12 June, 2007

Tindas Menindas?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 4:33 am by Ketua Perusuh

Kita semua sedia maklum bahawa RM1200 sebulan sebagai gaji bagi seorang ketua keluarga bukanlah cukup untuk menampung makan minum dan keperluan keluarga masing-masing. Jika hanya seorang sahaja dalam sesebuah keluarga tersebut yang bekerja dan mendapat pendapatan RM1200 sebulan, tentunya hidupnya boleh diklasifikasikan sebagai orang miskin (mungkin fakir) jika anggota keluarganya adalah seramai 5 orang (Suami, Isteri dan tiga orang anak).

RM1200 bukannya banyak sangat. Agak-agak andalah, berapa yang boleh disimpan sebagai lebihan daripada kos keperluan bulanan keluarga tersebut? Bolehkah mereka menyimpan? Berapa banyakkan nilai simpanan yang boleh dilakukan? Tentunya pada pandangan saya, mereka-mereka ini tidak mampu menyimpan walaupun RM10 sebulan (jika mereka hidup dikawasan bandar dan menyewa rumah).

Tapi inilah kadar piawai gaji bulanan yang dicadangkan oleh Pengerusi PTPTN, Dato’ Razali Ismail (yang tentunya memang seorang yang kaya raya). Pengerusi PTPTN telah mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan kakitangan awam atau swasta yang berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan membuat potongan gaji di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Cadangan sebegini bolehlah diklasifikasikan sebagai satu cadangan bodoh yang bakal menyesakkan lagi kehidupan kakitangan awam atau swasta yang berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan. Cadangan tidak masuk akal ini kononnya boleh menyelesaikan masalah pembiayaan pinjaman pelajaran bagi pelajar-pelajar yang memohon PTPTN.

Had yang dicadangkan potongan gaji tersebut adalah sekurang-kurangnya RM20 sebulan itu adalah sebagai simpanan jangka panjang untuk mengurangkan beban apabila anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).

Persoalannya disini, adakah simpanan yang dibuat akan diberikan faedah keuntungan harian atau bulanan ataupun tahunan sepertimana jika mereka menyimpan didalam Tabung Haji atau mana-mana bank komersial atau koperasi. Tentunya SSPN tidak menyediakan kadar faedah ataupun dividen atas simpanan ini. Kalau ada pun ianya hanyalah untuk menyedapkan mata untuk memandang dan telinga untuk mendengarnya.

Pada pandangan saya, adalah wajar sekiranya kewajipan untuk membuat simpanan SSPN ini diletakkan kepada kakitangan awam atau swasta yang mendapat pendapatan lebih dari RM5000 sebulan dan bukannya untuk menyusahkan mereka-mereka yang berpendapatan rendah.

Apa yang rakyat takut ialah salahguna kuasa dalam mentadbir dana yang semestinya akan besar didalam SSPN sedangkan masalah pentadbiran dana dalam PTPTN pun selama ini tidak pernah selesai sehingga memerlukan campurtangan KWSP dan KWAP.

Jadi adakah kewajipan menabung dalam SSPN ini diperlukan keatas rakyat yang berpendapatan bawah RM1200 yang sekarang ini tersiksa dengan kenaikan kos sara hidup harian. Tentunya kita tidak sepatutnya menyusahkan mereka-mereka ini. Tindakan ini dilihat sebagai tindakan menindas rakyat yang berpendapatan rendah.

8 Comments »

  1. alkerohi said,

    KP
    adakalanya cadangan daripada orang seperti Razali Ismail ini secara terbuka tanpa menyatakan isinya. berapa dividen, berapa lama tempoh dan sebagainya tidak dijelaskan. beliau sepatutnya mencadangkan
    1. pinjaman ptptn ini jika dipersetujui ramai akan diberikan tanpa faedah. sekarang dikenakan faedah.
    2. dimanakah tanggungjawab sosial kerajaan. setiap pelajar yg mendapat tawaran ke ipta atau ipts diwajibkan membuat bayaran pendahuluan. pengurusan ptptn yg lembab hanya dapat memberikan wang selepas 3-4 bul;an.kebanyakkan anak kampung yg miskin seperti meminta sedekah di baitulmal, jkm, persatuan kebajikan cina dsb. sangat memalukan.
    Razali Ismail – berapa pendapatan bulanan anda. terus teranglah.

  2. Buyong said,

    Orang macam Razali Ismail tu sekarang ni berlambak memduduki kerusi pentadbiran negara. Mungkin dia mintak golongan bawahan dan bergaji rm 1200 kebawah meneroka tanah setinggan di kotaraya, tak payah bayar sewa, naik motor kapchai-minyak RM2 sehari, tak payah pakai talifon rumah dan mobilephone, jauh sekali internet, makan nasi goreng hari2 (masak sendiri), baju beli setahun sekali, baju sekolah anak2 pun setahun sekali, tak payah beli kelangkapan rumah, astro jauh sekali, no family outing, no week-end satay, malam buat part-time driver taksi atau jaga pam minyak atau mesin rumput di rumah orang pada hujung minggu, bini bukak nersery kat living room jaga anak orang. Dengan cara tu, boleh berjimat rm 50 sebulan. Inilah cara hidup ideal dan hakikat sebenar kehidupan bagi golongan berpendapatan bawah RM1200 di Malaysia. Ini adalah rutin harian mereka selama sekurang2nya 30 tahun selepas mendirikan rumahtangga dan membina keluarga.

  3. produkhalal said,

    Saya nampak pendapat Mr. Buyong memang ada kewajarannya.
    Yang saya pasti, bab potong memang pandai, tapi bab collect pinjaman memang ada kekurangannya.

  4. SA Omar said,

    KP,

    Tindas menindas ini sudah menjadi adat di Malaysia semenjak kebelakangan ini. Sebabnya: Hendak naik kan chukai pendapatan Negara, banyak benda yang hendak di buat kerjaaan.

    Pelajar kena hentam dari awal lagi. Pelajaran untuk kebaikan, tapi kena bayar dulu, selepas itu dinaik kan cukai pendapatan. Kalau tidak belajar, gaji rendah cukai pendapatan pun rendah. Lebeh baik tidak belajar lah.

    Semua tidak kena bayar. Saya syurkan semua orang Melayu Malaysia belajar pondok sahaja.

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Memang banyak pendapat pro dan kontra berkaitan isu ini, namun perlulah kita ingat bahawa mereka-mereka yang mendapat pendapatan bawah RM1200 sewajarnya diklasifikasikan sebagai miskin dalam keadaan kos sara hidup yang agak tinggi sekarang.

    Janganlah anda lupa orang lain yang susah dan terseksa hidupnya bilamana anda sendiri mendapat gaji lebih dari RM3000 sebulan. Ingat-ingatlah bilamana anda pula mungkin akan diberhentikan kerja (retrench) dan seterusnya mendapat pendapatan bawah RM1200. Bila senang ingat masa susah.

  6. Pak Sheikh said,

    AHLAN WA SAHLAN.

    Ana nampak ada beberapa perkara pokok yg perlu diambilkira dlm issu dibangkitkn di atas, antaranya ialah Ketua keluarga berpendapatan RM1,200.00 kebawah, Issu Tabungan SPPN, Issu Tanggung jawab sosial kerajaan, Issu Pinjaman PTPTN, Issu peribadi (Tan Sri Razali Ismail) dan mungkin lain-lain issu yg ana tak sempat nyatakan.

    Secara umumnya ana dapat melihat sume itu berpunca dari KEMISKINA yg ada pd setiap individu ( org2 melayu lah). Katakan kita sume org2 melayu banyak wang mcm rakan2 kita tu, ana rasa issu sebegini tak akan ada, mungkin issu yg dibincangkan lebih kpd bagaimana meningkatkan jumlah pinjaman, penurunan kadar faedah secara islamic, meningkatkan tabungan SPPN dan lain2 lg yg menaikan martabat bangsa kita. Tapi itu tak berlaku…. bila ianya akan berlaku, ana sendiri tak ada jawapan…. Tapi ana ada soalan, pasai apa suasana sebegini terjadi pada kita? Dalam hal ini ana mungkin berpendapat sumenye ini terjadi kerana salah kita juga. Ambil contoh tabung PTPTN, ana yakin asas penubuhan tabung ini ada rasionalnya yg sangat positif, malah ianya amat diperlukan, dan ianya amat membantu kita, terutama pelajar yg sebangsa dgn ana la, masa dapat tawaran mengaji ke menara gading, dan-dan nampak tabung ni lah yg akan menjadi harapan sebagai pembiaya pengajian, terus minta, tut-tut, dapat. Alhamdulillah….. syukur…… tapi setelah abih ngaji,, tak dapat keje, nak buat camne, pi ngaji pun pasai nak ijazah je, dapat ijazah le… so balik le kg tanam anggur…. Tabung PTPTN kena ligan peminjamnya, pasai nak bagi kat buda lain pulak. tapi tak dpt bayar…. pasai tak dak keje lg. Kalau sapa pun yg jaga tabung ptptn tu, katakan ente, camne ente nak buat? pakat2 tolong jawab le ye?

    Issu kedua, pasai pendatan Ketua Keluarga rm1,200.00. nampak sgt penekanan yg dibuat terhadap depa ni seolah-olahdepa ni miskin sangat. Tapi memang pun depa ni miskin,, tapi cuba ente banci, berapa ramai yg berpendapatan mcm ni? Kalau dlm sektor kerajaan, ramai mana? dlm swasta, berapa ramai pulak? apa tah lagi sektor kampung dan bandar yg keje sendiri? tapi depa dok idup mcm tu juga. tak sapa ambik peduli kat depa. perkara ni bukan setakat ada blog KP ni je, dari dulu lagi.Realitinya, kumpulan ni dah ujud lama pasai ape tak sapa nak bela? so kalau cam tu, puak2 ni kena declare PPRT le? kena bagi rumah, bagi elaun bulanan tambahan, bagi bantuan dan subsidi keperluan dapur le. tai takdak pun.So janganla nyatakan jumlah pendapatan depa kalau nak buat perbandingan dan contoh golongan susah noooo….

    Ana rasa bercelaru sikit sebab2 perkara yg di issukan tu berlaku. Ana rasa kita org melayu tak faham pasal KUASA. Tak ada SENSE OF BELONGING, takada RASA SALH DIRI. So ana rasa sesuatu kita brainstorm utk dapatkan resulusi mengatasi masalah ni sume. Selagi kita dok pi mai, pi mai, dok tang tu jugak. Kita kena move, kena act, kena dare, bukan pandai, tapi… JANGAN BODO.

    KP, ana sambung lain masa. sorry.

  7. napy8gen said,

    Pak Sheikh saya percaya KP menggunakan nilai rm1200 atas sbb perenggan ketiga artikel ini yg bersangkut dgn berita di Utusan atas cadangan Razali ptptn..berdasarkan tersebut dapat ditafsirkan keadaan org yg bergaji rm1200 yang duduk di bandar, saya percaya di kampung pun dua kali lima(dan telahan KP adalah benar, memang tak cukup)..pendidikan adalah baik dan penting utk masa depan, menyimpan dr awal adalah bagus utk anak2..cuma gaji rm1200 tu kalau dipotong menjadi tak relevan bagi pendapatan seisi keluarga hanya rm1200.

    saya tak pandai ekonomi sbb belajar tak tinggi, tapi kalau saya ada dana 10billion.. saya akan bagi pinjam kepada student hanya 10%-15% dari dana tersebut, dana tersebut akan di simpan di bank luar negara.Pendapatan dr Interest dana lebihan 9billion..akan cover budak yg tak dapat bayar. Anggaran budak yang bayar hanya 40-50%. Sebelum kita bagi pinjam..kita kena ada duit rolling dan backup. Bila generasi pertama 10% habis dikutip baru tambah lagi jumlah utk dipinjam.yang peliknya kenapa bagi pinjam kat budak bagi habis semua dana? selepas bagi pinjaman, kerjasama dgn perbankan internet adalah bagus, kerana generasi kini adalah generasi internet, mereka lebih senang bayar di internet dr pegi bank atau pejabat pos.Tapi sy tak tau lah ptptn ni boleh bayar menggunakan internet banking atau tidak..tetapi MARA boleh dan ternyata berkesan.

    tapi apepun, cadangan menyimpan utk pendidikan anak2 adalah bagus.pinjam-pinjam ni leceh..

    ilmu sekarang diniagakan..

  8. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Segala-gala kos telah dan sedang meningkat naik, ini termasuk kos pendidikan. Namun sebagai rakyat Malaysia, kita semua berhak mendapat pendidikan setara dengan kos mampu milik yang mana tidak menyusahkan pelbagai pihak.

    Alangkah lebih baik sekiranya PTPTN dikawalselia dengan baik tanpa melibatkan banyak urusan birokrasi dan telus.

    Cadangan Napy8gen memang bagus dan boleh dikaji dengan mendalam oleh PTPTN.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: