20 May, 2007

Lelong Lelong?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:18 am by Ketua Perusuh

Proses untuk melelong harta negara sedang bermula sekarang. Banyak tanah-tanah milik negara kini sedang dilelong kepada pembida yang boleh membida dengan harga yang tinggi. Tanah-tanah yang berada dikawasan komersial paling senang untuk dilelong. Namun disana-sini proses melelong ini tidak hanya tertumpu kepada cabang hartanah sahaja.

Syarikat-syarikat utama negara juga banyak yang sedang, telah dan akan dilelong. Satu-satu lelongan tersembunyi dilakukan. Bukan sahaja lelongan tersembunyi, namun ada yang dilelong secara terbuka, malah digalakkan lagi (dibenarkan) oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Kini tidak lama lagi akan terjadi beberapa GLC (yang akan diubah tarafnya) pula akan dilelong. Ianya tidak akan dilelong secara terbuka (tidak terdapat lelongan syarikat di laman web http://www.lelong.com.my) akan tetapi dilelong kepada pembida-pembida yang sememangnya menjadi proksi kepada sayap pelaburan asing.

Anda jangan terkejut bilamana anda akan dapati beberapa orang (proksi) dalam Malaysia akan menjadi kaya dengan sertamerta. Malah ada beberapa individu telah dikenalpasti akan mendapat laba pada kadar yang diluar jangkaan sesiapa pun hasil dari lelongan GLC, syarikat awam dan hartanah.

Semua ini menjanjikan keuntungan sekitar 400% atau lebih walaupun sesetengahnya cuma dilelong diatas kertas dan diubah pemiliknya hanya diatas kertas perjanjian sahaja.

Dalam bidang hartanah, lelongan akan lebih tertumpu kepada kawasan segitiga emas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan sekitarnya serta kawasan lubuk emas terkini iaitu di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Dalam bidang korporat pula, beberapa lelongan terhadap syarikat-syarikat utama akan menyebabkan pegangan Malaysia kepada beberapa syarikat ini akan terlucut dan seterusnya syarikat utama ini akan menjadi milik sayap pelaburan asing terutamanya Temasek Group melalui beberapa proksi mereka.

Pada beberapa komentar saya yang telah lalu, saya ada menyebutkan akan kemungkinan Synergy Drive dipindahmilik dan dilelong kepada proksi entiti asing, namun anda jangan ingat bahawa hanya Synergy Drive sahaja yang akan menjadi mangsa. Cuba anda perhatikan beberapa lagi GLC yang sedang dan akan menjadi mangsa yang sama juga.

Ada satu lagi GLC yang sedang dalam perhatian pihak ketiga. GLC ini mengoperasikan satu khidmat utiliti yang mendapat hak monopoli oleh Kerajaan Malaysia. Pada episod lain saya akan dedahkan nama GLC ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: