17 June, 2007

Piawaian Akreditasi?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:08 am by Ketua Perusuh

Maaf kata, memang selama ini tiada satu piawaian khusus (yang mantap dan berkesan) dalam melakukan akreditasi keatas sistem pendidikan negara sama ada di IPTA dan IPTS. Memanglah ujud Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam namun piawaian yang sesuai yang diterima pakai semua (LAN dan JPA) hampir-hampir tidak ada.

Ada sesetengah kursus yang dijalankan di IPTA dan IPTS mendapat kelulusan LAN namun JPA tidak memberikan pengesahan dan kelulusan. Malah ada yang mendapat kelulusan JPA namun tidak pula menepati piawaian asas LAN. Bagaimanakah ini boleh terjadi. Kini kita pula berusaha untuk mengujudkan Agensi Kelayakan Malaysia (AKM). Adakah mungkin AKM akan menjadi satu piawaian yang terulung diantara semua. Tentunya tidak kerana JPA mungkin akan tidak bersetuju dengan beberapa piawaian yang ditetapkan.

Bagaimana pula dengan IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus yang tidak mendapat kedua-dua kelulusan piawaian tersebut namun masih menawarkan kursus tersebut untuk ambilan pelajar? Bagaimana ini boleh berlaku? Malah PTPTN pula seakan bersekongkol dengan penipuan ini (kursus yang tiada kelulusan piawaian) dengan menyediakan pinjaman kepada pelajar. Apakah nasib para pelajar ini yang mana sijil yang akan mereka terima kelak tidak laku seumpama sehelai kertas tisu sahaja.?

Sewajarnya PTPTN tidak meluluskan mana-mana pinjaman untuk pelajar-pelajar mengikuti kursus-kursus yang tidak mendapat kelulusan piawaian ini. Inilah satu cara yang terbaik untuk menyekat mana-mana pihak yang berkepentingan yang “menjual” kursus yang tidak mendapat kelulusan piawaian LAN dan JPA. Ini adalah untuk menyelamatkan para pelajar dimasa depan.

Tapi anda jangan terkejut jika beberapa IPTS hanya dijadikan lubuk emas oleh beberapa individu yang berpengaruh dalam usaha mereka mengaut keuntungan segera menghasilkan IPTS yang tidak bermutu dan tidak menepati piawaian. Anda sendiri pun boleh mengenalpasti individu tersebut yang IPTSnya dijadikan lubuk emas. Mereka-mereka ini sebenarnya ialah parasit yang menghisap darah intitusi pendidikan negara. Malah boleh dikatakan mereka inilah sebenarnya yang menjadikan piawaian LAN dan JPA caca-marba.

Apa yang pasti selagi mana kita membenarkan mana-mana IPTA dan IPTS dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjual kursus yang tidak mendapat piawaian LAN dan JPA selagi itulah sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir.

Akhir kata, adakah wajar kita memberikan kuasa menentukan piawaian akreditasi pendidikan kepada AKM ataupun kepada agensi piawaian kebangsaan iaitu SIRIM? Bolehkan SIRIM melakukannya sekiranya kita meletakkan kuasa tersebut kepadanya? Bukankan SIRIM mahir dalam menentukan piawaian? Fikir-fikirkanlah.

7 Comments »

  1. alkerohi said,

    sdra KP
    apabila kita menghubungi e mel kem pengajian tinggi utk mendapatkan pengesahan – spt tidak ada manusia di alamat berkenaan. malangnya mereka sendiri yg wujudkan ruangan pertanyaan utk mendapatkan pengesahan tentang IPTS. b.mana kita nak tahu jawapan tentang kemuskyilan apabila pertanyaan kita menjadi kemuskyilan kpd kpt utk dijawab.

  2. mie said,

    saudara KP,
    boleh saya mengambil sedikit coretan saudara untuk blog saya.
    terima kasih.

  3. anak bapak said,

    membingungkan.. mungkin ke PTPTN, LAN ngan mana-mana ‘pengusaha ipts’ kaw team untuk bisnes dan ada unsur rasuah pulak di sana???

  4. anak bapak said,

    membingungkan.. mungkin ke PTPTN, LAN ngan mana-mana ‘pengusaha ipts’ kaw team untuk bisnes dan ada unsur rasuah pulak di sana???

    http://www.anakbapak8385.blogspot.com

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Apa yang pasti, tiada penjelasan terkini mengenai permasalahan akreditasi yang tidak piawai ini. Malah banyak pihak yang menggunakan “loop hole” ini untuk kepentingan peribadi mereka dalam mengaut keuntungan segera atas isu pendidikan.

    Inilah yang menjadikan satu misteri yang belum dapat dirungkai dimana permulaan dan pengakhirannya.

    p/s. Kepada yang ingin menggunakan maklumat dari blog ini, anda amatlah dialu-alukan, ini kerana semua hakcipta hanyalah milik Allah S.W.T.

  6. Pak Sheikh said,

    Askum,

    Ana sokon la pendapat KP, ana sendri penah negok urusan “Pentauliahan” yg dibuat oleh PPL ( Pegawai Penilai Luaran) yg dilantik oleh LAN (Lembaga Akreditasi Negara) di tempat ana la, staff tpt tu pun kenai dia, so, senang “Kaw Team” le…
    Sepatutnya kena buat ikut prosedur la., tapi buat main cincai-cincai je…. so memang btul le.. KP kata tu…. last-last sekali bebudak kita juga yg tak kompiten, bila dpt keje dgn gomen, tak dpt guna skill dgn btul, so ajag cara tak betul, lingkup abih bangsa, masa, harta negara.
    Bertaubat la wahai manusia durjana selagi pintu taubat masih terbuka.

  7. kakak terkilan said,

    Assalamualaikum,

    Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum lebih ramai lagi mangsa yang terkena. Untuk pengetahuan ramai, perkara ini bukan khabar angin, ia benar-benar berlaku dan salah seorang mangsanya adalah adik saya sendiri. Adik saya tidak dapat menggunakan diplomanya untuk perjawatan di jabatan kerajaan kerana tidak diiktiraf oleh JPA. Dia masih menjawat jawatan tersebut tetapi gaji yang diterima adalah gaji SPM. Dia adalah lulusan Kolej PSDC Kuantan. Sebelum perkara ini diselesaikan, berhati-hatilah memilih IPTA dan IPTS. Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang indah khabar dari rupa. Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: