17 May, 2007

Siapa Memegang Siapa Dipegang?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:39 am by Ketua Perusuh

Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan merdeka. Setelah 50 tahun negara ini mencapai kemerdekaannya, makin hari kedaulatannya makin terhakis. Sewajarnya dalam tempoh 50 tahun ini, kedaulatannya makin berkekalan dan mungkin bertambah, namun kini sebaliknya yang berlaku.

Di selatan Malaysia (Johor Darul Takzim) terdapat sebuah kawasan yang kini sedang dibangunkan sebagai satu kawasan pelaburan dan pembangunan bersaiz mega. Kawasan ini dikenali sebagai SJER ataupun WPI. Ianya adalah sebahagian daripada Malaysia. Ianya bukan sebuah kawasan asing yang terletak dalam perairan (kawalan) antarabangsa.

Baru-baru ini ada perjumpaan empat mata antara Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Singapura yang titik perbincangannya hanyalah tertumpu kepada isu berkaitan dengan WPI. Yang nyata, Abdullah Ahmad Badawi bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Hsien Loong akan penubuhan satu jawatankuasa peringkat menteri sebagai satu wadah untuk menyelia pembangunan WPI.

Malah Abdullah Ahmad Badawi bersetuju agar Singapura menerajui jawatankuasa ini atas dasar Singapura berpengalaman luas mentadbir satu pembangunan yang bersepadu. Malah Malaysia akan akur dan membantu Singapura dalam segala urusan yang berkaitan. Oleh itu apakah peranan yang akan dimainkan oleh Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (LPWI), sedangkan arahan dari Perdana Menteri adalah lebih besar daripada arahan seorang Menteri Besar. Tentunya Abdul Ghani Othman akan akur jika Abdullah Ahmad Badawi & Co mengarahkan bahawa LPWI tunduk kepada Jawatankuasa Peringkat Menteri Malaysia-Singapura (JPMMS).

Jika ini berlaku, ianya menunjukkan bahawa Malaysia tidak mampu untuk membangunkan kawasan tersebut sendirian tanpa Singapura menjadi ketua. Persoalannya disini ialah bagaimanakah satu kawasan yang akan dibangunkan (dibawah kuasa Malaysia) kini akan diterajui dan dikawalselia oleh Singapura.

Siapakah yang memegang kuasa dan pemerintahan dalam Malaysia sehinggakan untuk urusan sekecil inipun terpaksa meminta bantuan dari Singapura. Begitu lemahnya pemerintahan Kerajaan Malaysia dibawah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi & Co. Singapura kini seperti “orang yang disorongkan bantal”, tentunya akan mengambil peluang yang terbuka ini untuk menguasai WPI.

Jika pada zaman dahulu, sultan-sultan dan pembesar-pembesar Tanah Melayu yang terdesak atas pelbagai sebab telah menjual beberapa kawasan tanah kepada Syarikat India Timur (East India Company), kini Perdana Menteri Malaysia dan “balachi-balachi”nya pula yang berbuat perkara yang sama.

Oleh itu mari kita lihat siapa yang memegang kuasa di WPI dan Malaysia umumnya dan siapa pula yang dipegang oleh pihak Singapura. Tentunya anda dan saya serba maklum akan perkara ini.

Selamatkanlah negara ini sebelum terlambat. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”.

14 Comments »

  1. carlffler said,

    Kerajaan nampaknya tidak mampu nak bangunkan projek tu sendiri??

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Sebenarnya Malaysia berkemampuan untuk membangunkan dan mentadbir dengan berkesan WPI, namun demi mengejar keuntungan segera, ada beberapa pihak yang sanggup menggadaikan maruah mereka melepaskan penguasaan membangunkan serta mentadbir kawasan tersebut.

  3. Hasrul Halid said,

    Maka dengan rasminya jawatankuasa iti nanti, adalah tidak ‘berlebih-lebihan’ jika saya katakan bahawa bendera Union Jack telah dinaikkan semula di bumi berdaulat JOHOR!

    Tahniah PM, Tahniah Khairi, Tahniah MB.. tahniah kepada semua penyokong dasar Hadhari!

  4. tinyBALL said,

    Saudara KP,

    Bila Indonesia berhenti jual pasir pad mereka, Malaysia bermurah hati bagi sebahagian negeri Johor pada mereka untuk berbuat apa saja dibawah arahan PM hadhari.

    Akhirnya nanti, Melayu Johor duduk ditepi sungai dan parit sementara mereka penjajah moden ini akan duduk dikawasan yang eksklusif.

    Pemimpin Melayu hari ini amat bodoh, tamak dan haloba serta gelap mata dan hati. Kesian Melayu, dipergunakan oleh partnya sendiri untuk kepentingan segelintir pemimpinnya.

    Fikir-fikirkan lah.

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Hasrul Halid,

    Kali ini bukan sahaja bendera “Union Jack” sahaja yang dinaikkan akan tetapi ianya termasuk juga bendera “Old Glory” dan juga bendera “Menorah”.

    tinyBall,

    “Orang Tamak Selalu Rugi”, peribahasa ini amat bersesuaian dengan situasi yang ada sekarang. Demi untuk mengejar keuntungan segera, akhirnya seluruh kampung dan tanahair akan tergadai.

  6. Abu Jawad said,

    Selamatkanlah negara ini sebelum terlambat. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”.

    Tahniah KP, Semoga tulisan2 saudara ini menjadi bahan bukti untuk di persembahkan kpd Rabbul ‘alamin di Sirath al-Mustaqim.
    Tulisan saudra adalah satu ‘amal ma’ruf nahi mungkar iaitu menentang kezaliman pemerintah untuk menuntut keadilan bagi anak bangsa warganegara, Malaysia tercinta Tanah Air ku.
    Kita wajib menukar satu pemerintahan yang baru lagi adil dlm piliharaya umum akan datang tetapi kita pastikan dan yakin tuntutan kita satu piliharaya yang bersih dan jika pemerintah gagal memenuhi tuntutan kita semua, kita boikot sahaja pilihanraya tersebut, bagilah mereka memerintah sampai akhir hayat.

  7. Terima kasih atas komentar saudara,

    Setiap kita akan dipersoalkan atas urusan kita didunia ini. Oleh itu jika anda menjadi pemimpin, berhati-hatilah atas kepimpinan tersebut.

  8. […] dengan tajuk “Siapa Agen Singapura – Khairy atau Husam”? Baca artikel yang ditulis oleh Ketua Perusuh dalam blognya, antara tajuk Lelong Melelong, Siapa Memegang dan siapa dipegang dan lain-lain […]

  9. […] Siapa Memegang Siapa Dipegang? […]

  10. SA Omar said,

    Satu bandar besar baru terletak d Malaysia, dan grant tanah di kuasai oleh pemerintah sudah tentu yang mengontrol bandar itu adalah Malaysia.

    Jikalau Singapura beli dan mengunakan dengan baik, sudah tentu dia hanya pemegang tanah untuk sementara waktu sahaja. Setelah tamat tempuhnya tanah dan harta yang telah dibangunakan diatas nya akan jadi hak Malaysia.

    Apa takut. Singapura nak buat apa?. Lagi pun WPi itu adalah sebesar 2, 600 sq km, sama saiz dengan New York, tiga kali ganda Singapura, mengikut percaturan tarikan pembandaran, semua kekuatan Singapura diajukan ( gravitified) ke arah Johor Bahru. Selamat tingal Singapura.

  11. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Jika tanah-tanah yang disediakan di WPI diletakkan dibawah pajakan (leasehold) selama 60 tahun atau kurang memang tidak menjadi masalah. Namun yang menjadi masalah ialah tanah-tanah di WPI dibuka seluas-luasnya untuk orang asing secara pegangan bebas (freehold) tanpa apa-apa sekatan.

    Ianya seperti menjual tanahair sendiri dalam diam. Fikir-fikirkanlah.

  12. mie said,

    adakah ianya mainan politik?

  13. mike said,

    emmm…. dah lama baca blog nie dan blog2 yg lain… inihari terpaksa bersuara. tak tahan. hati rasa panas… apapun, saya harap apa yang dibimbangi tidak akan berlaku. saya jadi risau. risau 5,10,20,40 tahun akan datang apa akan jadi pada negara ini….
    Berharap generasi akan datang turut berpeluang bernafas dengan aman seperti mana yang saya alami sekarang.
    cuma saya ingin tegaskan bahwa masyarakat skrg lebih berilmu dan peka terhadap sekeliling mereka berbanding 20 tahun dahulu.. jadi, seandai ada perkara2 yang perlu dikongsi secara matang, tolong utarakan. sebab banyak maklumat semasa tidak diperjelaskan secara jujur di media massa. kasihanlah pada saya dan rakan2 yang penat membangunkan negara ini, akibat kerja kami banyak ketinggalan maklumat semasa.
    saudara KP, teruskan niat baik anda,…. analisa bernas anda dan rakan2 dari ruangan komen telah banyak menganalisa dan menyelongkar misteri politik negara ini…

  14. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    InsyaAllah selagi ada kemampuan saya akan berterusan memperjuangkan hak rakyat Malaysia (tanpa mengira kaum dan agama). Kepentingan negara kita dahulukan demi masa depan negara tercinta ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: