22 April, 2007

Operasi Risikan Antarabangsa? (Episod 2)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:26 am by Ketua Perusuh

Pada episod kali ini, saya akan ketengahkan beberapa jenis ancaman yang perlu dilihat dan dianalisa oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Unit Risikan Tempatan.

Dalam era peperangan moden, beberapa bentuk ancaman boleh dilakukan sama-ada ancaman secara fizikal mahupun ancaman secara maya (virtual). Kedua-dua jenis ancaman ini boleh memberikan kesan kemusnahan (kerosakan) yang teruk jika tidak dibendung dan dikawal.

Bagi ancaman secara fizikal pula boleh juga kita ketengahkan dua perkara yang menjadi titik tolak kepada kesiap-siagaan anggota keselamatan kita.

1. Ancaman Simetri

Ancaman simetri boleh diklasifikasikan kepada mana-mana ancaman (aggression) dari kedua-dua belah pihak yang bertelagah (konflik) yang setara kekuatan fizikal dan ekonomi serta pertahanan mereka. Sebagai contoh bagi ancaman jenis simetri ini, anda bolehlah mengkaji konflik yang tercetus pada peperangan Falklands (Britain lawan Argentina). Ini kerana bagi ancaman simetri, kedua-dua belah pihak yang bertelagak mempunyai kekuatan yang setara.

Kekuatan yang setara memungkinkan peperangan berlanjutan dalam jangkamasa yang lama malah mengundang beberapa insiden dan elemen sabotaj (espionage) serta sekatan ekonomi. Namun bagi situasi Malaysia – Singapura (bukanlah tujuan saya untuk melihat pertelagahan antara kedua negara ini berlaku), ancaman dari jenis simetri sememangnya tidak terdapat langsung.

Kekuatan dan kehebatan unit risikan dan keselamatan Singapura memang tidak dapat dinafikan, malah mereka dilengkapkan dengan peralatan canggih dan dibantu oleh sekutu mereka (Amerika Syarikat dan Israel). Beberapa perolehan peralatan canggih telah dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah beberapa unit UAV dan Bebola Mata (EyeBall II) yang diubah suai.

2. Ancaman Tidak Simetri.

Ancaman tidak simetri ini lebih kepada jenis-jenis ancaman yang boleh diklasifikasikan sebagai berat sebelah. Untuk kajian lebih lanjut, anda bolehlah mengkaji Perang Lubnan – Israel (2006) sebagai satu contoh ancaman tidak simetri. Bagi ancaman jenis ini, satu pihak yang mempunyai kekuatan dan kehebatan teknologi mampu untuk melakukan ancaman tidak simetri (setara) yang boleh menyebabkan satu peperangan yang singkat.

Dengan kemudahan satelit penjejak (tracking satellite), UAV dan sistem komunikasi yang canggih membolehkan Israel mengukuhkan kuasa mereka dalam peperangan tersebut. Namun walaupun dengan melakukan ancaman tidak simetri, kemenangan dalam peperangan tersebut tidak mereka miliki.

Ini kerana pihak yang kononnya (Lubnan – Hizbollah) lemah dari segi peralatan canggih dan teknologi tinggi mampu menyerakkan maklumat serta mengkucar-kacirkan unit-unit kecil dalam Israel.

Bagi kes Malaysia dan Singapura, walaupun Singapura dilihat memiliki kekuatan teknologi peperangan dan keselamatan yang canggih, namun kita (Malaysia) sepatutnya boleh mengekang ancaman tidak simetri yang dijanakan oleh mereka. Ini boleh dilihat dengan keupayaan kita untuk menyekat dan mengekang kemaraan jika berlaku peperangan.

Namun untuk kita berjaya sepenuhnya dalam menyekat dan mengekang kemaraan ini, perlulah kita memperkukuhkan talian komunikasi angkatan keselamatan kita (perlukan sistem berenkripsi buatan tempatan), sistem C4I yang berkesan dan mampu digerakkan dengan kuasa yang minima dan mudahgerak, unit-unit kecil yang diletakkan dikawasan strategik (seperti contoh PASKAL di Kem Iskandar Mersing) dan unit ASTROS di Kem Majidee.

Ancaman bawah permukaan juga perlu diambil kira dalam mana-mana ancaman simetri atau tidak simetri. Keupayaan kita untuk memantau dan menyekat ancaman bawah permukaan (kapal selam) perlulah dipertingkatkan demi untuk menjamin keselamatan negara.

Kejayaan terbesar mana-mana pihak yang bertelagah ialah dengan keberjayaan mereka menyusup kedalam kawasan musuh dan menjayakan aktiviti sabotaj (espionage) pada mana-mana unit atau entiti utiliti negara seperti Empangan Air, Stesen Janakuasa Elektrik, Stesen Penyiaran dan komunikasi, serta jalinan jalanraya (highway) atau lapangan terbang.

Untuk itu, perlulah unit keselamatan kita memperkukuhkan serta mengawal sempadan serta pintu keluar masuk negara demi untuk memastikan agen-agen serta anasir-anasir yang berbahaya ini tidak dapat masuk kedalam negara untuk memulakan aktiviti mereka. Pemantauan yang ketat serta sikap sedikit prejudis perlulah ada dikalangan anggota keselamatan kita serta unit-unit yang bertugas mengawal sempadan seperti Kastam dan Imigresen.

Paling penting sekali ialah perlunya diujudkan satu unit khusus untuk mengawati dan mengambil tindakan cepat dalam memastikan mana-mana ancaman tidak simetri dapat dikekang dan digagalkan. Kerajaan Malaysia perlulah mengujudkan unit khusus ini dengan segera tanpa berlengah lagi. Walaupun Unit Risikan Tertera dan Polis telah ada diujudkan, kita perlukan satu unit khas demi keselamatan negara kita yang tercinta ini.

(bersambung di episod akan datang)

15 Comments »

  1. Tuan yang sangat saya hormati sejak 1998/1999 lagi

    Harap beritahu saya tentang update terbaru Tuan. Kalau ada masa, mohon jenguk portal saya…

  2. Terima kasih atas komentar saudara,

    InsyaAllah saya akan beritahu. Apa kata jika anda menggunakan khidmat RSS untuk update laman web (portal) anda secara otomatis.

    Terima kasih kerana membaca semua komentar saya sejak dari tahun 1998 lagi.

  3. renjer_hutan said,

    as’kum..tertarik dgn rencana operasi risikan anda tu..tapi ader fakta yg saya ingin betulkan..terutama mengenai ASTROS 2 bukan terletak di kem majidee jb tapi terletak di rejimen 51 artileri diraja kem gemas n9..kem majidee tiada rejimen artileri.serta PASKAL setakat ni tidak diletakkan di kem sri iskandar masih berada di lumut.kem sri iskandar dibawah tugas rejimen gerak khas atau GGK..harap maklum..

    renjer_hutan-ex CPK..

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Pertama sekali, memang benar ASTROS diletakkan dibawah kawalan Rejimen Artileri yang berpangkalan di Kem Gemas, namun ianya pada bila-bila masa yang diperlukan boleh diaturgerakkan ke Kem Majidee yang mana jarak lingkungan capaian kuasa tembakannya boleh sampai iaitu sejauh 160 KM.

    Kedua, memang benar PASKAL diletakkan dibawah kawalan Pangkalan TLDM Lumut, namun Kem Sri Iskandar telah disediakan satu kawasan khas untuk PASKAL beroperasi pada masa terdekat ini lengkap dengan kemampuan unit kapal selam (jeti untuk kapal selam telah siap dibina disini).

    Untuk pengetahuan semua, Unit kecil PASKAL dan PARA kita kini ditempatkan dibeberapa lokasi kecil diseluruh Malaysia demi satu kesiapsiagaan keselamatan yang mantap.

    Jika terdapat mana-mana fakta saya yang terkhilaf, sila beritahu saya agar diperbetulkan. Beberapa fakta yang saya dapati kini hanyalah berdasarkan maklumat terhad yang masih boleh saya akses.

  5. renjer_hutan said,

    terima kasih…untuk makluman,semua bateri-bateri persenjataan artileri siap sedia diatur gerak kemana sahaja bukan saja ke kem majidee namun ke pulau-pulau kepunyaan kita.namun diingatkan semua kelengkapan atau tahap kesediaan kita bukan dalam mod stand by.tiada satu pun bateri-bateri diaurgerakn secara stand by di lokasi berkenaan terutama di sempadan johor -singapura.keadaan macam ni amat bahaya kerana serangan musuh tidak kira masa.
    memang benar kem sri iskandar tu dijadikan pusat latiha pasukan khas trutama ketiga-tiga cabang ATM.tapi buat masa kini keperluan hanya lebih pada keperluan GGK cuma.Unit PARA hanya ditempatkan dilokasi sepanjang operasi PANTAI dan PASIR di sabah sarawak serta semenajung.namun keperluan lebih pada operasi keselamatan pantai.
    namun jika fakta yg diberi tadi telah berubah ianya kehendak perkhidmatan.harap sambung part 3….

  6. e7 said,

    ada beberapa jenis risikan yg biasa dilakukan, ada yg dalam bentuk aktif, dan ada yg berbentuk pasif…..yg aktif lebih mudah dikenali oleh pihak perisikan, manakala yg berbentuk pasif lebih sukar dikenali….ia dipanggil “sleepers” dalam dunia espionage…

    yg lebih berbahaya adalah sleepers….

    benar singapura canggih dari segi teknologi, dgn UAV yg canggih, dan sedikit masa dahulu, aktiviti kapal selam mereka juga dikhuatiri telah merisik kawasan perairan mersing….tapi ia terhad kepada pengambilan gambar, risikan masih lagi memerlukan old-school-spying-method iaitu menghantar perisik sendiri…

    kegiatan risikan atau intel serta counter-intell merupakan antara perkara yg sering berlaku terutama di KL, agen-agen kita sememangnya dari dulu sampai sekarang masih melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya.

    malaysia sebagai negara contoh islam sepatutnya sudah lama menjadi mangsa seperti jiran, thai dan indon dgn aktiviti pengeboman di kawasan awam….

    ~pernah terfikir kenapa ia tidak pernah berlaku?

    selalunya jika ada kedatangan anggota tentera asing contohnya kapal perang negara asing singgah di pelabuhan kita, setiap anggota mereka yang pergi ke mana-mana destinasi di Malaysia, biasanya mereka akan dan selalu diperhatikan ke mana-mana mereka pergi.

    agen agen risikan tidak terhad kepada aktiviti ketenteraan saja, mana-mana kedai, warung yang mempunyai pekerja asing, kilang dan sebagainya yang berhampiran dengan kem-kem askar, pangkalan tentera udara,mahupun laut, ia berpotensi menjadi tempat agen beroperasi. siapa dapat menyangka pakcik menjual roti di warung berdekatan kem itu agen tentera asing?

    jika mengambil kira singapura, setiap hari berpuluh ribu rakyat Malaysia pergi ke sana untuk bekerja, sudah tentu ada agen kita yang keluar masuk ke sana.

    percayalah, jika sesuatu konflik bersenjata dengan negara seberang berlaku, sungguh agen kita mengetahui pilot mana yang akan menerbangkan pesawat mana…..

    jangan ragu-ragu

  7. e7 said,

    pernah terjadi, pihak risikan singapura berjaya menyusup masuk ke pangkalan udara X, dan berjaya mengambil gambar pesawat kita, gambar itu telah diberikan kepada ketua operasi, iaitu Y di bukit Z iaitu salah satu tempat beroperasi mereka.

    selang tidak lama selepas itu, ketua mereka, Y mendapat bungkusan besar, setelah dibuka, benda yang ada dalam bungkusan itu merupakan tayar pesawat pejuang singapura, berserta no siri pesawat mereka.

    Ni nak bagitau mereka, kita tau apa yang mereka lakukan dan kita mampu balas kembali bila-bila masa.

    berbicara tentang pasukan khas, pernah pasukan khas kita menyusup masuk ke kem askar singapura, dan melekatkan setem malaysia pada missile mereka.

    usah bimbang.

  8. e7 said,

    oh ya, tentang rapid deployed units, kita memang mempunyai PAC iaitu pasukan atur-gerak cepat, mereka ini dapat diatur-gerak pada bila bila masa, dan apabila diaturgerak, biasanya mereka dilengkapi dengan mortar mahupun meriam oto-melara.

    tentang keupayaan bedilan jarak sederhana, kita mempunya astross, meriam G5, dan juga meriam yg kita beli dari UK.

    khabarnya pembelian awal astross adalah 18 unit, telah dikhabarkan bilangan itu telah bertambah dengan pembelian tambahan dan ada yang telah diletakkan di kem di malaysia timur. sungguh dalam masa beberapa tahun akan datang, singapore navy adalah yang termoden, dgn adanya astross, bedilan dan jalan keluar kapal mahupun pesawat mereka adalah within our range.

    belum lagi termasuk meriam jarak sederhana, meriam jarak dekat, mahupun mortar.

    belum lagi termasuk persenjataan yang hanya akan digunakan sekiranya keadaan memaksa. jika ia dikeluarkan dan ditayangkan utk perbarisan merdeka, orang yang memandang rendah tentang keupayaan ATM akan respect dan kagum dgn mereka.

    malahan sekarang, pelbagai unit sedang dibentuk dan sedang dilatih dengan persenjataan baru, tetapi masih di dalam peringkat utk meningkatkan bilangan anggota iaitu untuk mencukupkan bilangan anggota utk jumlah minimum yang diperlukan utk sesuatu unit. Ambil contoh, unit astross, atau dipanggel bateri, jika equipments mencukupi berserta dgn anggotanya mencukupi, barulah ia diaktifkan.

  9. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Tuan Renjer_Hutan,

    Kesiap-siagaan adalah penting dalam semua doktrin peperangan sama ada konvensional mahupun tidak. Keperluan untuk membuat aturgerak yang mantap dan berinformasi perlu ditekankan oleh ATM dan Pasukan Keselamatan Negara.

    Tuan e7,

    Tidak dinafikan selama ini banyak pihak yang memperkecilkan kemampuan ATM dan pasukan keselamatan negara untuk bersaing dengan kemampuan negara jiran (asing). Namun ini sepatutnya bukanlah melemahkan dan menjatuhkan semangat anggota kita. Kita sewajarnya memperlengkapkan anggota kita dengan latihan dan peralatan serta kemudahan teknologi peperangan masa kita untuk memastikan tahap kesiapsiagaan kita adalah pada tahap optimum.

  10. PeaceLover-WarHater said,

    Tuan bijaksana Ketua Perusuh

    Risikan yang lebih halus dan dalam manis lagi ialah Business Espionage! Shell adalah salah satu korporasi gergasi MNC yang kerap kali telah menjadi atau dijadikan tali barut dalam perisikan yang strategik bagi meraih keuntungan terutama yang berpihak berat sebelah kepada dunia barat yang bertopengkan akal yahudi. Pernah satu ketika dulu seorang jurutera berbangsa Belanda yang kononnya pekerja Shell di rantau ini telah ditangkap oleh pihak berkuasa dalam sebuah negara jiran dan terbukti adalah seorang ejen perisik! Apatah lagi Shell mempunyai pengaruh dalam Bank Dunia mahupun IMF! Krisis kewangan Asia pada tahun 1997 gara-gara angkara mereka!! Cis bedebah!!! Halliburton pulak jahanamkan Iraq…

  11. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Risikan boleh dilaksanakan dalam pelbagai format. Namun risikan secara ekonomi adalah lebih menjurus kepada sabotaj atau “espionage”. Banyak kajian telah dilakukan untuk mentafsir dan menganalisakan impak dari risikan format ini.

  12. Taat Setia said,

    Tuan,
    saya ingin berkongsi dengan tuan tentang isu espionage (penyuluhan) yg mana saya sedang mempersiapkan paper work saya yang bertajuk “Kegiatan Espionage Terhadap Sistem Pertahanan Negara Melambangkan Kelemahan Perisikan Malaysia”. Harap tuan dapat membantu saya dengan maklumat, isu-isu yg pnah berlaku dan lain2 yg dapat membantu saya.

  13. jtxmisc said,

    Makasih atas infonya , Aerith

  14. żółć said,

    Pretty! This has been an incredibly wonderful article. Many thanks
    for supplying this information.

  15. Wenn Ihre Leser hingegen wenige Kontakte besitzen, tauchen Ihre Nachrichten sehr häufig bei diesen Wenig-Nutzern auf.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: