29 May, 2007

Tipu Menipu?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:58 am by Ketua Perusuh

Kebelakangan ini isu yang digembar-gemburkan oleh mana-mana media tempatan rata-rata berkisar kepada isu peguam yang menipu pelanggannya. Memang tidak dinafikan ada sebilangan peguam yang melanggari etika profesionalisma mereka. Malah ada yang sanggup menipu pelanggan atas isu harta wasiat.

Dahulu peguam adalah satu jawatan yang boleh dianggap mulia. Rata-rata ahli masyarakat kita memandang tinggi akan kerjaya peguam ini. Malah ada ramai yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit sebagai pelaburan untuk menghantar anak-anak mereka belajar dalam bidang guaman di dalam dan di luar negara terutamanya ke England.

Kini terdapat ramai peguam yang menyalahgunakan pengetahuan mereka dalam undang-undang demi untuk kepentingan wang ringgit yang bernilai mencecah jutaan ringgit secara segera. Memang tidak dapat dinafikan peluang untuk melakukan penipuan itu amatlah tinggi jika anda mengetahui selok belok undang-undang.

Berbalik kepada kes penipuan ini, pihak Polis sedang giat mengesan peguam-peguam yang melakukan salah laku ini selepas terdapatnya laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pelanggan yang ditipu oleh peguam ini. Begitu cepatnya pihak Polis mengambil tindakan sehinggakan kurang dari 24 jam berita ini tersebar, pihak Polis dapat menahan seorang daripada suspek tersebut. Tahniah kepada pihak Polis.

Bagaimana pula jika terdapatnya laporan Polis bagi mana-mana penipuan yang dilakukan oleh ahli politik atau orang yang berkuasa tinggi. Bilakah agaknya Polis akan membuat siasatan dan tangkapan. Cuba anda lihat akan kes Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan kes Menteri Besar Sabah. Berapa banyakkah laporan Polis yang telah dibuat atas kes penipuan yang mereka lakukan. Tentunya terlalu banyak. Oleh itu manakah tindakan yang telah dan akan dilakukan oleh Polis.

Anda jangan terkejut apabila melihat ikan bilis akan ditangkap bila ada laporan penipuan dilakukan kepada mereka dengan cepat akan tetapi ikan jerung tidak akan diambil tindakan walaupun seluas samudera sekalipun laporan polis terhadap mereka. Semua ini bolehlah ditafsirkan sebagai satu wayang semata-mana untuk menjadikan halwa telinga semua rakyat jelata.

Peguam-peguam ini pastinya akan dijadikan kambing hitam untuk menutup kes Menteri Besar Selangor, Sabah dan lain-lain yang menipu dalam pengisytiharan harta mereka. Malah penipuan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co juga akan ditenggelamkan sama oleh cerita peguam-peguam ini.

Jadi, kesimpulannya ialah sampai bila isu tipu menipu ini akan selesai. Sampai kiamatkah? Mana perginya Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam isu ini?

8 Comments »

  1. kaptenbersara said,

    Saudara,

    Untuk Sabah, Sarawak, PPinang, Melaka Jawatan Ketua Eksekutifnya ialah Ketua Menteri bukan Menteri Besar.

    Terima kasih.

  2. Terima kasih atas komentar saudara,

    Disini saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya menulis komentar diatas. Komentar diatas ditulis dalam perjalanan saya menuju satu mesyuarat di sebuah negeri pantai timur Malaysia.

  3. ali_baba said,

    Pemerapan kes rasuah atau jenayah kewangan yg berprofil tinggi hanya akan berakhir apabila perdana menteri (nama am sbb tidak spesifik pada Pak Lah), berhenti drp melakukan perkara-perkara di atas.

    Soalan: Siapakah calon yg paling layak utk menduduki kerusi perdana menteri yg bersih itu?

  4. dasuki_tmc said,

    aaaaaaaa……….??????????

    tipu menipu.. lagi……..??spr/jpn/peguam/bpr/pemaju rumah/menteri? pun agaknya sama?????
    kan tipu tu sama dengan bohong, ia dekat dengan sifat munafiq. munafiq lak dekat dengan kafir, tak ada sempadankan? Dekat pula dengan bala ALLAH, jadi nak jauhkan ia tolonglah jangan dekat/ sokong orang seperti itu lagi, kan berdosa kalau dah tahu masih sokong dan puji lak tu. itu nama nya menyokong MUNAFIQ=KAFIR.

    selamat kan AQIDAH kita dan orang dibawah tanggungjawab kita.

    ALLAH dah ingatkan “pelihara diri kamu dan ahgli keluarga kamu dari API NERAKA”

  5. SA Omar said,

    Tipu dan menipu.

    Dah tak de kerja, apa lagi nak buta untuk hidup?.

    Ada pelajaran pun orang tidak endah pun. Belambak kaum professional Melayu, tapi tak de kerja. Nak kerja kena ada panel. Minta panel, tolak. Semua lah mereka ni. Melayu ke, Cina ke, Keling opps sorry India ke, payah bang nak cari kerja kalau tak da panel. Belum apa apa dah nak komisen. Persen ooi.

    Hey, kalau isteri nak beranak, kena pergi hospital. Hospital kerajaan takut patah leher ke, patah jari ke, macam macam takut. Dah kena pergi Hospital Tambun. Hey, bukan sikit duit di charge nya. Dah tak de duit, macam mana bang. Semua cerita ni sama bang, orang berpangkat besar ke, orang bawah ke, petani ke, semua lah. Sama je.

    Dah tu nak tinggal anak dan isteri kat hospital. Pakai lah dulu duit anu tu. Gitu lah tipu nya manusia kalau dengan duit orang lain. Tak jujur. Ada peluang libas le demo.

    Survival man, survival. Nak kerja tak da, minta kerajaan duit, hey entah le. Kalau duduk England masa Magerate Theacher ok lah ada elaun free punya. Sini mana ada, kena jadi peminta sedekah. Itu pun tipu punya hal.

    Malaysia hendak hidup kena tipu sikit, naik atas tipu sedikit atas, dan dah naik paling atas, tipu paling atas. Isteri nak beranak brother.

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Isu ini pastinya tidak akan tamat selagi mana manusia mempunyai sifat tamak haloba.

  7. shazwan said,

    apa kata diletakkan Badan Pencegah Rasuah dibawah naungan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

  8. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Memang sewajarnya BPR diletakkan dibawah kuasa YDP Agong dan Parlimen. Ini adalah untuk kepentingan umum.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: