16 May, 2007

Yang Tersembunyi Kini Jelas?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:44 am by Ketua Perusuh

Kata orang, amat senang untuk mengusik orang yang suka melatah. Anda cuma perlu cuit sedikit sahaja, tentunya pelatah akan melatah dan seterusnya setiap titip tutur kata akan mula menjadi kelam kabut. Perkataan yang tidak sepatutnya pun akan terhambur tanpa kawalan.

Begitu juga dengan mana-mana situasi yang lain. Mudah dan makin memudahkan. Kenapa saya berkata begini. Pertamanya, semenjak beberapa bulan ini saya ada mendedahkan beberapa kepincangan dalam pengurusan keselamatan dan korporat yang boleh mengancam kedaulatan dan kepentingan negara.

Sebagai contoh, saya ada mendedahkan kekurangan pemantauan secara berkala oleh unit risikan terhadap pencerobohan ruang udara oleh negara asing di Selatan Johor. Ianya banyak kali dilakukan oleh unit UAV dan angkatan udara negara tersebut pada waktu awal pagi dan senja. Kini dengan terbinanya (telah diuji dengan berkesannya) TUAV (Tactical Unmanned Aerial Vehical) oleh syarikat tempatan maka bolehlah kita memanfaatkannya untuk mengekang pergerakan risikan negara asing tersebut. Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

Namun usaha mengekang aktiviti risikan ini mungkin akan tergagal dengan terbinanya WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) atau lebih dikenali sebagai SJER. Malah kerjasama yang mungkin dijalinkan oleh pihak Malaysia akan menyebabkan penguasaan pentadbiran dan ekonomi dikuasai oleh Singapura (BACA SINI). Pastinya Singapura akan menuntut hak dan kelebihan pada tahap yang tidak dijangkakan daripada Kerajaan Malaysia dalam urusan WPI. Tanda-tandanya makin jelas kini.

Jangan pula anda terkejut, jika selepas Singapura menguasai segala-galanya di WPI, pergerakan sayap pelaburan Singapura iaitu Temasek Group pula akan menguasai beberapa GLC dan syarikat utama negara seperti yang pernah saya utarakan dahulu. Tanda-tandanya makin jelas kini. Bursa Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini amat mudah untuk membenarkan mana-mana syarikat tersenarai dan milik awam dinyahsenaraikan dan dipindah milikkan kepada individu tertentu.

Ini termasuklah kepada kes yang sedang dalam proses penyahsenaraian iaitu Maxis Corporation Berhad oleh Tan Sri Ananda Krishnan. Beberapa individu lain pula telah memilik peribadikan beberapa syarikat utama dan kemudiannya menyerahkannya kepada satu proksi di Singapura untuk ditadbirkan. Proksi ini pula sebenarnya adalah proksi bayangan kepada sayap pelaburan Temasek Group.

Ianya kini makin disahkan oleh kenyataan Ketua Eksekutif CIMB Berhad yang menyatakan bahawa pergerakan penyahsenaraian syarikat awam dan pemindahan pemilikan kepada peribadi adalah satu yang wajar dan bertepatan. Pada saya inilah yang paling merbahaya kepada keselamatan sistem korporat di Malaysia.

Jangan terkejut jika selepas ini anda akan dapati bahawa Synergy Drive pula akan dinyahsenaraikan dan kemudiannya dimilik-peribadikan dan seterusnya terjual kepada entiti asing. Semua perancangan ini memang telah lama diusahakan. Cuma kini masanya hampir tiba. Apakah yang akan berlaku kepada negara ini?

Jika anda masih patriotik, sila bantah semua pergerakan korporat ini. Janganlah hanya memikirkan keuntungan segera sahaja lalu membelakangi kedaulautan dan keselamatan negara. Jangan biarkan negara ini dijajah dan ditadbir oleh boneka-boneka.

Jangan fikirkan tentang diri anda sendiri sahaja, fikirkan juga akan anak cucu cicit anda yang lain. Fikirkan tentang masa depan negara ini. Itupun jika anda masih lagi patriotik. Namun jika anda rasakan tidak kisah akan perkara ini, saya nasihatkan anda tukarkanlah kewargenegaraan anda. Amat malu sekiranya anda masih berbanga menjadi warga Malaysia namun pada masa yang sama andalah yang menggadai maruah bangsa dan negara.

15 Comments »

  1. malaysiakita said,

    Tolong izinkan

    Di bawah tajuk “Lawan Penyembah Singapura”, aku ciluk 2 para artikel hang ni dan bubuh kat sidebar Malaysiakita

    Mohon izinkan

    -bakaq a.k.a ~penarik beca (from Tepen or Taiping, la ni dok Dekat-dekat Markaz Tarbiyyah PAS, Tmn Melewar)

  2. syed syahrul said,

    Penulisan saudara sungguh berkesan, sebagai anak johor saya faham sangat dengan tindak tanduk johor. WPI bagai menjual johor kepada singapura, penjajahan cara halus.

    Saya sedih dengan pemikiran peminpin kita yang dulukan perut sendiri dari kedaulatan negara, bangsa & agama

  3. renegix01 said,

    ar..saye x mintak izin lagi…saye amek 4 artikel dari temasek group smpi sikit2 lame2 jadi bukit taruk dlm blog saye..dgn harapan agar remaja2 seperti saya akan baca dan paham akan bahaya yang bakal menimpa negara jika perkara sebegini berlaku

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Komentar yang saya berikan tiada hakcipta, jadi saudara/i boleh gunakan jika perlu pada mana-mana media, elektronik atau cetakan. Semoga negara tercinta ini terselamat daripada mara bahaya selamanya.

  5. carlffler said,

    Salam,
    Bg sy WPI hanya menguntungkan S’pore saje..Mereka yg labur,bangunkan n kaut untung.Makin senang rakyat Johor dan Malaysia dibeli oleh S’pore..
    Cukup lah dah byk tanah n rumah s’porean dah kaut..ni nak bg s’pore baru kat dioerang ke..
    Mmg S’pore pandai n maju tp mereka juga byk helah yg kita tak tau..

    Sedarlah wahai Malaysia sekalian..

  6. malaysiakita said,

    Dah kata boleh ambik, baru ja aku hantaq kat Harakahdaily – bakaq a.k.a. ~penarikbeca

  7. alkerohi said,

    terimakasih sdra kerana ‘link’kan alkerohi.
    penulisan sdra mempunyai kualiti. ‘perlu’ membuka mata pembaca. dikatakan perlu kerana ramai yang membaca tapi kurang mengambil berat. kita bimbang satu hari nanti, “kita sudah tiada masa…bimbang maruah dan kedaulatan tergadai…”. Teruskan sdra.

  8. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Walaupun sedikit, kita mesti berusaha menyelamatkan kedaulatan dan maruah negara ini. Tiada gunanya kita menangisi dikemudian hari setelah semuanya menjadi milik orang lain.

  9. ibnuzainal said,

    Assalamualaikum Ketua Perusuh,

    Saya adalah di kalangan penggemar laman blog saudara kerana banyak kandungannya yang memberi maklumat yang mengaktifkan pemikiran… Saya tertarik dengan saranan saudara yang berbunyi “Jangan fikirkan tentang diri anda sendiri sahaja, fikirkan juga akan anak cucu cicit anda yang lain. Fikirkan tentang masa depan negara ini. Itupun jika anda masih lagi patriotik …..Amat malu sekiranya anda masih berbanga menjadi warga Malaysia namun pada masa yang sama andalah yang menggadai maruah bangsa dan negara ….”. Persoalan saya di sini tindakan apakah yang boleh dilakukan oleh “tubuh-tubuh kecil” seperti saya dan ramai lagi rakyat bumi Malaysia tercinta ini ??. Saya fikir saudara perlu kurangkan “berkias” dan bantulah “kami” (kerana “anda” di sebelah saudara bermaksud “kami” di sini) menentukan arah tuju yang sebenar …. sebagai langkah pertama JALAN MANA YANG PERLU DIPILIH !!!

    WallahuAlam

  10. Terima kasih atas komentar saudara,

    Pelbagai persoalan bagaimana “orang kecil seperti kami” boleh mengubah senario politik tempatan dan geopolitik serantau boleh anda dapati dari mana-mana laman web atau media. Perkara paling penting sekali ialah dengan menggunakan saluran demokrasi yang ditetapkan oleh undang-undang seperti melalui pilihanraya ataupun melalui pungutan suara.

    Malah ada satu lagi cara lain iaitu dengan mengusulkan undi tidak percaya kepada tindakan Perdana Menteri Malaysia dan sekutunya sama ada melalui konvensyen UMNO ataupun Barisan Nasional. Bagi yang bukan penyokong Barisan Nasional, anda boleh menggunakan saluran pengundian pada pilihanraya.

    Tujuan saya menulis bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan Barisan Nasional, cuma yang saya dan anda semua mahukan adalah satu pimpinan yang kuat, kental, bersih, cekap, telus dan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

    Mereka sepatutnya mendahulukan kepentingan dan kedaulatan negara ini lebih dari kepentingan politik dan peribadi mereka (mereka yang dianjung kuasa).

  11. jamilisa said,

    Orang besar macam TUN Mahathir pun mudah dipariahkan oleh pak lah, jangan harap ketua bahagian berani. Hanya segelintir Ketua bahagian UMNO shj yang ada seperti Dato’ Ishak Seremban, Dato Dr Malik – Taiping, Dato (K) Zahar – PJU. Yang lain saya rasa pengkhianat parti lebih ramai. Sayangkan jawatan Ketua Bahagian / ADUN & MP.

    Yang lain hanya berkokok dibelakang. Mana ada pemimpin yang ikhlas dalam perjuangan lagi. Askar dibiar menjaga kubu dari dicerobohi, panglima duduk memikir bagaimana menghabiskan harta rampasan perang. Baik PAS atau mana-mana parti pembangkang pun sama saja main wayang.

  12. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Sememangnya didalam mana-mana parti politik ataupun organisasi lainnya, tidak dapat tidak kita boleh berjumpa dengan manusia yang tidak selari dengan perjuangan parti atau organisasi. Malah mereka-mereka ini selalunya lebih memikirkan tentang jawatan, pangkat serta kedudukan kewangan semata-mata.

    Oleh itu bagi ahli-ahli yang sedar dan prihatin, perlulah melakukan satu perubahan dalam organisasi atau parti demi masa depan yang lebih berdaya saing. “Pucuk mana yang tidak elok perlulah dicantas” demi untuk memiliki satu pohon yang kuat dan mantap.

  13. SA Omar said,

    Dah tau macam tu caranya, kenapa dok diam, pergi lah memberontak.

    Saya boleh jin sekali. Tak rela nak bagi negar pada kaum lain. Kalau dulu asik kena tipu dek kerana tak ada pelajaran, sekarang dah tau kenapa tak berperang.

    Kita kena berperang sekali. Baru tau mana yang kuat.

    Kalau dah menang perang baru lah hidup senang. Semua negeri berperang. Mau kah anda?

  14. Terima kasih atas komentar saudara,
    Sebagai warga Malaysia yang prihatin dan patriotik, kita perlulah senantiasa bersikap rasional atas apa-apa perkara. Jika sesuatu perkara boleh diselesaikan dengan penguatkuasaan undang-undang, perbincangan atau sebagainya, maka perlulah kita mendahului menggunakan penyelesaian tersebut. Tindakan tidak perlu diiringi oleh nafsu.

  15. makcik said,

    no komen..dari singapura


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: