11 June, 2007

Queen Control?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:41 am by Ketua Perusuh

Istilah Queen Control biasa digunakan oleh rakyat Malaysia bilamana mereka memperkatakan akan lelaki (suami) yang dikawal aktiviti, pergerakan dan segalanya oleh isteri-isteri mereka. Ianya juga digunakan sebagai satu kata ganti untuk menunjukkan bahawa orang perempuan menguasai kuasa dalam satu organisasi, syarikat atau keluarga.

Abdullah Ahmad Badawi telahpun diijabkabulkan beberapa hari yang lepas. Malah majlis pernikahan Abdullah Ahmad Badawi itu dilakukan secara tertutup dan ramai (termasuklah saya yang ketika itu sibuk menguruskan hal peribadi diluar daerah) yang tidak sempat untuk meninjau apa yang berlaku.

Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, adalah wajar baginya untuk membuat satu majlis untuk meraikan perkahwinannya supaya dapat rakyat menghadirinya. Jika Abdullah Ahmad Badawi tiada cukup wang untuk mengendalikannya, maka saya rasa semua rakyat Malaysia sanggup berbesar hati untuk menyedekahkan barang seringgit dua sebagai modal untuk membuat majlis kenduri awam tersebut. Bayangkan jika 10 juta orang yang menyedekahkan RM2 setiap seorang kepada Abdullah Ahmad Badawi. Nilainya begitu besar iaitu RM20 juta.

Akan tetapi, tidaklah apa jika Abdullah Ahmad Badawi tidak inginkan rakyat bersama-sama dengannya bergembira dan meraikan perkahwinannya. Jika pada perkara ini pun Abdullah Ahmad Badawi melihat peri tidak pentingnya rakyat kepadanya, maka janganlah kita terkejut Abdullah Ahmad Badawi memang tidak memikirkan kepentingan rakyat selamanya. Padanya “peduli apa rakyat nak cakap, yang penting aku punya sukalah nak buat macam mana”.

Oleh yang demikian, seperti yang dijangkakan semua pihak iaitu selama ini Khairi Jamaludin (KJ) yang memperkudakan Abdullah Ahmad Badawi dalam semua hal, kini akan dapat satu lagi manusia yang pastinya mempunyai kuasa yang besar dalam semua tindakan Abdullah Ahmad Badawi. Orangnya tidak lain tidak bukan ialah Puan Jean Danker.

Sebagai isteri, tentunya banyak kata-kata dan pandangannya yang akan diterima pakai dan dipersetujui oleh Abdullah Ahmad Badawi. Bukankah rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Abdullah Ahmad Badawi adalah mudah dipengaruhi oleh sesiapa yang rapat dan dekat dengannya.

Jangan pula anda terkejut jika beberapa tindakan Abdullah Ahmad Badawi dimasa akan datang mungkin tidak selari dengan kehendak masyarakat umum dan kepentingan negara. Namun ianya adalah kehendak dan kepentingan isterinya yang tercinta.

Kepada Abdullah Ahmad Badawi saya ingin nasihatkan.

1. Anda adalah ketua keluarga (bukannya isteri dan anak-anak anda).
2. Anda adalah ketua negara Malaysia (bukannya isteri dan anak-anak anda)
3. Anda adalah pengerusi OIC (bukannya isteri dan anak-anak anda)
4. Anda adalah imam (bukannya isteri dan anak-anak anda)

Jadi… bertindaklah seperti ketua dan jangan menjadi boneka. Sebagai ketua anda wajib menyuruh isteri dan anak-anak anda menutup aurat (anda berhak memukul mereka sekiranya mereka melanggari hak Allah S.W.T). Ini kerana jika mereka melakukan dosa, andalah yang menjadi galang gantinya di neraka nanti. Ingatlah ayat-ayat dalam Al-Quran yang menegaskan perkara ini. Itupun jika anda jujur dalam beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya.

Pilihan ditangan anda wahai saudaraku Abdullah Ahmad Badawi.

“Selamat Pengantin Baru”

5 Comments »

  1. Eeru Jiwa said,

    Susah nak jadi queen control, kalau baru kenal jadi isteri, tapi kalau dah lama tu mungkin le. Kata PM dia baru jatuh cinta , dulu semasa jadi orang gaji di rumahnya, PM tak minat lansung.

    Itu dia kata. Entahle, kalau dah nak ende tu…Saya tidak tau lah dah tua tua macam saya ni, isteri pun dah monapaus, nak control apa kah hal lagi. Nak kawin satu lagi, isteri ada lagi. Susah nak kena pergi MS minta berbagai bagai benda nya.

    Sekarang ni tuhan dah ada kat dunia ni, dulu tak da, dalam otak anda je, kalau nak suruh orang ikut kata bini, senang je, suruh tuhan didunia ni buat dah jadi.

    Maaf ye, ramai tidak akan faham ni.

  2. produkhalal said,

    http://produkhalal.wordpress.com/

    Wow takutnya dgn istilah ni.
    Lebih takut lagi kalau menjadi yg dicontrol tu

  3. reddo said,

    http://www.redwanshamsuddin.blogspot.com

    yeap,memang betul artikel saudara ini.
    sudah terang jelas dan nyata,aurat itu adalah satu hukum agama dan hukum Allah.kenapa kebanyakan pemimpin-pemimpin negara ini masih melalaikan tanggungjawab dalam mematuhi arahan Allah yang paling mudah,jelas.

    terus terang saya katakan,anwar ibrahim adalah ketua keluarga yang paling saya hormat.bekas pemimpin ini cukup menjaga kehormatan keluarganya.

    minta maaf kepada sesiapa yang terasa.

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Alangkah baiknya jika Abdullah Ahmad Badawi dapat menunjukkan contoh teladan yang baik dan mengikuti syarak kepada semua rakyat.

  5. o'deng said,

    awat bini hang tak pakai tudung.oh islam hadari ka.keturunan ulamak konon………..huh..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: