2 April, 2007

Segenting Kra? (Episod 1)

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 7:49 am by Ketua Perusuh

Apakah itu Segenting Kra? Mengikut pemahaman umum, Segenting Kra adalah satu wilayah atau kawasan yang paling kecil (sempit) daratannya diantara Lautan Andaman dan Teluk Siam. Bagi rakyat Malaysia, Segenting Kra bermaksud kawasan kawasan diantara wilayah Narathiwat, Songkla malah Hadyai.

Kawasan ini adalah antara kawasan paling strategik dari segi ekonomi jika ditadbirkan dengan baik dan aman. Kini Segenting Kra adalah satu kawasan yang agak bergolak dan berbahaya untuk diduduki atas sebab keganasan yang berlaku disana.

Kenapa Segenting Kra menjadi persoalan kita. Tahukah anda semua, bahawa satu masa dahulu kawasan ini adalah milik Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Kelantan. Namun pihak British telah menggunakannya sebagai satu agenda mereka untuk mengawal kerajaan Malaysia dan Thailand (Siam).

Isu Segenting Kra pernah dibincangkan oleh kerajaan Malaysia, Thailand dan Indonesia satu masa dahulu. Pernah ada cadangan dari pihak Malaysia agar dibuat satu terusan disana (seperti terusan Suez) yang menghubungkan Laut Andaman dan Teluk Siam/Laut China Selatan. Ianya pernah menjadi satu agenda yang kuat pada awal tahun 90’an lagi.

Malah Kerajaan Thailand dan Indonesia amat bersetuju akan perkara ini, seehinggakan satu segitiga ekonomi telah dipersetujui untuk dibangunkan. Ianya dikenali sebagai Segitiga IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand – Growth Triangle).

Salah satu pemangkin segitiga ekonomi tersebut adalah ujudnya satu terusan yang membolehkan kapal-kapal kargo dan “tanker” melaluinya. Keujudan terusan ini akan memungkinkan pembangunan industri maritim bagi kawasan Sumatera Utara, Langkawi dan Selatan Thailand. Secara otomatisnya ianya akan menguntungkan ketiga-tiga negara ini dan membolehkan mereka memajukan industri perkapalan secara maksima.

Jika IMT-GT ini terjadi dimana terusan Segenting Kra ini berjaya dilaksanakan, maka secara logiknya mana-mana kapal dagang yang menggunakan SelaT Melaka akan menggunakannya demi untuk menjimatkan masa dan kos bahanapi. Secara otomatiknya laluan di Selat Melaka akan berkurang dengan mendadak.

Pelabuhan di Aceh (Sumatera Utara), Langkawi dan Hadyai akan lebih maju dan dimaksimakan penggunaan serta operasinya melangkaui Pelabuhan Keppel di Singapura. Jika ini berlaku, Pelabuhan Keppel di Singapura akan menjadi malap malah operasinya pula hanya melibatkan kapal-kapal dagang berskala kecil serta yang melalui Selat Melaka dalam perjalanan mereka ke Jakarta, Australia atau New Zealand.

Perkara inilah yang paling dirisaukan oleh pihak Singapura. Jika ini berlaku, maka aka berlakulah satu kegawatan ekonomi bagi Singapura. Umum sedia maklum bahawa ekonomi Singapura dijana melalui industri perkapalan sejak sekian lama. Oleh sebab itu Singapura perlu mengambil satu tindakan drastik.

Teori konspirasi ialah “Singapura dengan kerjasama Agensi Risikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) serta pihak risikan Israel (MOSSAD) telah menganjurkan satu ketegangan dan kekacauan di Selatan Thailand dengan cara mengadu domba warga wilayah Selatan Thailand tersebut, Ianya dikuatkan dengan beberapa insiden yang boleh dianggap sabotaj atau espionage yang dilakukan supaya wilayah tersebut senantiasa bergolak. Ini akan menyebabkan agenda IMT-GT dan Terusan Segenting Kra tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat mahupun sampai bila-bila

Untuk maklumat lanjut, sila tunggu pada episod akan datang.

11 Comments »

  1. Pengomen said,

    alhamdulillah

    artikel ini sangat menarik untuk diperbincangkan. diharap penulis dapat meneruskan artikel yang selanjutnya.dan diharap jgk penulis dapat menulis mengenai sejarah kejatuhan khilafah uthmaniah.wslm

  2. Terima kasih atas komentar saudara/i,

    InsyaAllah episod seterusnya akan muncul dengan fakta terkini serta teori-teori yang boleh diperbincangkan serta diperdebatkan.

  3. kudakepang said,

    Saudara KP:

    Saya adalah salah seorang warga Malaysia kelahiran Singapura yang mendukung kuat teori konspirasi itu. Saya pernah menulis dua artikel mengenainya, biarpun secara subtle, dalam Utusan Malaysia dua tahun lalu.

    Saya yakin dengan teori itu kerana sebaik sahaja AS laknat mengisytiharkan Asia Tenggara sebagai Lawang Kedua kepada Peperangan Antiterorisme Global (PAG) mulai Januari 2002, maka tiba-tiba saja Wilayah Segenting Kra jadi medan pertumpahan darah.

    Dahlah gitu, Singapura pula sanggup anjurkan satu seminar mengenai hal itu dan mulalah difitnahkan segala macam pertubuhan Islam di selatan Thailand sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan pertumpahan darah itu.

    Kita tak boleh diam diri pasal hal ni. Sebab tu saya amat membantah FAZ di WPI. Saya tidak rela FAZ di bumi Johor [sekarang sudah dibatalkan] jadi medan Mossad, CIA dan MI6 untuk melancarkan black operations atau false flag operations di bumi Malaysia, waimah di Selat Melaka.

    Saya yakin apa yang berlaku di Segenting Kra hari ini adalah mainan puak-puak ini yang saya gelarkan teroris upahan. Ini kerana kuasa-kuasa laknat ini nak batalkan segenting itu daripada dijadikan terusan.

    Kalau tidak jadi terusan pun, mereka juga nak halang pembinaan “landbridge” iaitu satu projek menyalurkan minyak dan gas dari Timur Tengah menerusi paip gergasi merentasi Segenting Kra daripada barat selatan Thailand menuju ke timur Selatan Thailand, untuk dipunggah semula ke kapal tanker yang akan membawanya menuju ke China, Jepun, barat US, barat Kanada, dan barat Amerika Selatan. [Dalam siri kedua Saudara harap kaji banyak websites mengenai hal ini].

    Oleh itu, sapa tak marah bila pemerintah Malaysia mutakhir ini membatalkan Jambatan Indah untuk gantikan causeway di JB. Projek itu strategik, sama strategiknya dengan projek terusan Segenting Kra atau projek petroleum landbridge di selatan Thailand. Kalaulah kedua-dua projek di utara dan selatan Semenanjung Malaysia ni jadi realiti, memang lingkup Singapura, kering macam katak digilis bulldozer!!

    Tapi, entah pasal apa [saya tau sebabnya dan anda juga tau sebabnya] jambatan itu dibatalkan. Inilah akibatnya ada pembesar yang ……… [isilah apa jua sifat yang anda rasa serasi] di bumi tercinta ini.

    Harap maaf kerana saya tulis agak panjang lebar. Ini kerana saya tak boleh redhakan apa yang terjadi sekarang. Apa pun, marilah sama-sama kita berjuang demi anak, cucu dan cicit kita bersama di hari muka.

    Salam perjuangan dari saya buat Saudara.

  4. Terima kasih atas komentar saudara,

    Sememangnya isu ini dianggap satu isu strategik oleh Singapura. Walaupun pihak Singapura tidak mengwar-warkannya di media massa, tetapi umum mengetahui akan niat dan tindakan Singapura.

    Begitulah juga apabila pihak Singapura melalui sayap pelaburan utama mereka iaitu Temasek Group membuat pemerolehan terhadap Shin Corp melalui pembelian saham syarikat tersebut bersama dengan sistem Satelit ShinSat.

    Singapura amat risau akan perkembangan IMT-GT yang mungkin akan menyebabkan Pelabuhan Keppel di Singapura menjadi Malap.

    InsyaAllah, saya sedang menyiapkan episod kedua artikel ini untuk kupasan dan perdebatan semua rakyat Malaysia yang bersikap patriotik.

    P/S. Tuan, InsyaAllah saya akan memberikan beberapa komentar dan ulasan yang sesuai dengan konteks blog tuan dimasa akan datang. Kekangan masa membuatkan segala usaha saya agak terbatas. Tapi demi negara tercinta ini, saya sanggup menanggung risiko.

  5. terebei@lastik said,

    Sdra KP

    Ini adalah strategik Singapura untuk menggagalkan IMT-GT. Singapura di bawah telunjuk LKY bermain catur politik ekonomi di rantau ini. Singapura akan menyokong mana-mana pemimpin yang ada pertalian darah keturunan China.Contohnya jelas kepada mantan PM Thai yang digulingkan oleh regim yang ada sekarang.Dari sumber yang dipercayai regim Singapura membayar saban tahun kepada mantan PM sebagai habuan untuk melambatkan projek Segenting kra.Kita lihatlah bagaimana kejamnya mantan PM Thai dulu menggunakan tentera membunuh orang-orang islam di Selatan Thai.

    LKY cuba memainkan sentimen kecinaan di Asia tenggara terutamanya Malaysia.Handalnya Temasik checkmate WPI dengan kelebihan Singdolar.Tepuk dada tanya selera…. apa yang terjadi mutakhir ini dengan polisi kita membenarkan mereka membeli tanah dan ladang sawit di Malaysia.Kita jika masih tidak sedar diri akan jadi pak kaduk.Pak kaduk hilang kampungnya. Begitu juga di Selatan Semenanjung tempat kelahiran UMNO…. hehe……

  6. Mohd Yusof Ahmad said,

    Saya nak tanya bagaimana kah status nya projek ini?

  7. pitong said,

    bagaimana kah the development of the projek?

  8. huh said,

    bila nk siap nih…..
    majukan utara malaysia…

  9. […] […]

  10. sean said,

    interesting

  11. malay regiment said,

    Sabenarnya , kekayaan dan keamanan yg dapat di kecapi di Singapura pada hari ini bukan lah satu usaha LKY atau anak nya atau menteri2nya atau pun polisi2nya…tetapi kesemuanya mereka itu adalah sebab perantaraan sahaja…sama ada anda semua mahu percaya atau pun tidak…dengarlah penjelasan saya ini…Singapura merupakan ‘nesting’ ia itu sarang bagi tempat Imam Mahdi…sebab itu terdapat banyak perkara yg pelik2 yg berlaku….sebuah pulau yg tidak mempunyai asas yg kuat menjadi terkenal dan masyur diseluruh dunia…kerana ada Imam Mahdi yg menetap didalam nya…tetapi sejak beberapa tahun yg lepas sebelum perlantikan anak LKY sebagai perdana menteri yg ketiga…beliau telah mendapat perintah supaya keluar dari singapura atas sebab2 keselamatan…lalu beliau telah bermastautin ke tanah semenanjung…hingga ke hari ini…org ini tidak warak…tidah menghabiskan masa di masjid2…tidak memakai jubah dan serban…apa lagi memegang tasbih…tapi satu keunikan yg ada pada nya…apabila beliau berrcerita tentang agama…pasti ramai yg akan terdiam dan mendengarkan nya…ingin saya menceritakan dua peristiwa yg telah berlaku keatasnya…satu ketika dulu, beliau mengalami perkara2 yg pelik…perkara keghaiban yg sering bermain di mata nya…beliau bimbang beliau akan terlepas dari gengaman tali rahmat Allah…lalu atas nasihat seorang sahabat supaya beliau pergi belajar dgn seorang kiayi di singapura iaitu kiayi syukur…tetapi apa yg membuat beliau takut dan terperanjat bila kiayi itu sendiri yg hendak berguru dgn nya…berkata kiayi syukur pada beliau” aku tidak layak untk mengajar engkau…tetapi boleh kah aku belajar dari engkau…ada sesuatu yg aku nak katakan pada engkau tentang hari esok.”..lalu kiayi berpusing kearah anak muridnya yg lain lalu berkata “ada seseorang di antara kita pada ketika ini…yg mampu utk melihat sesuatu dan melakukan sesuatu apa yg kita tidak mampu utk melakukan nya…seseorang yg mempunyai kekuatan akal utk berfikir…”peristiwa yg kedua…beliau dikejari oleh seorang ahlik tilik dari india…org ini menahan beliau ketika berada di kalayak ramai…berkata tukang tilik itu” saya belum pernah melihat org mcm tuan…tuan gemar memikirkan tentang banyak masaalah walaupun ia nya belum lagi terjadi…walaupun tuan dalam keadaan tidur sekalipun…tuan akan tetap berfikir…saya dapat melihat ada tanda cahaya emas kecil diantara dua kening tuan…dan ia boleh membesar…dan apabila ia membesar, tuan akan menjadi masyur seluruh dunia…percaya lah cakap saya….saya bukan hendak kan duit tuan”…adakah beliau ini Imam Mahdi…sama2 lah kita nantikan kerana beliau tidak suka kepada publisiti…Insyallah dilain kali dapat saya menceritakan tentang beliau…terlalu byk perkara yg terjadi dan tidak dapat saya ceritakan disini…sebelum saya akhiri hendak saya ceritakan mengenai beliau di tegur oleh ahli tarikat mengenai cara hidup nya yg tidak mahu bergaul dgn masyarakat sekeliling…lalu beliau berkata pada ahli tarikat itu…”Ilmu itu diturunkan Allah hanya pada 3 cara…iatu mimpi, ilham dan kasyaf….dan dengan apa cara kah awak telah mendapatkan permata itu?…lalu berangkat lah ahli tarikat itu tanpa berkata apa2 pun…”KAMU BERUSAHA UTK MEMPBERBAIKI LIDAH KAMU TETAPI KAMI BERUSAHA UTK MEMPERBAIKI HATI KAMI” itu tukilan yg beliau selalu ungkapkan yg disebutkan oleh waliyullah….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: