10 April, 2007

Kantung Malaysia Sudah Kontang?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:21 am by Ketua Perusuh

6 April 2007 adalah satu hari biasa seperti hari-hari yang lain. Tiada apa yang berbeza pada hari tersebut. Cuma suasana agak kecoh di Jalan Dato’ Onn di Kuala Lumpur. Suasana di Bangunan Bank Negara Malaysia agak kecoh. Ini kerana ianya hari pertama pembukaan tender untuk pembelian BON Kerajaan Malaysia (Bon tanpa skrip) yang bernilai RM3 Bilion.

Kerajaan Malaysia membuka kembali bon “Loan No 5 of 2006” yang pernah dibuka pada 15 Disember 2006. Bon tanpa skrip yang mempunyai tempoh matang 5 tahun pada kadar faedah 3.718% setahun telah dikeluarkan kembali (ianya lebih dikenali sebagai MJ06/12). Pemilik bon ini akan mendapat faedah (bonus) yang akan dikeluarkan pada kekerapan 2 kali setahun.

Persoalannya sekarang ialah,

1. Adakah pihak Kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan bon tanpa skrip ini (bon tanpa sekatan pemilik, tidak boleh ubah, jual waktu matang) atas sebab kantung Perbendaharaan Negara yang telah kontang demi untuk melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

2. Adakah pihak Kerajaan Malaysia memaklumkan kepada rakyat bahawa mereka terpaksa mengeluarkan satu bon atas angin (tanpa modal) bagi mendapatkan modal untuk operasi kerajaan.

3. Bon tanpa skrip ini boleh mengundang beberapa masalah seperti tidak boleh dicagarkan, tidak boleh dijual dan tidak boleh dipindahmilikkan. Ini menyebabkan jika pemiliknya meninggal dunia, maka proses untuk menunaikan bon ini adalah sukar.

4. Bon tanpa skrip ini boleh juga mengundang pegangan asing melalui proksi mereka membeli bon tersebut. Malah penjualan bon ini menunjukkan teknik yang sama seperti sewaktu penjajahan Jepun dahulu dimana penjajah Jepun telah mencetak seberapa banyak wang kertas berlambangkan pokok pisang yang tidak mempunyai nilai sandaran.

5. Bon tanpa skrip ini mengundang beberapa persoalan dari segi perundangan dan pentadbiran kewangan negara. Adakah Bank Negara Malaysia diarahkan untuk mengeluarkan bon ini semata-mana kerana wang rezab negara telah tiada atas sebab salah tadbir urus yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan.

Rakyat Malaysia perlukan satu penjelasan kukuh dari Gabenor Bank Negara dan Kementerian Kewangan serta Perdana Menteri atas pengeluaran Bon Tanpa Skrip ini yang jelas menunjukkan kepada mata dunia bahawa Malaysia sudah bangkrap.

Disini saya sertakan keratan akhbar yang menunjukkan iklan tawaran bon tanpa skrip tersebut.Bon Tanpa Skrip

8 Comments »

  1. The Sharpshooter said,

    Sememangnya kontang TAPI hanya untuk:

    1. tambahan RM100 juta bajet buku teks anak-anak sekolah (ironinya asyik menyalak ‘modal insan!, modal insan!’)

    2. menambah dana pendidikan pengajian tinggi buat anak-anak Melayu termasuk orang Asli/Bumiputera lainnya.

    3. membangunkan wilayah mundur Melayu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Sabah dan Sarawak (IDR tak termasuk pasal barua Singapork/Zionis ada kepentingan di situ).

    TETAPI TAK KONTANG untuk:

    1. membeli jet baru RM200 juta

    2. membeli kapal layar mewah RM40 juta

    3. rumah mewah baru di Adelaide RM60 juta

    4. rasuah semua Ketua Bahagian UMNO RM600 juta

    5. terus lena pasal dengan nyenyak tidur di majlis-majlis keraian/mesyuarat itu kononnya tak melibatkan kos yang terpaksa ditanggung Rakyat (sayugia diingat AAB dipilih oleh Rakyat dalam pilihanraya tempohari untuk berkhidmat kepada Rakyat bukannya tidur memanjang tanpa kira masa kira tempat!). Gaji yg diterima itu apa hanya untuk tidur sajakah?

  2. SAO @ SitiIka said,

    Tuan,

    Saya membaca surat tuan dengan khusuk sekali. Apalah nak ceritakan seratus juta tu tuan. Saya nak hidup cari makan duit kerja RM200 sehari pun kena block.

    Ni, depa bank bank ni, dah lah lantik hindu jadi kepala, semua hindu dimasukan jadi panle dia orang, Habiq lah melayu dibuang. Saya tak tau lah, dah tu semenjak jadi bank besar ni, kita kecil kecil nak makan pun susah.

    Saya pening bila dengar mereka dok cerita semua naik, KLCI naik, IDR naik, Jambatan naik, CPO naik, semua naik lah.

    La, tolong lah orang bawah yang semuanya tak naik. Dah lah tu, bila tak naik, jemput pula orang kapiq jadi boss. NO one comes to us to help, they only come when they need help.

    That the pity when you are mr nobody.

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Bilamana manusia jenis mudah pecah amanah, kaki rasuah, pembelit dan sebagainya dilantik menjadi penguasa (ketua) dalam sesuatu organisasi atau syarikat, maka kemungkinan besar untuk syarikat atau organisasi tersebut menghadapi masalah adalah tinggi.

    Apa yang perlu kita lakukan adalah melantik, memilih atau menaikkan orang-orang yang boleh memimpin, telus, adil, saksama dan amanah menjadi pemimpin kita. Kalaupun bos kita bukan orang kafir, namun jika dia tidak amanah, telus, adil atau sebagainya, maka dia lebih hina daripada binatang.

  4. ApaiSaloi said,

    Pemimpin Telus, Adil, Saksama dan amanah! di mana kita nak cari pemimpin sebegini rupa! yg mengabdikan dirinya semata2 utk kepentingan rakyat.. bukan kerana kepentingan sendiri.. dan kroni2. Bila pemimpin dah menunjukkan sikap yg tidak elok maka tidak hairanlah konco2 pun ikut jejak mereka nih..

  5. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Selagi ada hayat dikandung badan, selagi itulah usaha pencarian pemimpin yang telus, adil, saksama dan amanah perlu dicari. Memang ianya amat susah, namun jika pemimpin tersebut ada perasaan hormat dan takut kepada Tuhannya, maka mudahlah pemimpin tersebut untuk mengubah dirinya sebaik mungkin.

  6. […] umumnya ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai pengeluaran Bon Tanpa Skrip tersebut (MJ06/12) yang telah Bank Negara Malaysia keluarkan semula pada 6 April 2007 […]

  7. Roslan Tollah said,

    Saya rasa ,pemimin yang didatangkan kepada rakyat sesebuah negara adalah antaranya berpunca dari amalan penduduk atau rakyat negara tersebut. Oleh itu sekiranya kita inginkan pemimpin yang sebenar-benarnya berkhidmat untuk rakyat maka terlebih dahulu kita semua ( orang Islam ) haruslah memperbetulkan dahulu amalan kita. Seian hanya ini yang boleh saya kongsi.

  8. Terima kasih atas komentar saudara,

    Ya, apa yang saudara komen diatas adalah benar. Perubahan adalah diperlukan untuk masa depan negara ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: