19 April, 2007

Surat Terbuka Untuk Gabenor BNM?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 9:57 am by Ketua Perusuh

Kepada,

Dato’ Zeti Akhtar Aziz
Gabenor Bank Negara Malaysia.

PER: Penjelasan Mengenai Bon Tanpa Skrip Bernilai RM3 Bilion.

Dato,

Sehubungan dengan perkara yang tersebut diatas, saya (Ketua Perusuh) bagi pihak rakyat Malaysia umumnya ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai pengeluaran Bon Tanpa Skrip tersebut (MJ06/12) yang telah Bank Negara Malaysia keluarkan semula pada 6 April 2007 lalu.

1. Bank Negara Malaysia adalah dibawah kuasa dan tanggungjawab Dato’ dan saya berharap penjelasan yang kukuh dapat diberikan kepada umum dalam tempoh yang terdekat ini.

2. Adakah dengan pengeluaran Bon Tanpa Skrip ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej kewangan negara yang mana banyak pihak mengatakan kantung perbendaharaan negara semakit tipis?

3. Adakah Bon Tanpa Skrip ini dikeluarkan demi untuk mendapatkan modal membiayai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang mana sepatutnya bajet baginya telahpun ada sebelum pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)?

4. Bukankah lebih wajar jika Bank Negara Malaysia mengeluarkan Bon Berskrip sebagai ganti kepada Bon Tanpa Skrip?

5. Jika Bon Tanpa Skrip ini telah mencapat tempoh matangnya, namun ekonomi Malaysia telah jatuh dengan teruk, adakah nilai Bon tersebut boleh ditunaikan pada nilai muka? Jika tidak, bagaimana Bank Negara Malaysia (BNM) akan membiayai pembayaran balik nilai bon tersebut mengikut kadar semasa?

Sila berikan ulasan dan jawapan Dato’ pada mana-mana media tempatan agar kegusaran rakyat umumnya dapat dibendung. Saya amat berharap agar jawapan Dato’ lengkap dengan fakta dan tanpa prejudis. Perlu diingatkan juga agar Dato’ tidak menyembunyikan mana-mana fakta daripada pengetahuan rakyat semua.

Sekian, Terima Kasih,

Berkhidmat Untuk Negara,

3 Comments »

  1. art said,

    Saya juga berharap akan ada penjelasan TETAPI saya rasa jauh api dari panggang. Kerana beliau juga dibawah kawalan tuan besar dan anak menantunya. Inilah yang dikatan menjual negara dan maruah. Kita rakyat malaysia masih ternganga, termangu, dungu dan spt kerbau kena tarik tali dihidungnya. Saya hanya jangkakan dan ramal yg akan membuat ulasan samada PM sendiri atau KJ [TPM Malaysia bukannya Najib yg hanya boneka. Kenapa? Najib dilantik hanya utk mententeramkan team Najib dan sebahgian ahli UMNO yg mahu Najib jadi TPM hasil dari sokongan DrM dulu semasa DrM meletak syarat perletakannya] KJ akan membuat ulasan atau press conference spt biasa dan mengulas langkah krjn itu spt mana dia mengulas perihal ekonomi negara, isu proton, isu dlm negara dulu. Saya ingin bertanya ahli UMNO dan rakyat malaysia, adakah seorang Naib Ketua Pemuda UMNO begitu besar dan bongkak untuk berbuat demikian dari zaman Dato Onn hingga Mahathir? Tepuk dada tanya hati….siapa yg berkuasa sebenarnya? Dato Zeti selaku Gabenor? atau geng kroni yg mengawal kantung negara? Kita rakyat Malaysia yg membayar gaji menteri dan pegawai yg dilantik sudah tiada suarakah utk bersuara dari skop kementerian atau jabatan mereka sendiri? Atau spt yg KPerusuh katakan, negara kita sudah memasuki era komunis?

  2. Tuan/Puan pemilik blog yang dihormati

    Salam

    Mohon maaf kerana mengacau. Jika Tuan/Puan sudi dan mempunyai masa, harap lawati Malaysiakita. Salam.

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Art,

    Sememangnya rakyat Malaysia perlukan satu penjelasan yang kukuh dan konkrit serta tanpa prejudis dari pihak Bank Negara Malaysia.

    Bakaq Kaki Spin,

    Saya sememangnya selalu melayari laman web (blog) anda tersebut. Namun saya tidak dapat memberikan komen kerana saya tidak mendaftar di Google.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: