16 July, 2007

Apakah Rasionalnya Arahan SPR?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:24 am by Ketua Perusuh

Pengurusan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memang penuh dengan lawak jenakanya. Manakan tidak arahan terkini daripada Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, Kamaruzaman Mohd. Noor “menitahkan” bahawa mana-mana pengundi yang masih menggunakan kad pengenalan lama tidak akan dibenarkan mengundi.

Lawak jenaka ini memang membiulkan kepala pakar-pakar perundangan negara. Disini saya ingin jelaskan kepada anda kepada saya katakan ianya hanyalah lawak jenaka biul.

1. Sejak bilakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membatalkan penggunaan kad pengenalan lama dalam semua urusan. Adakah pihak JPN telah membuat satu siaraya umum berkenaan dengan perkara ini. Selagi mana JPN tidak membuat siaraya umum, maka kad pengenalan lama, surat beranak dan mana-mana dokumen pengenalan diri adalah sah digunakan pada bila-bila masa.

2. Sebagai pengundi berdaftar, anda berhak untuk membangkang cadangan ini kerana SPR tidak mendapat kelulusan Parlimen dan Kabinet untuk melaksanakan arahan ini. Jika SPR melaksanakan arahan ini maka secara otomatisnya SPR telah melanggar undang-undang negara yang membenarkan penggunaan semua dokumen pengenalan diri yang sah yang telah dikeluarkan oleh JPN dan Imigresen.

3. Untuk pengetahuan umum, sebagai warganegara Malaysia, anda boleh menggunakan dokumen pengenalan diri (PASPORT antarabangsa anda) sebagai satu dokumen pengenalan diri pada mana-mana pilihanraya kerana dokumen tersebut sah dan diterima pakai. Ini kerana nombor kad pengenalan dan surat beranak anda tertera dalam pangkalan data “pasport” tersebut.

4. Sebagai pelengkapan kepada mana-mana dokumen pengenalan diri, anda juga boleh menyertakan lesen memandu anda yang mana memang tertera nombor kad pengenalan anda. Lesen memandu yang sah ini sememangnya boleh digunakan sebagai satu dokumen pengenalan diri.

Oleh yang demikian, arahan Setiausaha SPR secara otomatisnya terbatal dan adalah jika SPR berterusan melaksanakan arahan tersebut, maka SPR boleh dicabar di mana-mana Mahkamah di Malaysia.

Saya dapati tindakan SPR ini mungkin didalangi oleh beberapa individu dan syarikat yang dikenalpasti akan mengaut keuntungan segera atas pemerolehan kad pengenalan baru. Terdapat unsur-unsur rasuah disini yang sepatutnya Badan Pencegah Rasuah mengambil tindakan untuk bertindak.

Mungkin juga ianya adalah disebabkan oleh kerana ketidakupayaan serta ketidakyakinan Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional untuk memenangi pilihanraya yang akan datang dengan majoriti besar.

Walau apa pun tindakan yang SPR lakukan ianya perlulah mendapat mandat Parlimen dan semua parti dalam Malaysia. Jika tidak tindakan tersebut boleh dicabar dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia.

2 Comments »

  1. afrar yunus said,

    salam KP
    tindakan SPR ini bukan sahaja membelakangkan perlembagaan malah dianggap tidak mempedulikan ketua kerajaan atau SPR menganggap di malaysia tidak ada ketua kerajaan.

  2. Terima kasih atas komentar saudara,

    Memang benar, SPR sepatutnya mendapatkan persetujuan dan konsensus dari Parlimen, Kabinet dan juga Wakil-Wakil semua parti didalam Malaysia. Malah kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen juga perlu didapati. Kelulusan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri perlu juga diambil.

    Sepertimana SPR mengatakan bahawa konsep celup jari dalam dakwat perlukan kelulusan Parlimen, Kabinet dan sebagainya, begitu juga dengan arahan terbaharu ini. Bagaimana boleh konsep celup jari dalam dakwat dikatakan tidak boleh dilaksanakan tanpa kelulusan sedangkan pembatalan penggunaan Kad Pengenalan lama pula dengan senang dilakukan.

    Kepada SPR, jangan cabar undang-undang negara dengan membuat undang-undang anda sendiri.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: