14 May, 2007

Pemikiran Positif?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:27 am by Ketua Perusuh

Di sana sini, banyak pihak yang heboh memperkatakan akan isu pengambilalihan GLC oleh entiti asing. Memang tidak dapat dinafikan ulasan secara pro dan kontra yang dikemukakan oleh semua orang. Saya tidak mahu komen mana-mana pandangan sama ada pro ataupun kontra.

GLC (Government Link Company) adalah satu maruah kepada mana-mana negara. Banyak negara sanggup bergolok bergadai semata-mana menghidupkan dan memajukan GLC mereka. Malaysia tidak terkecuali. Begitu juga Singapura.

Persoalannya sekarang ialah kenapa sejak akhir-akhir ini beberapa pergerakan dalam pasaran modal (movement) telah kelihatan yang menjurus kepada “buy-out initiative” oleh pihak-pihak tertentu yang dikenalpasti bergerak sebagai proksi kepada entiti pelaburan asing. Malah sayap pelaburan Kerajaan Singapura (Temasek Group) memang memanjangkan capaian mereka diseluruh Asia Tenggara.

Malaysia tidak perlukan kejadian sama yang pernah berlaku keatas Shin Corp (Thailand) berlaku pula kepada mana-mana GLC di Malaysia. Kini walaupun Menteri Kewangan Kedua menafikan bahawa tiada mana-mana entiti asing yang sedang membeli aset negara, rata-rata rakyat yang faham dan sedar akan pergerakan ekonomi akan dapat melihat bahawa beberapa individu (syarikat) yang menguasai unit-unit saham dalam GLC amat mudah melupuskan pegangan mereka demi keuntungan segera.

Sebagai contoh, kini anda semua dapat melihat bagaimana GLC (yang mewakili kepentingan negara) sedang melupuskan pegangan mereka dalam Maxis Communication Berhad. Malah kononnya demi keuntungan segera pada kadar lebih RM7 Bilion, mereka (dan juga Suruhanjaya Sekuriti – SC) sanggup membenarkan pemilikan Maxis Corporation Berhad menjadi entiti persendirian. Situasi ini agak nampak pelik dalam senario urusniaga kerana biasanya syarikat persendirian akan disenaraikan di bursa dan bukannya dinyahsenaraikan satu syarikat berhad menjadi syarikat persendirian.

Anda jangan terkejut jika sesudah Tan Sri Ananda Krishnan memiliki keseluruhan saham Maxis Corporation Berhad secara peribadi, maka beliau akan menjualkan pegangan saham tersebut kepada pihak ketiga. Pihak ketiga inilah sebenarnya yang menggerakkan inisiatif agar penyahsenaraian Maxis di Bursa Malaysia.

Siapakah pihak ketiga ini? Buat masa ini, ada beberapa entiti yang membelakangi pihak ketiga ini, namun pada dasarnya pembiaya pihak ketiga adalah entiti yang sama seperti yang pernah saya dedahkan dalam laman blog ini. Inilah taktik yang paling licik akan pernah anda saksikan dalam dunia korporat Malaysia. Malah bukan cara ini sahaja yang akan mereka gunakan. Banyak lagi cara yang sedang dan pastinya akan mereka gunakan demi untuk mengawal serta menguasai ekonomi serantau.

Penjajahan secara fizikal akan menyebabkan pemberontakan, namun penjajahan secara ekonomi (dalam diam) adalah lebih berbahaya. Ekonomi boleh menentukan pola pemerintahan, malah ekonomi juga boleh menjadikan mana-mana Perdana Menteri sebagai boneka. Menteri Kewangan Kedua ada menyatakan bahawa Malaysia mempunyai ramai pengurus dana dengan modal yang besar, namun jika semangat patriotik tiada dalam agenda mereka (lebih mementingkan keuntungan) maka ianya amat berbahaya kepada Malaysia.

Dalam kita mengejar keuntungan segera daripada penjualan saham dalam entiti berkepentingan yang utama di Malaysia, kita tanpa sedar akan menyebabkan maruah dan keselamatan serta kepentingan rakyat kita menjadi taruhan. Berfikirlah secara positif.

Kepada Suruhanjaya Sekuriti, saya nasihatkan agar anda menjalankan tugas anda untuk mengawal aliran keluar saham serta “buy-out” yang melibatkan kepentingan negara dengan baik, telus dan amanah. Jika “virtual buy-out” ini berlaku juga, maka Suruhanjaya Sekuriti wajar memberikan penjelasan kepada umum. Jika GLC dan sebagainya tergadai, maka bersedialah kita untuk menanggung kerugian jangkamasa panjang.

(ulasan tambahan akan dikeluarkan berkaitan permasalahan ini)

2 Comments »

  1. anggoron said,

    Ketua Perusuh,

    Memang benar , permulaan bagi memperluaskan kuasa bukan saja dari apa yang dapat kita lihat tetapi termasuk juga dengan pembelian syarikat – syarikat penting di se-rantau. Itu adalah detik permulaan. Lambat laung , pihak kerajaan mana- mana terpaksa tunduk pada entity – entity yang tertentu , mereka bergerak secara halus dan tersembunyi. Mereka akan bertindak bila keadaan yang sesuai dan impaknya amat besar.

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Bagi sesiapa yang pernah main catur, apa yang dapat anda saksikan sekarang ini cuma gerak-gerak bidak catur sahaja. Queen, Bishop, Horse dan Castle masih belum bergerak lagi.

    Namun itu bukan bermakna ianya masih jauh.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: