24 May, 2007

Siapa Disebalik Tabir?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:35 am by Ketua Perusuh

T Ananda Krishnan bercadang mencari rakan kongsi baru untuk memajukan lagi Maxis Communications Bhd. Setelah dia berusaha memilik peribadikan Maxis Communication Berhad, kini usaha-usaha penjualan pemilikan saham sekali lagi sedang dalam proses untuk dimulakan.

Siapakah agaknya yang akan menjadi rakan kongsi baru bagi Maxis Communication Berhad. Anda mungkin akan dapat lihat satu nama (individu @ syarikat) yang akan membeli saham tersebut pada kadar lebih dari RM15.60 seunit saham. Tapi anda jangan terkejut jika mendapati bahawa nama tersebut adalah hanya satu “proksi” bagi satu entiti lain.

Entiti yang berminat untuk menguasai Maxis Communication Berhad memang ramai, namun pastinya anda akan dapat lihat bahawa yang akan menang dalam percaturan untuk menjadi rakan kongsi tersebut adalah “proksi” kepada satu sayap pelaburan utama Asia Tenggara iaitu Temasek Group.

Mereka (Temasek Group) pastinya akan menidakkan penguasaan mereka pada “proksi” tersebut tetapi merekalah sebenarnya yang menjadi Tok Dalang dibalik tabir. Ada banyak sebab mengapa mereka berminat untuk menguasai Maxis Communication Berhad, yang paling utama selain daripada keuntungan dari sudut ekonomi ialah penguasaan dari segi perkhidmatan utiliti.

Malah dengan memperkudakan Maxis Communication Berhad, ianya akan memudahkan mereka untuk membuat pemantauan secara digital terhadap saluran komunikasi dalam Malaysia tanpa had. Malah dengan memperkudakan sayap pelaburan mereka itu (Temasek Group) maka mereka boleh menguasai bukan sahaja perkhidmatan utiliti, namun perkhidmatan hartana pula akan mereka kuasai dengan termetrainya perjanjian persefahaman Jawatankuasa Peringkat Menteri bagi pembangunan WPI.

Jadi secara tidak langsung, mereka (Singapura) akan dapat menguasai segala keputusan yang akan dibuat oleh Malaysia memihak kepada mereka. Setakat ini segala keputusan yang dilakukan oleh Malaysia memang banyak yang menguntungkan Singapura.

Malah Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Bank Negara Malaysia semacam membiarkan sahaja urusan berkaitan dengan ekonomi, pelaburan dan kewangan menjadi caca-marba. Tindakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia mendiamkan diri dan membiarkan Maxis Communication Berhad dimilik-peribadikan dan sesudah itu dijual kepada pihak ketiga telah menyebabkan integriti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia jatuh.

Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia mudah dipermainkan dan tidak mempunyai kuasa yang luas untuk memperakukan undang-undang berkaitan dengan ekonomi, pelaburan dan kewangan malah ianya juga memperlihatkan SC dan Bursa Malaysia kini dijadikan lelucon oleh “mangkuk-mangkuk” di tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri.

Kesimpulannya ialah dalam masa terdekat ini anda akan dapat tahu siapakah disebalik tabir menggerakkan usaha untuk memilik-peribadikan beberapa syarikat utama dan GLC di Malaysia dan siapa pula yang menyuntikkan dana untuk memilik-peribadikan syarikat tersebut. Saya berani mengatakan bahawa semua ini digerakkan oleh Temasek Group melalui “proksi-proksi” mereka dan Temasek Group pula dibiayai oleh dana-dana dari Amerika Syarikat dan Israel.

9 Comments »

  1. renegix01 said,

    mengapa ini terjadi…negaraku….lama kelamaan tidak akan menjadi milikku lagi…apa akan jadi pada anak cucu kita?…ya Allah..selamatkan negara kami…

  2. renegix01 said,

    mengapakah Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Bank Negara Malaysia semacam membiarkan sahaja urusan berkaitan dengan ekonomi, pelaburan dan kewangan menjadi caca-marba?…adakah terdapat dalang di sebalik sikap membiarkan mereka ini?..jika ia..siapakah pengkhianat negara itu?..harap tuan dpt mendedahkan mereka ini…

  3. corrigenda said,

    mana pemimpin umno?.

    apa dah jadi dengan dolah baju batik?
    temasik dulu cuba tawan saluran komunikasi Thailand,sekarang Malaysia.

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan mengusulkan satu petisyen agar mana-mana syarikat Malaysia yang terlibat dengan kepentingan umum tidak dijual atau dimilikperibadikan dengan sewenang-wenangnya. Perlu ada satu suruhanjaya diraja untuk membincangkan perkara ini.

  5. renegix_01 said,

    jadi ayuh lakukan..jgn biarkan usaha ini tinggal usaha..jika org2 seperti tuan bertindak..ramai akan menyusul

  6. anak bapak said,

    jangan biarkan kapitalis bermaharajalela…

    http://www.anakbapak8385.blogspot.com

  7. Terima kasih atas komentar saudara,

    Ya, sudah semestinya kita tidak akan membiarkan pihak yang berfahaman kapitalis menguasai pemerintahan dan kepimpinan negara.

  8. temikai said,

    ini bukan sebb pimpinan befahaman kapitalis,,tapi kita sokong yg tak yakin pada Islam,,dan janji ALLAH…….bro apa yg lu cakp ni memg akan tejadi “tapi” kalu kita yg benar kan…………

  9. Aku yakin jika paklah terus berkuasa maka khairy lah yang akn menjadi ank malaysia pertama yg menjual negara ini..tindak tnduk pemimpin yg lgsg tdk berdiplomatik dalam sandiwara politik menampakkan kelemahan yg amat besar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: