11 April, 2007

Lonjakan Indeks Komposit?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:51 pm by Ketua Perusuh

Indeks Komposit (IK) kini digunakan oleh media Malaysia dalam menggambarkan status pergerakan ekonomi negara. 10 April 2007 memberikan satu peluang untuk warga Malaysia melihat IK mencecah 1300 mata.

Majoriti rakyat Malaysia bukanlah pakar ekonomi, namun rata-rata kini ramai yang telah celik mata dalam bidang ini atas sebab mereka menjadi pelabur minoriti, peniaga pasaran matawang asing (FOREX) malah ada yang mencuba-cuba melabur dalam bidang komoditi. Walau apa pun cabang ekonomi yang mereka lakukan, ianya sedikit sebanyak membuka mata mereka tentang pengaruh ekonomi serantau.

Utusan Malaysia melaporkan (BACA SINI) bahawa Najib Tun Razak mengatakan kenaikan Indek Komposit ini adalah disebabkan pelabur menaruh keyakinan yang tinggi atas ekonomi negara. Ini kerana katanya lagi, adalah dimangkinkan oleh hasil usaha kerajaan melakukan perubahan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan kelancaran perjalanan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Perubahan dalam GLC menyebabkan beberapa GLC kini sedang dalam proses penggabungan dan seterusnya akan dikawalselia oleh satu bank pelaburan utama (CIMB) dan kemungkinan besar sahamnya akan diambilalih oleh Temasek Group (Singapura) melalui beberapa proksi mereka di Malaysia. Kemungkinan perkara ini berlaku adalah besar dan impaknya agak besar.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) pula diwarwarkan berjalan dengan lancar sedangkan semua rakyat sedia maklum, setakat ini tiada satupun pelan yang sedang berjalan dengan baik kecuali penggadaian tanah di WPI kepada entiti asing. Malah beberapa isu kemasukan dana luar telah dibangkitkan oleh beberapa pihak yang prihatin.

Beberapa hari sudah (6 April 2007) pihak Kerajaan Malaysia telah mengiklankan kembali penjualan Bon Tanpa Skrip (Scripless Bon) bernilai RM3.0 Bilion yang diyakini umum semata-mana untuk mendapatkan modal kerja bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Ini dapat dilihat daripada pengeluaran satu bon tanpa skrip (yang tiada nilai sandaran) kosong yang pastinya tidak bermakna jika ekonomi Malaysia merudum.

Apa yang pasti Indek Komposit di BSKL naik adalah disebabkan oleh kenaikan serentak semua bursa serantau dan antarabangsa. Malah nilai matawang British (GBP) juga melonjak kepada 235.00 berbanding matawang Jepun (JPY) bermula pada 9 April 2007. Matawang Amerika Syarikat juga mengukuh kepada 119.00 berbanding Yen Jepun.

Oleh yang demikian, maka kata-kata Najib Tun Razak hanyalah penyedap kata-kata bagi rakyat Malaysia yang tidak memahami ekonomi dan kesan serantau. Berapa lama lagikah agaknya Kerajaan Malaysia boleh cuba untuk menipu rakyatnya sendiri mengenai Indek Komposit.

Kita tunggu dan lihat…

10 Comments »

  1. kudakepang said,

    Saudara:

    Saya minta maaf kerana terdorong menyiarkan artikel Saudara mengenai IK ini ke dalam blog kuda-kepang [gerbang ruhanie]. Ianya pendek tetapi memprovoke minda yang prihatin.

    Salam takzim dan selamat berjuang.
    Ron

  2. Terima kasih atas komentar saudara,

    Tuan Dato’ Ron,

    Perkara yang baik perlu dihebahkan, Kita perlukan rakyat yang berfikiran kritis demi kelansungan kedaulatan negara tercinta ini. Kedaulatan dan kepentingan negara ini mengatasi segala kepentingan peribadi. Apa pun terima kasih kepada Tuan Dato’ Ron kerana menyiarkannya di Kuda Kepang.

    Maaf jika saya tidak dapat memberikan komentar dilaman blog tuan, kerana ianya memerlukan pendaftaran. Buat masa ini saya rasakan belum perlu untuk saya memperkenalkan diri saya. Terima kasih.

  3. The Sharpshooter said,

    Figure yg dikeluarkan diwar-warkan hanyalah TOPENG! Sebok menyalak yg ekonomi negara makin kukuh, pelabur asing makin yakin, IK kian melonjak tapi kesemuanya statistik haprak (tak bermoral sungguh pabila pembesar negara asyik memanipulasi angka buat Rakyat terlena!). Sedangkan hakikatnya jauh khabar dari rupa!

    Lihatlah industri pembuatan yang semakin tenat. Kilang telah mula mengurangkan pekerja. Rakan saya dua minggu yang lalu telah pun diberhentikan dari jawatan eksekutif di sebuah kilang multinasional.

    Manakala 2 orang lagi diberhentikan oleh pengurusan Hotel Century Mahkota. Sememangnya perkhabaran yg ekonomi semakin baik hanyalah omongan AAB dan para gurkha politik beliau di Tingkat 4.

    Jika benar ekonomi semakin bagus, kukuh, mampan KENAPA TIDAK:

    1. Menurunkan semula harga petrol, gas masak dan diesel di pasaran yg tersangat membebankan Rakyat

    2. Memberikan bantuan buku teks kepada semua pelajar sekolah (tak kan RM 100 juta banyak sangat? Habih tu dok bagi ketua bahagian UMNO sampai RM 600 juta ada duit pulak)

    3. Meningkatkan tabungan/dana bantuan pinjaman/biasiswa pelajaran kepada para mahasiswa (peliknya rumah sampai RM60 juta ada lak duit, jet sampai RM200 juta ada lak duit, kapal layar tu camana lak? Sedang Rakyat disuruh berjimat cermat. Cekik leher. Awak senang-senang makan nasi kandar sana-sini hayun kayu golf ukur status diri!

    4. Pengurusan Proton bermasalah? Sedangkan masa Tun DM Proton untung bertimbun tiba zaman Bodolah semua jadik hampas. Memang keparat kamu Dolah.
    Kamu lebih pentingkan agenda peribadi dan keluarga daripada memikirkan maruah bangsa. Bukankah Proton itu lambang keteguhan anak bangsa para profesional muda Melayu para jurutera membina yakin diri bersaing di pentas dunia! Memang bangsat kamu Dolah!

    5. perlu melelong WPI macam orang patah kandar? Cara kamu (AAB) menjaja WPI seolah-olah Malaysia ini negara dunia ketiga seperti Myanmar dan Laos. Mengemis menagih simpati para pelabur Singapork dan Zionis!

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Saya amat bersetuju dengan apa yang dihujahkan oleh saudara/i. Sememangnya negara ini mewah, namun jika tidak ditadbirkan dengan baik, adil, telus dan amanah maka lambat laun negara Malaysia ini akan musnah.

    Lambat laun rakyat Malaysia akan terbuka mata mereka dalam bidang ekonomi dan sebagainya dan akhirnya mereka akan mempersoalkan apa sahaja yang tidak relevan dan nampak seperti menggadaikan negara ini.

    Semoga Allah menyelamatkan kedaulatan negara ini daripada penjajahan era millenium ini.

  5. Nani said,

    Setiap kali nak pilihanraya, beginilah kata-kata orang besar-besar …

    Org putih ada kata – agaknya maca ni –
    We can lie to some people sometime but not all the people all the time
    —-

    Saya rasa rakyat Malaysia bertambah matang dan tak rugi jika BN kalah beberapa puluh kerusi parlimen supaya hanya yg betul2 dipercayai akan kekal utk melakukan perubahan yg akan dikecapi oleh semua rakyat Malaysia.

  6. Terima kasih atas komentar saudari.

    Pembersihan setiap kali pilihanraya adalah perlu. Rakyat Malaysia memerlukan wakil-wakil yang boleh mewakili mereka dan bekerja untuk mereka dan bukannya wakil-wakil hantu, wakil-wakil tidur dan wakil-wakil kaki sapu dan songlap.

  7. Pengomen said,

    Salam Perjuangan.

    Sekadar ingin berkongsi pengalaman.

    Semua yang diperkatakan oleh sahabat2 di atas adalah benar belake. Pentadbiran kerajaan sekarang ini berada ditahap yang sangat mengecewakan. Pelbagai cadangan dan kritikan dilemparkan kepada mereka namun nampaknya mereka seperti tidak mempedulikan suara2 tersebut.

    Mereka membuat keputusan dan tindakan yang hanya semata2 untuk kepentingan mereka dan kroni2 mereka tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh rakyat.

    Menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba ini,pelbagai isu dan propaganda mereka cuba bangkitkan semata2 untuk ‘mencelikkan’ mata rakyat. Namun disebalik itu sebenarnya mereka cuba menggula2kan dan meng uli2 rakyat sehingga tidak nampak lagi kebenaran dan kenyataan di depan mata mereka. Rakyat menjadi mangsa. Kenapa mereka menerima kata2 itu bulat2? Butakah mereka? Pekakkah mereka? siapakah yang bersalah sebenarnya?

    Semalam saya telah berada di Machap bersempena pilihan raya kecil di sana. Saya berada di sana sehingga waktu pengumuman perjumlahan undi. Apa yang saya hendak lontarkan di sini ialah betapa kerajaan BN sekarang cuba mengekalkan kedudukan disana dengan menggulakan rakyat dengan pelbagai janji manis mereka..

    Saya yakin dan pasti banyak wang telah dihabiskan untuk memenangi hati rakyat tempatan di sana. Jika saudara2 meninjau di setiap kawasan di sana pastinya saudara akan terjumpa dengan banyak kemudahan yang baru yang disediakan oleh kerajaan seperti longkang/parit baru, jalan raya baru dsby.

    Soalnya, kenapa sekarang?

    Setelah 2 tahun lebih memerintah rakyat tidak merasai apa yang telah dijanjikan oleh pemimpin mereka sehingga tiba hari kematian beliau. Begini lah realiti kerajaan yang ada sekarang. Bila kedudukan dan kuasa diperolehi rakyat bawahan dilupakan.

    Selepas pilihan raya kecil ini pasti nya DUN Machap ini akan kembali sepi dan sunyi. Tiada lagi kunjungan YB-YB, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tan Sri dan sebagainya. Tiada lagi laungan dan tempik sorak dari rakyat tempatan.
    Semuanya kembali seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku.

    Tiadakah pihak yang ingin bangun dan menentang kepincangan dan kekorupan yang ada sekarang? Mampukah mereka menentangnya?

    wslm

  8. Pengomen said,

    Maaf mencelah sekali lagi.

    Saya telah terbaca blog Lim Kit Siang pagi tadi. Apa yang ingin saya kongsi bersama2 sahabat yang lain ialah mengenai satu topik hangat yang telah dibincangkan di dalam blog tersebut iaitu mengenai isu agama Islam.

    Di sini isu penahanan Fatimah / Revathi Maoosai telah berjaya menarik minat ramai pihak. Pelbagai pendapat dilontarkan di atas pemahaman masing2.

    Saya mencadangkan sahabat2 membaca sendiri perbincangn ini di blog tersebut.

    url blog :
    http://blog.limkitsiang.com/?p=120

    Apabila membaca blog ini, terutamanya pandangan dari orang2 cina maka saya tidak heranlah kenapa DAP telah menolak dan keluar dari BA dahulu. Mereka menganggap Islam dan Negara Islam itu mengancam mereka dan orang ramai. Betapa dangkalnya mereka tentang Islam.

    Silap siapakah di atas kedangkalan mereka mengenai Islam ini? Tiadakah usaha untuk menerangkan tentang Islam dengan lebih baik dan berkesan?

    Bagi saya masalah ini berpunca dari UMNO dan kuncu2 nya.. tidak habis2 mengaut dan menggali harta rakyat dan negara sehingga lupa mengenai serangan2 yang dilancarkan kepada Islam secara halus dan nyata.

    Diharap sahabat2 dapat memberi pandangan mengenai apa yang diperbincangkan di blog tersebut.

    wslm

    p/s : err..saya minta maaf kepada tuan Ketua Perusuh sekiranya saya telah mengganggu dan lari dari topik yang telah diperbincangkan.

  9. Terima kasih atas komentar saudara,

    Salahguna kuasa dan pelbagai lagi perkara yang menyalahi undang-undang telah dan memang dilakukan diMachap, Saya sendiri menyedarinya. Malah beberapa penemuan salahlaku begitu menggemparkan. Namun jika kita (Rakyat Malaysia) masih mudah digula-gulakan dan jika Parti Pembangkang tidak mengambil tindakan proaktif, maka selagi itulah tidak akan berlaku apa-apa perubahan.

    Disebabkan terlalu sensitifnya isu agama serta kurangnya ilmu saya dalam bidang agama (akibat dari sekolah missionary masa kecil dulu) maka saya merasakan amat tidak wajar untuk saya mengulas akan topik ini. Cuma yang pastinya, “Bagi kamu agamamu, dan bagi kami agama kami”.

    Jika PAS boleh menerangkan (menunjuk) contoh-contoh baik dalam beragama serta bermasyarakat, saya rasa InsyaAllah, pihak DAP dan sebagainya mungkin boleh menerima konsep Islam itu sendiri. Ahli dan pimpinan PAS perlulah tidak terlalu “Orthodox” dalam membicarakan Islam dan kepimpinan. – Maaf saya kurang pengetahuan dalam bidang agama.

  10. rgmay pzlme pclmh iuvznfaqo twzsloda wqteay mtxyl


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: