15 April, 2007

Segenting Kra? (Episod 2)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 4:01 am by Ketua Perusuh

Segenting Kra dijangkakan akan menjadi satu kawasan perdagangan yang maju jika projek IMT-GT dijalankan. Malah ada beberapa pihak yang bersungguh-sungguh cuba untuk menjayakannya. Prasarana perhubungan darat yang baik dikawasan Segenting Kra yang menghubungkan laluan terus ke Bangkok, Alor Star, dan Kota Bharu sememangnya membolehkan kawasan ini dibangunkan.

Malah pihak Indonesia juga bersedia untuk membangunkan kawasan Acheh Utara semata-mata ingin mengambil peluang ekonomi yang semestinya akan meningkat dengan keujudan IMT-GT. Malah Pelabuhan di Langkawi bersedia dipertingkatkan kemudahannya bagi menjayakan IMT-GT.

Pihak Singapura sememangnya agak “cuak” dengan situasi ini. Walaupun Kerajaan Malaysia ada bekerjasama dengan mereka atas projek kawasan pertumbuhan ekonomi SIJORI (Singapore, Johor and Riau), namun dengan ujudnya IMT-GT akan memungkinkan SIJORI hanyalah akan menerima kesan yang agak minima dari segi ekonomi.

SIJORI yang dipelopori penubuhannya pada tahun 1989 oleh pihak Singapura sebagai satu usaha pemangkin ekonomi bagi kawasan serantau. Singapura beranggapan jika SIJORI dapat bergerak dengan berkesan maka keuntungan besar adalah dimiliki olehnya atas sebab pelaburang asing yang berada di Singapura. Pelabuhan Keppel akan menjadi satu daripada pelabuhan tersibuk dunia jika ianya menjadi kenyataan.

Dengan kekuataan dari segi pelaburan asing dan perkhidmatan perbankan bertaraf dunia, Singapura menjangkakan bahawa SIJORI akan boleh memberikan mereka satu kekuatan ekonomi dan akhirnya membolehkannya menjadi peneraju utama dan penentu kuasa ekonomi baru bagi rantau ini.Johor dan Riau (Batam) hanyalah menjadi pembantu dalam memangkinkan ekonomi Singapura. Ini kerana Johor boleh memberikan tanah dan kemudahan simpanan (gudang pada kos murah) bagi pihak Singapura dan Batam boleh menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang murah.

SIJORI pasti tenggelam jika Projek Segenting Kra berjalan dengan lancar dan dijayakan oleh IMT-GT. Jika ini berlaku maka ekonomi Singapura dan idea SIJOR akan musnah. Untuk memastikan bahawa IMT-GT dan Segenting Kra musnah (dari segi teknikal) maka perlulah satu ketidakstabilan diujudkan di Segenting Kra.

Perlu diingatkan bahawa sejak dari dahulu lagi kawasan Segenting Kra ini agak kurang stabil kerana pertembungan dua budaya yang berbeza (Melayu Islam Siam dan Masyarakat Buddha Siam). Memang isu agama boleh mencetuskan mana-mana perbalahan dengan mudah. Namun sejak dari dahulu lagi masyarakat Siam (Thailand) amat menghormati Raja Siam tanpa mengira agama dan suku kaum.

Untuk memastikan berlaku ketegangan sosial di Segenting Kra, maka agen perisikan Singapura dengan kerjasama Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) yang sememangnya berada disana memulakan satu operasi khusus semata-mata untuk mengujudkan kekacauan kaum disana. Malah beberapa insiden kekacauan disana yang telah dikenalpasti oleh pihak ketenteraan Thailand yang dilakukan oleh orang luar yang berkepentingan.

Malah beberapa cakap-cakap kedengaran dari pihak Singapura yang menuduh Malaysia sebagai lokasi melatih “Mujahidin” yang kononnya membuat kacau di Selatan Thailand (Segenting Kra). Dengan cara ini, adalah mudah untuk melaga-lagakan Malaysia dan Thailand dalam isu setempat sedangkan kita semua sedia maklum bahawa hubungan Malaysia dan Thailand memang amat baik sejak dari dahulu lagi.

Kini ada beberapa usaha yang dilakukan oleh pihak agen dari Singapura yang cuba membekalkan saluran kewangan dan senjata melalui pihak ketiga dari Laos, Myanmar dan Vietnam semata-mata untuk memporak-perandakan kawasan Selatan Thailand. Beberapa penyeludupan telah disekat oleh pihak Thailand dengan kerjasama Malaysia di Laut China Selatan yang bertujuan mengubah geopolitik di Selatan Thailand. Pihak Singapura juga mendapat kerjasama yang baik daripada bekas Perdana Menteri Thailand (Thaksin) dalam usaha mereka mencetuskan ketegangan di Selatan Thailand

3 Comments »

  1. komunis said,

    Apa kesudahannya hal Segenting Kra ni Ketua Perusuh? Takkan idea sebaik ni dibiarkan begitu saja? Kalau wujud konspirasi untuk menggagalkan kewujudannya oleh Agensi Perisikan Singapura dan CIA, tidak adakah sebarang pertubuhan atau agensi dari Thailand, Indonesia dan Malaysia atau gabungan ketiga-tiga negara ini untuk mejayakannya??

  2. aku di timur said,

    harap Segenting Kra dapat direalisasikan oleh Najib

  3. zay said,

    semoga kita bisa gagalkan rencana bosok singgat pura. kalau perlu, bantai setiap tentaranya


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: