17 April, 2007

Siapa Di Belakang Indeks Komposit?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:17 am by Ketua Perusuh

Maaflah Najib Tun Razak, saya agak “skeptik” terhadap Indek Komposit ini.

Rata-rata sejak kebelakangan ini saya hanya mendengar komentar ekonomi hanya dari Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri. Namun saya tidak mendengar ulasan ekonomi dari pakar ekonomi ataupun dari pandangan Puan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Apa yang telah terjadi. Lonjakan Indeks Komposit “kononnya” telah mencecah paras tertinggi dalam 13 tahun iaitu 1,322 mata. Hebat sungguh kekuatan ekonomi Malaysia. Memang tidak dinafikan, itulah data yang boleh anda dan saya dapat dari Bursa Malaysia. Bursa Malaysia dikenali umum dikalangan pelabur adalah satu bursa sandaran kepada bursa Singapura.

Jika Indeks Komposit (IK) di Singapura meningkat, maka peluang untuk IK di Bursa Malaysia pastinya akan naik sama. Teori domino paling digunapakai dalam mentafsirkan kesan serantau pada pasaran saham dan pelaburan. Bursa Singapura pula dipengaruhi juga oleh Bursa Hong Kong dan Jepun. Bagi yang berminat untuk mengetahui akan situasi ekonomi serantau dan dunia, anda digalakkan mendapatkan khidmat Bloomberg.

Utusan Malaysia melaporkan (BACA SINI) bahawa kenaikan Indeks Komposit di Bursa Malaysia adalah disebabkan oleh pembelian saham mewah oleh pelabur yang memasuki pasaran pada harga rendah. Malah Najib Tun Razak ada menyatakan bahawa mentaliti pelabur di Malaysia kini sudah berubah dan pandai memilih masa yang sesuai untuk melabur.

Persoalannya disini, siapakah pelabur yang melonjakkan Indeks Komposit dengan membuat pelaburan pada kadar rendah? Adakah ianya pelabur runcit (pelabur minoriti) ataupun pelaburan sindiket (syndicate) yang berskala besar yang menggerakkan paras Indeks Komposit.

Jika pelabur runcit, maka tentunya modal yang mereka gunakan adalah agak besar (sekurang-kurangnya lebih dari RM700 hingga RM800 juta) pada beberapa minggu ini. Setakat ini pernahkan anda kenal mana-mana pelabur runcit yang mampunyai kekuatan ekonomi dan pelaburan sebesar itu. Tentunya tidak.

Ini bermakna hanya pelabur sindiket (syndicate) sahaja yang mampu menjana pelaburan sebesar itu. Siapa pelabur sindiket (syndicate) tersebut. Adakah pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) boleh memberikan data-data pelabur sindiket yang menggerakkan Indeks Komposit.

Disini saya ingin memberikan anda satu gambaran tentang siapa sebenarnya pelabur sindiket (syndicate) tersebut.

1. Mempunyai modal mudah-alih sebanyak sekurang-kurangnya RM800 juta
2. Mempunyai pakar pelaburan (investment planner) yang bagus dan cekap.
3. Mempunyai dana sokongan tambahan sekiranya perlu (paling kecil sebesar RM200 juta).

Jadi siapakah pelabur sindiket tersebut (syndicate).

1. Mungkin KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
2. Mungkin KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen)
3. Mungkin Amanah Raya Berhad
4. Mungkin Kumpulan CIMB
5. Mungkin Kumpulan Maybank
6. Mungkin LTH (Lembaga Tabung Haji)
7. Mungkin LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera)
8. Mungkin ECM-LIBRA (Proksi kepada Temasek Group)

Tujuan menaikkan Indeks Komposit?

1. Untuk menyakinkan pengendali dana asing
2. Untuk menyakinkan pelabur industri
3. Untuk menyakinkan rakyat Malaysia (bakal pengundi Piliharaya tidak lama lagi)
4. Untuk mengaut keuntungan segera (memerangkap pelabur runcit)
5. Untuk mengumpul dana pilihanraya.

Jadi… Kesimpulannya..

Siapa sebenarnya dibelakang kenaikan Indeks Komposit (IK)?

2 Comments »

  1. siangmalam said,

    Caruman pekerja KWSP akan dinaikkan dari 11% ke 12% tak lama lagi, ni semua untuk naikkan Index BSKL.

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Kemungkinan kenaikan caruman itu adalah tinggi. Desas desus diperingkat Kementerian ada menyatakan perkhabara ini. Cuma rasional kenaikan itu tidak dapat dikenalpasti. Namun ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa kenaikan caruman ini akan dilakukan selepas pilihanraya umum yang akan datang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: