15 July, 2007

Betapa Kerdilnya Kita?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:47 am by Ketua Perusuh

Jika selama ini Malaysia dikenali sebagai seekor Harimau Asia, kini ianya sudah menjadi seperti seekor Kucing Asia. Manakan tidak, dahulunya kita (Malaysia) menguasai ekonomi serantau malah unjuran kewangan negara yang mantap sehingga membolehkan kita terus bebas daripada pinjaman asing diketika negara lain tersangkut dengan IMF.

Kini dalam usaha kita untuk membangunkan negara dan memperkemaskan infrastruktur pengangkutan dan ekonomi tempatan, kita kini menjadi pengemis semula. Memang tidak dinafikan kita (Malaysia) pernah meminjam dari Bank Dunia (World Bank) dan masih lagi berterusan membayar kadar faedah dan pinjaman tersebut. Namun bukanlah bermakna Malaysia kekurangan wang untuk meneruskan agenda negara.

Kini dalam usaha Abdullah Ahmad Badawi & Co menjenamakan dirinya sebagai kuasa pengerak pembangunan negara, kita dapat lihat beberapa projek koridor yang cuba dibangunkan. Memang tidak dinafikan projek ini berupaya memangkin ekonomi setempat dan seterusnya secara otomatis akan menguntungkan negara namun dari aspek pengurusan kewangan dan pembangunan ianya agak terhad dan kacau bilau.

Mana tidaknya, hanya kerana nilai RM2.7 Billion, juak-juak Abdullah Ahmad Badawi & Co sanggup menebalkan muka meminjam dari EXIM Bank di China. Adakah wang sebanyak ini tidak ada didalam negara. Sewajarnya jika kita ingin membangunkan sesuatu infrastruktur, kita sepatutnya sudah mengkaji kekuatan kewangan kita. Sebagai Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi sewajarnya tahu dari mana dan bagaimana negara boleh membangunkan infrastrur negara dengan kedudukan kewangan sedia ada.

Ataupun mungkin Abdullah Ahmad Badawi tidak menguruskan Kementerian Kewangan dan membiarkannya berjalan dengan sendiri tanpa pengawasan. Nilai RM2.7 Billion ini bukanlah besar sangat dan ianya boleh dibiayai sepenuhnya oleh bank-bank tempatan. Bukankan Malaysia mempunyai Bank Pembangunannya sendiri yang sepatutnya boleh membiayai projek ini.

Taktik yang digunakan oleh Kementerian Kewangan dengan membenarkan aliran masuk sebanyak ini dari China mungkin akan menyebabkan pihak lain memandang bahawa Malaysia tidak mampu untuk membiayai sendiri projek yang ingin dibangunkan. Jika projek tersebut diwartakan untuk dijayakan dalam Rancangan Malaysia ke 9, sewajarnya peruntukan untuknya sudah pasti disediakan.

Secara tidak langsung ini menunjukkan ketidakupayaan Kementerian Kewangan mentadbir kewangan dan ekonomi negara dan ianya juga menunjukkan betapa lemahnya Abdullah Ahmad Badawi memimpin negara.

Dalam pada kita diwarwarkan mempunyai lebih RM40 bilion aset terbeku dalam Amanah Raya, kita masih lagi mengemis RM2.7 bilion dari negara asing. Sungguh memalukan dan menunjukkan betapa kerdilnya Malaysia.

Rakyat Malaysia memang bersetuju akan kemasukan pelaburan asing namun bagi projek-projek pembangunan infrastruktur negara yang sememangnya ada dalam rencara Rancangan Malaysia Ke 9, kita sewajarnya telah mengenalpasti dana dalaman yang boleh digunakan. Bagaimanakah sebagai seorang Menteri Kewangan boleh terlepas pandang akan isu ini.

Adakah mungkin Abdullah Ahmad Badawi hanya bertindak sebagai seorang boneka sedangkan Nor Mohamed Yaakop (Menteri Kewangan Kedua) pula bertindak sebagai dalang. Atau mungkin budak yang masih berhingus (Khairy Jamaludin) sebenarnya yang merencanakan kewangan Malaysia sehinggakan pembiayaan jambatan kedua Pulau Pinang tidak termasuk dalam bajet Rancangan Malaysia ke 9.

Bayangkan jika kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam Malaysia juga dibiayai oleh pinjaman dari negara asing. Memang memalukan.

6 Comments »

  1. amir said,

    Salam,

    Memang memalukan. Tapi yang mungkin memalukan lagi – pada pendapat cek – jika terdapat pihak tertentu dapat komisen untuk pinjaman itu – offshore loan, depa panggil tak silap cek. Kalau pakai bank pembangunan, tidak mungkin komisen itu dibayaq.

    Tak tahulah siapa yang dapat komisen itu, tapi satu dari nama depa adalah Pengkhianat!

  2. ken said,

    setakat RM2B, takkan EPF tak pinjam,cakap nak implement PFI (private financing inititatives) ni pulak pinjam wang negara asing,mungkin kena tengkorak awek china kut , RMK9 cukup dana takkanRM2B pun nak pinjam…

  3. Mohammad Farid Hamid said,

    Weh, sodapnya mengutuk?? Ko paham tak kenapa EXIM Bank bagi pinjam?? Kalau tak paham, bertanya dan buat research, bukan buat fitnah melulu. Aku nih mengingatkan diri aku dan kengkawan semua, yang menyebarkan fitnah itu adalah serupa dosanya dengan orang yang membuat fitnah.

    Pinjaman EXIM Bank itu untuk memudahkan jalan bagi UEM dan Syarikat China Harbour Engineering Company untuk menjalankan kerja-kerja membina Jambatan Pulau Pinang. Kemudahan tu untuk 20 tahun dgn kadar 3%, bukan pinjaman tetap, tapi KEMUDAHAN pinjaman, kalau nak guna amik lah, kalau tak takpe. Ini kemudahan jek, bukan kena pakai pun..

    Cara pinjaman seperti ini memang selalu dibuat, sebenarnya ada udang balik mee untuk Kerajaan China dan EXIM Bank, bagi meningkatkan kerjasama ekonomi antara dua negara. Kepentingan China akan terpelihara kalau Syarikat China Harbour Engineering tu kantoi tak cukup duit untuk buat kerja2 pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua tu. Sapa nak malu besar yang membabitkan nama negara beb??

    Macam ko lah, nak beli rumah kan mesti cari bank nak bagi pinjam?? Kalau ada bank nak bagi 3% interest, untuk 20 tahun ko taknak?? Abistu nak cari bank yang bagi pinjaman 6.7% untuk 10 tahun?? Bangang ke apa ko ni??

    Kalau pun ko dah ada banyak duit, tak perlu pinjam, tapi kalau guna duit sendiri, dah tak boleh dapat keuntungan dari duit tu Rata-rata bank boleh bagi keuntungan 4% keatas untuk Fixed Deposit. So kalau ko guna duit sendiri, dah ler tak dapat keuntungan tu.. berbanding dgn guna duit orang yang kena faedah 3%, senang-senang dah untung 1%….1% dari RM2.7 Billion.. tak nak ker, bagi ler kat aku…

    Duit kat Malaysia memang banyak, tapi semua duit orang dan duit rakyat. Kalau ada orang lain nak bagi pinjam buat jambatan dengan kos rendah, buat apa nak amik duit dalam negara dgn kos tinggi, setinggi 5-7% untuk jangkamasa pendek, selalunya 10 tahun jek.

    Guna lah akal sikit, jangan dok fitnah melulu jek. Kan sekarang orang2 yang difitnah dah dapat pahala berganda-ganda dan pengampunan dari Allah, disebabkan fitnah kau tu, dan orang memfitnah dah dapat berganda-ganda dosa disebabkan fitnah tu. KAKAKAKAKAKA!!! Padan muka kau..

  4. napy8gen said,

    MRR2 pun dr pinjaman kerajaan Jepun.. jgn retak sudah.

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i semua.

    Tuan Mohammad Farid Hamid,

    Dari segi teknikaliti memang terdapat kewajaran pandangan yang saudara berikan, namun kesan jangka panjang yang tidak dikawal boleh terjadi. Nilai RM2.7 Bilion itu sewajarnya dijanakan dari dalam negara untuk mengelakkan pengaliran wang keluar negara. Dari segi pertukaran matawang asing, nilai matawang China (RMB) amat “Volatile” dan mudah naik dan turun. Bayangkan dalam tempoh pinjaman kadar tukaran RMB dengan RM meningkat sehingga 10%, tidakkah nilai bayaran balik itu semestinya meningkat.

    Jika perancangan pembinaan Jambatan Pulau Pinang KeDua diujudkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) maka sepatutnya kerajaan memang telah menyediakan dana untuk membangunkannya. Jika kerajaan Malaysia hanya mampu merencana namun tidak mampu untuk menyediakan bajet untuknya, adalah lebih perlu ianya tidak bina pada masa ini.

    Memanglah Jambatan Pulau Pinang KeDua wajar dibina, namun ianya adalah lebih baik dibina mengikut kemampuan ekonomi negara untuk mengelakkan masalah kewangan yang meruncing timbul dimasa hadapan.

    Pada permulaan Abdullah Ahmad Badawi memegang kuasa Perdana Menteri, dia telah membatalkan semua projek mega yang lama atas alasan kekurangan dana, namun kini beberapa projek yang dicadangkan olehnya bernilai berkali-kali ganda dari projek mega yang lama.

    Berbalik kepada persoalan yang saudara kemukakan, pandangan saya tetap seperti asal, iaitu adalah lebih baik kita menggerakkan modal dalaman daripada meminjam dari pihak ketiga.

  6. napy8gen said,

    lihat link ini:
    http://news.yahoo.com/s/nm/20070814/wl_nm/china_bridge_dc;_ylt=Ai3f83ppe1fFeK.nrwnMvjNvaA8F

    beribu jambatan di China dalam kategori tidak selamat..kenapa perlu kontraktor China?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: