14 June, 2007

Agensi Kelayakan Malaysia (AKM)?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:14 am by Ketua Perusuh

Logo LANSetelah bertahun intitusi pendidikan tinggi tempatan dikawalselia dan ditentusahkan secara piawai oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) kini Menteri Pengajian Tinggi (Mustapa Muhamed) telah mendapatkan kelulusan kabinet untuk menubuhkan satu lagi agensi untuk menggantikan fungsi LAN.

Agensi yang dimaksudkan itu ialah Agensi Kelayakan Malaysia (AKM). Apa yang menarik disini untuk kita (warga Malaysia yang prihatin) bahaskan ialah bagaimana AKM akan dapat menyelesaikan beberapa masalah besar yang selama ini menghantui Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Banyak IPTA dan IPTS begitu susah untuk mendapatkan kelulusan LAN malah ada beberapa kursus telah ditarikbalik akreditasinya atas sebab-sebab tertentu.

Malah terdapat juga beberapa IPTS yang menipu para pelanggannya (pelajar dan ibubapa pelajar) dengan cara membuat hebahan kononnya mereka mendapat pengiktirafan LAN. Kes akreditasi ini hampir menyamai kes piawaian halal oleh JAKIM. Bayangkan dalam kes logo tanda halal pun banyak pihak yang mengambil kesempatan membuat pemalsuan, bagaimana pula dengan sijil akreditasi dari LAN dan kini AKM pula.

Setelah AKM diujudkan, apa pula yang akan terjadi dengan LAN. Adakah lembaga ini akan dibubarkan (ditutup operasinya) ataupun ianya diserap kedalam AKM. Jika diserap, maka alangkah baiknya. Namun jika LAN dibiarkan beroperasi, maka rugilah wang pembayar cukai digunakan untuk operasi LAN yang tidak manfaatkan lagi.

Akreditasi LAN sedikit sebanyak tidak juga memberi makna pada mana-mana pemegang sijil/diploma/ijazah IPTA dan IPTS tempatan. Ini kerana walaupun sijil/diploma/ijazah mereka diakreditasikan oleh LAN dibawah piawaiannya namun jika Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) tidak mengesahkannya, maka sijil-sijil tersebut masih lagi sia-sia dalam konteks untuk mendapatkan tempat dalam perkhidmatan awam.

Adakah anda ingat lagi akan kes JPA yang tidak mahu mengiktiraf satu kursus di Universiti Malaya yang dikendalikan oleh Dr Chandra Muzaffar. Jika anda masih ingat baguslah. Ini kerana kursus tersebut telahpun mendapat kelulusan akreditasi dari LAN dan pentadbiran Universiti Malaya.

Oleh itu apakah perlu kita menubuhkan satu lagi agensi atau jabatan sedangkan agensi atau jabatan sedia ada masih tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan operasinya masih caca-marba. Malah kini saya lihat terdapatnya beberapa kecenderungan banyak kementerian yang tidak mengambil tahu akan pandangan umum melainkan hanya pandangan sebelah pihak mereka sahaja.

Adalah lebih baik jika LAN diperkemaskan dan diberikan kuasa yang mutlak dan diseiringkan operasinya dengan JPA demi untuk memperbaiki mutu dan piawaian akreditasi pendidikan tempatan. Janganlah demi untuk mempromosikan diri sendiri (dalam mood pilihanraya bagi Menteri Pengajian Tinggi) pelbagai cadangan setengah masak dibuat yang akhirnya akan merugikan pelajar sendiri.

Oleh itu kesimpulannya, “Janganlah menimbus lubang dengan cara mengorek lubang yang lain“.

3 Comments »

  1. SA Omar said,

    Amat menarik tentang LAN dan AKM

    Dalam tempuh selama 50 tahun, para pelajar dan lulusan di Malaysia, dari dalam dan luar negeri di tapis dengan berbagai lembaga akredansi, dan selepas itu kesemua professional di daftarkan dibawah berbagai undang undang perlantikan professional seperti arkitek, penilai, jurukur dan sebagainya.

    Saya ingin bertanya KP, apa gunanya semua ini, kerana mereka itu tidak pun layak mendapat kerja dari banyak badan badan atau organisasi seperti GLC dengan sekatan dengan berbagai sistem panel.

    Kita semua dianggap orang yang tidak pandai, mereka dari luar negeri lebih pandai. Orang putih pandai, Melayu sangat rendah hasil pembeljaraan mereka sehingga macam macam undang undang diluluskan tetai hasil nya,
    bull shit.

    Terima kasih.

  2. produkhalal said,

    Tambah / rombak / pecahdua, semua akan menambah kos.
    Kos perlu dibayar dgn RM. Jgn sampai rakyat terpaksa menanggung
    beban bagi tujuan yg tidah menambahbaik

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Pertama sekali, piawaian yang dibuat oleh pelbagai agensi akreditasi sebenarnya banyak yang bercanggah diantara satau sama lain. Malah boleh dikatakan beberapa piawaian tersebut digubal (dibentuk) mengikut idea dan pemahaman sebilangan pihak yang mungkin berkepentingan. Ada pula beberapa piawaian yang boleh diubah mengikut kehendak dan keperluan bagi melepaskan beberapa “individu” yang ada kaitan dengan penggubal dasar.

    Cuba anda lihat akan kes “Kelayakan B” bagi athlit yang ingin melayakkan diri mereka ke temasya sukan Olimpik 2008 yang melibatkan pemberian elaun tambahan kepada athlit.

    Malah pihak bank juga boleh mengubah piawaian pinjaman peribadinya berdasarkan siapa peminjam tersebut. Jika orang biasa, tentunya ada pelbagai cagaran (kolateral), sekatan dan halangan diberikan, namun jika individu tersebut adalah Tan Sri, Dato’ Sri dan sebagainya, tiada kolateral (cagaran) diperlukan bagi membuat pinjaman.

    Berbalik kita kepada isu AKM dan LAN serta JPA, kita akan dapati bahawa beberapa piawaian yang sepatutnya dijadikan asas telah tidak ditetapkan secara konsensus.

    Oleh yang demikian, wajarlah sekiranya sistem Panel dalam menilai kemasukan individu dilakukan secara adil dan bukannya secara “Who’s Who” ataupun mengikut siapa kroni yang memperkenalkan individu tersebut.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: