15 May, 2007

Sikit Sikit Lama Lama Jadi Bukit?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:21 am by Ketua Perusuh

Sungguh melegakan melihatkan terbukanya mata banyak pihak di Malaysia akan isu pengambilan saham dan ekuiti oleh pihak asing. Jika dulu ramai yang berfikiran sebegini “Biarlah, dah orang nak beli, harga ditawarkan tinggi, bila lagi kita nak buat untung, jual sajalah”, namun kini ramai yang sudah sedar akan akibat buruk dari berfikiran seperti itu.

Kita ambil contoh ini,

Katakanlah satu syarikat utama negara (utiliti) yang membekalkan prasarana awam mempunyai pecahan pegangan saham seperti yang dinyatakan dibawah ini;

1. 25% saham dimiliki oleh entiti pelaburan asing (A)
2. 10% saham dimiliki oleh Khazanah Nasional
3. 10% saham dimiliki oleh individu lain (mungkin proksi) (C)
4. 10% saham dimiliki oleh individu lain (mungkin proksi) (D)
5. 5% saham dimiliki oleh pemilikan awam
6. 40% saham dimiliki oleh CEO syarikat (B)

Memang B memiliki saham terbesar dan diarahkan agar tidak menjualkannya kepada pihak ketiga, namun A boleh berpakat dengan menggunakan pihak ketiga untuk membeli saham pegangan milik C dan D. Jika C dan D digabungkan sekali sahamnya dengan A, maka nilai pegangan sahamnya adalah 45%. Ini memang cukup besar. Tapi masih terkawal.

Akan tetapi jika A dapat memujuk B melupuskan sebahagian (atau keseluruhan) sahamnya kepada pihak ketiga, maka anda boleh tafsirkan sendiri apa yang akan berlaku.

Semua “wayang” ini boleh dilakukan jika kena pada kadar dan nilai yang baik. Katakanlah, Maxis Corporation Berhad telah (akan) berjaya dimiliki 100% kepentingan oleh Tan Sri Ananda Krishnan pada harga sekitar RM15.60 seunit saham, dan kemudiannya ada pihak ketiga yang sanggup membeli kembali saham tersebut pada kadar RM20 seunit saham. Tentunya anda boleh mengagak apakah episod yang akan terhasil dari tawaran tersebut.

Keuntungan segera dalam tempoh terdekat amat menggiurkan mana-mana pelabur. Mungkin anda boleh berpendapat begini, “kita jual dulu, untung kita ambil dan buka syarikat baru”, namun itu bukanlah jalan penyelesaiannya. Ini kerana syarikat yang asal memiliki terlalu banyak lesen dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia (LIHAT CONTOH DISINI).

Jika ini cuma berlaku pada satu syarikat sahaja mungkin kita tidak akan ambil peduli, namun jika teknik dan taktik yang sama digunakan berulangkali pada banyak lagi syarikat utama dan GLC, maka ianya dikhuatiri akan menjadi lebih buruk.

Ingat, entiti asing ini cuma berminat kepada pelaburan yang berkaitan dengan;

1. Pelabuhan
2. Pengangkutan
3. Perladangan
4. Industri
5. Bank dan Institusi Kewangan
6. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
7. Syarikat utiliti

Dan semua yang tersenari diatas ini sedang dan akan cuba dikuasai oleh pelabur asing terutamanya oleh pihak Temasek Group melalui puluhan proksi-proksi yang telah mereka letakkan dalam beberapa organisasi ini demi untuk keuntungan jangkamasa panjang. Banyak pihak yang terlibat termasuklah mereka-mereka yang kini dianjung kuasa.

Jangan biarkan aset dan kepentingan negara tergadai demi keuntungan segara.

“Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 50”

6 Comments »

  1. A Voice said,

    Teruskan lagi Tuan, Teruskan lagi.

    Saya betul2 bersyukur degan kehadiran tuan di dalam dunia blogging. Tak cukup blogger yang bisa merungkai kekalutan dalam dunia korporat terkini.

    Insya Allah, saya sedia menyambut.

  2. renegix01 said,

    satu blog yang amat menarik dgn isu2 yang relevan.Teruslah mempertahankan negara!kami dibelakang anda!

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    InsyaAllah jika ada maklumat yang lengkap, maka saya akan berikan ulasan lanjut. Kini saya sedang melengkapkan maklumat mengenai Tabung Haji.

  4. mike said,

    waduhh… penatnya dgr apa yg tuan KP ulaskan tu…. rasa bingung kjap.. terasa buang masa belajar rajin2 dulu sebab bila dah tgk apa jadi pada negara skrg, mudah2 negara kita dilambung2 oleh pihak yang berkepentingan… apa yg tuan KP beritau tu betul dan boleh dipraktikkan dgn sistematik oleh mereka yang tahu jalannya dan ber’wang’.
    rasa berbulu laaa… sebab cuma dpt tgk apa yg terjadi disekeliling, tak dapat mempengaruhi keadaan semasa….

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Apa yang diperlukan oleh negara ini ialah satu jawatankuasa peringkat parlimen ditubuhkan yang dianggotai oleh semua pihak (kerajaan dan pembangkang) dalam menilai kelulusan penjualan saham mana-mana syarikat berkepentingan awam dan GLC.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: