2 July, 2007

Penulis Blog Untuk Disewa?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:19 am by Ketua Perusuh

Jarang saya dapat ketawa besar ketika membaca mana-mana akhbar harian di Malaysia. Kalau ada pun sesekali saya ketawa ialah apabila membaca perkara lucu (spontan atau disengajakan) dan sebagainya.

Hari ini kelucuan terpapar dihalaman akhbar Utusan Malaysia yang membawa tajuk “MT UMNO lantik penulis tangkis fitnah laman blog“. Apa yang menarik adalah ianya telah diarahkan secara terus oleh Abdullah Ahmad Badawi dan unit ini akan dipengerusikan oleh Azalina Othman Said.

Persoalannya disini,

1. Berapakah gaji/elaun yang ditawarkan oleh MT UMNO sebagai bayaran kepada lantikan ini?
2. Berapa ramaikan kakitangan yang diperlukan?
3. Siapakah yang akan membekalkan pekakasan dan perisian komputer?
4. Siapakah yang akan membekalkan maklumat?

Pada pandangan saya, adalah lebih baik jika Azalina Othman Said mempergunakan perkhidmatan www.PayPerPost.com, www.bloggerwave.com, www.sponsoredreviews.com atau www.reviewme.com sebagai medium untuk memudahkan mereka melantik dan membuat pembayaran kepada mana-mana blogger dalam dan luar negara demi untuk menjayakan misi “turning back” komentar yang disuarakan oleh blogger prihatin seperti Malaysia Today, Penarik Beca, Rocky’s Bru, Roslan SMS, Kuda Kepang dan sebagainya.

Dengan cara ini ianya lebih menjimatkan masa dan tenaga malah kos pekakasan dan perisian komputer pun dapat dijimatkan.

Untuk perhatian Azalina Othman Said dan MT UMNO, kami sebagai bloggers prihatin memang tidak mendapat apa-apa bayaran atas usaha kami ini, hanyalah sikap patriotisma kami sahaja yang menjadi pemangkin usaha kami.

Oleh itu adakah anda rasakan bahawa penulis blog yang disewa ini mampu untuk menangkis semua komentar, maklumat serta pandangan yang kami kemukakan? Pastinya ianya agak jauh dari berjaya. Namun anda (Azalina Othman Said, Abdullah Ahmad Badawi & Co serta MT UMNO) bolehlah menggunakan khidmat lebih 60.000 tenaga kerja lepasan diploma dan ijazah yang masih menggangur di Malaysia.

Gunakanlah khidmat mereka ini (60.000 lebih penggangur) yang mana dapatlah mereka mempergunakan wang yang dijanakan untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka. Ini sekaligus akan menyelamatkan dana PTPTN daripada kering tanpa digantikan semula.

Kepada semua penulis blog, adakah anda boleh disewa?

12 Comments »

  1. mudin001 said,

    lumayankah? haha!

  2. mike said,

    dah desperate ke……………

  3. Amir said,

    Eh! Cek cuma bergiat di egroups saja, boleh calunkan nama ka?🙂

    Kalau ada siapa sudi, silakan join groups baru: harakah_daily@yahoogroups.com . Groups yang lama, emel moderator dia sudah kena hijack da! Cek punya pun gitu juga. Hang pi http://groups.yahoo.com/group/harakah_daily/ . Tolong hebahkan ya.

    Cek minta maaf pada Tuan jika tulisan cek dikira salahguna kekebasan.

  4. afrar yunus said,

    Salam KP
    depa perli azalina kah? anak dara tu hebat oo.

  5. dr butiq said,

    Satu lagi contoh kebodohan PM Pak Lah.Akal ade ka

  6. […] [KEMASKINI] Anda mahu jadi askar upahan Azalina? […]

  7. katataknak said,

    Setakat yang buleh aku buat ialah drop line maxis aku dan guna line lain. Apa lagi yang buleh dibuat? Kalau kerajaan sendiri bertindak baru lah berkesan tapi kita mana ada kerajaan kita ada kera saja.

  8. babazahra' said,

    cemana nak apply nie? bagi gua jalan skit.
    bukan senang beb nak dapat kontrak gomen nie apatah lagi keje gomen

  9. drmuzi said,

    wei best ni….bolebuat part time sambil dok dok kat tempat kerja

    haha

    lawak al hadhari

  10. dasuki_tmc said,

    assalamualaikum semua saudara.

    saya yang baru nak tahu blog, ni nak tumpang kalau dapat jadi upahan dia orang tu. lepas tu boleh buat sendiri kerana dah dapat income dari dia orang tu mungkin lumayan gak??? masa ni nganggur, ngabehkan boras, la ni naik lagi haganya!!!

    sekian, jumpa lagi wassalam.

  11. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Untuk menjadi penulis blog yang disewa, anda perlulah mendaftarkan nama anda dimana-mana pejabat UMNO Bahagian ataupun melalui pejabat Puteri UMNO.

  12. Hebat, rasa mcm nak apply jer,nanti kalo salah tulih boleh,jumper kat Kemunting…har3x….lagi pun,dpt gaji,tu….drpd mengangur tak tentu hala,baik jd blogger yg patuh..huhuhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: