23 May, 2007

Betapa Bangangnya Dia?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:31 am by Ketua Perusuh

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia nampaknya seorang yang kurang cerdik. Biasanya jika seseorang itu kurang cerdik, dia akan mendapatkan pandangan orang lain sebelum di mengeluarkan apa-apa hujah. Jika tidak, ianya hanyalah akan menyebabkan semua orang akan tahu kekurangan kecerdikan pada dirinya.

Contohnya, jika seorang yang kurang cerdik dalam matapelajaran Matematik, biasanya sebelum dia mengeluarkan pandangan atau jawapan, dia akan bertanya kepada mana-mana rakan-rakan atau guru yang mahir dalam bidang tersebut. Biasalah semua orang akan takut malu memberikan pandangan, jawapan atau hujah.

Namun Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tidak segan-silu untuk mengeluarkan satu arahan, hujah atau pandangan yang dia sendiri kurang arif mengenainya. Cuba anda lihat apa yang disuarakan olehnya yang diberitakan didalam Utusan Malaysia.

Disini anda akan dapati bahawa memang memalukan bahawasanya Malaysia memiliki Timbalan Menteri yang ber “IQ” pada tahap yang agak rendah. Bayangkanlah jika senario ini berlaku.

1. Pemilik harta akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya hartanya dicuri akibat daripada kecuaiannya.
2. Suami akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya isterinya hilang (menghilangkan diri) akibat dari kecuaiannya.
3. Penternak akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya ternakannya mati akibat dari kecuaiannya.
4. Tenaga Nasional Berhad akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya bekalan elektrik dicuri atas sebab kecuaiannya.
5. Angkatan Tentera Malaysia akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan musuh menyerang Malaysia.
6. Suruhanjaya Sekuriti akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya kecuaiannya menyebabkan banyak syarikat awam menjadi milik peribadi dan dijual kepada asing.
7. Sultan akan dikenakan tindakan oleh Polis sekiranya kecuaiannya menyebabkan Menteri Besar membolot dan menguasai negerinya.

dan banyak lagi yang anda dan saya boleh fikirkan.

Jika beginilah idea yang boleh diberikan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, maka jangan terkejut satu hari nanti tiada siapa yang akan membuat laporan polis atas kehilangan saudara-mara, binatang ternakan dan sebagainya kerana takut akan tindakan yang mungkin dikenakan kepada mereka.

Ini bermakna pihak Polis tidak akan mengambil hirau akan perkara orang hilang dan sebagainya dan lebih menumpukan kepada mengutip saman dan membawa orang yang melaporkan kehilangan atas sebab kecuaian ke mana-mana mahkamah harian (malam).

Ini bermakna Polis Malaysia akan terlebih kehadapan dalam semua institusi kepolisan dunia kerana mempunyai kuasa mengambil tindakan kepada pelapor kehilangan orang (atau harta benda) yang disebabkan kepada kecuaian.

Bukanlah tujuan saya menulis komentar ini untuk menghina anggota Polis kerana saya sendiri mempunyai saudara mara yang menjawat jawatan ini, namun idea dan arahan tidak rasional oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menyebabkan saya menulis.

Kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri tersebut, sila jangan memalukan diri sendiri. Cukuplah sudah kebangangan yang terserlah pada kes-kes yang bersangkut paut dengan anda dalam masa terdekat ini. Jika anda berterusan memberikan pandangan bangang ini, maka sewajarnya kami (pengundi) tidak akan memilih anda sebagai wakil rakyat kami kerana kami dapati anda kurang cerdik (malah boleh diklasifikasikan sebagai bangang).

Maafkanlah saya atas komentar kali ini.

11 Comments »

  1. carlffler said,

    Apa la malang kita dapat Menteri² & Timb.Menteri yg kurang cerdik..
    Yg layak dan pandai diketepi pasal nanti tak leh jd kroni..
    Yg bodoh dan bebal jugak pilihan hati..

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Memang malang bagi negara memiliki pemimpin-pemimpin yang kurang cerdik. Namun mereka menjadi pemimpin disebabkan oleh kerana dipilih oleh orang-orang yang kurang cerdik juga. Maka janganlah disalahkan sangat pemimpin yang kurang cerdik kerana mereka ini hanyalah dijadikan pemimpin oleh orang ramai yang kurang cerdik

    Kata-kata bidalan “Hanya Si Tongong sahaja yang akan berkawan dengan Si Tongong” lebih tepat kepada situasi ini.

  3. dasuki_tmc said,

    sungguh malang rakyat malaysia kerana di pimpin oleh orang yang kurang cedik. silap nya ia dipilih oleh orang yang kurang cerdik juga, tapi ketua nya kalau ia cerdik tak kan dibiarkan ia berada di barisan pemimpin sekurang-kurang nya tegur supaya ia lebih betul. kalau dah jadi imam ia kena tegur makmun yang kurang cerdik???

  4. dr butiq said,

    Kalau pemimpin kurang cerdik kerana orang yg memilih pun kurang cerdik maka jadilah kerajaan kurang cerdik lama lama negara pun terjual macam Pak Pandir.Itu lah akibat dari mengundi parti bukan mengundi individu.Kalau letak orang buta pun org akan undi juga.siapa yg bangang semuanya bangang

  5. tinyBALL said,

    Timbalan Menteri ini patut diambil tindakan kerana “telur” nya hilang (got no balls) bila ruang angkasa negara nya dicerobohi dan pendatang asing sewenang wenang nya berkeliaran di seluroh negara mengamcam keselamatan penduduk negaranya.

  6. Hasrul Halid said,

    Kalau ada budak mencuri buah rambutan jiran, kita tak boleh terus menghukum budak-budak tersebut. Serasa saya, kita sepatutnya jugak melihat sapa bapak & mak budak ni. Mungkin bapak dan mak nya memang penyamun, atau boleh jadi jugak anak ni memang dari kalangan mereka-mereka yang bermasalah! hehehehehe!

    Dalam kes timbalan menteri ni, bukan saja dia tu tongong, tapi imamnya (kata ganti pada big-boss) juga seorang yang bahlul tanpa batasan. Seorang yang tak pernah nak ambil tahu secara serius tentang apa sebenarnya terjadi. Seorang yang sekadar mencampakkan laporan-laporan tertentu apabila diberi!

    Sayangnya orang macam ni yang kita terpaksa angkat menjadi wakil kita di Parlimen. No wonder ahli parlimen dah jadi macam budak-budak berebut guli!

  7. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Tidak dapat dinafikan bahawa semakin hari semakin terserlah kekalutan dalam kepimpinan negara Malaysia. Masalahnya ialah janganlah kerana mereka (pemimpin negara) ini bangang maka mereka sanggup menjadikan seluruh Malaysia sebagai sebuah negara yang bangang juga.

    Rugilah negara ini pada jangkamasa panjang sekiranya memiliki pemimpin bertaraf lebih rendah dari budak-budak tadika/tabika/taska.

  8. ali_baba said,

    Niat asal Timbalan Menteri ni nak salahkan ibu bapa tak pandai jaga anak.
    Tapi dia lupa ada sejarah tidak semua anak mampu mendengar cakap ayah
    dan ibunya. Contoh yg paling mudah; anak kandung nabi Adam AS yg berbunuh2an ataupun contoh isteri dan ank Nabi Noh AS yg tak mahu maniki bahtera.

    Tapi akan daya, sejarah para rasul tidak pernah dihayati, cadangan yg dikeluarkan tidak pernah berpandukan Al Quran dan Sunnah, maka wujudlah seorang yg berjawatan Timb Menteri yg pandai cakap tapi tak pandai fikir.

  9. Terima kasih atas komentar saudara,

    Sewajarnya sebagai seorang Timbalan Menteri, adalah lebih baik sekiranya beliau mengkaji terlebih dahulu komentar yang akan diberikan supaya komentar tersebut tidak akan menimbulkan salah faham.

  10. tamam said,

    apa nak hairan? orang yang lantik orang tu itu pun apa kurangnya … tengokla hal kecik macam isu MU tu pun jadi huru hara. nak bercakap tapi tak tau apa dia cakap. sudahlah tak tau, tak mahu tanya orang yang tau tapi masih nak bcakap jugak … nak tunjuk konon dia tau semua. mujur akhirnya tak jadi juga … kalau tidak bayangkan saja kerana sorang ni, negara kita kena tindakan oleh fifa sbb langgar contract piala asia. kalau nak sebut, banyak lagi perkara , tengok saja kes mikrocip hilang di batu maung, penang hari tu. bukankah dia ada sebut dalam utusan m’sia, dia yakin mikrocip tu akan segera dijumpai semula, sbb dia dapat maklumat dari igp begitu. igp bagi maklumat dalaman, bukan untuk hebahan, tengok skrg apa dah jadi, mikcrocip dengan orang yang curi pun tak dapat lagi, siapa yang malu? kitalah juga!

  11. Terima kasih atas komentar saudara,

    Ya, sememangnya semua ini memalukan kita. Hanya kerana nilaian RM50 sahaja seseorang sanggup memperbodohkan dirinya demi untuk melantik seseorang yang tidak layak menjadi pemimpin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: