15 April, 2007

BPR Perlu Dibubarkan?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:56 am by Ketua Perusuh

Badan Pencegah Rasuah (BPR) adalah satu “subset” daripada Biro Siasatan Negara (BSN) pada satu masa dahulu. BPR diujudkan atas satu matlamat iaitu untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana pihak yang terlibat dengan Rasuah.

Disetiap negeri diujudkan satu cawangan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ini yang paling minima diwakili oleh 30 orang anggota bermula dari Ketua Pengarah Negeri, Timbalan Ketua Pengarah dan beberapa pegawai penyiasat dan lain-lain pegawai.

Kini setelah beberapa insiden rasuah yang ketara disana sini, sehingga menyebabkan keyakinan rakyat akan keberkesanan organisasi BPR dan kempen anti rasuah menurun dengan banyaknya. Beberapa laporan dan aduan telah diberikan kepada BPR untuk menyiasat pihak-pihak tertentu, namun tiada tindakan konstruktif yang dapat dilihat.

Apa yang pastinya BPR dilihat seperti satu tunggul kayu mati yang boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menahan mana-mana pihak lain yang berniat untuk menyiasat isu berkaitan rasuah. Malah BPR dilihat seperti berpihak kepada beberapa individu dan tidak mengambil apa-apa tindakan yang boleh meyakinkan rakyat.

BPR kini nampak seperti satu boneka bertali yang digunakan oleh tok dalang (individu tertentu) dalam usaha mereka menyelamatkan diri. Walaupun bertimbun laporan diberikan, siasatan kadang-kadang tidak dilakukan malah ada kes yang siasatan dibatalkan atas kehendak (arahan) pihak tertentu.

Kalau ada pun siasatan rasuah dilakukan, biasanya ianya hanya melibatkan individu kecil (ikan bilis) sahaja manakala individu besar (jerung @ paus) pula boleh terlepas. Kalau ada jerung @ paus yang terkena siasatan, ianya hanyalah sebagai lakonan dan pastinya individu tersebut boleh ditukarganti (mungkin juga sudah luput masanya @ “expired”).

Disini saya ingin mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar membubarkan sahaja Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya dengan pembubaran tersebut dapat menyelamatkan wang rakyat yang selama ini dihabiskan membayar gaji buta kepada kakitangan BPR. Dengan pembubaran ini maka tidak perlulah mana-mana individu berasa risau akan siasatan rasuah yang mungkin akan dilakukan keatas mereka.

Dengan pembubaran BPR maka sekurang-kurangnya JPA akan dapat menjimatkan sekitar RM2 hingga RM3 juta setahun sebagai kos pembayaran gaji dan elaun kakitangan BPR serta kos sewa pejabat. Dengan penjimatan tersebut, maka bolehlah dinaikkan gaji dan elaun anggota POLIS dan RELA.

Bagaimana dengan cadangan saya ini, adakah anda (pembaca @ pelayar laman blog ini) bersetuju? Apa pula pandangan Jabatan Perkhidmatan Awam? Mari kita tanya mereka.

4 Comments »

  1. hsudarren said,

    disbanding the ACA is a good idea but replace it with a totally independent commisiion against corruption.

  2. Thanks for your comment,

    Yup, I personally feel the same, ACA should be replaced with a new team and monitored and controlled by the Parliament Committe comprising the whole Government and Oppositions members.

  3. tun_telanai said,

    Tambah sedikit :

    Sekiranya, BPR tidak perlu dibubarkan,maka dicadangkan sesiapa yang ingin melakukan perbuatan rasuah atau apa-apa berbuatan, tindakan atau seumpamanya perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu sepertimana yang berlaku terhadap industri perjudian di negara ini.

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Bagus juga cadangan dilesenkan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini. Tentunya dengan cara ini, akaun perbendaharaan negara Malaysia akan bertambah.

    Pedulikan sahaja Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan agensi asing, yang penting hanyalah nilai (yuran) permit atau lesen yang boleh dikenakan kepada pengamal rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: