29 July, 2007

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:34 am by Ketua Perusuh

Amat menarik sekali apabila kita membicarakan kenapa dan bagaimana Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi ini berusaha untuk membangunkan beberapa wilayar koridor dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9). Banyak spekulasi ujud dalam usaha membangunkan kawasan-kawasan ini. Sehingga komentar ini ditulis, belum ada sesiapa lagi yang memberikan komentar terhadap satu koridor baru yang akan dibangunkan iaitu Wilayah Ekonomi Koridor Utara atau lebih dikenali sebagai NCER.

Apa yang menarik sekali tentang NCER adalah ianya adalah satu kawasan wilayah koridor yang amat besar (lebih dari 4 kali ganda Singapura). NCER adalah bertujuan untuk membawa satu bentuk transformasi dan pengembangan terhadap sektor pertanian, pembuatan, logistik dan pelancongan di wilayah utara Semenanjung Malaysia, yang mana merangkumi negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak yang akan dimajukan dalam tempoh lebih 20 tahun.

Persoalan yang bermain difikiran saya adalah berkisar kepada perkara-perkara dibawah ini.

1. Dari manakah agaknya pembiayaan modal pembangunan kawasan ini akan diambil. Adakah ianya telah dimasukkan dalam bajet Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9) atau ianya hanyalah cakap-cakap yang tidak bersandarkan kepada kedudukan kewangan yang dimiliki oleh negara. Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan sewajarnya memberikan satu perincian yang lengkap bagi membolehkan rakyat Malaysia menilai akan kebolehjayaan projek yang akan dibangunkan. Untuk membangunkan koridor ini memerlukan kos berpuluh bilion ringgit dan mungkin mencecah ratusan bilion. Siapa yang akan membiayainya? Bayangkan jika pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang mencecah RM2.7 bilion pun kita terpaksa meminjam dari EXIM Bank di China, adakah untuk NCER kita akan meminjam lagi. Biasanya dalam urusan pinjaman, tentunya ada cagaran yang dipinta. Apakah agaknya cagaran yang mungkin Abdullah Ahmad Badawi & Co serta orang-orang di Tingkat 4 JPM akan berikan? Siapakah yang akan memberikan pinjaman, China atau Singapura?

2. Siapakah yang akan mendapat untung (laba) berskala besar kali ini dengan menjadi peneraju dalam urusan pembangunan NCER. Setakat yang diketahui Sime Darby Berhad telah dilantik secara terus untuk membangunkan NCER namun siapakah sebenarnya disebalik semua inisiatif ini. Perlu diingat bahawa Sime Darby Berhad adalah dibawah pemilikan Synergy Drive dan Synergy Drive ini dimiliki sepenuhnya oleh CIMB Berhad. Saya pernah menulis tentang Synergy Drive yang didalangi oleh beberapa tokoh yang kurang patriotik yang mana mereka ini adalah proksi kepada Temasek Group. Oleh yang demikian, mengikut percaturan kuasa yang ada, WPI dan NCER memiliki satu dalang yang sama. Oleh itu tepatlah apa yang dikatakan perluasan kuasa oleh Singapura melalui sayap pelaburan mereka iaitu Temasek Group.

3. Apakah tujuan sebenarnya NCER dibangunkan? Persoalan ini banyak berkisar kepada penguasaan pelabuhan dan kemudahan logistik yang diperlukan oleh Singapura jika mereka ingin mengekalkan kuasa dalam sektor perkapalan, ekonomi dan logistik. Dengan pemilikan kuasa dalam NCER, maka Pelabuhan Pulau Pinang dapat dikuasai oleh Temasek Group dengan mudah. Koridor WPI pula memudahkan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang dimiliki oleh Temasek Group. Ini secara otomatisnya akan menyebabkan penguasaan pelabuhan kita akan terlepas kepada pihak asing. Tentunya anda ingat akan kes Westport yang dimiliki kepentingannya oleh pihak ketiga seperti yang didedahkan didalam blog in sedikit masa dahulu.

4. Adakah mungkin NCER dibangunkan kerana pihak Singapura amat risau akan ujudnya satu Terusan Segenting Kra yang secara otomatisnya akan menyebabkan ekonomi dan kepentingan Singapura akan tergugat. Ini kerana dalam pelan perancangan Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) pernah ada ura-ura untuk membangunkan Terusan Segenting Kra ini yang akan memberikan manfaat yang besar kepada ekonomi Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Oleh yang demikian, apakah NCER sebuah pembangunan komprehensif yang akan memberikan keuntungan kepada Malaysia atau ianya adalah satu lagi perancangan kotor yang didalangi oleh Temasek Group yang mewakili Kerajaan Singapura. Abdullah Ahmad Badawi & Co serta beberapa pihak memang dikenalpasti mudah tunduk dengan permintaan dan arahan Singapura malah menantunya (Khairy Jamaludin) dianggap sebagai proksi utama Kerajaan Singapura di Malaysia.

Terlalu banyak sebenarnya rahsia didalam perancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang rakyat umumnya tidak sedar. Namun janganlah sampai tergadai satu lagi kawasan (tanah) milik kita kepada entiti asing.

Kepada Menteri Penerangan Zainudin Maidin, saya ingin menegaskan bahawa penulis blog yang anda labelkan sebagai alat kepada anasir asing sebenarnya adalah pejuang negara. Ini kerana alat kepada anasir asing yang perlu anda lihat dan kenalpasti adalah Abdullah Ahmad Badawi & Co serta mereka-mereka yang berada di Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri. Mereka inilah sebenarnya alat kepada anasir asing yang perlu kita awasi.

Semoga Malaysia kekal aman, selamat, sentosa dan merdeka selamanya.

7 Comments »

  1. mohd hazmin md nordin said,

    sekiranya ia mnjadi realiti,apakah peluang pkerjaan terbuka luas bg pelajar-pelajar y berkelayakan dan bagaimana untuk memohonya?

  2. kadetpencen said,

    Assalamu’alaikum,

    Mohon maaf kerana memaparkan mesej luar topik: webtv8 di http://wtv8.tv/v1/ telah menemubual Raja Petra pada 31.07.07dan kini bahagian pertama rakaman itu sedang ditayangkan dalam ‘now showing’ – lihat skrin utama.

  3. Pak Sheikh said,

    Assalamualaikum
    Sekilas pandang, NCER secara holistik menampakan peluang kemakmuran kepada rakyat dalam semua sektor, terutama sektor pelancungan dan pertanian. Apabila banyak pembangunan, banyaklah projek yang akan memerlukan tenaga kerja terutama buruh binaan, sekiranya rakyat kita tidak diubah cara berfikir dan berkerja serta cara penerapan semangat patriotisma, ana takut momentum kemajuan tidak seimbang dan ini akan menambahkan bilangan PATI kenegara ini dan pertambhan ini mungkin juga sebahagianya agenda pihak tertentu. Lantas, jumlah wang yg dibelanjakan berbilion ringgit sebahagian besar akan memperkayakan saudara kita diseberang, rakyat kita menggigit jari.
    Oleh itu ana ingin sarankan agar gomen buat persiapan serentak utk memastikan kita tidak menang sorak, takut kampung tergadai. Gembelingkan semua agensi sedia ada secara paksarela utk capai hasrat ini. Mana-mana pegawai gomen yg rasa dirinya dah tak mau berkerja demi negara dan agama bangsa, minta letak jawatan atau diberhentikan sja, ambil sja penyapu baru, tingkatkan semangat patriotisma cintakan negara bangsa dikalangan rakyat tak kira siapa dia, kerah semua pejabat daerah turun buat kerja secara bersungguh-sungguh dan jangan yg buat secara lepas batu ditangga, ambil tindakan segera.

    Ana letih dah dok tengok manusia petualang ni dok buat kerja sambil lewa. Ni satu lagi balak nak mai kalau tak pebetui semua tu. NCER ni kalau tak betul2 kita bersedia, lingkup abih bangsa masa depan. Takut anak cucu kita tak pandai cakap melayu lagi, dok cakap indon, myanmar, bagla dan vietnam je…
    RM170 bilion tu banyak tau, katakan kos fizikal je sepertiga, kirale berapa kos buruh yg hanya bermodalkan keringat depa bok balik negeri dan jadi kaya, kita dok takuk tu je…. Menyesal dulu pendapatan, sesal kemudian hancuq…….
    Mula l anyani lagu anak kecil main api, terbakar hatinye yg sepi… kawan2 lain sambung le sat, ana tak gamak nak habiskan, dok meleleh hinguih nak sebak dok kenang nasib bangsa….

  4. pengokong kuat tun mahtdir said,

    la ila hallah,ape nk jadi gdn negara kita nei,saya ni bkan la nak komen byk sngat tp cume sbagi rakyat malaysia saya nak kate sedih pun tak boleh nak gembira pun tak boleh ! cume tak paham ape la nak jadi dgn malaysia na. smua nye politik,asik asik politik.allah je lah yg tahu saya ni arap2 malysia aman,sedih lihat sikap manusia bila dah ada duit depan mata.susah susah mintak tun je la kembali PM.tun tolong la,nape salah pilih org nie sbgai penganti? tun saya harap jaangan la berdiam diri tolong la klau salah pemimpin kita ni tolong nasihat,klau dia tak boleh terima angap la nasihat org tua je la.SEMOGA ALLAH MERAHMATI MALAYSIA NEGARA ISLAM, INSYALLAH

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    NCER sekilas pandang mencerminkan satu kekuatan ekonomi jangka panjang yang terancang, namun beberapa aspek teknikal perlu diambil kira termasuklah isu PATI (seperti yang diutarakan oleh Pak Sheikh).

    Memang tidak dapat dinafikan kos yang dirancang amat besar, malah dijangka pengaliran wang keluar dari negara ini adalah lebih besar. Adakah kita perlukan satu lagi pinjaman berskala besar dari entiti asing?

  6. pijoy said,

    setelah membaca artikel saudara dan pandangan rakan2 seperjuangan, ia semakin memberi kesedaran bahawa kita sedang cuba dijajah oleh negara yang kecil tetapi bercita2 besar.
    malang sekali, apabila pak lah tidak dapat melihat perkara buruk yang bakal berlaku kerana anjing2 seberang sentiasa mengawalnya.
    diharap pak lah tidak semakin lupa bahawa dia adalah antara melayu penang yang ditindas ekonominya oleh bangsa asing yang kurang patriotik kepada malaysia.
    melayu adalah satu2nya bangsa yang cintakan malaysia, daulatkan raja dan perjuangkan islam. tiada guna kemerdekaan kita jika ekonomi pula yang terjajah
    diseru kepada semua umat islam,bangsa melayu dan rakyat malaysia yang cintakan malaysia, ayuh kita perjuangkan negara kita supaya maju tanpa tergadai

  7. Pemerhati said,

    Sekali imbas mmg dilihat pembangunan koridor wilayah ekonomi utara memberi implikasi yang besar untuk kangka masa panjang. tetapi apabila wujudnya pelbagai koridor dalam jangkamasa yang singkat seolah-olah melihat kepincangan yang mewujudkan situasi “terdesak” bagi kepentingan politik. Adalah mustahil untuk merencanakan satu perancangan bersistematik yang melibatkan keluasan yang begitu besar dalam tempoh masa yang singkat. Perancangan ad-hoc ini seolah-olah memakan diri sendiri apabila kegagalan kerajaan BN di dalam pilihanraya baru-baru ini. Sekiranya diperhalusi secara teliti apa yang kita dapat lihat hanya pembangunan SJER menampakkan usaha sebenar kerajaan menjalankan perancangan bersistematik dengan terdapatnya “master plan” untuk sesebuah wilayah ekonomi di johor selatan. Dimana kita boleh perolehi pelan induk bagi NCER, ECER, SDC mahupun SCORE sebagaimana perancangan Rancangan Struktur Negeri ataupun perancangan Fizikal Negara yang termaktub di dalam Akta 172. Apa yang kita dengar hari ini hanya cakap-cakap kosong ahli politik sahaja. Untuk menyediakan Rancangan Struktur Negeri akan memakan masa 3 tahun melalui beberapa peringkat untuk menyiapkannya tetapi bagaimana perancangan wilayah koridor yang merangkumi beberapa negeri boleh di hasilkan di dalam tempoh kurang 3 tahun yakni sebelum pilihanraya di jalankan? Apa yang diberitahu, perancangan koridor ini diilhamkan oleh Khairy. Bukanlah untuk menaikkan kebencian rakyat terhadap beliau tetapi untuk mengingatkan Khairy bahawa kita mempunyai saluran yang betul. sekiranya ingin menjalankan sesuatu perancangan haruslah merujuk kepada kepakaran yang ada di bidang perancang bandar bukan hanya membuat keputusan mengikut nafsu sahaja dengan melantik mereka yang tidak mempunyai kepakaran utnuk menjalankan kerja-kerja perancangan.Tidak perlulah kita membuat perancangan Ad-Hoc semata-mata hanya untuk memuaskan nfsu pihak tertentu tanpa mengambilkira kepentingan awam. Saya cuma mengingatkan bahawa rakyat kini lebih matang dan prihatin di dalam setiap tindak tanduk kerajaan. Untuk itu, Kerajaan harus kembali kelandasan sebenar untuk memartabatkan bangsa dan bukan memartabatkan ahli keluarga.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: