1 July, 2007

Balik Kuang?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:40 am by Ketua Perusuh

Balik kuang (somersault) adalah satu aksi akrobatik yang biasanya dilakukan oleh mana-mana ahli seni mempertahankan diri ataupun ahli akrobatik. Ianya menjurus kepada tindakan pusing balik dari keadaan sedia ada (berdiri) dengan memusingkan badan diudara untuk kepada kepada keadaan asal.

Apa yang saya cuba bayangkan disini adalah tindakan penjualan saham Maxis Corporation kepada Saudi Telecom Corporation (Saudi Telecom) sebanyak 25% atas alasan untuk memudahkan memasuki ruang operasi negara asing termasuklah India dan Indonesia.

Kini apa yang dijangkakan memang benar-benar terjadi. Di komentar terdahulu saya ada menegaskan bahawa tindakan Ananda Krishnan untuk memilik peribadikan Maxis Corporation adalah disebabkan dia ingin menjual kepentingan Maxis kepada pihak ketiga. Banyak pihak yang mengatakan bahawa komentar saya tidak berasas namun kini telah terserlah niat dan agenda sebenar jutawan parasit ini (Ananda Krishnan).

Saudi Telecom Corporation (STC) adalah satu syarikat telekomunikasi yang sedang meningkat naik di pasaran Asia Barat, namun apakah anda agak niat sebenar STC membeli hak 25% pegangan dalam Maxis Corporation itu.

Disini saya ingin dedahkan apakah tujuan sebenarnya.

STC telah diarahkan oleh satu entiti tertentu untuk membeli kepentingan sebanyak 25% tersebut dan memegangnya selama sekurang-kurangnya 3 tahun kewangan. Ananda Krishnan pula dijangkakan akan melepaskan sebahagian lagi saham dalam Maxis Corporation pada penghujung tahun ini kepada satu lagi syarikat (dijangkakan syarikat tersebut adalah dari Hong Kong, Taiwan atau China).

Syarikat tersebut juga dikehendaki memegang bahagian saham tersebut selama 3 hingga 5 tahun kewangan. Semua syarikat tersebut (STC dan entiti dari Hong Kong, Taiwan atau China) tersebut akan diarahkan melepaskan pegangan saham tersebut kepada satu lagi entiti lain selepas tempoh masa tersebut dimana entiti lain ini sebenarnya adalah proksi kepada Temasek Group.

Mengikut maklumat yang ada, inilah perancangan yang telah disiapkan sejak awal-awal lagi dimana terdapat satu bahagian keuntungan (ratusan jutaan ringgit) yang akan diserahkan kepada “mereka-mereka” yang dianjung kuasa di Malaysia atas sokongan yang diberikan oleh mereka kepada Temasek Group.

Ini semua adalah “wayang” bagi mengaburi mata pelabur tempatan dan rakyat Malaysia atas penjualan sepenuh kepentingan awam Maxis Corporation kepada Ananda Krishnan.

Adakah kita sanggup tunggu dan lihat ianya bertukar tangan ataupun kita bersedia untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk melindungi keselamatan dan kepentingan negara tercinta ini?

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 50

9 Comments »

  1. proftuttut said,

    Mudah untuk tuan menyebutkan begitu tanpa kemukakan bukti. Kepada orang Islam, mereka mula tidak rasa terancam kerana negara Islam yang membelinya. Bagaimana kita boleh beri penjelasan yang lebih menyakinkan (dibeli oleh negara asing itu sudah menjadi satu hujah yang baik)? Bukankah Saudi Telecom itu syarikat milik kerajaan negara tersebut? Kaitannya dengan Temasik sangat jauh dan terlalu nampak elemen spekulatif di situ. Terima kasih.

  2. drputera said,

    saudi telekom is damn rich entity on its own.

    to speculate that saudi telekom bought maxis shares and than after 3 years to sell to Temasek, well unimaginable.

    i don’t think that will ever happen.

  3. Muhammad Yunus said,

    Far fetched matey…but not impossible at all. Assuming it will happen – which seem pretty legal to me, what are your proposed plan of action?

  4. Taj Abu Jawad said,

    Dalam sistem putaran ganas kapitalis dan hegemoni kuasa besar dunia amerika-israel semua ini boleh berlaku. Perkara pokok wang dan kuasa. Bagi pemimpin umat Islam Melayu di Malaysia rancanglah sesuatu agar bumi tanah air tecinta tidak menjadi tebusan dan maruah bangsa tidak tergadai. Masa tidak menunggu kita. Para agamawan bangunlah sebelum mati kalau tidak kamu akan mati sebelum bangun. Oleh itu carilah kemuliaan untuk mati.

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    proftuttut dan drputera,

    Beginilah, dahulu pun semasa Ananda Krishnan ingin mengambil alih sepenuhnya, dia ada mengatakan tidak akan menjual kepentingan saham tersebut. Kini terbukti sebaliknya. Saudi Telecom hanya sebagai proksi. Memang mereka kaya, tapi mereka pun ingin untung dalam perniagaan.

    Pasaran saham dipenuhi dengan pergerakan spekulatif. Jika anda berurusan dengan pasaran, tentu anda mengetahui titik tolak komentar saya.

    Walau apa pun, anda tunggu dan lihat siapa sebenarnya dalang disebalik semua pergerakan pasaran saham ini.

    Muhammad Yunus,

    Tindakan yang patut diambil adalah dengan mengekalkan penguasaan saham milik kerajaan lebih dari 40% dan saham terbuka milik awam (rakyat Malaysia) 10%. Ketatkan dan kaji urusan penyahsenaraian serta pemilik-peribadian syarikat berhad.

    Kepada yang pembaca yang lain, komentar anda dialu-alukan. Walaupun mungkin pandangan anda tidak sama dengan saya. Ianya tetap satu pandangan yang sewajarnya kita semua fikirkan.

  6. dr butiq said,

    walau apa pun perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menukar PM yg sedia ada yg semua org dah tahu beliau adalah seorang PM yg serba tak tahu dan kurang cerdik malangnya nasib rakyat malaysia mempunyai Pm yg suka tidor,yang tidak tahu hujung pangkal dalam semua perkara .Pendek kata merapu

  7. kiff said,

    pada pemerhatian saya Maxis adalah satu firma yang ditubuhkan di atas dasar keuntungan semata-mata dan ianya adalah inisiatif persendirian (private initiative). saya tak pasti setakat mana penglibatan kerajaan dalam firma ini samada melalui pemilikan saham atau sebarang kontrak/perjanjian.

    penting untuk dilihat samada firma ini adalah rakan strategik negara ataupun tidak, takut-takut pisang berbuah dua kali seperti kes penjualan saham Pantai Holding yang akhirnya telah ditebus semula oleh Khazanah Nasional pada harga yang sangat tinggi.

    dan kalau ianya bukan bersifat pegangan strategik negara…. just let it go freely..

  8. mike said,

    tak mustahil boleh berlaku… amalan proxy mmg telah diamalkan secara meluas semenjak era kapitalis vs komunisme…

  9. napy8gen said,

    kepada kiff,
    kalau ianya tak strategik kenapa thaksin diusir?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: