20 June, 2007

Bursa Malaysia, Apa Sudah Jadi?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:28 am by Ketua Perusuh

Baru-baru ini Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kekesalannya atas bangkangan awam yang menjurus kepada penyahsenaraian beberapa syarikat berkepentingan awam yang seterusnya dimilikperibadikan oleh individu tertentu.

Malah Abdullah Ahmad Badawi juga menegaskan bahawa tindakan bangkangan awam ini akan menyebabkan penyusutan transaksi dalam Bursa Malaysia atas tindakan berhati-hati pelabur asing dan tempatan. Beliau juga mahukan tindakan bangkangan awam ini dihentikan kerana menurutnya tindakan penyahsenaraian dan pemilik-peribadian ini adalah perlu untuk kesinambungan perniagaan organisasi terbabit.

Abdullah Ahmad Badawi memberitahu bahawa jika tindakan ini disekat, maka nilai dagangan di Bursa Malaysia tidak akan mampu untuk bertahan pada 1300 mata lebih dan seterusnya akan menyebabkan kekuatan ekonomi tidak dijana.

Perosalannya sekarang, adakah Abdullah Ahmad Badawi sedar dan mendapat maklumat yang tepat atas dasar dirinya adalah Menteri Kewangan ataupun dia mendapat maklumat dikala sedang diulit mimpi disiang hari. Walaupun Abdullah Ahmad Badawi tidak mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi secara asasi, namun atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan sewajarnya dia membuat sedikit pembelajaran dam kajian serta jangan hanya menjadi tukang cakap bagi pihak-pihak tertentu seperti dari Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri.

Yang pastinya, banyak pihak terutamanya rakyat Malaysia melihat bahawa tindakan penyahsenaraian dan pemilik-peribadian ini adalah menyalahi etika (walaupun undang-undang berkaitan menunjukkan sebaliknya) yang secara halus menunjukkan bahawa ada kuasa asing yang sedang dalam proses menjajah secara ekonomi.

Semua sedia maklum terdapat beberapa individu besar (tokoh korporat) yang telah, sedang dan akan membuat tindakan yang sama iaitu melakukan penyahsenaraian dan kemudiannya memilik-peribadikan beberapa syarikat berkepentingan awam. Malah nama-nama individu ini terkenal sebagai satu “dedalu” (parasit) yang sedia untuk melompat ke dahan pokok yang lain demi untuk kepentingan peribadi mereka dan mereka-mereka ini tidak dapat dikenalpasti tahap patriotisma mereka.

Ini dapat dilihat dalam tindakan mereka menjual beberapa aset dalaman negara kepada pihak asing seperti Singapura dan sebagainya demi keuntungan segera sedangkan sebelum ini mereka mendapat segala kemudahan dan hak monopoli daripada Kerajaan Malaysia. Beberapa nama yang telah dikenalpasti adalah seperti Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Nama-nama tersebut amat sinonim dengan kuasa korporat yang besar namun jangan pula disangka bahawa tiada individu yang berbangsa Melayu (bukan isu perkauman) yang juga menjadi parasit yang sama. Malah anda boleh lihat akan terdapat beberapa nama tokoh korporat berbangsa Melayu yang akhirnya akan menjadi proksi kepada negara asing.

Sewajarnya Bursa Malaysia jika ingin mengukuhkan penguasaan pelaburan dalam rantau ini perlulah menguatkuasakan satu ketetapan yang membolehkan setiap urusan penyahsenaraian dan pemilik-peribadian dikaji dan disiasat sepenuhnya sebelum kelulusan diberikan. Malah kerjasama dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah perlu untuk memantau tindakan ini demi untuk kepentingan umum.

Apa yang pasti tindakan penyahsenaraian dan pemilik-peribadian tersebut mengundang beberapa masalah yang akhirnya akan merugikan negara pada jangkamasa panjang dan menguntungkan negara asing terutamanya unit pelaburan mereka yang sanggup untuk berbuat apa sahaja demi untuk menyelamatkan negara mereka.

Kini ada beberapa usaha sedang dijalankan secara dibelakang tabir dalam usaha menjadikan satu lagi unit perladangan negara (TH Plantation) dialihkan sahamnya kepada beberapa individu tertentu yang dikenalpasti sebagai proksi asing. Usaha ini khabarnya sedang giat dilakukan oleh beberapa individu yang ditaja oleh beberapa syarikat dalam Malaysia yang dikuasai oleh entiti asing.

Persoalannya sekarang, adakah kita akan membenarkan usaha ini terjadi demi untuk kepentingan umum di Malaysia.

9 Comments »

  1. produkhalal said,

    Semalam di dalam berita, AM Bank Grp (AMG) pun nak nyah-senarai.
    Apa isu sebenar semua ni?

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Isu sebenarnya ialah penguasaan ekonomi sedang dilakukan oleh entiti asing tanpa sekatan dan ini juga menunjukkan bahawa pemerintah Malaysia mengabaikan aspek keselamatan, kedaulatan dan juga aspek ekonomi.

    Untuk pengetahuan semua, sebenarnya ekonomi “realistik” Malaysia sejak awal tahun ini menunjukkan kejatuhan dan dijangkakan akan jatuh lebih teruk tahun depan. Anda boleh lihat dari penyusutan dividen dan sebagainya yang diberikan oleh mana-mana saham dan dana amanah (trust fund).

    Kenaikan 1300 mata indeks komposit adalah topeng sahaja yang mana ianya dapat digerakkan oleh pelaburan yang dilakukan oleh KWSP, KWAP dan dana-dana tempatan milik kerajaan.

  3. sheik ali said,

    Nyah senarai ini seakan akan makan buang air besar lah. Sudah kenyang makan maka perlulah membuang air besar.

  4. sheik ali said,

    Nyah senarai ini seakan akan macam buang air besar lah. Sudah kenyang makan maka perlulah mereka membuang air besar. Yang sedihnya, jamban itu disini, dan longkang longkang nya pun didalam tanah disini. Kalau pecah bau nya merebak disini.

    Nanti mereka pergi lah kenegeria lain untuk mencari makan besar dengan tubuh berzatkan hasil dari negara ini.

  5. proftuttut said,

    apa pandangan anda terhadap statement Maxis bahawa pasaran Malaysia dah hampir tepu, mereka terpaksa mengembangkan perniagaan keluar. Untuk keluar mereka terpaksa lakukan keputusan dengan cepat tanpa perlu melalui birokrasi yang panjang. Apakah options lain kepada mereka? Terima kasih.

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Pertama,

    Adakah wajar kita membenarkan penyahsenaraian ini yang mana akan menyebabkan kemuncupan Bursa Malaysia pada jangkamasa panjang?

    Kedua,

    Wajarkah Maxis masih dibiarkan memonopoli beberapa khidmat tanpa wayar yang kemudiannya akan dijual kepada pihak ketiga yang merupakan entiti asing yang mahu menguasai negara dalam senyap?

  7. Jin Lah said,

    masa kepimpinan 1 hingga 5 PM Malaysia
    1. masa TAR (Tunku) – membawa kemerdekaan
    2. masa TAR – membawa pelbagai dasar & pembangunan
    3. masa THO – membawa kemajuan
    4. masa TDM – membawa pemodenan dan kemajuan dlm pelbagai bidang.
    5. masa LAH – membawa MASALAH dan macam MASALAH besar. masalah banjir pun besar, masalah rasuah pun makin besar, masalah keracunan di sekolah pun besar. masalah bangunan baru pun besar. pendek kata masa Lah jadi PM membawa macam macam masalah.

  8. jamilisa said,

    Masa LAH harap kita semua biarkan dia beLAH masa pilihanraya umum

  9. proftuttut said,

    ada maklumat berkenaan syarikat dari negara Arab yang ingin membeli saham Maxis (menjadi partner minoriti)? Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: