12 May, 2007

Bergoyangkah Pokok Tanpa Angin?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 4:34 am by Ketua Perusuh

Lama sungguh saya tidak menggunakan peribahasa melayu ini. Sungguh lama, kali terakhir seingat saya ialah pada pertengahan tahun 2005. Kadang-kadang peribahasa melayu ini boleh menimbulkan lelucon (sila rujuk kamus dewan).

Semasa kecil apabila ibubapa saya menggunakan peribahasa ini, saya biasanya akan menjawab sebegini “Pokok akan bergoyang bila ada KERA yang menggoncangnya”. Biasanya jawapan saya itu akan menyebabkan kami sekeluarga ketawa agak lama. Waktu saya banyak berbicara dengan orang tua saya hanya ketika waktu makan. Ibubapa saya akan memastikan kami semua (adik beradik saya) ada bersama-sama ketika makan tidak kira sarapan, tengahari atau malam. Waktu makan memang ibubapa saya tidak pernah marah malah lebih rancak lagi kami sekeluarga berborak.

Berbalik kepada tajuk komentar diatas, saya sebenarnya merujuk kepada artikel yang tersiar di laman Utusan Malaysia (BACA SINI). Peribahasa tersebut amat sesuai sekali merujuk kepada artikel tersebut. Memang ramai orang di Malaysia yang kurang senang akan tindakan menggadaikan (menjual) kepentingan negara kepada entiti asing.

Saya sendiri tidak terkecuali. Walaupun saya bukan jutawan mahupun ahli korporat, tapi pemikiran dan tindakan saya telah diasuh menjadi seorang korporat oleh ibubapa saya. Walaupun ibubapa saya tidak bersekolah tinggi, namun kami memang dididik agar berfikir secara kritis. Pemikiran kritis dan analitik amat diperlukan untuk memproses data-data yang banyak yang berkait rapat dengan kepentingan negara sama ada dari sudut ekonomi mahupun keselamatan.

Bilamana Pengerusi Eksekutif Westport, Tan Sri G. Ganalingam berkata bahawa tiada isu berkaitan dengan idea pemilikan saham dalam Westport oleh Hutchinson International Terminal (HIT) tentunya kita boleh berfikir sebaliknya. Biasalah orang korporat, apa yang dicakapnya dengan wartawan biasanya berkias. Jika tidak bagaimana mereka dapat mengelakkan wartawan menghidu tindakan mereka dalam perniagaan.

Peniaga dan pelabur hanya memikirkan tentang keuntungan. Jarang sekali peniaga atau pelabur yang mendahulukan patriotisma berbanding dengan keuntungan. Biasanya patriotisma diletakkan dibahagian paling belakang bilamana mereka menguruskan perniagaan mereka.

Memang Hutchinson International Terminal (HIT) memiliki saham dalam Westport melalui PSA pada kadar terhad, tapi kita jangan lupa ada beberapa “proksi” yang juga memiliki saham dalam Westport. Malah proksi ini boleh digunapakai oleh mana-mana pembida jika nilainya kena pada kehendak mereka. Jadi ini tidak bermakna Westport boleh kekal menjadi milik negara selama-lamanya. Jika “proksi” ini berpaling tadah demi keuntungan segera, maka tergadailah satu lagi harta negara.

Singapura bukan bodoh. Temasek Group bukan bodoh. Mereka tahu bahawa Pelabuhan Keppel mungkin akan jadi malap dalam tempoh kurang dari 15 tahun lagi sekiranya tiada tindakan diambil untuk memantapkan operasi mereka.

Pelabuhan Tanjung Pelepas memang menjadi duri dalam daging kepada Pelabuhan Keppel. Mereka sedar akan perkara ini. Jika Pelabuhan Keppel ingin berjaya, Temasek Group perlu mengukuhkan pegangan saham mereka dalam Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pasir Gudang, Northport, Westport, Kemaman Supply Base (KSB) serta Pelabuhan Kuantan. Itu sahaja cara untuk mereka mengekalkan pengaruh mereka di pasaran dunia.

Jadi cara terbaik untuk mereka menguasai semua pelabuhan utama rantau ini adalah dengan membeli mana-mana proksi yang memiliki saham dalam semua pelabuhan ini. Jadi anda semua boleh bayangkan bagaimana mereka boleh membuat “buy-out” secara senyap.

Jika anda peminat setia siri televisyen “Dallas”, “Dynasty” dan pelbagai lagi “Telenovela” pastinya anda boleh dapat bayangkan bagaimana “buy-out” boleh berlaku. Sila ingat kembali bagaimana “Betty” mengambil alih saham dalam “Ecomoda” pada “Telenovela Yo Soy Betty La Fea”

Jangan anda ingat bahawa “Telenovela” adalah untuk hiburan penganggur, surirumah dan sebagainya. Para korporat pun boleh mengambil idea dari siri televisyen ini untuk kepentingan mereka.

Oleh itu adakah peribahasa “Takkan Pohon Boleh Bergoyang Tanpa Angin” direkacipta oleh orang dulu-dulu tanpa sebab.

9 Comments »

  1. Buyong said,

    Ketua,

    Minat saya pada blog saudara didorong oleh sebab musabab berikut:
    1. Penggunaan dan pengolahan bahasa melayu yang tulen dan segar.
    2. mencetus semangat patriotik
    3. Keberanian luarbiasa -semangat melayu sebelum medeka
    4. Saya orang melayu
    5. sumber maklumat ‘bawah tanah’
    3. mengisi masa lapang.

    Sekian terimakasih.

  2. Terima kasih atas komentar saudara,

    Sesungguhnya saya dididik secukupnya oleh ibubapa saya. Terima kasih saya kepada kedua ibubapa saya atas segalanya dan syukur kepada Allah atas pengurniaan ilmu, akal, bakat serta kesihatan diri selama ini.

  3. jiwokelate said,

    Tiada penguasaan asing dalam GLC – Nor Mohamed
    BUKIT MERTAJAM 12 Mei – Dakwaan bahawa syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) kini mulai dikuasai oleh syarikat asing termasuk dari Singapura menerusi pemilikan saham adalah tidak berasas.

    Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, GLC tidak akan sekali-kali menjual saham kepada syarikat asing berikutan kemampuan pelabur tempatan untuk membeli saham terbabit.

    “Tidak ada (penguasaan syarikat asing). Sebab kita pun mempunyai banyak pelabur-pelabur dalaman yang mempunyai dana mencukupi untuk membeli saham-saham GLC,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat Bergerak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 2007 di Hotel Sunway di sini, hari ini.

    Nor Mohamed diminta mengulas mengenai laporan beberapa laman web yang mendakwa GLC kini mula dikuasai oleh syarikat asing dari Singapura yang berminat untuk mengembangkan pelaburan mereka di negara ini.

    Dalam laporan itu, seorang penulis yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Ketua Pesuruh’ mendedahkan sebuah syarikat asing, Temasek Holdings (Temasek) yang dimiliki oleh kerajaan Singapura sedang dalam proses membeli saham-saham milik syarikat Telekom Nasional Berhad (TM).

  4. […] kata ‘Ketua Perusuh’ dalam blognya: “Singapura bukan bodoh. Temasek Group bukan bodoh. Mereka tahu bahawa Pelabuhan Keppel […]

  5. Shahrir Meroyan said,

    Inilah bala bila agama dijual beli. Islam Hadhari

  6. Terima kasih atas komentar saudara,

    Sesuatu yang masih menjadi persoalan semua, “apakah sebenarnya Islam Hadhari”. Adakah ianya satu tempelan atau fabrikasi yang memomokkan Islam dalam satu ertikata yang terlalu longgar?

  7. Mohd Sofuan said,

    korek saja terusan dari perlis sampai kelantan peduli apa dengan singapura negara dah merdeka kata Tun Mahathir kalau kita minta kebenaran Singapura untuk buat jambatan apa gunanya kemerdekaan kepada kita ooohhh…nak makan pu kena mintak kebenaran kalu begitu tidak bebaslah

  8. semang said,

    cantik la u punya blog kawan,kadang2 apa berita yang kluar kat TV dan surat khabar perdana tu sepertinya pendirian atau pun kebenaran sebelah pihak je.jadi teruskan usaha anda.

  9. Mohd Sofuan said,

    aku nak tembak menteri tu yang hanta pandai berlakon dalam dewan negara…puji bini saja…………spenda datin warna pink ….dan ber *.zip depan…ada duit…datin PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: