23 April, 2007

Yang Hak Tetap Hak?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 11:51 am by Ketua Perusuh

Apabila kita membicarakan topik seperti tajuk diatas, kita selalu mengambilkira pandangan dari pelbagai sudut, sama ada dari sudut ekonomi, perundangan, kedaulatan dan sebagainya. Sebagai sebuah negara yang berjiran dengan lebih dari dua buah negara, tentunya isu yang berkaitan dengan kedaulatan dan sempadan negara diambilkira.

Malaysia dipisahkan dengan Singapura hanya pada jarak lebih kurang 1000 meter sahaja. Itu pun bergantung kepada sempadan yang mana anda ukur. Jika anda menggunapakai sempadai perairan antarabangsa, mungkin agak jauh sedikit. Namun yang pastinya ianya masih dekat dan rapat.

Singapura (sebagai sebuah negara berdaulat) berhak untuk membangunkan negara mereka mengikut acuan yang ditetapkan oleh pemerintahnya bersesuaian dengan kehendak ekonomi dan sebagainya. Begitu juga dengan Malaysia. Kita berhak untuk membangunkan negara kita mengikut rentak yang kita kehendaki.

Namun dalam beberapa kes, Singapura seolah-olah menyekat dan menghalang kehendak dan keperluan negara kita untuk membangun mengikut acuan kita sendiri. Singapura dengan pengaruh dan ugutan mereka telah menggagalkan beberapa projek infrastruktur yang penting untuk negara Malaysia semata-mata atas alasan yang remeh dan boleh diklasifikasikan sebagai tidak masuk akal.

Tambak Johor (Causeway) sepatutnya boleh digantikan dengan satu jambatan yang sesuai dengan peredaran masa dan kesesakan laluan tersebut. Malah jika Singapura tidak bersetuju Tambak Johor dirobohkan, maka kita (Malaysia) berhak untuk merobohkan mana-mana bahagian Tambak tersebut yang berada didalam kawasan kita.

Begitu juga untuk membangunkan satu jambatan, kita berhak untuk membuat apa sahaja bentuk jambatan yang kita rasakan sesuai dikawasan kita. Terpulanglah kepada Singapura sama ada untuk menyambung jambatan itu ataupun tidak. Kita juga berhak untuk memotong (merobohkan) mana-mana bahagian Tambak Johor yang berada dikawasan kita dan membiarkannya tergantung sebegitu sahaja tanpa sambungan kalau perlu.

Kita juag berhak untuk menyekat dan melarang mana-mana pesawat tentera Singapura daripada memasuki kawasan kita tanpa kebenaran awal. Malah kita juga berhak untuk menembak jatuh mana-mana pesawat yang mengingkari arahan unit keselamatan kita.

Kita juga berhak untuk menyekat mana-mana kenderaan dari Singapura dari memasuki kawasan kita pada bila-bila masa yang kita rasakan perlu. Kita juga berhak untuk mengenakan levi atau caj bagi setiap kenderaan yang memasuki negara kita dari Singapura. Malah kita sepatunya berhak untuk tidak membenarkan mana-mana pemandu Singapura menggunakan kenderaan mereka sendiri di Malaysia melainkan dengan menggunakan kenderaan sewa yang ditetapkan oleh kita (disewa dari kita).

Kita juga berhak untuk menetapkan kadar caj bayaran air yang sepatutnya dibayar oleh Singapura (sekarang kita dibayar RM0.03 bagi setiap 1200 gelen air) kepada kita pada kadar piawai antarabangsa. Malah kita juga berhak untuk tidak membekalkan air kepada mereka selagi mana mereka tidak mahu untuk menerima kadar yang kita tetapkan.

Malah kita paling berhak untuk mengkaji semula dan mengubah mana-mana bahagian didalam perjanjian air yang termeterai sejak sekian lama. Kita juga berhak untuk menyekat Singapura daripada menambak tanah dikawasan yang berhampiran dengan perairan kita yang pastinya akan menyebabkan garisan sempadan kedua negara akan berubah.

Mengenai WPI, kita berhak untuk menetapkan beberapa sekatan kepada warga Singapura termasuklah mengubah semua perjanjian yang melibatkan pembelian hartanah (diubah menjadi cuma pajakan 60 atau 99 tahun sahaja) pada bila-bila masa yang kita rasakan perlu.

Malah kita berhak untuk berbuat apa sahaja yang kita kehendaki di Tanahair Tercinta ini.

6 Comments »

  1. hasrulhalid said,

    Sesungguhnya saudara, kita berhak atas tanahair kita. Malangnya, masih ada segelintir ‘Si Bodoh’ yang ‘melacurkan’ hak KITA!

  2. Terima kasih atas komentar saudara,

    Ya, memang benar masih ada lagi rakyat dinegara tercinta ini yang masih terjajah minda dan diri mereka. Selagi mana mereka-mereka yang masih terjajah minda dan diri tersebut menguasai tampuk pemerintahan, maka selagi itulah negara ini tidak akan terbebas dari belenggu penjajahan.

  3. papai_olive said,

    kita cukup lemah dari smua aspek. lihat apa yg akan berlaku dalam 5 tahun akan datang dgn generasi ke3 dan ke4 kemerdekaan ini. berdaulatkah kita….?

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Kelemahan kita adalah kerana kita membiarkan diri kita dibayangi oleh kegusaran yang dibuat-buat. Malah sebahagian besar dari kegusaran ini dimomokkan oleh pemerintah kita sejak dari sesudah merdeka lagi.

  5. Skali Skala said,

    Sebagai orang johor saya 100% setuju dengan komentar saudara.

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Kedaulatan dan keselamatan serta kepentingan Johor adalah tanggungjawab kita semua warga Malaysia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: