5 April, 2007

Surat Terbuka Untuk KTAK?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 8:31 am by Ketua Perusuh

Surat Terbuka
Untuk Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
(u/p Shahziman Abu Mansor)

Tuan,

Disini saya ingin memberikan cadangan agar isu blogging ini tidak akan mengancam keselamatan negara.

1. Pastikan semua ISP didalam negara memasang pekakasan atau perisian “filtering” yang mana akan menyekat semua perkataan yang ada kaitan dengan,

a) Blog
b) Pembangkang
c) Anti Kerajaan
d) PAS
e) DAP
f) PKR

atau mana-mana perkataan yang dirasakan sesuai supaya rakyat Malaysia tidak dapat melayari laman web tersebut.

2. Sediakan satu pasukan pemantau dan penguatkuasaan yang berkuasa penuh untuk menggeledah mana-mana komputer milik rakyat Malaysia pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

3. Jangan benarkan rakyat Malaysia memiliki komputer secara persendirian. Semua komputer perlulah disewa daripada pihak kerajaan dan ianya membolehkan pemantauan dilakukan dengan mudah.

4. Jangan benarkan akses Internet secara bebas seperti sekarang. Jika mana-mana pihak ingin mengakses Internet, mereka perlulah menggunjungi mana-mana balai polis yang berdekatan untuk menggunakannya (dengan pemantauan maksima).

5. Mana-mana organisasi perniagaan yang memerlukan akses kepada Internet perlulah mendapatkan PERMIT POLIS sebelum akses dibenarkan.

6. Mana-mana pihak yang didapati membuat sambungan Internet secara haram (tanpa permit Polis) perlulah ditahan serta merta dibawah Ordinan Darurat atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

7. Haramkan sahaja semua parti politik pembangkang (hanya BN sahaja yang boleh beroperasi) dan tangkap mana-mana pihak yang membangkang dibawah Ordinan Darurat, ISA atau Akta Hasutan.

Saya amat berharap agar idea saya diterima oleh pihak tuan dan seterusnya dilaksanakan secepat mungkin.

Sekian Terima Kasih,
Majulah Sukan Untuk Negara.

Yang Berkhidmat
(p/s ….. errr… Nak nombor IC saya ke?)

15 Comments »

  1. Hasrul Halid said,

    Boleh tambah sikit tak? Kalau boleh…

    8. Cedok bulat-bulat segala undang-undang Singapura dan pastikan setiap anggota kabinet bersedia untuk menyaman siapa sahaja hingga muflis.

  2. Terima kasih atas komentar saudara,

    Mana-mana pihak yang ada idea tambahan bolehlah kemukakan disini.

  3. Mantap-mantap….

  4. En Amin,

    Anda ada idea tambahan? Jika ada sila kemukakan.

  5. syafiqsunny said,

    g. Jean Decker.

  6. Terima kasih atas komentar saudara,

    Masih adakah lagi yang ingin ditambah oleh pelayar blog ini? Jika ada sila kemukakan.

  7. pengomen said,

    saya nak tambah nasi tuan Ketua Perusuh,boleh?..hehe

    saya cadangkan agar kerajaan menghapuskan semua komputer dan menggantikannya dengan mesin taip.fungsinya sama je cuma mesin taip x leh surf intenet..hehe

    baru la berkesan nk pantau kaki2 blog nih..

  8. Terima kasih atas komentar saudari/i,

    Bagus juga cadangan tersebut. Ini akan menyebabkan syarikat Olivetti akan hidup kembali (resurrected) dan meneruskan tradisi membekalkan mesin taip lama (Olivetti Lettera 25) atau yang seangkatan dengannya.

  9. 9999. Yb Shaziman letak saja jawatan. Memalukan

  10. Terima kasih atas komentar saudara,

    Perletakan jawatan sahaja tidak memadai. Dia perlu insaf dan menarik balik kata-kata yang dilemparkan kepada para blogger.

  11. anaconda said,

    kes serupa la rokok tak boleh hisap tapi disediakan ashtray…. tapi kesian gak kat kedai jual komputer tu +++ lupa lak kontrektor (makmal komputer sekolah)… tak leh cari make gu…

  12. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Pembekal komputer untuk makmal komputer sekolah adalah orang yang dalam bidang tersebut, akan tetapi syarikat yang mendapat kontrak pembinaan makmal komputer bukannya syarikat pembinaan, syarikat komputer atau yang sipi-sipi dengannya, namun mereka yang dapat ini adalah disebabkan mereka kroni (ahli UMNO cawangan, bahagian) dan sebagainya.

    Itulah masalahnya menyebabkan majoriti makmal komputer sekolah tidak siap, bermasalah atau tidak mengikut piawaian.

  13. tun_telanai said,

    Tambah sedikit lagi :

    9. Mana-mana orang yang ingin atau bercadang hendak menjadi penulis tidak kira sama ada dalam media massa biasa atau mlalui internet, dikehendaki lulus ujian yang dikendalikan oleh BTN dan mendapat permit khas daripada pihak polis. Sesiapa yang didapati melanggar peraturan ini mandatori penjara tidak kurang daripada 20 tahun dan hukuman sebat tidak kurang daripada 100 sebatan.

    10.Tidak dibenarkan sesiapa sahaja yang menulis secara bebas yang boleh mendatangkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Sesiapa yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO [bukan mahkamah biasa], maka orang itu akan dijatuhi hukuman mandatori gantung sampai mati. Tidak boleh merayu di mana-mana mahkamah atau agensi keadilan didunia ini.

    Sekian, cadangan saya, saya amat berharap Kementerian terlibat menerima cadangan bernas ini bagi membentukrakyat yang mempunyai jati diri dan sebuah tamadun bangsa untuk rujukan generasi akan datang. Wassalam.

  14. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Satu cadangan yang bernas dimana ianya boleh diambil kira untuk menjayakan misi KTAK dimasa hadapan.

  15. art said,

    11. Mana-mana rakyat Malaysia yang ingin melayari Internet haruslah berdaftar dengan Suruhanjaya Internet Malaysia/Singapura – dicadangkan penubuhannya dengan hak eksklusif kawalannya oleh ECM-LIBRA dan SCOMI
    12. Diwajibkan semua rakyat Malaysia yang surf Internet perlu menggunakan Search Engine kerajaan [Google, Yahoo dll diharamkan] Gunalah nama : SCOMI Search Engine
    13. Bagi Telekom jer kontrol semua sbg pembekal jaringan [haramkan yg lain] barulah cun. Kan servis Telekom melalui Streamyx memang terbaik didunia. Streamyx, tersangkut-sangkut, itulah moto kami.
    14. UMNO diberikan peruntukan besar-besaran untuk membeli ranking 1-1000 dalam semua search engine atau keyword meta search [spt yg dinyatakan oleh KPerusuh] supaya semua pergi kedlm web UMNO jer. Kan semua yg UMNO buat semua betul? Sampai baru dilantik jadi wakil rakyat setahun dah bleh buat rumah berjuta depan matapun boleh cakap “alah…rezeki dia, dia sebuk…[main golf]”.
    15. Buatlah laman galeri UMNO yg menunjukkan kemewahan rumah-rumah wakil rakyatnya…buat ranking…siapa paling kaya dan termahal buat rumah. Dan buat satu lagi galeri…siapa paling bodoh dari kalangan rakyat dikawasan ADUN @ Parlimen? Barulah semua pengunjung berasak nak ke laman UMNO dan Kerajaan sahaja
    16. Semua penulis blog ditahan serta merta [tak kiralah dia penulis politik, pengkritik, pejuang sosial, NGO’s, budak-budak, perempuan dll] sebab setakat ini semua pemimpin UMNO yang tukang angguk semua buat tuduhan kpd para blog secara umum, penganggur, pengacau…hantar ke BTN kemudian bagi kerja dikilang SCOMI tanpa gaji dan dipaksa sbg buruh paksa dengan mana-mana proksi ECM-LIBRA
    17. Senang cerita, pindahkan semua hak eksklusif penyediaan rangkaian kpd Singapura kerana udah tersedia maklum Krjn Malaysia memang syok sungguh2 dgn sistem pentadbiran Singapura. Bagilah deme yg kontrol, kan diaorang memang famous pasal isu kontrol minda ini hingga rakyat deme jadi robotik society……


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: