9 April, 2007

PTPTN Perlukan Penjamin?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:29 am by Ketua Perusuh

Sekitar tahun 80’an, rata-rata pelajar yang mendapat peluang menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi (Diploma atau Ijazah) di dalam atau diluar negeri meningkat dengan mendadak. Hasil usaha gigih pelajar maka peluang untuk menyambung pelajaran terbuka luas. Maka berbondong-bondonglah ramai pelajar kita pergi menuntut ilmu.

Ada yang mendapat peluang di IPTA tempatan namun bilangan yang mendapat peluang ke luar negara adalah tinggi. Rata-rata kebanyakan daripada mereka ini mendapat tajaan daripada pihak Yayasan Negeri, Biasiswa Kerajaan ataupun tajaan pinjaman pelajaran Mara.

Kini setelah 30 tahun masa berlalu, biasiswa yang dahulunya diberikan kepada pelajar cemerlang telah tiada. Pinjaman Mara seakan kontang dan susah untuk didapati. Ada keluarga pelajar yang terpaksa meminjam wang dari bank, along (lintah darat) atau cheti semata-mata untuk memungkinkan anak mereka mendapat pelajaran diperingkat tinggi.

Maka beberapa kekecohan berlaku sehingga menuntut diujudkan satu Tabung untuk membiayai pendidikan pelajar. Satu tabung yang dikenali sebagai Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (TPTN) yang dikendalikan oleh satu badan yang telah diperbadankan iaitu Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pada asasnya perjalanan tabung ini berjalan dengan lancar. Namun seperti biasa, dimana ada lubuk emas (kewangan) semestinya ada pihak yang akan mengambil peluang. Malah ada pihak yang mengkaji kelemahan tabung ini dan memanipulasi pinjaman dari tabung ini. Malah ada pelajar yang digunakan nama mereka oleh pihak ketiga (kononnya pelajar ini sedang melanjutkan pelajaran di institusi yang dikendalikan oleh mereka) semata-mata untuk menyedut keluar wang dari tabung ini.

Malah ada juga pelajar yang berpakat dengan pihak ketiga semata-mata untuk mendapatkan wang percuma dari tabung ini (kadar faedah yang rendah berbanding dengan pihak bank komersial). Kini setelah ramai yang memanipulasikan tabung ini (lebih 10.000 peminjam), maka tabung yang berduit ini telah kering kontang. Apa yang tinggal hanyalah serdak-serdak dari tinggalan pinjaman yang masih berbaki.

Kelemahan PTPTN adalah dari aspek pengurusan kutipan (pungutan) dan penguatkuasaan. Jika PTPTN sejak dari dahulu menggunakan kaedah yang tepat, mungkin kini PTPTN tidak akan berhadapan dengan masalah ini. Kini peminjam baru dikenakan syarat yang paling ketat iaitu perlukan penjamin dari kalangan ahli keluarga sebelum permohonan boleh diluluskan. (BACA SINI)

Saya kira cara ini tidak akan dapat menjamin satu pembayaran yang baik dan berkesan jika tidak disertakan dengan penguatkuasaan atau pengurusan yang baik. Malah dengan ujudnya satu skim baharu iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) menyebabkan pihak yang meminjam perlu membuat simpanan dahulu sebelum boleh meminjam bukanlah satu cara yang terbaik.

Kita khuatir SSPN pula akan diselewengkan bilamana nilai simpanan yang ada didalam akaun ini mencecah jutaan ringgit. Jika saya menyimpan di SSPN untuk anak saya, adakah kadar faedah yang disediakan oleh SSPN setara atau melebihi (jika simpanan dilakukan di bank-bank komersial).

Sewajarnya PTPTN perlu dikaji semula kerana ianya memberikan peluang untuk pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Jika teknik mendapat penjamin diteruskan mungkin ada yang tidak mampu menyediakan penjamin. Bayangkan jika keluarga pelajar itu mendapat pendapatan sekitar RM300 sebulan, bagaimana dia akan mendapatkan penjamin dari kalangan ahli keluarga.

Kerajaan Persekutuan perlulah mengkaji semula dan seterusnya memperbaiki sistem sedia ada, malah dengan pendapatan dari sumber galian seperti Minyak dan Gas atau cukai boleh digunakan untuk men”subsidi”kan perkhidmatan pendidikan awam secara menyeluruh. Jika Kerajaan ingin menjayakan K-Ekonomi, maka perlulah Kerajaan mengambil tindakan yang perlu dan mengelakkan peminjam baru PTPTN menyediakan penjamin.

Jika tidak PTPTN pastinya akan disamakan dengan mana-mana bank komersial yang biasanya memerlukan penjamin bagi setiap pinjaman. Jika ini berlaku, maka tiada gunanya kita adakan PTPTN atau SSPN (sama seperti bank-bank komersial) kerana kerajaan telah mengabaikan kepentingan umum. Ini menunjukkan pihak Kerajaan kini bersikap cuba mengambil untung daripada kesengsaraan rakyat dalam mendapatkan pendidikan tinggi.

Dengan adanya Sekolah Kluster pula maka mungkin akan menyebabkan juga kos yuran sekolah diperingkat rendah dan menengah serta kos lain menjadi tinggi sehingga memaksa keluarga pelajar mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak ketiga. Mungkin juga ada usaha-usaha kerajaan untuk mengujudkan Perbadangan Tabung Pendidikan Rendah dan Menengah Nasional (PTPRMN) satu masa nanti. Mungkin pada masa akan datang kos untuk menghantar anak-anak ke Sekolah Kluster boleh mencapai RM1500 bagi seorang pelajar.

Semua ini boleh berlaku. Kita semua boleh tunggu dan lihat…

14 Comments »

  1. Pengomen said,

    Isu PTPTN ini memang sewajarnya dibincangkan dan dikaji secara lebih terperinci..saya nak bertanya pendapat tuan Ketua Perusuh :
    1.Adakah tuan Ketua Perusuh bersetuju dengan wujudnya PTPTN ini?Adakan tuan Ketua Perusuh hanya tidak bersetuju dengan sistem pengurusannya sahaja?
    2.Tidak adakah alternatif lain (cadangan tuan Ketua Perusuh) untuk menggantikan PTPTN ini yang telah terbukti membebankan peminjam-peminjam yang telah tamat belajar dengan mewujudkan satu badan yang boleh mentadbir urusan kewangan ini secara lebih islamik dsby.

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Sememangnya PTPTN perlu dikaji semula dan diperkemaskan operasinya.

    1. PTPTN perlu ujud, akan tetapi sistem skim bantuan pembiayaan pelajaran yang lain seperti biasiswa (negeri atau pusat) serta yayasan-yayasan perlu dikekalkan. Malah pinjaman serta biasiswa MARA masih diperlukan ujud demi kelansungan sistem pendidikan tinggi negara. Sistem pentadbiran dan kutipan serta penguatkuasaan PTPTN perlu diperkemaskan dan ianya perlu ditadbir secara professional. “Loop Hole” yang ada didalam sistem pinjaman PTPTN perlu dicari dan diperbaiki supaya tiada ada pihak ketiga yang akan memanipulasikan PTPTN.

    2. Konsep pinjaman bersandar (iaitu peminjam perlu bekerja selama beberapa tahun di organisasi terpilih) perlulah diamalkan. Ini adalah satu cara dimana peminjam akan dapat pekerjaan dan seterusnya membiayai pembayaran balik secara minima. Sebagai contoh, katakan A ingin membuat pinjaman dengan PTPTN untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perkapalan, maka pihak PTPTN akan mendapatkan kerjasaman MISC untuk menaja jamin pelajar A dan seterusnya pelajar A perlu berkhidmat selama 5 tahun selepas habis tempoh pelajarannya. Dengan cara ini dapatlah A membayar pinjaman PTPTN hasil kerjanya selama 5 tahun di MISC.

    Teknik ini terbukti akan dapat mengurangkan risiko pelajar tidak mampu membayar hutang PTPTN mereka dimasa akan datang.

  3. Pengomen said,

    terima kasih utk maklum balas tuan ketua perusuh

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Maklum balas akan diberikan apabila saya ada kesempatan.

  5. Pengomen said,

    Saya tertarik dengan sistem pendidikan yang dijalankan oleh negara-negara barat.

    Mereka telah berjaya menjadikan pendidikan itu satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh pemimpin untuk rakyatnya. Mereka telah berjaya memberi kemudahan pendidikan secara percuma kepada masyarakat di negara mereka. Bermula dari pra sekolah hingga ke tahap degree dan juga phd. Mereka mempunyai kesedaran yang amat tinggi tentang peri pentingnya pendidikan untuk rakyat.

    Itu belum lagi disebut tentang kemudahan perubatan, perbankan, kecekapan kakitangan kerajaan dsby.

    Apa yang saya mahu sebutkan di sini ialah negara barat tersebut mampu menjadikan negara mereka sebagai sebuah Negara Kebajikan, membantu rakyat memperbaiki kehidupan mereka, merapatkan jurang sosial masyarakat dby.

    Apakah Malaysia, sebuah negara yang ditadbir oleh orang-orang Islam tidak mampu mewujudkan sebuah negara seperti itu. Kenapa kerajaan yang ada sekarang tidak berjaya membantu rakyat mereka sendiri untuk
    maju setaraf atau setanding dengan negara-negara lain.

    Apa komen tuan Ketua Perusuh..

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Kenapa Kerajaan Malaysia mengabaikan kebajikan rakyatnya berbanding dengan kebajikan syarikat-syarikat atau entiti asing?

    1. Kalau dilebihkan kebajikan kepada rakyat Malaysia, nanti mereka naik lemak (semua mahu percuma).

    2. Jika tahap pendidikan diMalaysia sudah tinggi, maka susah kerajaan hendak memperbodohkan mereka.

    3. Jika pentadbiran di Malaysia telus, susahlah peluang pemegang kuasa untuk menyalahgunakan kuasa.

  7. amir said,

    “1. Kalau dilebihkan kebajikan kepada rakyat Malaysia, nanti mereka naik lemak (semua mahu percuma).

    2. Jika tahap pendidikan diMalaysia sudah tinggi, maka susah kerajaan hendak memperbodohkan mereka.

    3. Jika pentadbiran di Malaysia telus, susahlah peluang pemegang kuasa untuk menyalahgunakan kuasa”

    Tergelak besar saya membaca hujah di atas.

    Sememangnya menjadi tanggungjawab pemerintah membekalkan keperluan asas kepada rakyat. Walaubagaimanapun, ianya turut bergantung kepada kemampuan sesebuah negara itu. Malaysia boleh dikategorikan sebagai senuah negara yang agak kaya. Tetapi sebaliknya yang berlaku, bila mana satu demi satu keperluan asas dilepaskan tanggunganya oleh pemerintah.

    Bukan setakat itu, tetapi mereka menjadikannya sebagai lubuk untuk memberi projek kepada kroni2. Cadangan penswastaan ambulan dan juga caj parking di HKL sebagai contoh.

    Sara hidup dahlah tinggi, boleh pulak dia kata pelik camana budak2 tuh boleh bayar duit rumah/kete etc. Cakap senang la.

    Kena tukar kerajaan gak nih.

  8. Terima kasih atas komentar saudara,

    Didalam kita menyuarakan pandangan, kadangkala perlu ada sindiran sinis yang menggunakan lenggok bahasa yang mudah dan tepat. Kadang-kadang perlu juga dikeluarkan kata-kata seakan-akan seperti memaki, namun sekali lagi lenggok bahasa menentukan sikap sebenar bahasa tersebut.

    Seperti kata budak-budak zaman sekarang, “kalau cakap straight diorang tak paham, baik lepuk jer la”

    Ingat, sebagai orang timur dan warga Malaysia, kita semua diajar agar bercakap sopan dan bersikap santun kepada semua. Tapi sekali-kali jangan biarkan orang lain naik atas kepala kita. Jangan biarkan mereka mempermainkan kita.

  9. amir said,

    22/4/07 jumpa di Cheras Leisure Mall jam 4 pm. 6th demo anti TOL

  10. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    InsyaAllah saya akan berada disana dicelah-celah orang ramai.

  11. Hopefully success

  12. mahasiswa said,

    i`m not interested with this topic..but what i know is ptptn not following the rules in islam..i`m mualaf,so..when i know bout this..i think muslim should be sensitf with this ptptn topic.ptptn is riba`.and..these not allowed in islam..saya berharap agar ptptn mengubah kepada cara islam..assalamualaikum..

  13. Bengang said,

    Saya terpanggil untuk menyatakan sesuatu tentang kemelut didalam mendapatkan pinjaman samada dari pihak MARA mahupun PTPTN.Terima kasih kepada Ketua Perusuh kerana berani mengutarakan isu ini. Apa yang dapat saya lihat wujudnya PTPTN adalah untuk meringankan dan menampung KELEMAHAN dari sudut pentadbiran dari segi memberi dan menawarkan kemudahan pinjaman kepada pelajar OLEH PIHAK YANG diamanahkan oleh kerajaan.

    Mungkin yang diamanahkan mentadbir adalah dikalangan antara mereka yang keliru dari segi takrifan unsur-unsur yang ditakbir. Mungkin ramai dikalangan mereka ini layak bekerja dijabatan Kebajikan masyarakat… tugas anda beri…beri..beri.. dan HANGUS. Tempat no satu mereka tidak layak bekerja ialah di BANK2 saudagar..kedua sebagai runner along.. Berbeza di bank saudagar dimana Our prime business is lending.. every single dollar given there must be a return.

    Tidak dinafikan dikalangan mereka yang meminjam ini tidak dapat melihat corak aliran dana dalam sesuatu organisasi pemimjam itu IBARAT aliran air yang masuk dan keluar. Bagaimana air boleh keluar lagi kalau dah tak masuk?.. simple as that..air yang tak masuk ialah mereka yang tidak membayar kembali hutang yang diberi.

    Sudah menjadi kebiasaan dikalangan bangsa melayu dimana sebut saja pinjam tapi hakikatnya ambil terus. Jadi dimana silapnya?..

    Silap pertama ialah mereka yang diamanahkan untuk mentadbir sesuatu dana itu gagal untuk mendapatkan kembali pinjaman tersebut walaupun dikelilingi dengan kemajuan teknolgi.Kalau CTOS boleh membantu pihak2 Bank dalam memberi tip off atas sesuatu inkuiri peminjam mengapa pihak yang diamanahkan tidak boleh memikir sesuatu untuk mengesan kalangan mereka yang tidak membayar hutang ini?.kegagalan anda memungut hutang2 ini ibarat anda menutup punca air yang saya andaikan tadi.Cross reference no Kad penegalan dengan agensi2 kerajaan sendiri seperti LHDN , JPA, KWSP,SSM ,sudah pasti menghasilkan sesuatu untuk mengesan mereka yang masih berhutang.

    Silap kedua ialah sifat peminjam sendiri yang tidak memberi kesungguhan dan niat untuk membayar kembali. Sifat ini adalah kanser dalam lingkungan kemelut ini.Ia tidak dapat diubat..maka..berterusaan lagi dari satu generasi ke satu generasi…dan akhirnya MARA dan juga PTPTN juga akan kering dana..sekering padang pasir..maka merempatlah generasi Melayu..

  14. hussey said,

    to bengang tentang ptptn bkn x nak bayar duit yg tlh dipinjam…tp blom keja lg..lepas ptptn push kite plak..sampe nak naik court..tu nak tolong rakyat ke,lain lah ko dah keja, dan mungkin hidup senang sikit kot.tu lah ko ckp mcm tu..kena tau jg pendapatan perkapita sesorg x sama,ade dr keluarga senang, ade yg susah,mungkin awak blom merasai situasi mcm kite nie..rasa terkilan dgn awak..kite pon tau,,utang tu wajib di bayar..siapa nak bawa utang sampe ke liang lahad…dah lah ptptn mcm amalkan riba…yg membebankan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: