29 April, 2007

Pembangkang Perlukan Perubahan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:25 am by Ketua Perusuh

Saya sebenarnya tidak berminat untuk mengulas panjang mengenai topik ini kerana ianya banyak diulas oleh rakan-rakan siber seperti Dato’ Ron, Raja Petra dan sebagainya. Namun saya beranggapan perlu juga saya meluahkan idea pemikiran saya agar ianya boleh ditakrifkan sebagai pemangkin perubahan dalam partai pembangkang.

Partai Pembangkang (bergantung kepada dimana lokasi mereka berada) seperti DAP, PAS, PKR dan lain-lain lagi perlulah berubah. Berubah dari ertikata fizikal dan mental. Perubahan adalah perlu untuk memastikan kejayaan perjuangan mereka dimasa akan datang. Kelangsungan perjuangan pembangkang perlulah ditakrifkan sebagai suatu “check and balance” yang diperlukan oleh tanah air yang tercinta ini.

Sejak dari bermulanya kemerdekaan Malaysia, partai pembangkang telah ujud. Ada yang melebelkan parti pembangkang sebagai puak kiri malah ada juga yang melebelkan pembangkang sebagai subversif. Namun rasional pembentukan dan perjuangan pembangkang adalah sesuai dengan naluri manusia yang kritis atas banyak isu.

Dengan berakhirnya pilihanraya kecil DUN Ijok semalam, maka kita akan dapat lihat bagaimana tidak berupayanya partai pembangkang memantapkan organisasi serta kesefahaman diantara mereka. Malah banyak juga insiden yang tidak terkawal dikatakan dilakukan oleh pembangkang. Pada pandangan saya (anda berhak untuk menyanggah komentar saya ini), sewajarnya pimpinan pembangkang memerlukan satu revolusi dalam pentadbiran dan pengawalan.

Malah jika mereka di”provoke” oleh hantu-hantu didalam Barisan Nasional, mereka sepatutnya tidak melatah malah adalah lebih baik mereka (partai pembangkang) bersikap professional. Para pemimpin dan pengikut mereka (parti pembangkang) perlulah mengawal tindakan mereka serta bertindak menjauhi provokasi tersebut.

Memang tidak dinafikan bahawa beberapa insiden di Ijok didalangi sekumpulan ahli dan pemimpin Barisan Nasional yang tidak professional (anda boleh kenalpasti sendiri) namun kemampuan pimpinan atasan mereka mengawal (malah “blackout”kan isu ini) dari pengetahuan pengundi. Kemampuan pimpinan atasan Barisan Nasional memperkudakan semua media termasuklah syarikat pengendali telekomunikasi amatlah berjaya sehinggakan para pengundi terpedaya.

Tan Sri Khalid Ibrahim contohnya tidak mempunyai satu kemampuan menangani asakan soalan daripada wartawan (yang selalunya memanipulasikan soalan dan jawapan) sehinggakan terserlah kepincangan, kelemahan serta kekalutan beliau. Sewajarnya dimasa akan datang calon sepatutnya membiarkan pegawai PR mereka (atau pimpinan atasan mereka) memberikan komentar.

Di pihak Parthiban pula, dia amat kurang memberikan komentar didalam televisyen malah imej tersenyumnya (dia memang bukan suka tersenyum tetapi ianya adalah efek dari aturan gigi yang dimiliki olehnya) sahaja yang menjadi tumpuan. Semua komentar serta ulasan diulas serta diwarwarkan oleh Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, Najib Tun Razak ataupun Abdullah Ahmad Badawi. Jadi kekurangan Parthiban tidak dapat dikesan oleh pengundi dan ini menyelamatkan imejnya.

Oleh yang demikian jika dimasa akan datang ada berlakunya mana-mana pilihanraya kecil (tumpuan yang biasanya besar berbanding pilihanraya umum), adalah diharapkan calon yang dikemukakan oleh partai pembangkan perlu melalui satu siri latihan “Public Relation” (PR) dan semua komentar perlu dikawal agar tidak berlaku kesilapan dimata pengundi.

Pengundi berhak untuk memilih siapa juga walaupun mereka tahu bahawa calon yang mereka pilih adalah pengamal rasuah. Biasanya pengundi sanggup dijamu dengan segala kemewahan sementara. Ini bukanlah perkara pelik kerana ianya juga berlaku diseluruh dunia.

Jadi kesimpulannya ialah partai pembangkang perlu menilai semula semua bakal-bakal calon yang akan mereka letak sama ada didalam pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum jika mereka berhasrat untuk memerintah Malaysia. Jangan biarkan calon yang kurang sesuai serta mempunyai banyak kesilapan semasa diwawancara menjadi ayam tambatan. Semua partai pembangkang perlulah menubuhkan satu “collaboration” diantara mereka demi untuk menjayakan misi mereka.

Tahniah kepada Barisan Nasional (atas kemenangan yang mungkin juga disebabkan oleh pengundi virtual @ hantu). Tahniah kepada Parthiban kerana menjadi wakil virtual @ wakil hantu kerana daftar pemilih yang ternyata kotor. Tahniah juga kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana berjaya menjual maruah anda sebagai suruhanjaya bebas.

Sekalung tahniah juga kepada semua perayu undi dari kedua-dua belah pihak (parti pembangkang dan kerajaan) kerana anda berjaya dalam tugas anda. Cuma satu ingatan dari saya, jika anda rasuah, menipu atau memanipulasi maklumat, sila sediakan jawapan anda apabila disoal nanti dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.

4 Comments »

  1. alkerohi said,

    ketua perusuh
    pelbagai tahniah yang diucapkan itu membawa pelbagai pengertian. seperti tidak percaya pengundi di situ mahukan pelbagai kenaikkan dan pelbagai penyelewengan. semoga mereka diberkati dengan pelbagai keseronokkan. tahniah juga dari saya untuk mereka. syabas…

  2. langkasuka said,

    Ijok… majoritinya ialah melayu/jawa. dalam kata lain penganut agama suci Allah iaitu Islam. Tetapi didalam hal duniawi mereka mudah lupa. Siapa yang harus memimpin mereka. Siapa yang harus mewakili mereka. Kalau difikir secara waras mungkin suatu hari nanti kampong-kampong melayu pun akan dipimpin oleh bangsa lain. Saya bukan nak bangkit isu perkauman. Islam pun melarang kita bermusuhan dgn kaum lain, malahan kita disuruh berbaik-baik. Tetapi dalam fasal memilih pemimpin, siapakah yang harus kita pilih? Kalau disebuah kawasan yang majoritinya bukan melayu, adakah mereka sanggup memilih melayu menjadi pemimpin mereka? Mana letaknya kekuatan UMNO? lihat sahaja Pulau Pinang…… contoh paling baik untuk melayu menilainya… terbelakah melayu Pulau Pinang? dimanakah tempat tinggal mereka… bangalow, condo, apartment? Oh… tidak… mana mungkin… cuba kita lihat peratusan pemilikan tanah mahupun hartanah… walaupun begitu… melayu Pulau Pinang masih berbangga menjadi anak watan Penang… walhal mereka hidup ibarat lembu yang dicucuk hidungnya… bukan sahaja dalam negeri, tetapi juga dalam syarikat multinasional (motorola, intel, AMD, DELL, seagate) siapa yang menerajuinya… memang melayu paling ramai di tempat-tempat begini.. tetapi hanya untuk memenuhi kekosongan jawatan rendah sahaja…

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Alkerohi,

    Kadang-kadang kita perlu bersikap sinikal (cynical) dan membuat ulasan dan komentar secara “reverse psychology”.

    Langkasuka,

    Jika kita memilih mengikut duniawi, apa yang akan kita dapat hanyalah duniawi. Jika kita memilih akhirat, maka kita akan dapat dunia dan akhirat. Fikir-fikirkanlah.

  4. papai_olive said,

    Kelangsungan perjuangan pembangkang perlulah ditakrifkan sebagai suatu “check and balance” yang diperlukan oleh tanah air yang tercinta ini.
    ===========================================

    Kesedaran pengundi dari sudut check and balance tu dilihat kabur…
    Kesian tgk satu family mlayu dkt area ijok yg rumahnya dah 15 thn dinaiki
    air kalau hujan lebat… ayat yg dijawab semasa pemberita bertanya hanyalah…. “kalau kerajaan nak bantu bagus lah…” dgn nada sedih…. kesian …kesian….

    seperti pendapat ketuaperusuh … pembangkang perlu lebih bijak dalam memberi kesedaran kepada org ramai tentang hak dan konsep check and balance tadi…..

    tahniah ketuaperusuh…truskan dgn letupan artikel2 anda…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: