3 April, 2007

PTD di JPN?

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 1:59 am by Ketua Perusuh

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) adalah satu jawatan khusus yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam organisasi pentadbiran Kerajaan Persekutuan. PTD biasanya dikaitkan dengan tugas-tugas pentadbiran organisasi. Walaupun PTD sememangnya berpengalaman mentadbir, tapi bukan semua cabang organisasi mampu ditadbir dengan berkesan olehnya.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sejak dahulu lagi adalah satu organisasi yang ditadbir sepenuhnya oleh pegawai bertauliah dalam bidang perguruan dan pendidikan. Ramai pegawai yang berkhidmat disana terdiri daripada pegawai-pegawai yang berakar umbi dari sekolah sama ada rendah atau menengah, malah ada pula hasil dari Maktab Perguruan atau Institut Aminuddin Baki (IAB).

Kini ada ura-ura untuk meletakkan PTD didalam organisasi JPN. Kesemua kesatuan guru seluruh Malaysia membangkang idea ini kerana merasakan peluang untuk naik pangkat akan terhad dengan kemasukan ramai PTD yang mana akan menyekat peluang yang sememangnya terhad. Malah PTD sememangnya tidak berkemampuan malah tidak faham susur galur operasi pentadbiran pendidikan di JPN.

Persoalannya disini ialah kenapa agaknya PTD diletakkan di JPN? Adakah pegawai di JPN memang tidak tahu mentadbir? Adakah pegawai JPN tidak bertauliah untuk mengurus? Adakah pegawai JPN tidak mahir urusan berkaitan pejabat? Atau ada agenda lain dari pihak Kementerian Pelajaran atau JPA? Inilah yang menjadi persoalannya.

Umum sedia maklum bahawa biasanya pegawai PTD telah didoktrinkan dengan sentimen Pro Kerajaan secara “hardcore”. Mereka-mereka inilah biasanya yang menjadi mata dan telinga pihak Kerajaan dalam semua sektor. Kini, dalam keadaan diambang pilihanraya umum, maka ada agenda pihak tertentu yang ingin meletakkan mata dan telinga kerajaan ini didalam perkhidmatan pendidikan terutamanya di JPN.

Rata-rata guru dan kakitangan pendidikan biasanya berfikiran terbuka, kritis dan inovatif. Kita semua sedia maklum ada dikalangan kakitangan pendidikan dan guru yang terlibat secara aktif dalam politik semasa. Sebenarnya inilah yang mencorak situasi di Malaysia. Mereka-mereka inilah dahulunya yang mencambahkan sentimen anti penjajahan di Tanah Melayu. Kini mereka juga yang diyakini berupaya mencorak sentimen masyarakat dalam politik di Malaysia.

Cerita-cerita bahawa PTD akan mengurangkan peluang pegawai pendidikan menjawat jawatan di JPN serta kononnya PTD lebih pandai mentadbir adalah satu cerita-cerita sampingan yang mengalihkan idea sebenar kenapa PTD ingin diserapkan didalam JPN dan perkhidmatan pendidikan.

Jika projek kemasukan PTD ini diteruskan, nescaya para pegawai perkhidmatan pendidikan serta guru tidak akan mampu untuk meneruskan tugas mereka sebagai pemangkin keterbukaan rakyat dalam politik. Ini kerana PTD ini akan menjadi mata dan telinga kerajaan. Jika ada pegawai dan guru yang tidak Pro Kerajaan atau membangkang, maka bersedialah sama ada akan dikenakan tindakan displin atau ditukarkan ke kawasan pedalaman.

Jangan terkejut jika PTD berjaya diserapkan nanti, ramai kakitangan pendidikan akan ditukarkan ke kawasan pedalaman atas berbagai alasan. Malah mungkin ada yang akan kehilangan kerja atau digantung tugas kerana dituduh terlibat secara aktif dalam politik pembangkang. Tetapi akan ada pegawai yang akan naik pangkat dan tangga gaji kerana terlebih aktif dalam politik Pro Kerajaan.

Anda boleh baca dan buat analisa anda sendiri di sini dan di sini.

14 Comments »

  1. chegubard said,

    aku setuju kerana !. beri ruang untuk guru-guru naik pangkat …2. beri ruang guru yang mentadbir kerana mereka lebih memahami dunia perguruan dari mereka yang hanya mentadbir dan memberi arahan…

  2. Terima kasih atas komentar anda,

    Seperti kata pepatah “Hanya Jauhari yang mengenal Maknikam”. Isu ini lebih tertumpu kepada “Biarlah hanya yang arif mengendalikan bidang mereka sendiri”.

    Anda semua bayangkan begini. Bagaimana jika perkara ini berlaku. Apakah hasil yang akan dijanakan. Fikir-fikirkanlah

    1. FAM dikendalikan (diurus) oleh pakar Badminton (Keluarga Sidek)
    2. PDRM dikendalikan (diurus) oleh pakar Ekonomi (Bank Negara)
    3. Perdana Menteri dilantik dari kalangan budak tadika KEMAS.

  3. Pendidik Teraniaya said,

    Di atas kertas secara teorinya memang nampak cantik. Pendidik mengurus pendidik. Tapi kenyataannya, tidak semestinya begitu. Tahukah Sdra/Sdri bahawa terdapat segolongan pendidik amat mengalu-alukan kehadiran ‘orang luar’ menguruskan pendidik sama ada di peringkat sekolah, PPD mahu pun Jabatan?

    Dalam dunia pendidikan sendiri, telah sekelian lama wujud budaya KKN – kronisme, korupsi dan nepotisme. Selain itu, wujud budaya feudalisme dan ampuisme. Yang atas adalah ‘raja’. Akibatnya, terdapat ramai warga pendidik tulen, yang berusaha bersungguh-sungguh memartabatkan profesion perguruan, akhirnya menjadi mangsa budaya-budaya negatif yang diamalkan oleh pihak-pihak pengurusan atasan yang juga bergelar pendidik.

    Golongan ini ditindas malah ada yang diperlakukan secara yang cukup tidak masuk akal semata-mata tidak berada dalam kelompok kroni dan pengampu. Tindakan yang paling popular ialah menukarkan para pendidik yang tidak sehaluan dengan pihak atasan secara sesuka hati (yang bertujuan untuk mendera/menganiaya). Selain itu, ada juga pendidik yang sengaja disekat atau dilewat-lewatkan urusan kenaikan pangkat semata-mata kerana tidak pandai mengampu dan membodek.

    Malahan, kini pihak kesatuan guru pun sudah kelihatan ‘tunduk’ dan tidak bermaya untuk membela nasib para pendidik (ahli kesatuan) yang teraniaya. Slogan kesatuan membela ahli hanyalah satu retrorik. Jika sudah begitu keadaannya, kepada siapa lagi para pendidik hendak mengadu?

    Sebenarnya memang cukup ramai golongan pendidik tulen yang bersemangat tinggi, kini telah menjadi mangsa. Sudahlah segala usaha dan kejayaan mereka tidak dihargai, semangat mereka pula di’bunuh’ oleh pihak yang sepatutnya menjaga dan memelihara kepentingan para pendidik.

    Bunyinya pelik, tapi itulah salah satu keadaan yang betul-betul wujud sehinggakan golongan ini merasakan adalah lebih baik pihak luar datang mentadbir dan mengurus golongan pendidik. Wallah hu’alam.

  4. Terima kasih atas komen saudara/i,

    Memang kita semua sedia maklum akan situasi yang saudar/i kemukakan. Faktanya memang jelas. Cuma yang agak merunsingkan ialah jika orang luar yang tidak ada asas dalam bidang yang akan dikendalikan mengendalikan sesuatu pekerjaan.

    Cukuplah masalah yang sedia ada didalam institusi pendidikan dan janganlah ditambah lagi dengan masalah baharu yang menyenakkan.

  5. The Sharpshooter said,

    Bebalisme Abdullah Ahmad Badawi:

    1. Menyalak “Modal Insan!”, “Modal Insan!”, “Modal Insan!”. Macam apek jual ikan tepi jalan.

    Tapi:

    (i) batalkan cadangan pemberian buku teks kepada semua pelajar sekolah hanya kerana tak mampu lagi nak bagi RM100 juta tambahan (beli kapal layar boleh pulak, beli jet baru RM200 juta boleh pulak, beli rumah kat Australia RM60 juta mampu pulak)

    (ii) kurangkan bajet untuk pendidikan dalam bajet yg lalu (penurunan 20% berbanding tahun sebelumnya)

    2. Melalak pasal ketelusan dan integriti sehingga menubuhkan PIN dan IIM. Tapi bila kena tang batang hidung sendiri tak nak declare harta anak beranak. Apa punya integriti Hadhari ini?

    3. Sebok bercakap “ada banyak KERJA yg nak dibuat” tapi asyik hayun kayu golf sana sini dan sempat pulak makan nasi kandar sampai pi jauh kat Adelaide sedang Rakyat dalam kesedihan dan dilanda musibah banjir di Johor.

    (Apalah punya rendah harga diri orang Johor hingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa… kini WPI pula diganyang semahu-mahunya! Apalah punya bangang Jawa Johor sanggup diperbudakkan dan diperlekehkan sedemikian rupa? Harap saja MB orang ekonomi tapi sekongkol sama Singapork dan Yahudi membelasah, menghina, menidakkan hak bangsa sendiri! Apalah punya rendah pemikiran watan Johor seperti Musa Hitam dan Shahrir samad sanggup melacurkan nasib anak bangsa sendiri hanya kerana telah diuliti wang dan pangkat sanggup menjilat punggung AAB menyembah Singapork dan Zionisme!). Aku cabar kamu Rakyat Johor! Sesia UMNO ditubuhkan di Johor. Sesia perjuangan Dato’ Onn selama ini. Jangan biarkan AAB, KJ, Hishamuddin, Syed Hamid menelanjangkan maruah bangsa dan martabat anak Johor!

  6. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Ya, memang kita semua marah. Hak dan kedaulatan negara ini semakin hari semakin dicabuli. Semakin hari semakin kurang kekuatan jati diri kita sebagai warga Malaysia. Semakin hari semakin kecil kek ekonomi kita.

    Permimpin yang cuai, leka, menyalahgunakan kuasa, rasuah dan sebagainya semakin hari semakin besar kepala. Namun sebagai warga Malaysia yang sejati kita perlu menjaga perilaku dan adab kita yang mana bersopan didalam berkata-kata dan bersantun dalam tingkah laku.

    Namun.. sindiran dan kritikan yang pedas perlulah dihamburkan dari masa kesemasa semata-mata untuk menyedarkan rakyat semua akan kesan jika dibiarkan “Ulat Bulu Masuk Ke Mata”.

  7. spudals said,

    Saudara,

    Pernah dengar tak bahawa PTD merupakan penentu masa depan negara? Bukan nak kata tetapi memang pada hakikatnya, merekalah yang menentukan samada:

    a) gaji semua penjawat awam;
    b) elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan bagi penjawat awam;

    dan lain-lain lagi nikmat yang dikecapi oleh penjawat awam.

    Namun begitu, biarlah PTD buat apa yang mereka rasa “the right thing to do”. Bak kata pepatah, “Let the leaders lead, let the administrators administer and let the teachers teach.” Jangan lupa bahawa penjawat awam di Malaysia “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” bukan untuk kepentingan diri masing-masing.

    Ada juga pihak merasakan apabila guru-guru berada di JPN, kerja semua tak jalan. Begitu juga laporan nazir-nazir sekolah yang sepatutnya mengeluarkan statistik status persekolahan negara. Bahkan, para kontraktor juga mengatakan “memang senang kerja dengan cikgu; senang diperbodohkan pasal duit, semua mata jadi buta. dengan PTD ni payah sangat sebab terlalu banyak prosedur yang nak kena ikut.”

    Apapun, kalau PTD masuk JPN, akan hilanglah “mata pencarian” guru-guru tak sedar diri di JPN. Kalau tidak, masakan banyak kompleks kuarters guru dan makmal komputer sekolah retak, runtuh dan hampir binasa…

    -just my tots-

  8. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    Komen anda ada benarnya, namun bagi saya (pandangan peribadi saya) adalah lebih baik jika bidang keguruan ditadbir urus oleh mereka-mereka yang mahir dalam bidang keguruan ini. Bukanlah kurang pentadbir dalam bidang keguruan ini. Malah ramai daripada ahli-ahli korporat atau pengarah-pengarah jabatan kerajaan yang datangnya dari bidang keguruan.

    Memanglah disana sini terdapat kepincangan hatta dalam perkhidmatan bank sekalipun ditadbir oleh akauntan dan pakar kewangan bertauliah. Tidak dinafikan kepincangan boleh berada dimana-mana sekalipun ianya dikendalikan oleh yang pakar.

    Malah (saya ambil satu contoh) ada juga dikalangan pakar motivasi kita (yang ternama) yang tidak mengikut apa yang diajar dalam siri motivasi mereka dalam kehidupan seharian mereka. Malah ada yang “Seperti Ketam Menyuruh Anaknya Berjalan Lurus”.

  9. berkhidmat untuk negara said,

    Saudara,

    sebenarnya ada pro n kontra dalam setiap tindakan…maka yang terbaik adalah apa yang terbaik yang dipikirkan perlu oleh kerajaan..
    dewasa ini kita lihat..berapa ramai anak-anak kita yang keracunan makanan hasil hidangan kanti-kantin sekolah? berapa ramai yang tersedut susu masam hasil daripada program susu di sekolah?berapa banyak makmal yang gagal disiapkan di kebanyakan sekolah seluruh malaysia?

    tugas guru mendidik…memberi ilmu…melahirkan manusia berguna..kita sanjung pengorbanan guru…itu kepakaran anda.jadi, gunakanlah sepenuhnya kepakaran anda itu untuk melahirkan insan berilmu dan bermaruah..

    PTD.. tuganya mentadbir..mereka tidak boleh berpolitik seperti guru-guru yang budiman..mereka badan berkecuali… biarkan isu pentadbiran diserahkan kepada yang hak..yang penting ikhlas dan jujur…biarkan tugas pentadbiran diserahkan kepada mereka yang sanggup bekerja 25 jam sehari dan 8 hari seminggu…ingatlah, tugas pentadbiran bukan sekadar sehingga pukul 2.30 petang…

  10. aku kata said,

    hairan gak ada juga orang kata guru2 tak pandai mentadbir. yang aku tahu pentadbiran asyik kena mai kursus je kat hotel2 di langkawi ni. (untung aku) tak kan depa tak pandai lagi mentadbir. kalau macam tu rugi la duit kerajaan.

  11. Losernya lah kau ni said,

    Inilah masalah org kita. Main ckp je membuta tuli tanpa fakta yang tepat. Suka2 je ckp PTD buat sume jawatan dkt JPN dan KPM. Do your research la Bro. Kat KPM pun ada dua wing, yang bahagian profesioonal yang melibatkan perguruan harta penempatan dan pertukaran tu sume GURU sahaja yg jawat. PTD di KPM hanya uruskan selain daripadamelibatkan PROFESIONALISME perguruan. Jgn ckp PTD Pro kerajaan sbb byk je bekas PTD yg kuar dan join pembangkang.

    PTD dan guru bekerjasama dlm KPM dan JPN xde masalah pun. Siap boleh tolong menolong lagi. Orang luar pulak sibuk-sibuk nak mengadu domba. Berapa banyak pegawai PPPS (guru) di KPM dan JPN yang serik dah xnak balik sekolah balik untuk mengajar padahal tugas hakiki mereka adalah mengajar. (NAMPAK SANGAT X IKHLAS JADI CIKGU DULU)

    Do your research la. Berapa byk JPN seluruh Malaysia yang keadaan mendesak dan kekosongan kritikal PTD mohon JPA htr PTD ke jabatan mereka. Kenapa? Kalau tak bagus kenapa PTD2 ni dimohon untuk dihantar ke JPN dan KPM secepat mungkin? Lihatlah macam di JPN Johor yang mengalu-alukan kedatangan PTD ke Jabatan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm.

    Rezeki sume masing-masing. Yg bagus naik 44 cepat, yang tak bagus kena work hard sama macam org lain. Malah kalau nak kata psl cepat naik pangkat, skim L untuk pegawai Undang-undang lagi cepat naik kot, kenapa bro tak hentam?

    Mungkin dlu bro nak apply PTD pastu fail PAC byk kali sbb xlepas fitness test dan skrg cari point untuk jatuhkan PTD.

    Wakeup la bro. PTD skit pun tak terguris.! Sbb tu la KAMU JEALOUS!

  12. Tho Ha said,

    Rezeki Masing2. Aku Setuju. Kawan Aku Masa Di Kampus Tidur Je. Group Assignment Aku Sengsorang Yang Bertungkus Lumus Siapkan Dia Tumpang Markah Je. Sekarang Kawan Aku Yg Kerjanya Tidur Tu Jadi Pegawai Tidur Duduk.

  13. Great post. I used to be checking constantly this blog
    and I’m inspired! Extremely helpful information particularly the final part🙂 I take care of such information much.
    I used to be looking for this particular info for a
    very long time. Thank you and best of luck.

  14. Greate pieces. Keep writing such kind of info on your site.

    Im really impressed by your site.
    Hi there, You’ve done an incredible job. I’ll certainly digg it and in my view recommend to my friends.
    I am confident they’ll be benefited from this site.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: