padan dengan muka PakLah…kita tak kira parti apa pun nama @ cap mohor dia..yang kita perlukan parti yang mempertahankan serta memperjuangkan agama,bangsa dan negara kita…membela nasib2 rakyat selari dengan pembangunan dan kemodenan..aspek ugama adalah teras utama..jika hukum hakam sudah tidak dijadikan benteng pertahanan diri..hilanglah apa yang telah nenek moyang kita pertahankan,perjuangkan dan korbankan dulu kerana Malaysia sudah kehilangan modal insan dan jati diri ank melayu….apa yang betul kita tetap sokong tapi kalu yang tak betul tetap juga tak betul dan kita kena bantah, jangan main afundi buta ja…saya sokong perjuangan UMNO tapi UMNO yang dulu sebab ia asli bukan mcm UMNO skrg byk menteri haprak trutamanya PakLah…byk orang UMNO dah jadi pembangkang…kalu yang masih dok pertahan PakLah tu bukan apa, depa sebenarnya tak celik lagi…..

  18. terebei@lastik said,

    Saya mahu menjawab soalan ini……

    Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi boleh menjadi Perdana Menteri lebih dari dua penggal?
    Jawapan: Selagi mana masih ada ramai rakyat Malaysia yang boleh digula-gulakan serta ditipu dalam setiap pilihanraya, maka selagi itu Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi Perdana Menteri.

    Pemilihan AAB adalah ketika perhimpunan Agung UMNO.Setiap 3 tahun sekali semua jawatan dipertandingkan dalam hirarki UMNO dari jawatan Presiden hingga kepada MKT.Perwakilan UMNO bahagian akan memilih. Sesiapa menjadi Presiden UMNO adalah automatik menjadi PM. Jawatan PM bukan dipilih oleh rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya.Rakyat memilih parti pemerintah.Dari track rekod rakyat Malaysia memilih BN dan bukannya pembangkang. UMNO adalah akar tunjang dalam BN.

    Soalan: Adakah Abdullah Ahmad Badawi cuba membenteras rasuah dan salah guna kuasa?
    Jawapan: Dewasa ini dalam pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, rasuah dan salah guna kuasa amat meluas terjadi malah banyak kes yang sedang dan telah ditutup begitu sahaja.

    Rasuah dan penyalah gunaan kuasa bermula dari mantan TDM lagi. Apakah kita dah lupa ? TDM yang memulakannya. sekarang cuma kontinuiti.Precedent telah ada.

  19. kaiyisha said,

    entahlah mcm manelaa org mcm juan n ketua pnyamun masih tak sedar-sedar diri lg. Bangsa melayu Malaysia sekarang sewenang-wenangnya diperkudakan oleh kroni-kroni PAK LAH yg kebanyaknnya gol korporat S’pura. Tak hairanlah byk dh tnh-tnh rezab org melayu kat johor digadai kpd S’pura dgn hg yg sama sekali tidak setimpal dgn nilai tnh tersebut.Cuba baca 70 dalil yg Pak LAH gagal memimpin negara, itu org UMNO sendiri yg tulis, syukurlah masih ada yg celik hati. Dah mcm2 tindakan bangang dan tidak berasas PAK LAH n khairy penasihat terutamanya itu lakukan termasuklah pembatalan pembinaan jambatan mnggantikan tambak johor, tahukah kamu berapa bilion duit rakyat lebur mcm tu?? sekarang ni syrkt GLC dan Khzanah Nasional yg menentukan hala tuju pemerintahan negara, tahukah siapa yg menerajui kedua2 syrkt tersbut?, Syrkt korporat S’pura yg berdiri teguh di belakang Khairylah yg sebenarnya jadi dalang,,PAK LAH hanya tahu pi melancong n terlena aje, ape2 pon die xtau..xkan org yg lemah n xberpendirian ini yg nk memimpin malaysia mencapai wawasan 2020?? fikirkanlah sendiri..Kepepimpinan Pak LAH diibaratkan ‘bussines family’. Menantu bapak yg menentukan hala tuju Malaysia sekarang ni. aku pun naik hangin dgn fenomena2 ni sume..kalau sayangkan negara ni dan tak mahu kena jajah dgn S’pura cepat2lah ubah keadaan ni..aku tahu ramai rakyat malaysia yg masih celik dan peka akan keadaan dan situasi yg berlaku sekarang ni. islam hadhari hanya nak kaburkan mata rakyat saja..dulu masa Dr.M M=masih memerintah dulu, PAK LAH pernah diperkudakan supaya jaga hal-ehwal babi masa JE melanda dulu. Tu pun dah terang lg bersuluh PAK LAH memang xtau pape, senang nk diperkudakan org len. natijahnya rakyat yg merana..fikir2kanlah..

  20. Trims sebanyak-banyaknya.
    Semoga postingan ini ditulis sebagai amal baik penulisnya yang telah sudi berbagi karyanya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: