11 July, 2007

Bijak Bijak?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 6:38 am by Ketua Perusuh

Cuba anda perhatikan senario ini.

Gaji dan elaun kakitangan awam Malaysia dinaikkan sehingga 35% sedangkan peningkatan kewangan Kerajaan Malaysia hanya sekitar 8% (itupun setelah lebihan dari unjuran royalti hasil minyak dan gas).

Bagaimana agaknya Kementerian Kewangan akan menjanakan lebihan untuk membayar kos peningkatan gaji dan elaun kakitangan awam? Memang kakitangan awam dan swasta perlu mendapat peningkatan gaji yang setara dengan kos sara hidup masa kini setelah lama kenaikan gaji ditangguhkan. Saya amat bersetuju dengan kenaikan ini, namun apa yang merunsingkan saya adalah dari mana Kerajaan akan menyediakan dana untuk membuat pembayaran ini.

Ada beberapa cara yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Kementerian Kewangan yang ditadbirurus oleh Abdullah Ahmad Badawi.

1. Dengan mengurangkan pembayaran subsidi kepada industri minyak negara yang mana lebihan ini akan digunakan untuk tujuan pembayaran kenaikan gaji.

2. Dengan mengenakan beberapa cukai dan duti tambahan kepada beberapa perusahan yang kononnya membahayakan kesihatan rakyat (arak dan tembakau).

3. Dengan membenarkan beberapa saham yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dalam GLC dimudahtunaikan dan pencairan saham atas dasar mengurangkan kepentingan (Maxis dan Proton)

4. Dengan mengenakan duti khas anti-lambakan kepada pengimpot termasuklah kepada beberapa industri yang berkait rapat dengan kejuruteraan otomotif.

5. Dengan mengenakan tambahan harga atas barangan keperluan umum terutamanya barangan kawalan yang mana diimpot oleh GLC (beras, bawang dan serbuk kari)

Malah banyak lagi cara yang sedang dikaji oleh Kementerian Kewangan yang sebenarnya sedang menekan rakyat secara tidak langsung demi untuk menunjukkan keprihatinan Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi kepada kakitangan awam.

Kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang kini telah dilaksanakan sedikit sebanyak akan mencengkam kuasa ekonomi tempatan kerana kos sara hidup kini telah naik sekitar 2 – 5% disebabkan oleh kenaikan harga barangan. Kakitangan swasta dan yang bekerja sendiri telah menjadi mangsa “political mileage” yang dijanakan oleh juak-juak Abdullah Ahmad Badawi.

Kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam ini pada dasarnya memang sengaja diunjurkan demi untuk mendapatkan respon yang baik serta sokongan dari kakitangan awam untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. Teknik ini bolehlah diklasifikasikan sebagai satu bentuk rasuah besar-besaran yang mendapat mandat dari semua kakitangan awam.

Kepada semua kakitangan awam, anda memang berhak mendapat kenaikan tersebut namun ianya tidak wajar dijadikan satu pengikat yang akan menyebabkan anda memilih pemimpin yang terbukti melakukan rasuah dan tidak berupaya menjadi pemimpin negara. Jangan sampai anda terlibat sama menjual negara ini dalam diam.

Oleh yang demikian, saya ingin memohon jasa baik Kementerian Kewangan memperincikan dan membuat siaraya umum mengenai bagaimana Kerajaan Malaysia menyediakan dana untuk membayar peningkatan gaji dan elaun kakitangan awam. Sebagai pembayar cukai, saya ingin mendapatkan kepastian dana manakah yang akan digunakan untuk menampung kos peningkatan gaji ini.

9 Comments »

  1. YESman said,

    Saudara,

    Statistik parlimen menyatakan jumlah kakitangan awam Malaysia berjumlah 1,152,467 orang, yang mewakili 4.6 peratus populasi negara.

    Secara kasar dengan memuaskan hati sejumlah kecil golongan tersebut, 95.4 peratus lagi terpaksa menanggung impak negatif di atas tindakan itu. Satu lagi tindakan ‘bijak’ kerajaan hadhari.

    Berdasarkan kelima-lima fakta yang dinyatakan, sudah diterapkan sebahagian besarnyanya. Kenaikan harga rokok telah berlaku, cadangan harga baru beras juga telah ditimbulkan (malah telah naik pun – dan disekat setengah jalan). Duti anti-lambakan juga telah dilaksanakan.

    Rantaian tindakan berperingkat ini telah diatur sedemikian rupa, secara halus akan menambah beban rakyat. Percayalah, dalam satu jangkamasa yang singkat kakitangan awam ini tidak lagi menikmati apa yang dikatakan sebagai kenaikan kerana mereka juga akan menanggung pekara sama.

    Ketidak seimbangan pendapatan sektor awam dengan swasta seterusnya mewujudkan tindakan ‘balas dendam’ sektor swasta dengan cara menaikkan kos perniagaan dan perkhidmatan untuk menyuntik semangat serta mengembalikan emosi pekerjanya. Walaupun pada dasarnya sektor swasta menentang tuntutan MTUC, sebenarnya majikan terpaksa mewujudkan keseimbangan ini secara dalaman dengan memenuhi sebahagian kecil daripada tuntutan tersebut. Akibat dari ini akan terus membawa kepada peningkatan perbelanjaan pengguna, menambahkan beban yang berterusan kepada rakyat.

  2. Terima kasih atas komentar saudara,

    Pendapat yang diberikan bernas sekali, ianya seumpama satu “domino theory” dimana kesan rantaian semasa akan berlaku sama ada kita sedar atau tidak. Semoga lebih banyak kajian boleh dilakukan demi untuk masa depan ekonomi dan taraf hidup rakyat Malaysia.

  3. No man said,

    YESman,
    95.4%… hemmm…. sy tak setuju… tak semua populasi malaysia bekerja… anak2 kakitangan kerajaan yg berumur 1, 3, 5 thn tu kira terkena impak negatif ya?

  4. YESman said,

    No man,

    Kemungkinan fakta saya kurang tepat disini. Impak yang dimaksudkan perlu juga dihalusi dengan lebih mendalam lagi.

    Bagi saya jawapannya adalah ‘ya’. Mungkin hari ini yang sama-sama meraikan nikmat diperolehi ibu bapa mereka. Saudara perlu lihat kesan jangka panjangnya. Tiada jaminan untuk hari akan datang.

    Tidak dinafikan, ada pihak yang sedikit pun terjejas berhubung perbincangan di atas. Salah satunya golongan yang ‘berkuasa’, ahli perniagaan yang kaya-raya dan mereka dikalangannya.

    Pekara menarik yang perlu sama-sama kita renungkan, yang walaupun kecil untuk dikaji sekarang adalah kes keracunan makanan dihadapi pelajar sekolah yang berlaluasa.

    Saya berpendapat, ada kaitannya dengan kenaikan kos operasi yang dihadapi operator kantin sekolah. Peniaga kantin ini, untuk terus beroperasi terpaksa menelan peningkatan kos, bertindak diluar kesedaran semua pihak bagi menjana pendapatan.

    Para pengusaha kantin sewaras mungkin tidak akan menaikkan harga makanan supaya tidak menimbulkan tekanan ibubapa pelajar dan pihak berkenaan, yang juga akan menjejaskan punca pendapatan mereka.

    Salah satu jalan singkat mengatasinya adalah dengan menggunakan bahan-bahan dan peralatan berkos rendah atau diragukan tahap kebersihan dan keselamatannya. Contohnya mungkin membeli ikan, santan atau ayam yang sepatutnya telah luput tarikh, sayuran busuk, bekas makanan beracun dan sebagainya. Ditambah lagi dengan penjualan makanan ringan di kantin untuk menambahkan perolehan. Apakah saudara ingin melihat generasi kita dan akan datang berada dalam situasi ini?

    Memberi pendidikan terbaik adalah tanggungjawab kita terhadap anak-anak. Tetapi dengan menyuap minda sahaja tidak cukup, fizikal mereka juga harus seiring. Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, kita mahu pelajaran mereka yang terbaik, namun sumber perkembangan minda dan fizikal yang diterima tidak berkualiti lansung.

    Namun, langkah pihak berkuasa sekarang mencadangkan pekara pelik. Menubuhkan ‘watch dog’ untuk menjadi mata-telinga. Apa kaitan dan kesimpulan yang kita peroleh nanti? Pada saya hasil cadangan kementerian
    tersebut tidak akan menberi apa-apa kesan. Adalah lebih baik disupaya kerajaan memberikan sejumlah kecil SUBSIDI (beras; mungkin) kepada operator kantin semua sekolah tidak kira sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sebagainya (tanpa pengecualian).

    Langkah ini akan menyerap peningkatan kos, menambah keyakinan semua pihak terhadap pentadbiran pendidikan dan negara. Berapalah kosnya kalau dibandingkan dengan mewujudkan Kompleks Suka di Kota LONDON, kalau hasilnya dinikmati sebahagia kecil rakyat dan tetap mengecewakan arena sukan negara (kena lagi 5-0)? Gahnya infrastrukur yang diwar-warkan tetapi batu asas modal insan generasi akan datang berada dalam situasi bahaya dan terpinggir.

    Kalau kerajaan boleh menyerap yuran peperiksaan untuk apa tujuan sekalipun, tidak salah kalau menyemai benih berkualiti dengan menyediakan peruntukan kecil untuk melengkapkan lagi persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Inilah generasi yang akan mewarisi negara kita di masa hadapan.

    Bersama kita renungkan,

    Terima kasih.

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Memang tidak dapat dinafikan semua pihak akan merasai kesan dari kenaikan sara hidup, namun mungkin ada sebilangan kecil yang tidak langsung sedar akan permasalahan ini.

    No Man;

    Pandangan anda juga diterima, namun bagi yang tidak bekerja (kanak-kanak), yang menyerap kesannya adalah ibu bapa mereka. Kos susu, lampin pakai buang dan sebagainya semakin meningkat secara mendadak. Secara tidak langsung yang bekerja akan menanggung kos tersebut bagi pihak yang tidak bekerja.

  6. Pak Sheikh said,

    assalamualaikum.
    Ana nak cakap fasal PENDIDIKA dan PELAJARAN. Ari ni Malaysia ada Kementerian Pelajaran, bukan PENDIDIKA. so, sume cikgu, pensyarah, ustd, guru, sifuk, masterjee sumenye kena bagi pelajaran je kat anak murid, bukan pendidikan.
    Ari ni anak murid dah berani cekik cikgu, esok lusa berani tembak, tulat tungging pulak, entah rogol, seksa, bunuh dan apa-apa lagi yg mungkin anak murid lakukan. Ni sume kerana depa hanya diberi pelajaran, bukan dididik, kalau depa pandai pun, depa cume berjaya dlm bidang pelajaran je, kalau jadi jurutera, jadi jurutera penyangak, kalau jadi doktor, jadi tukang cipta dadah sintetik, kalau jadi lawyer, jadi tukang belit nak songlap, apatah kalau jadi ketua [polis, YB, ketua menteri, menteri beso, atau lebih beso dari menteri? takut lebih songlap dari bapak songlap,
    Awat tak buat jadi pendidik?, dasar pelajaran ari ni pun dah macam wayar shot, tak tentu kalu dan bercelaru, mai kita tengok kerja cikgu beso, pengetua dan cikgu-cikgu kecik ari ni, dok sibuk ngan kursus, kertas kerja, laporan, seminar dan entah apa2 lagi yg dok buang masa, anak murid depa press agar dapat 5A, 10A, cara paksarela. Sepatutnya depa kena ujudkan anak murid yg menjadi insan, bukan manusia robot, kita ada budaya, sopan santun, agama dan tatacara hidup bermasyarakat, so, pendekatan kenalah sesuai dgn bangsa kita.
    Awat cikgu la ni tak ujudkan repo baik ngan ibubapa? depa sibuk….
    Kalau dah dasar pelajaran tak boleh ubah, ana sarankan agar satu peruntukan baru utk setiap sekolah, iaitu…. mesti pasang CCTV dlm tiap kelas. Amacam? setuju ngak? Impaknye.. cikgu takut tinggi kelas, murid takut nak bising, bertumbuk, tiduq, cekik cikgu, dll. Cikgu besaq pun sentiasa kena moniter kelas2. Impak ekonomi??? ada….. banyak kompeni CCTV kena ujud, banyak kilang buat kompenen CCTV kena bina, banyak dealer akan ada, banyak opereter kilang, maintainance kena ada dan ini sume menjurus peningkatan ekonomi negara dan rakyat yg lebih mapan. Amacam? setuju tak?

  7. Ketua Pengaman said,

    Hmmm…semua korang asyik fikir negatif je..bila nak maju. komen..komen..komen… hehe geli hati aku…macam org frust je… kesian orang macam engkau orang…fikir la positif sikit asyik nak komen pasal orang lain je…rumah sendiri dah pastikan benar2 terurus? Kalau belum benar2 perfect…baik ambil tindakan segera..

    Dah la tu bila beri cadangan…lerr cadangan yang orang lain dah lama fikirkan…beri la yang innovatif sikit…

  8. jOHN LENNON said,

    HUH AKU TARAK KERJA LAGI SUSAH.LAGI AGENSI PEKERJAAN MINTA DUIT APA CITAR HAHAHA

  9. Buruh said,

    Kau orang dok kira gaji gaji buruh naik 35% tapi tak sedar yang gaji cikgu siswazah tu asyik dok naik. Kerajaan dok manja sangat dengan cikgu. Sekarang ni cikgu sat saja dok DG41, pi la sekolah mana pun… berlambak cikgu gred DG44 dan DG48. Tapi cuba pi jabatan kerajaan lain. Satu pejabat ada la dua tiga orang pegawai kanan ni. Tapi bila pi sekolah… berpuluh-puluh orang gred kanan. Mana kerajaan tak bengkrap. Kumpulan sokongan nak naik dari gred 17 ke 22 pun terberak dulu baru dapat. Tu pun kena tunggu berpuluh tahun dan berpuluh kali kena interview. Cikgu naik pangkat ikut timebase aje.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: