18 April, 2007

Operasi Risikan Antarabangsa? (Episod 1)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:19 am by Ketua Perusuh

Malaysia adalah satu kuasa ekonomi di rantau Asia Tenggara suatu masa dahulu. Malah Malaysia pernah dilabelkan sebagai “Tiger of Asia” atas kekuatan ekonomi yang ada padanya sekitar tahun 80’an dan 90’an.

Pada ketika itu, perang dingin masih lagi ujud diantara blok komunis dan blok yang ditaja oleh Amerika Syarikat dan Britain. Kekuatan ekonomi Malaysia menyebabkan beberapa pihak mencemburui dan seterusnya menggunakan segala usaha mereka untuk mengekangnya daripada terus mantap dan berjaya.

Singapura walaupun berjiran dengan Malaysia, masih lagi bersikap prejudis terhadap ekonomi, kuasa dan politik Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku lewat tahun 80’an dan 90’an banyak yang dijanakan dari Singapura. Malah beberapa pertelagahan berkaitan dengan keselamatan negara juga pernah berlaku diantara dua negara in, walaupun ianya berjaya dikawal sehingga tidak mencetuskan kegawatan keselamatan.

Namun, seperti biasa bila mana sesebuah negara yang tidak mempunyai hasil galian dan kawasan yang terhad, pastinya akan senantiasa meragui kejujuran jiran mereka. Cuba kita lihat senario yang berlaku di Asia Barat (Israel dan Palestine). Israel senantiasa meragui akan jiran-jirannya seperti Jordan dan Syria. Malah mereka pernah cuma menggempur dan berperang dengan dua negara jiran ini.

Walaupun Malaysia tidak pernah (tidak akan) berkonflik dengan Singapura menggunakan kekuatan ketenteraan, namun kewaspadaan perlulah senantiasa ada. Singapura sejak dahulu lagi dikenali sebagai satu proksi Amerika Syarikat dikawasan Asia Tenggara. Malah kemudahan keselamatan yang diperolehi oleh Singapura melangkau jauh dari sudut teknologinya dari jiran-jiran negara lain yang berhampiran. Kemudahan yang dibekalkan oleh pihak Amerika Syarikat dengan kerjasama Israel sebagai penasihat keselamatan telahpun digunapakai dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Singapura.

Beberapa tindakan penyusupan telah dilakukan (senantiasa dilakukan) oleh pihak agensi risikan Singapura melalui tindakan pesawat terbang tanpa pemandu (Unmanned Aerial Vehicle – UAV) telah dilakukan dibeberapa kawasan strategik seperti di Johor Selatan dan pernah ada pihak terlihat akan UAV terbang pada waktu subuh dikawasan Mersing dan Kota Tinggi.

Walaupun beberapa syarikat utama pertahanan negara seperti SCS Technology ada membangunkan kemudahan UAV buatan tempatan, namun keberkesanannya masih lagi dipersoalkan, malah beberapa ujian yang gagal telah berlaku terhadap kemudahan UAV ini. Namun kita amat berharap agar Malaysia dapat menggunakan kemudahan UAV ini untuk tujuan mengawal keselamatan sempadan negara.

Penggunaan UAV yang kecil dan senyap (Predator) itu pernah juga mencetuskan kebimbangan penduduk disekitar Tampoi dan Skudai. Namun ianya disenyapkan oleh kata-kata yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Najib Tun Razak. Malah tiada tindakan konstruktif dari pihak Kementerian Pertahanan menangani permasalahan ini.

Kita (agensi risikan tempatan) tahu bahawa Malaysia selalu digunakan sebagai lokasi pertemuan dan pertukaran maklumat diantara beberapa agensi risikan dunia yang terkenal seperti FSB, KGB, CIA, MOSSAD, MI6 serta beberapa lagi agensi risikan kecil sejak dari awal Perang Dingin lagi. Kini dunia operasi risikan menggunakan Malaysia sebagai platform yang selamat kerana kita (rakyat Malaysia) tidak mengambil peduli akan isu-isu berkaitan keselamatan.

Pada artikel (episod) yang akan datang, InsyaAllah saya akan mengupas lebih lanjut berkaitan dengan isu risikan dan keselamatan negara. Keperluan agensi risikan tempatan dan pihak pertahanan negara melaksanakan plan C4I dan lain-lain plan sokongan adalah sesuatu kemestian yang perlu dimulakan dan dipercepatkan.

2 Comments »

  1. PeaceLover-WarHater said,

    Malangnya, Tuan Ketua Perusuh, teknologi canggih C4I adalah hasil daya cipta kepala otak Yahudi yang dilaknat Allah (tetapi masih dikurniakan-Nya dengan akal). Teknologi itu kini telah mereka eksport ke India untuk dijual beli ke serata dunia, terutamanya dalam pasaran rantau ini, kerana lebih murah kos pengeluarannya. Singapura pun dah import hakmilik intelektual teknologi C4I yang lebih canggih, kot. Dalam ASEAN, Singayahudi ini cuma boleh ampu-kiasu jiran lebih kecil tetapi kayaraya yakni Brunei Darussalam saja. Tapi kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak~!

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Teknologi C4I memang banyak yang dibangunkan di Israel (Universiti Technion) dan sebagainya, namun dengan keupayaan Sumber Terbuka (Open Source) sewajarnya Malaysia boleh membangunkan teknologi C4I yang lebih efisien dan mengikut acuan kita sendiri.

    Kebanyakan teknologi C4I sedia ada adalah berasaskan sistem pengoperasian Windows yang disokong oleh peralatan PDA dan sistem satelit GPS. Namun kebolehupayaan sistem tersebut diragui malah boleh dikatakan mudah untuk diserakkan. Teknologi penyerakan digital (Digital Jamming Technology) mudah untuk dibangunkan berasaskan beberapa prinsip elektronik dan komputer yang mudah.

    Persoalannya disini, bilakan C4I akan digunakan (dibangunkan) untuk kegunaan ATM dan Unit Risikan Tempatan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: