9 May, 2007

Pemilikan Asing Dalam TNB?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:16 am by Ketua Perusuh

Ramai yang menyangka bahawa saya membuat tuduhan mengenai pemilikan asing dalam saham Tenaga Nasional Berhad (TNB). Malah ada yang mengatakan apalah salahnya entiti utiliti negara membenarkan pelaburan asing dalam dananya. Ada pula yang mengatakan bahawa itulah tanda menunjukkan kekukuhan bisnes Tenaga Nasional Berhad.

Memang tidak dinafikan, mana-mana pelabur akan menanam saham mereka dalam mana-mana entiti perniagaan yang berdaya maju. Malah kebanyakan pelabur amat suka jika dapat memiliki mana-mana saham dalam syarikat utiliti. Tambah pula syarikat utiliti tersebut memonopoli khidmat utiliti bagi sesebuah negara.

TNB telah menjual beberapa lot sahamnya kepada beberapa individu (syarikat) yang menjadi proksi kepada beberapa entiti pelaburan asing. Ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Mengenai maklumat ini, buat masa ini biarlah saya simpan senarai proksi-proksi tersebut untuk tidak menimbulkan kekecohan.

Cuma saya ingin ingatkan kepada semua, Kerajaan Malaysia dibawah teraju Abdullah Ahmad Badawi & Co kini telah membenarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melupuskan syarat mengehadkan pegangan saham pelabur asing sebanyak 25 peratus (BACA SINI). Ini akan memberikan peluang untuk proksi-proksi tersebut memiliki lebih banyak pegangan saham dalam TNB.

Jika semua proksi-proksi ini mendapat arahan menggabungkan semua saham mereka, maka secara otomatisnya mereka mempunyai pegangan saham yang amat besar dan membolehkan mereka menguasai Tenaga Nasional Berhad dalam jangkamasa yang terdekat.

Anda perlu ingat bahawa perkara yang sama juga pernah terjadi dalam kes pemilikan saham Pantai Holding yang mana syarikat ini telah diambilalih oleh entiti asing melalui penggabungan saham beberapa proksi entiti asing dan penjualan saham lebihan kepada entiti asing. Malah kita juga mengalami kerugian demi untuk mendapatkan kembali pegangan saham Pantai Holding demi menjaga maruah dan kepentingan negara.

Sebagai warga Malaysia yang berdaulat, kita tidak mahu mana-mana syarikat utama kita diambilalih secara senyap melalui proksi entiti asing yang akhirnya akan merugikan negara ini. Jadi perlulah kita berwaspada dalam membenarkan pemilikan saham dalam mana-mana syarikat utama kita. Bukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sahaja yang diimpikan oleh entiti asing ini, tetapi beberapa GLC kini dalam perhatian mereka.

Seperti mana kita berjaya mengambilalih Guthrie dari tangan syarikat British, maka begitu juga kita mungkin akan melihat syarikat utama kita diambilalih oleh orang lain. Jangan biarkan perkara yang sama berlaku kepada kita. Kita semua perlu lebih patriotik dalam semua aspek.

5 Comments »

  1. papai_olive said,

    Salam,

    Dgr2 Tabung Haji pon ada macam2 masalah skarang…
    Maybe KetuaPerusuh ada maklumat…

    Ole..

  2. Buyong said,

    Sekarang pun dah kecoh. Kenapa nak disimpan lagi? Biar lagi kecoh.

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Papai_Olive,

    Saya memang ada sedikit maklumat mengenai Tabung Haji. Malah saya sedang mengumpul maklumat lebih lanjut sebelum saya berikan kupasan komentar saya di laman ini.

    Buyong,

    Buat masa ini saya rasakan belum perlu lagi saya dedahkan siapa proksi tersebut. Cuma saya harap dengan pendedahan ini proksi tersebut tahu bahawa saya tahu siapa mereka dan seterusnya ianya akan membantutkan agenda mereka. Jika mereka masih lagi berhajat meneruskan agenda mereka, maka dengan berbesar hatinya maka saya akan dedahkan nama mereka seorang demi seorang. Tunggu…

  4. […] jadi rujukan Menteri Kewangan? May 13, 2007 Posted by jiwokelate in Ekonomi. trackback Ketua Perusuh melalui tulisannya bertajuk pemilikan asing dalam TNB, Strategi Temasek Goup dan tulisan yang terbarunya Bergoyangkah […]

  5. Terima kasih atas ping yang saudara/i berikan,

    Saya harap dengan pendedahan yang saya berikan disini secara tidak langsung akan membantutkan usaha kumpulan-kumpulan tertentu untuk menguasai mana-mana GLC serta syarikat utama dalam Malaysia.

    Saya juga amat berharap agar Permodalan Nasional Berhad dapat membeli balik mana-mana saham yang dimiliki oleh “proksi-proksi” ini demi untuk menjamin kepentingan negara.

    Kepada Utusan Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menanyakan soalan ini kepada Menteri Kewangan Kedua, namun sewajarnya soalan ini ditanyakan kepada Perdana Menteri Malaysia yang merangkap Menteri Kewangan. Juga kepada beberapa wartawan penyiasat dalam Utusan Malaysia, sila teruskan usaha anda menyiasat usul pangkal tulisan saya demi untuk membongkarkan satu “sindiket” yang berperanan menjadi “proksi” kepada entiti asing.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: