21 May, 2007

Memang Sudah Terlambat?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 12:07 am by Ketua Perusuh

Timbalan Menteri Kewangan menyatakan “Kerajaan tidak akan membenarkan syarikat-syarikat yang mendapat lesen untuk menjalankan perniagaan dalam industri berkepentingan awam seperti stesen-stesen televisyen dijadikan syarikat persendirian.”

Ini adalah susulan dari beberapa tindakan yang telah diambil oleh beberapa orang individu yag mendapat lesen monopoli yang telah dan sedang dalam proses menjual syarikat mereka kepada pihak ketiga. Malah walaupun Kerajaan Malaysia bercadang untuk menguatkuasakan satu arahan agar mana-mana syarikat berkepentingan awam tidak dimilik peribadikan dan seterusnya dijual, namun ianya hanya cuma akan berlaku jika diluluskan oleh Parlimen.

Kenyataan ini diambil hanya setelah rakyat kecoh akan isu penyahsenaraian beberapa syarikat yang kemudiannya dimilik peribadikan dan seterusnya didapati dijual kepada “proksi” sayap pelaburan asing terutamanya Singapura melalui Temasek Group.

Walaupun ada undang-undang yang menyekat pemilikan asing dalam mana-mana syarikat, namun ini tidak menjamin bahawa syarikat tersebut akan kekal menjadi milik Malaysia (sama ada syarikat utama berkepentingan awam ataupun syarikat berkaitan kerajaan -GLC). Malah seperti yang telah saya dedahkan sebelum ini bahawa masih boleh berlaku pemilikan asing hanya dengan membeli (membida) mana-mana pemilik saham yang lain menjadi “proksi” entiti asing ini.

Anda boleh lihat perkara yang sama sedang dan akan berlaku kepada beberapa syarikat utama berkepentingan awam dan juga syarikat berkaitan kerajaan – GLC dalam tempoh kurang dari 2 tahun ini. Kepada sesiapa yang berminat akan perjalanan tadbir urus korporat syarikat-syarikat berkepentingan awam dan GLC ini perlulah menyelongkar lebih jauh dalam menilai serta menganalisa penyata kewangan, pemilikan saham serta operasi syarikat tersebut.

Beberapa GLC kini sedang dalam perhatian sayap pelaburan asing terutamanya GLC yang terlibat dalam industri perladangan, hartanah, pelabuhan (laut atau darat) serta utiliti. Perkembangan tidak sihat ini dijanakan oleh beberapa boneka yang mempergunakan beberapa “proksi” sebagai pemegang amanah mereka dalam beberapa syarikat berkepentingan awam dan GLC.

Jika ini tidak dihalang dan dikekang, maka satu gabungan aset bernilai lebih RM100 bilion mungkin akan terlepas kepada entiti asing terutamanya Temasek Group melalui boneka-boneka dan “proksi-proksi” mereka. Oleh itu Parlimen Malaysia perlu berbuat sesuatu untuk menghadkan, menarik balik lesen atau boleh juga membatalkan hak-hak syarikat (mereka perlu memohon kembali mengikut saluran biasa) ini jika didapati ianya sudah terlepas kepada entiti asing demi untuk menjamin masa depan, kedaulatan serta keselamatan negara.

Memang tidak dinafikan bahawa Malaysia terikat dengan syarat perdagangan antarabangsa, namun kita berhak melakukan apa sahaja yang perlu untuk menjamin kelangsungan kepentingan negara dalam segala segi.

“Negara Kami, Hak Kami,”

5 Comments »

  1. Pesanan said,

    Ingin menjemput tuan sebagai ahli penulis dalam blog ini. Bolehkah emailkan email tuan?

  2. alkerohi said,

    Pemantauan berkaitan isu seperti ini wajib ada dari masa kesemasa supaya check and balance bukan sahaja kelihatan wujud malah rakyat dapat menikmati kalahiran sesuatu prasarana.

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Pesanan,

    Maaf sekiranya saya terpaksa menolak untuk menjadi penulis di blog lain. Kekangan masa yang teramat sangat menyebabkan saya tidak mampu untuk menulis panjang. Namun anda dan sesiapa sahaja dibenarkan untuk menggunakan mana-mana komentar saya sebagai bahan untuk mana-mana media tidak kira media cetak atau elektronik.

    Alkerohi,

    Kerajaan perlu ujudkan satu suruhanjaya diraja untuk memantau perjalanan tadbir urus korporat dalam negara demi untuk kepentingan semua.

  4. jamilisa said,

    Saya fikir jika sesuatu parti yang menang terlalu selesa akan menyebabkan hilangnya sikap bertanggung-jawab mereka, apabila parti membentuk kerajaan.

    Hasrat PM mewujudkan check n Balance dikalangan BN sebenarnya baik. Tetapi bila diperingkat perlaksanaan maka ia lebih kepada menjaga kepentingan masing2 dan juga semangat BN. Pernah berlaku dikalangan ahli MP BN sendiri diambil tindakankerana menyokong usul pembangkang. Nampak benar PM serta pimpinan ibarat cakap tak serupa bikin.

    Saya merupakan jentera UMNO diperingkat akar umbi. Saya tak pernah kecewa dengan parti. Tapi amat kecewa dengan sikap pembesar didalam parti yang mengambil sikap Yes Bos demi jawatan disandang atau diidam.

    Inilah akibatnya bila kebendaan, kuasa telah menjadi anutan baru bila yang cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjadi slogan menipu ahli diperingkat akar umbi. Kekhuatiran saya kelak bila rakyat sudah hilang sabar maka parti UMNO akan menjadi sejarah seperti parti Kongres di India serta parti Glokar di Indonesia.

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Memang ramai dibahagian akar umbi yang sedar akan perkara ini namun ada yang tidak ingin mengambil tahu. Cuma apa yang perlu ialah semua pihak bertanggungjawab atas keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara dalam semua perkara.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: