30 April, 2007

Strategi Temasek Group?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:30 am by Ketua Perusuh

Temasek Group adalah satu sayap pelaburan utama Kerajaan Singapura. Ianya menguasai sebahagian besar entiti perniagaan di Singapura. Malah dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, Temasek Group telah melebarkan sayap pelaburan mereka ke serata pelusuk Asia Tenggara.

Pembelian aset dan kepentingan dalam Shin Corp (Thailand) telah menyebabkan Temasek Group dilihat sedang mencampuri serta mengawal ekonomi jiran-jirannya. Dengan pengawalan ekonomi, maka ini akan membolehkan Singapura mengawal tindak-tanduk serta geopolitik negara jirannya.

Temasek Group juga dilihat sedang dalam usaha (malah telah berjaya) memiliki beberapa saham mewah entiti korporat Malaysia. Malah saham syarikat utiliti utama Malaysia seperti Telekom dan Tenaga Nasional kini dimiliki oleh mereka. Malah mereka juga pernah memiliki satu jaringan perniagaan kesihatan milik Malaysia (Kumpulan Pantai).

Beberapa pihak di Malaysia melihat bahawa dibawah pentadbiran kerajaan Abdullah Ahmad Badawi & Co, beberapa syarikat konglomerat dan yang berkaitan dengan kepentingan negara kini sedang dalam proses pengambilalihan saham mereka oleh Temasek Group.

Bangkangan dari beberapa pihak tidak mendapat apa-apa reaksi positif daripada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi & Co. Untuk mengalihkan tumpuan rakyat Malaysia atas penguasaan Temasek Group, maka satu proksi mereka di Malaysia (ECM-Libra) telah diamanahkan untuk membuat pemerolehan saham bagi pihak Temasek Group.

Dalam masa kurang dari setahun selepas Khairy Jamaludin dan konconya Kalimullah kononnya telah melepaskan pegangan saham miliknya di ECM-Libra, kini Kalimullah muncul kembali menguasai ECM-Libra dalam satu pusingan kedua yang telah dijangkakan oleh banyak pihak.

Persoalannya disini ialah apakah sebenarnya motif dan agenda ECM-Libra. Mungkinkah ianya sedang bersiap sedia untuk membuat satu pemerolehan saham yang berskala besar? Mungkin akan ada satu lagi entiti besar didalam Malaysia yang akan menjadi milik Singapura dibawah Temasek Group tidak lama lagi. Apakah entiti tersebut?

Mungkinkah mana-mana satu daripada senarai dibawah yang menjadi sasaran ECM-Libra (yang ditaja jamin oleh Temasek Group)?

1. Synergy Drive
2. CIMB Group
3. MIMB
4. AmInvestment
5. Kumpulan Felda
6. Kumpulan Tabung Haji
7. MISC
8. Telekom Malaysia
9. Tenaga Nasional

atau mana-mana entiti gabungan yang lain yang mungkin akan terjual sahamnya.

Kita berharap agar pihak kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan pemerolehan secara besar-besaran yang mungkin dilakukan oleh Temasek Group melalui proksi mereka ECM-Libra pada bila-bila masa sekalipun.

Tapi apakan daya, Khazanah Nasional yang dibawah teraju Kementerian Kewangan (Abdullah Ahmad Badawi & Co) mungkin juga akan dikawal oleh ECM-Libra dalam sedikit masa lagi. Abdullah Ahmad Badawi & Co sememangnya bersikap tidak patriotik terhadap kedaulatan dan kepentingan negara sejak dari mula dia menaiki tahta Perdana Menteri Malaysia.

Jadi, kita amat berharap agar Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan dapat mengekang strategi Temasek Group dalam masa terdekat ini. Namun kita hanya mampu berharap sahaja.

Akhir kata, jangan jadi “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Mari kita awasi dan kekang pergerakan ECM-Libra dan Temasek Group jika kita semua masih lagi patriotik.

15 Comments »

  1. tinyBALL said,

    memang mengecewakan. kerajaan hari ini hanya bervisi pendek dan mengkayakan kerjaan tiga beranak dan kroni aje. sanggup menjual segala asset negara dan maruah kepada singapork.

    ini lah kerajaan yang paling tak beramanah di pimpin oleh seorang yang hanya bergantung kepada menantunya. kenapa jadi pemimpin kalau tak mahu membetul yang tidak betul, kalau yang salah terang terangan dinafi dan membiarkan saja harta negara di jual gadai?

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Sebagai pemerintah, amanah yang diberikan adalah satu tanggungjawab. Jika pecah amanah berlaku, maka bersedialah untuk memberikan jawapan diakhirat kelak.

  3. Buyong said,

    Soalan saya ni mungkin nampak agak bodoh sedikit.
    1.Setakat mana kuatnya pengaruh anasir2 malaun dalam kerajaan?
    2,Adakah sistem pentadbiran negara kita begitu rapuh untuk di kuasai dalam masa yang singkat oleh anasir2 bahaya ni?
    3.Tak ada langsung kah sebarang gerakan patriotik ‘bawah tanah’yang mengawal dan mencantas unsur2 jahat ni?
    4.Apa dah jadi dan kemana perginya pejuang2 bangsa? Sedang mangatur langkah ke atau baru nak bermesyuarat atau sudahpun di beli?

  4. anaconda said,

    salam, apa yang saudara buyong katakan itu memang saya sokong. Apakah pada hari ini para pemimpin kita (bukan semua)boleh di kategorikan sebagai pemimpin yang dah terjual, boleh dijual atau pun `cheap sale’. berape lama lagi kita nk biarkan mereka ini `menjual anak-anak bangsa’. kemanakah perginya hulubalang2 yang handal2? kemanakah perginya ayam2 jantan yg kokoknya berderai2 diwaktu pagi hari ketika menyambut naiknya matahari (kononnya).Apakah wira2 ini akan menonjolkan diri hanya dlm mensyuarat Agung sahaja….Kalau itu lah `gaya’ lebih baik tak perlu adakan mensyuarat Agung. Tak perlu nak bazirkan Duit rakyat, tak perlu nak buang masa (dlm mesyuarat pun tidur) dan tak perlu itu ini lagi.. Tepuk dada tanya selera…..

  5. asrul zamani said,

    Ini strategi yang sama dipakai pihak zionis dan yahudi.

    Mereka akan cuba menguasai Malaysia sebagaimana Yahudi menguasai ekonomi Amerika. Apabila Singapura menguasai ekonomi Malaysia, Malaysia tidak akan dapat memilih ketua negara dan pemimpin2nya secara bebas. Pemimpin yang pro-Singapura dan menyokong Singapura sahaja yang akan berjaya menjadi PM di masa akan datang apabila Singapura berjaya menguasai majority ekonomi di Malaysia ini. Dengan cara ini kepentingan dan keselamatan Singapura terjamin walau terletak dikelilingi Melayu Muslim.

    Percaturan ini telah bermula di dua ‘fronts’..politik dan ekonomi. Dengan jelas telah ada orang-orang di dalam UMNO yang pro-Singapura. Kita cuma belum ada bukti hitam putih mereka bekerja untuk Singapura tetapi tindakan2 mereka jelas menunjukkan mereka bekerja untuk negara tersebut dan bukannya untuk Melayu atau Malaysia.

    http://www.asrulzamani.blogspot.com/

  6. papai_olive said,

    kes kepimpinan is one issue…. dgn bermcm2 hal yg memualkan disana sini… nak ckp berjela pon xguna… mereka masih disitu…

    rakyat pon satu issue…. xsdar2 ke lagi… xnampak2… buta mata hati….
    buta jiwa…buta segalanya…

    saya suka ayat ketuaperusuh…. “maka bersedialah untuk memberikan jawapan diakhirat kelak” ….

  7. Chua Soo Kok said,

    I don’t think it is wrong or bad for Temasek (Singapore government investment company) to acquire share in other ASEAN countries company s long as it is done in a trnsparent way and it is done above board. No hanky panky or the use of proxy. It is good that Malaysian company could attract investment from other countries. We could learn from them and it could help corporate malaysia.

  8. hasrulhalid said,

    Chua,

    You are correct, but… it’s applicable only to ‘syarikat yang tak berkepentingan’! I dont mind if ‘they’ want to have a stake at ‘Syarikat Kicap Ah Chuan Sdn. Bhd.’ or ‘Kilang Batik Dolah Sdn. Bhd’.

    But when it is Maxis, Telekom, Pantai or Tenaga Nasional… it will give some ‘salt’ to our ‘INTERNAL SECURITY’! And seriously, that’s not good for ‘us’!

  9. politica said,

    Haji,

    Saya pun ikut macam Haji. Pakai topeng. Alamat saya http://www.politica-net.blogspot.com.

    Salam

    Politica

  10. Terima kasih atas komentar saudara/i semua,

    Memang kita menggalakkan pelaburan asing masuk ke negara kita, namun biarlah pegangan saham mereka tidak memungkinkan mereka menentukan hala tuju organisasi kita. Malah keselamatan dalam negara perlu diutamakan bila mana berbicara mengenai pegangan saham ini.

    Sebagai contoh, sewajarnya mana-mana GLC tidak membenarkan mana-mana pegangan asing dalam percaturan modalnya. Cukuplah entiti swasta ataupun komersial sahaja. Malah apa-apa yang berkaitan dengan perkhidmatan utiliti perlu diasingkan dari mana-mana pelaburan luar.

  11. kakis said,

    salam

    ish ishk…. mmg betul Synergy Drive dah kena jual
    lepas ni agak2 ape laks yeks felda kot?

  12. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Siapa yang akan terjual akan terjawab dalam masa kurang 3 bulan lagi. Tunggu pendedahan yang akan saya buat diblog ini.

  13. Tri Basoeki Soelisvichyanto said,

    Senasib seperjuangan…

    Temasek also do thesamething here.

    Singapore are strong with their lobby through their international Alliances.

    What should we do? Temasek are already “keterlaluan”…

  14. nobody said,

    well…i work for ECM Libra…..they just doing business….if they sees any opportunities which really inviting, why not they just venture in, merely for profit gaining…..🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: