8 April, 2007

Malaysia Negara Komunis Terkawal

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:57 am by Ketua Perusuh

Anda semua jangan marah bila membaca tajuk yang tertera diatas ini. Mungkin ada yang melenting, malah ada juga yang mungkin mengkeji saya mengklasifikasikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara komunis.

Setelah hampir kita menyambut ulangtahun ke 50 negara kita yang tercinta ini, kemanakah arah yang akan ditujui olehnya? Apakah yang berjaya kita bina slelama ini? Apakah wawasan masa depan negara kita?

Semua persoalan ini perlulah kita tanya kepada pemimpin kita iaitu Abdullah Ahmad Badawi & Co. Kuncu-kuncu Abdullah Ahmad Badawi & Co yang ada didalam Kabinet juga wajar kita kemukakan soalan ini.

Malaysia adalah sebuah negara komunis terkawal kerana beberapa fakta ini.

1. Semua keputusan yang dibuat oleh pimpinan negara (walaupun tidak praktikal atau munasabah) adalah muktamad dan tidak perlu dipersoalkan. Mana-mana pihak yang mempersoalkannya boleh diklasifikasikan sebagai membahayakan keselamatan negara dan boleh ditahan dibawah ISA atau Akta Hasutan. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)

2. Perbincangan secara terbuka mengenai kuasa pimpinan tidak dibenarkan kerana membahayakan keselamatan negara dan boleh ditahan dibawah ISA atau Akta Hasutan. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)

3. Kerajaan boleh mengubah mana-mana status tanah atau menghalau mana-mana penduduk diatas tanah tersebut tanpa perlu membayar apa-apa pampasan kerana termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1966 yang diperbaharui pada 1996. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)

4. Semua demontrasi atau perhimpunan awam perlulah mendapat Permit Polis. Mana-mana perhimpunan yang tidak mendapat permit perlulah diselesaikan oleh FRU dan Polis secara keras. Permit tidak perlu jika perhimpunan awam tersebut dilakukan oleh Barisan Nasional atau sekutunya. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)

5. Hanya penyiaran yang berkaitan dengan Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang boleh dipancarkan melalui radio atau televisyen pada semua masa. Parti-parti politik yang lain tidak dibenarkan menggunakan hak penyiaran. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)

6. Pilihanraya ditentukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dikawalselia oleh Barisan Nasional. Tiada ketelusan didalam semua proses pilihanraya sejak Merdeka sehingga kini. (Teknik yang sama digunakan oleh mana-mana Negara Komunis)

7. Negara Komunis biasanya memberikan peluang untuk Pemimpin mengaut apa-apa keuntungan, menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah dan boleh melambakkan harta mereka tanpa perlu risau akan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ini kerana BPR adalah dibawah kuasa Perdana Menteri.

8. Negara Komunis biasanya mempunyai Parlimen yang tidak ada kuasa untuk menyiasat Perdana Menteri atau mana-mana Menteri atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.

9. Negara Komunis biasanya akan memantau semua komunikasi dalam negara dan memaksa semua pengguna alatan komunikasi dan laman web mendaftar agar memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan. Malah PDRM memang memantau semua talian telefon dalam negara untuk tujuan keselamatan.

10. Negara Komunis biasanya mengawal matawang mereka dan seterusnya tidak membenarkan matawang mereka diniagakan secara telus dipasaran antarabangsa.

11. Negara Komunis biasanya menentukan semua propaganda kerajaan dimuatkan dalam semua buku sejarah walaupun fakta sejarah tersebut tidak tepat. Sebagai contoh ada pihak yang diletakkan sebagai wira negara sedangkan sebenarnya merekalah pembelot utama atau pihak yang mementingkan periuk nasi mereka dan bukannya periuk nasi rakyat.

12. Negara Komunis biasanya mengawal tindak tanduk semua pelajar dan mengarahkan mereka tidak terlibat dengan mana-mana pergerakan politik melainkan yang berkaitan dengan kerajaan sahaja. Barisan Nasional menggunakan teknik yang sama terhadap pelajar (Akta AUKU).

Jadi kesimpulannya… Memang Malaysia adalah sebuah Negara Komunis yang terkawal.

14 Comments »

  1. pengomen said,

    saya amat bersetuju dengan pendapat penulis mengenai malaysia sebuah negara komunis terkawal.

    tidak dinafikan perkara-perkara diatas wujud dan apa yang dikesalkan adalah ‘ketidaksedaran’ orang ramai tentang perkara-perkara ini. rakyat telah dibutakan dan dipekakkan dengan propaganda yang mereka sebarkan. dan rakyat dibisukan dengan akta-akta dan undang-undang yang mereka wujudkan.

    maka bolehlah dianggap mereka yang menjadi pemimpin negara ini adalah bapak-bapak komunis!!!

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Komunis adalah satu ideologi atau pendekatan yang digunakan untuk mengawal dan mentadbir. Oleh yang demikian itu, banyak pendekatan yang diambil oleh Malaysia menjurus kepada pentadbiran secara komunis.

  3. dasuki.tmc said,

    Dasuki.tmc bagi komen

    Saudara, apa yang telah saudara tulis artikel tersebut adalah banyak kebenarannya.
    Tapi terlalu ramai orang yang tidak tahu, mungkin buta atau pekak/tuli yang memang tidak faham. Kalau ikut agama kita ia dah jadi butas hatinya terhadap kebenaran. Allah dan Rasulnya dah beri pesan jangan buat perkara yang di larang, tapi mungkin ia sudah boleh tahan dengan panasnya api neraka Allah kelak, maka ia lakukan juga walaupun dakh kita nasihatkan. Ok kita lakukan JIHAD terhadap orang orang yang melakukan kerosakan agama, harta, maruah dan tanah air yang kita ci8ntai ini. Semoga kita dapat apa yang Allah dan Rasul janjikan SYAHID bila kita membela ugama, harta,maruah,tanahair.

    Bongkar segala korapsi/kroni.

  4. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Pendemokrasian Malaysia dimana perlulah dilakukan. Buat masa ini, hanya dengan pilihanraya yang adil sahaja yang boleh mengubah status Malaysia dari sebuat negara Komunis kepada sebuah negara Demokrasi.

    Pilihan ada ditangan kita. Sebagai rakyat, kita berhak meminta Kerajaan Malaysia membenarkan pemantau asing (PBB) yang berkecuali memantau perjalanan urusan pilihanraya kita. Kita semua kena bertegas dan menyuarakan kehendak kita dalam menentukan urusan pilihanraya yang adil dan telus.

  5. kudakepang said,

    Saudara KP:

    Ikut doktrin Buku Merah Mao yang saya curi-curi baca 35 tahun dulu, politik adalah satu bentuk peperangan tanpa pertumpahan darah, sementara peperangan pula adalah satu proses politik yang menumpahkan darah.

    Jadi, mungkinkah kita sedang mengalami era peperangan tanpa pertumpahan darah? Sebab itukah rakyat terus mengeluh panjang? Sebab itukah kroni-kroni macam Patrick Lim bermaharajalela sampai diharoknya segala apa yang wujud di anjung kekuasaan mutakhir ini? Betulkah begitu?

    Saya kena cari kepastian kerana maklumlah, saya ni kan salah seorang penyebar fitnah yang dah kena label hitam!

    Selamat brjuang dan selamat maju jaya demi agama, bangsa dan negara.

    PS: Kalau sudi, silalah kirimkan kupasan minda Saudara ke blog saya, KK dan MP.

  6. Terima kasih atas komentar saudara,

    Peperangan terbahagi kepada dua mengikut kajian yang saya lakukan.

    1. Peperangan realiti. Peperangan ini adalah semua jenis peperangan yang melibatkan pertempuran secara berhadapan, pertumpahan darah mahupun pergeseran puak-puak yang bertelingkah.

    2. Peperangan maya. Peperangan ini pula lebih kepada peperangan secara siber, “espionage”, penyusupan secara digital dan juga segala teknik yang melibatkan pemesongan minda dan kawalan yang berkaitan dengannya.

    Di era siber ini, kebanyakan negara terlibat dengan peperangan maya walaupun rakyat umumnya tidak perasan akan perkara ini. Inilah kelebihan peperangan maya.

    Namun bagi kes Malaysia, kekangan, sekatan dan halangan minda selama ini dilakukan oleh Kerajaan yang memerintah menyebabkan sampai satu masa rakyat akan memberontak secara senyap. Itulah yang terjadi kini. Bila mana rakyat merasa akan kesusahan dalam kehidupan, kos sara hidup yang tinggi, maka lambat laun mereka akan bertindak balas.

    Kerajaan Malaysia sewajarnya memperbaiki segala kelemahan dalam penyampaian maklumat, proses tindakan serta hak rakyat jika mereka ingin meneruskan kekuasaan mereka.

  7. ApaiSaloi said,

    Adakah Putrajaya .. Kremlin no 2.

  8. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Persoalan Putrajaya adakah sama seperti Kremlin adalah satu persoalan yang subjektif. Namun jika kita kaji dengan mendalam dan secara ilmiah kita akan mendapati persamaannya dari beberapa suduit yang tertentu.

    Apa yang pastinya, Malaysia memang sebuah negara komunis yang terkawal.

  9. O'DENG said,

    KALAU TIDAK MENGAKU KOMUNIS PUN,TETAPI ‘UMNO’ PERALAT KRAJAAN ‘BN’ DGN CARA KOMUNIS.ABDULLAH KEPALA KOMUNIS&’SB’ POLIS RAHSIA…………………………….

  10. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Biasalah, susah sikit kita nak mengaku jika kita salah. Tapi amat senang untuk kita mengaku yang kita betul.

  11. […] at 1:23 am by Ketua Perusuh Bagi yang tidak berkesempatan membaca artikel saya yang bertajuk Malaysia Negara Komunis Terkawal (bertarikh 4 Ogos 2007), saya nasihatkan anda mengimbas kembali dengan membacanya […]

  12. […] yang tidak berkesempatan membaca artikel saya yang bertajuk Malaysia Negara Komunis Terkawal (bertarikh 4 Ogos 2007), saya nasihatkan anda mengimbas kembali dengan membacanya […]

  13. Pemuda KB said,

    Perkataan komunis terhadap UMNO adalahs sesuatu yang tak wajar…kerana sejarah telha membuktikan bahawa kerajaan Malaysia telah menghancurkan komunis menjajah tanah melayu dan malaysia.

    Kerana Kerajaan lah, komunis hancur di bumi kita,serta dapat mengecapi keamanan pada hari ini.tetapi adakah betul tindakan PAS dan DAP ingin membawa balik Ching peng satu tindakan yang betul yang ternyata komunis !

    Islam dihina oleh Pakatan Rakyat sendiri, dan disokong oleh Nik Aziz?dakwah lah sesama kita, berdakwah lah kepada DAP dan PKR…

    Bukit Kepong bukti sejarah kezaliman komunis !! sekarang anda dalam aman, so sedap lah nak cakap apa…dulu tak sempatnak buat komen apa pun..sekarang apa yang kamu guna untuk dakyah kamu di bawa kemajuan oleh kerajaan Barisan nasional…

    DAP bukan lah penganut agama Islam, tetapi dulu bukan main kata kat BN macam-macam…sendiri tak bela bangsa sendiri dan agama sendiri….

    Yang merancang rusuhan anti ISA , latar belakang dari lepasan unuversiti US dan juga Eropah…masih muda dan berjiwa muda…as happy go lucky..so suka lah ikut budaya barat..merusuh!

  14. Hans said,

    Nak bg salam pd kamu ni serba salah krn kamu briealogikan marxis!islam x bleh bsatu dgn komunis spt cubaan sukarno melalui NASAKOM! malaysia negara islam dan bkecuali walaupun rapat pd barat..tanpa ‘cara’ komunis yg kamu label pd kerajaan ada tlalu byk kebaikan salah satu keamanan!nak merusuh mcm kat indonesial?siapa rugi?AUKU?pelajar universiti bleh mengundi tp x bleh bkempen atau tlibat dlm politik krn mrk perlu blajar..mcm tentera dimalaysia,mrk bleh mengundi tp x bleh bkempen maupun tlibat dlm politik..dlm buku yg dìharamkan iaitu API DALAM KEMERDEKAAN tulisan anak melayu komunis bglar MEGAT TERAWIS dah bongkar yg komunis itu adalah AWAS,API,KMM,PKM..kini bgrak bwah nama politik …


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: