7 April, 2007

Identiti Saya Tidak Penting!

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 3:29 am by Ketua Perusuh

Kepada:

SEMUA PELAYAR LAMAN BLOG INI.

1. Saya memberikan komentar dan ulasan berkaitan dengan isu semasa yang berkait rapat dengan sentimen yang ada di Tanah Air Tercinta ini. Oleh yang demikian, mungkin ada beberapa komentar saya yang boleh dikatakan pro pembangkang oleh pihak-pihak tertentu. Seperti mana anda sedia maklum, anda mungkin tidak boleh mengembirakan semua orang pada semua masa. Jadi begitulah dengan saya.

2. Semua fakta yang didedahkan didalam blog ini memang ada dokumen sokongannya. Namun atas sebab-sebab tertentu, maka saya rasakan perlu untuk saya lindungi dokumen tersebut dari pendedahan. Cukuplah sebahagian isi kandungan dokumen tersebut saya dedahkan supaya anda semua dapat mengkaji dan seterusnya menjejaki keseluruhan dokumen atau isu yang didedahkan.

3. Saya bukannya orang politik dan saya tidak perlukan kuasa (BACA SINI). Oleh yang demikian saya rasakan bahawa sewajarnya tiada pendedahan tentang siapa saya diperlukan. Identiti saya tidak penting tetapi negara ini amatlah penting. Waris-waris dan kedaulatan negara ini lebih penting dari saya. Saya bukanlah pemimpin akan tetapi sayalah pencambah pemikiran kritis dan “check & balance” yang diperlukan oleh negara ini.

4. Yang adil dan telus perlulah kita sokong dan dokong manakala yang zalim dan korup perlulah kita tentangi atau lawan dari dahulu, kini dan selama-lamanya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan atau tindakan yang anda lakukan akan dinilai dan dipersoalkan dihadapan Allah S.W.T dihari pembalasan nanti.

5. Jika ditakdirkan Kerajaan Malaysia akan menapis dan menghadkan serta menutup ruang Internet semata-mana untuk mengelakkan Kerajaan Malaysia dikritik, maka perjuangan ini akan diteruskan lagi dengan menggunakan medium-medium yang lain sehinggalah Kerajaan Malaysia menjadi telus dan adil serta berdemokrasi tulen.

Jadi… Kesimpulannya….

“There is another way around if there are some blockage happen and you will never knew who hit you until it’s too late” – Tuan Haji Ketua Perusuh

13 Comments »

  1. Hasrul Halid said,

    Count me in!

  2. pengomen said,

    betul ke tuan ketua perusuh nie dah pegi haji? 🙂 hmm setahu saya belum lagi :p

  3. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Sudah menunaikan haji atau belum bukanlah satu persoalan utama. Apa yang pasti ialah Haji adalah satu tingkat dimana seseorang manusia (Muslim) sewajarnya capai dalam hidup ini.

    Ada orang yang telah pergi menunaikan Haji, tetapi masih melakukan maksiat. Ada juga yang sengaja mendapatkan “title” Haji semata-mana mengaburi mata orang lain. Malah banyak lagi perkara yang berkaitan dengan Haji.

    Apa yang saya ingin tekankan disini ialah “Jika anda telah menunaikan Haji (i.e Abdullah Ahmad Badawi), maka berperangailah seperti orang yang telah menunaikan Haji” dan jangan jadi SYAITAN (i.e SETAN).

  4. Kekhuatiran Pembesar Kerajaan ada asasnya apabila para blogers / gurila mempunyai fakta, tidak emosi serta mampu bersatu walau berlainan warna politik.

    Insyaallah Tuan, perosak negara akan menanggung akibat diatas apa yang mereka lakukan.

  5. Terima kasih atas komentar saudara,

    Setiap hati yang bersalah akan merasa tidak tenteram. Lambat laun orang lain akan tahu kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan.

  6. art said,

    Tahniah kerana memberikan komen atau analisis yang boleh membuka minda mereka yang tertidur. Sesungguhnya bangsa kita [Malaysia] suka tidur walaupun terdapat fakta-fakta tak rasional berlaku didepan mata…!. Lagipun baru nak celik mata dah disogok semula dengan gula-gula disuruh tidur semula dan didodoi dengan lagu gemersik. “Tidurlah…tidur…tak ada apa pun berlaku kat luar tu..semua baik….” Saya akan sentiasa mendekati analisis dari saudara kerana fakta atau info yang diberikan memang relevan. Teruskan….

  7. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    InsyaAllah, jika terdapat kesempatan ruang masa dan fakta, saya akan berikan analisis lain bersesuaian dengan konteks pendemokrasian Malaysia. Kita (rakyat Malaysia) perlu sedar demi untuk mempertahankan kedaulatan negara kita yang tercinta ini.

  8. bicara4negara said,

    tahniah dan terima kasih kpd ketua perusuh.
    Jikalau ada 100 orang seperti ketua perusuh dalam malaysia ini yg bertanggungjawab utk menjaga negara, insya Allah Malaysia negara kita akan selamat.

    teruskan ketua perusuh dgn agenda yg bauk ini.

  9. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Keselamatan dan kedaulatan negara adalah paling penting. Tanpanya siapalah kita dimata dunia.

  10. Skali Skala said,

    Teruskan perjuangan sandara. Ramai rakyat yang perlukan pendedahan sebegini

  11. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    InsyaAllah, perjuangan akan diteruskan sehingga keselamatan dan kedaulatan negara ini terjamin keseluruhannya.

  12. manikurai said,

    KALAU NAK BUAT KEBAIKKAN LAKUKAN DENGAN PERKARA DAN PERLAKUAN YANG BAIK.

    BILA MERUSUH DIMANA ADA LAGI KEBAIKAN…..AKAN JADI PERKARA BURUK
    LUMRAH ….

    KALAU DAH GELARKAN DIRI KETUA PERUSUH……..PASTI.. NAMA PUN DAH LAHIRKAN UNSUR KEKEJAMAN

    TIDAK AKAN LAHIR KEBAIKAN DARI PERLAKUAN YANG MERUSUH
    AMINNNN

  13. *tweety* said,

    tanpe kt sdri, ada benda tersrt di page ni yg semgnya perlu di fhmi oleh msyrkt kini


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: